Roti 1Malaysia buat Pakatan semakin sakit jiwa..

Share


Selepas kerajaan memperkenalkan Restoran Rakyat 1Malaysia bagi membantu rakyat menikmati makanan berkualiti dengan harga yang minimum, kini parti Barisan Nasional melangkah setapak ke hadapan apabila memperkenalkan pula bantuan Roti 1Malaysia.

Jika makanan di Restoran Rakyat 1Malaysia dikenakan bayaran, Roti 1Malaysia pula diberikan secara percuma kepada mereka-mereka yang terpilih. Buat permulaan, Rumah-rumah anak yatim, Rumah orang-orang tua serta Tuna Wisma (orang tak berumah) diberikan bantuan ini.

Dibawah sumbangan Breadstory Group, Pengerusi program Roti 1Malaysia, Datuk Anne Eu menjelaskan bantuan ini adalah salah satu cara bagi membuktikan kerajaan amat prihatin kepada rakyat yang kurang bernasib baik. DS Najib terbukti mengotakan janjinya untuk mendahulukan rakyat.

Program Roti 1Malaysia ini secara keseluruhannya adalah dibawah naungan Datuk Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dan beliau berharap penyertaan bagi menjayakan program ini akan dipertingkat melalui penyertaan bakery lain serta hotel.

Setiap program mengutamakan rakyat sebegini jelas membuktikan bahawa kerajaan pimpinan DS Najib amat mementingkan rakyat dan sememangnya berhasrat membantu menaikkan taraf hidup mereka yang kurang bernasib baik. Inilah visi 1Malaysia yang diilhamkan selama ini oleh Perdana Menteri.

Tidak dinafikan bahawa usaha pihak yang terlibat menjayakan Roti 1Malaysia ini amatlah baik dan harus dipuji. Selain membantu mereka yang kurang bernasib baik, program-program sebegini juga dapat menjadi sebahagian usaha pembangunan bangsa.

Sebelum ini, pihak DAP dan Pakatan Rakyat memperkenalkan Menu Rakyat bagi menyaingi Restoran Rakyat 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Bagaimana pun, usaha pihak DAP tersebut mendapat kecaman daripada penyokong-penyokong kerajaan kerana ianya terang-terangan meniru pendekatan Barisan Nasional.

Apakah dengan wujudnya Program Roti 1 Malaysia ini, ia juga akan turut menjadi mangsa ciplak oleh DAP dan juga para pemimpin Pakatan? Jika mereka menawarkan harga yang lebih murah didalam sajian Menu Rakyat, adakah ada yang lebih murah dari Roti 1 Malaysia yang percuma ini?

Apapun, populariti DS Najib Razak serta kerajaan Barisan Nasional ternyata semakin meningkat dan segala program kerajaan sentiasa mendapat sambutan baik dari rakyat. Ini tentunya membuatkan gerombolan Pakatan tak lena tidur memikirkan strategi selanjutnya untuk menjatuhkan imej kerajaan.

Yang pasti, rakyat kini semakin nampak bahawa DS Najib serta seluruh kepimpinan Barisan Nasional sedang berusaha merealisasikan slogan Rakyat didahulukan menerusi program 1Malaysia. Tak mustahil selepas ini DS Najib akan menerajui kemenangan bergaya kerajaan di PRU akan datang.


41 thoughts on “Roti 1Malaysia buat Pakatan semakin sakit jiwa..

  • October 27, 2011 at 4:21 pm
    Permalink

    La…..semenjak bila pulak PR pening????????????? BN yg pening…sampai skg tak boleh lagi nak announce pilihanraya….

    Reply
    • October 27, 2011 at 4:44 pm
      Permalink

      huhuhuhu lek la bro. tulisan mcm org pening jek. dah amik wuduk?

      Reply
    • October 27, 2011 at 5:37 pm
      Permalink

      suka ati najib la nk istihar bila…..najib tu PM…bkn Aljuburi….soalan bangang la moooo…

      Reply
    • October 27, 2011 at 7:31 pm
      Permalink

      pening la… sebab nak cari konspirasi terbaru untuk burukkan imej BN. BN pening sebab takleh nak bgi tahu bile PRU?… pasal ape nak pening… tu keputusan najib…. asal PR ni sibuk sangat nak pilihan raya ni?…

      Reply
  • October 27, 2011 at 4:37 pm
    Permalink

    PR sentiasa pening dgn gerak kerja BN di bawah DS Najib..
    tp org ego mana mau mengaku..sbb tu PAS kejap HUDUD kejap Negera Kebajikan..
    PRU itu hak mutlak PM.. lantak dialah nk tiup wisel game tu bila..
    PR tertekan ke xboleh nk agak PRU bila?

    Reply
    • October 27, 2011 at 5:03 pm
      Permalink

      Ye ler..hak Mutlak PM…tapi kat negara lain,1 year before election dah tahu date nya. Betapa opennya negara lain. Najib tgh dok strategize, hari ni aku dapat sms survey on siapa aku sokong untuk DUN aku. Dia org nak survey, kalau outcomenya towards BN, baru Pok Jib tiup wisel… Eh siapa tanggung kos sms tu yer???

      Reply
      • October 27, 2011 at 5:20 pm
        Permalink

        moooo ko suruh negeri2 pakatan haram bagitau aku bila nak bubar DUN? Boleh bg tau ke.. He..he.. Mooooooo….

        Reply
      • October 27, 2011 at 5:41 pm
        Permalink

        pergi la kat negara lain tu….negara ni dibwh BN bkn dibwh PR gabungan haram…ape hal nk ikut arahan korang plak…..pemerintah dgn yg diperintah pun tak tau……bangang lg soalan ko moooooo..

        Reply
      • October 27, 2011 at 5:58 pm
        Permalink

        hahah Mooo.hujah bebal lagi berhingus mcm ni ke nk cpt2 PRU? ingt boleh menang ke? skrg rakyat dh celik dan akan tolak Pakatan Rosak..
        Insya Allah mudahan2!

        Reply
      • October 27, 2011 at 7:38 pm
        Permalink

        terdesaknye kau… ape masalahnye kalau lambat bagi tahu?… nape?… da bagi tahu bru nak ambik hati rakyat?… lepas dah menang, janji semua diabaikan….

        Reply
      • October 27, 2011 at 7:53 pm
        Permalink

        Nak bagi tempoh 1taun ke 4 taun ke .. ada NAJIB kesah ? kerana kat MALAYSIA NI yang sepanjang tahun MELALAK dan MENYALAK ialah P.R….
        Apa yang di salak dia sendiri tak tahu, sampai kominis pun dia kata pejuang… PEJUANG KEPALA HOTAK MAT SABU sebab terang dan nyata yang kominis tak pernah menerima kewujudan TUHAN… oiiii taubat la oiii mat sabut..
        kat negara sendiri nak kutuk siap bertapis-tapis tapi bila dah jejak jer kaki kat negara asing mulut kalah mak joyah cot-cet-cot-cet macam dia je ada mulut, last-last bila wartawan siarkan rakaman video n suara gelabah sampai kontrol TELO supaya tak jatuh… LGE & AL-JUBURI AL-BANDUANI
        auta lebih PR ni..

        Reply
      • October 27, 2011 at 7:55 pm
        Permalink

        “Sabar itu sebahgian daripada Iman”..cian dah tak sabar ye

        Reply
  • October 27, 2011 at 4:48 pm
    Permalink

    Buat roti pun satu issue..gi tengok sikit Laporan Audit…eh jangan tengok jer..Ambik la tindakan… seperti biasak…ikan bilis yg kena..

    Reply
    • October 27, 2011 at 5:05 pm
      Permalink

      Betul tu, roti 1 Malaysia memang sedap cicah dengan sambal ikan bilis. Makan waktu petang dengan kopi O panas.

      Reply
    • October 27, 2011 at 5:21 pm
      Permalink

      aku suka baca laparon audit yg berkaitan negeri selangor.. Cekap sungguh mereka mooooo kan…

      Reply
      • October 27, 2011 at 7:59 pm
        Permalink

        matlamat mereka mengaji PENASIHAT EKONOMI SELANGOR yang bergaji RM1 tu nampaknya berjaya cermelang dan terbilang sebab RAKYAT menilai apa pun yang si AL- BANDUANI / AL-JUBURI tu buat sebagai PENASIHAT konon tak mampu nak kontrol sebuah negara….
        MOOOOOOO lembu sengal , jangan jadi sengal memanjang … jadi MANGKOK PR sampai bila-bila pun akan jadi bahan ujian kebodohan P.R

        Reply
    • October 27, 2011 at 5:47 pm
      Permalink

      ikan bilis mahal skrg ni…jgn main2 moooooo…

      Reply
    • October 27, 2011 at 8:02 pm
      Permalink

      Ikan bilis bukan sumenye elok..lg2 sebelah PR..mengalahkan jerung

      Reply
  • October 27, 2011 at 4:53 pm
    Permalink

    Wisel ditangan PM, bola dikaki timbalan nya. Apa hal pulak mereka nak pening. Bila dia suka nak tiup dia akan tiup. Sampai masa bola nak disepak TPM akan sepak.

    Mereka semua sepatut boleh belajar bersyukur dengan terlengahnya PRU. Secara tak langsung beri peluang GE lebih sikit masa duduk atas kerusi pusing eksekutif dia. Demikian lah Zizan di Kedah dan SiGagap diSelangor.

    Kelantan kita percaya Nicki akan maseh berpeluang lagi setahun dua pasal kepala rakyat sana berbeza dengan kepala orang lain.

    Reply
    • October 27, 2011 at 5:05 pm
      Permalink

      Hello…kita org tak kisah …yg takut kalah ialah BN, nanti semua rahsia pecah.

      Ohhh..GE tu Najib punya discretion, macam tu lah jugak hudud, kat tangan dia, apasal dia tak nak hudud lepas tu kata Pas pulak yg tak nak hudud yer??

      Reply
      • October 27, 2011 at 5:24 pm
        Permalink

        hudud apa ni mooo.. Ko tak baca ka kenyataan ust asri ngan harussani cakap apa.. Yg nak menegakkan hudud pun sebab politik je tu..

        Reply
        • October 27, 2011 at 11:37 pm
          Permalink

          Ustza harussanasini tu…mmmmm..nak jaga periuk nasik dia jer..

          Reply
          • October 28, 2011 at 3:12 am
            Permalink

            Tk baik fitnah Mufti sbb dia xpernah lg ckp benda yg melanggar Aqidah mcm Nikcy Ajis buat..
            jd takut2 warak tersembunyi dia menyebabkan ko kutuk2 dpt kaffarah nnti..nyesal ko moo (lembU)

            Kalau Nikcy AJis lainlah..dia tu senget banyak..Allah SWT pun dia bg org lain pakai..Rasulullah pun dia hina.. undi punya pasai..

      • October 27, 2011 at 5:52 pm
        Permalink

        nik ajis pun tak berani nk ckp soal hudud skrg…sebab sebelum ni dia ngaku ckp kosong jea…..dh 20 thn bru minggu lpas PAS nk setup AJK penilaian…cian ko kena tipu dgn wali selipar tu…tak cerdik2 la ko ni….

        Reply
      • October 27, 2011 at 7:49 pm
        Permalink

        BN takut kenape lak?…. aku rase makin ramai yang beralih pada BN…
        dulu PR menang pon sebab kesilapan Tun, Abdullah… ramai bagi undi rosak… so sekarang sape yg bgi undi rosak tu terima la pengajaran.

        hudud?… hidup biar la dalam realiti… jgn bodohkan orang selalu kalau diri sendiri bodoh… nak laksana hudud, PAS bile nak kuar dari pakatan?.. sedangkan mereka tahu DAP tolak bulat2 hudud tu… lepastu hudud PAS sendiri dah tak betol…

        ni ade siket cerita…. aku banyak ambik dari blog die ni… aku bace dengan akal, bukan dengan kebeencian,

        Salam 2 all.

        PAS AKAN KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG DEMI UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD! BiaDAP & PKR AKAN TENDANG PAS DARI PAKATAN PEMBANGKANG KERANA PERJUANGAN MALAYSIAN-MALAYSIA, MALAYSIA BARU!

        Itulah strategi dan senjata akhir Pakatan pembangkang bila menghadapi PRU 13 nanti. Demi survival politik dan untuk merampas Putrajaya dalam PRU 13 nanti dengan cara yang cukop licik lagi kotor, Pakatan pembangkang sedang merangka satu strategi yang akan memerangkap umat, rakyat dan negara ini!

        AWAS BANGSA MELAYU UMAT ISLAM: STRATEGI SYAITAN INI AKAN MENGHANCURKAN KUASA POLITIK UMAT ISLAM BANGSA MELAYU DALAM NEGARA INI DIDALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI!

        Strategi dan perangkap ini dirangka apabila menyedari bahawa sokongan umat Islam bangsa Melayu khususnya kepada Pakatan semakin menurun dan merosot setelah orang Islam bangsa Melayu melihat bagaimana Anwar rupanya berfahaman pluralisma menyamakan Islam dan agama lain, menjual kalimah ALLAH kepada kristian, dan PAS pulak sanggup menjual agama dan perjuangannya; daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai’ah talaq tiga, kepada isu buang negara Islam, kepada menjadikan kafir harbi sebagai kalipah himpunan haram mereka, mengidola dan mengagungkan komunis, membela gereja yang memurtadkan umat, memaki hamun pemimpin mereka yang mahu mempertahankan aqidah, sehingga memboikot Himpunan Sejuta Umat Islam. Ini semua menyebabkan umat Islam bangsa Melayu mula menjauhi PAS dan pakatan pembangkang.

        Sedangkan sokongan kaum Cina khususnya, termasuk kaum bukan Islam terutama kristian kepada Pakatan pembangkang, walaupun statik tetapi sudah mula timbul persoalan setelah melihat biaDAP kononnya bersekongkol dengan PAS yang mahu laksanakan hudud PAS! Mereka perlu lakukan sesuatu untuk mendapat kembali sokongan dan undi kedua-dua bangsa Melayu dan bukan Melayu dalam menghadapi PRU 13 nanti.

        Sebenarnya isu hudud PAS yang dibangkitkan sekarang adalah permulaan kepada strategi perangkap ini. Ianya sengaja diputarkan semula dalam keadaan mereka tahu adalah mustahil untuk mana-mana kerajaan Melayu Islam, samada peringkat negeri mahupun pusat laksanakan akibat komposisi kongsi-kuasa yang ada sekarang. UMNO dengan MCA & MIC nya, PAS dengan biaDAP & PKRnya. Jadi realiti politiknya memang hampir, kalau tidak pun mustahil untuk dilaksanakan undang-undang hudud ini, walaupun kita menagkui ianya hukum yang datang dari Al Quran.

        Tetapi jangan termakan perangkap ini. Apabila isu hudud ini berbangkit, mereka tahu UMNO terpaksa mengambil sikap menolak, kerana UMNO secara sendirian tidak boleh laksanakannya memandangkan UMNO sendiri tidak ada majoriti mutlak didalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Jadi strateginya ialah jika UMNO menolak, akan dicanangkan bahawa UMNO menolak Islam, sekaligus menghakis sokongan Melayu-Islam kepada UMNO.

        Diwaktu yang sama, mereka tahu bahawa parti bukan Melayu dalam BN, terutamanya MCA akan bertindak balas dengan menolak, malahan akan menentang habis-habisan; kerana mereka tahu MCA perlu memperlihatkan diri mereka sebagai penentang Melayu-Islam kepada masyarakat Cina. Dengan cara itu, orang Melayu-Islam akan bertambah benci dengan UMNO kerana gagal mengawal MCA khususnya.

        Pada masa yang sama, parti cauvinis biaDAP akan terus memainkan sentimen anti-hudud anti Islam anti-Melayunya. Karpal Singh dan juak-juaknya akan mengulang lagu lama-over my dead body! Dengan cara itu, sokongan kepada parti cauvinis biaDAP ini akan terus kekal, dan mungkin bertambah.

        Wama karuu wama karallah..wallah hukhoirul maakiriin!! Mereka menipu daya, ALLAH juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segala-galanya!

        Namun perancangan itu terbantut apabila YAB Datuk Sri Najib membuat kenyataan diluar dugaan mereka! Mereka berharap PM akan mengambil sikap yang sama saperti Tun Mahathir. Sebaliknya PM dengan penuh kebijaksanaan menyatakan “UMNO mengakui hudud adalah hukum ALLAH, namun realiti politiknya hudud tidak dapat dilaksanakan sekarang”. Ditambah pulak dengan kenyataan YAB TPM bila beliau berkata, “hudud akan dilaksanakan juga, tetapi akan mengambil masa yang panjang”.

        Kenyataan pimpinan UMNO ini membantutkan asakan mereka. Dan dengan takdir ALLAH, tiba-tiba YAB Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah, yang juga seorang yang dianggap ulama’ besar didalam PAS membuat kenyataan, “PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana realiti politiknya PAS berkongsi kuasa dengan biaDAP & PKR. Jangan sesekali samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan!!”. Ini ditambah dengan kenyataan beberapa orang pimpinan PAS yang menyatakan bahawa “PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP dan PKR”.

        Kenyataan mereka dari kalangan pimpinan PAS ini menyebabkan umat Islam bangsa Melayu tertanya-tanya; apa beza pendirian UMNO dengan PAS. Dan lebih besarnya ialah, mengapa dalam keadaan macam itu, Datuk Nik Aziz masih nak bercakap tentang hudud. Ini ditambah dengan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan YA Datuk Mohamad Daud yang mempertikaikan keikhlasan PAS untuk melaksanakan hudud. Sudah lebih 20 tahun memerintah, apa yang PAS buat untuk menyediakan perancangan melaksanakan hudud? Selain ceramah siang malam, Datuk Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan langsung tidak berbuat apa-apa pun mengenai perlaksanaan hudud.

        Keadaan bertambah kalut bila umat Islam melihat penganut fahaman pluralisma, Anwar Ibrahim tiba-tiba menyokong hudud. Tetapi dengan kenyataan yang menjadi bahan tertawa, “saya menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan ini, tetapi ini pandangan peribadi saya sahaja”. Anwar Ibrahim, orang yang mengatakan semua agama sama, yang tidak mahu membuat sumpah mubahalah dengan Saiful dan Datuk Eskay, yang tak mahu bagi sampel darah untuk ujian DNA, yang tidak mahu menunjukkan jam Omega insiden China-Doll, yang tidak mahu memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah dalam kes liwatnya; orang macam ini nak menyokong hudud? Kenyataan beliau menjadikan lawak Senario hambar!

        Maka bila semua itu berlaku, strategi mereka untuk memerangkap UMNO dan BN tidak menjadi! Mereka perlu ubah strategi. Strategi yang boleh memerangkap UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti Kristian terutamanya dari Sabah & Sarawak. Apa strategi yang akan menyebabkan syaitan pun menangis?

        Strategi yang begitu halus lagi mulus dirangka dengan begitu licik, tetapi jika berjaya bukan sahaja akan memerangkap UMNO & BN, tetapi boleh menumbangkan Kerajaan Persekutuan didalam PRU 13 akan datang! Strategi yang akan makan keliling. Strategi menipu untuk mengelabu!

        Begini strateginya. Isu hudud dan beberapa lagi isu berkaitan Islam akan dibangkitkan. Dan kemuncaknya bila Anwar disabit oleh Mahkamah atas pertuduhan meliwat (hampir pasti akan disabitkan kesalahan sebab pembelaan alibi Anwar sudah kaput, sampai terpaksa tukar pembelaan “anuWaar” nya tak berfungsi!-insyallah teman akan membuat kupasan terperinci tidak lama lagi!). Bila ini berlaku, PAS akan keliling kampung mendakwa sabitan dan hukuman itu tidak Islamik.

        Maka masa itu isu perlaksanaan hudud sekali lagi akan dibangkitkan! Isu qazaf akan dibangkitkan! Isu negara Islam perlu ditubuhkan akan dicanang semula. Sampai ke satu peringkat, PAS akan mengisytiharkan bahawa mereka akan melaksanakan juga hudud walaupun parti cauvinis biaDAP tidak setuju.

        Akan berlakulah sandiwara terbesar dalam sejarah negara. PAS akan dilihat bergaduh dengan biaDAP. PAS akan maki biaDAP; biaDAP akan kutuk PAS. Datuk Nik Aziz akan cabar Karpal; Karpal akan cabar Datuk Nik Aziz. Kemuncaknya Karpal dan biaDAP akan desak supaya PAS diketepikan dan dibuang daripada Pakatan pembangkang. PAS akan berkeras kononnya mempertahankan perjuangan nak melaksanakan hudud. Isu ini akan diperpanjangkan sampai berdekatan dengan PRU 13.

        Mereka mengharapkan akhbar-akhbar utama akan terperangkap dengan mainan ini. Media besar saperti TV3, Utusan, Berita Harian, NST dan lain-lain akan turut diseret. Mereka akan pastikan isu perbalahan PAS mahukan hudud dan biaDAP tolak hudud akan menjadi headline dan berita utama setiap hari.

        KEMUNCAKNYA BILA DAH DEKAT PILIHANRAYA, PAS AKAN BERSANDIWARA DAN BERLAKON KELUAR DARIPADA PAKATAN KONONNYA MAHU BERJUANG SENDIRI UNTUK PERJUANGAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD, QISAS & TA’ZIR!

        Apa akan jadi?

        Parti cauvinis biaDAP dan juak-juak bukan Melayu-Islam dalam PKR akan dijulang sebagai hero oleh kaum Cina khususnya..maka bertambah sokongan kepada biaDAP dan calon bukan Melayu-Islam daripada pembangkang! BiaDAP akan cabar MCA, MIC dan Gerakan supaya keluar BN demi meninggalkan perjuangan rasis UMNO. MCA, MIC & Gerakan akan tersepit diantara dua pilihan; terus bersama dengan UMNO dalam BN dan dilihat sebagai “budak suruhan UMNO” dan meneruskan pemerintahan “Ketuanan Melayu”, atau bersama dengan biaDAP dan lain-lain untuk satu transformasi politik demokrasi yang baru!

        PAS pulak akan dijulang dan dipuji kerana berani keluar daripada Pakatan pembangkang demi perjuangan Islamnya. PAS akan dilabel sebagai jaguh Islam sebenarnya kerana berani berjuang sendirian demi Islam! Maka bertambahlah sokongan dan undi kepada PAS dan calon PAS dalam PRU 13! PAS akan cabar UMNO supaya keluar daripada BN dan berjuang sendirian macam PAS kalau ikhlas mahukan Islam! PAS pulak akan menukar posisi menjadi penentu perpaduan dan perjuangan Melayu-Islam!

        UMNO – akan ditohmah dan difitnah sebagai parti nasionalis, sekularis yang berjuang untuk tembolok sendiri. UMNO akan dicanang sebagai parti yang hanya berminat dengan “Ketuanan Melayu-Ketuanan UMNO”. Maka UMNO akan ditolak kerana masih mahu terus berkompromi dengan MCA dan MIC dengan mengenepikan Islam. UMNO akan diberi kata-dua, samada memilih bersama PAS atau terus bersekongkol dengan kafir MCA dan MIC. UMNO masa itu akan berdepan dengan pilihan yang sangat sukar; perpaduan Islam atau bersekongkol dengan bukan Melayu-Islam MCA/MIC! Sudah pasti sokongan orang Melayu-Islam, yang menjadi “power-base” UMNO akan terhakis. Hampir pasti UMNO akan kehilangan banyak undi dikalangan Melayu-Islam!

        MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu-Islam dalam komponen BN pulak akan ditohmah sebagai “anjing suruhan UMNO”. Mereka akan dicanang sebagai parti yang tidak ada berani berubah mengikut arus politik baru dunia – yang mempertuhankan demokrasi dan lain-lain. Sekiranya mereka berterusan didalam BN, hampir pasti sokongan untuk mereka khususnya daripada masyarakat kaum Cina-India yang menjadi “power-base” mereka akan merosot. Undi untuk mereka akan jatuh merudum. Mereka akan bungkus dalam PRU 13 kerana sudah pasti kaum Cina-India akan memberi sokongan kepada biaDAP!

        Dan dengan strategi halus dan licik saperti itulah, Pakatan pembangkang akan masuk dalam PRU 13. BiaDAP dan PKR akan terus bersama sebagai satu Pakatan dengan slogan Malaysia Baru, PAS akan masuk PRU 13 bersendirian dengan slogan Negara Islam.

        Percaturan mereka ini, walaupun penuh risiko, tetapi yang terbaik. Sekiranya perangkap ini menjadi, calon-calon biaDAP, PKR dan PAS akan mendapat sokongan, dan mungkin menang. Jika jumlah mereka cukup melebihi 112, maka masa itulah kita akan melihat lakonan sandiwara politik kedua. Mereka akan balik berpeluk-pelukan tidor sebantal tilam sekatil untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Masa itu, barulah warna sebenar Pakatan syaitan ini akan terbongkar. Masa itu sudah terlambat bagi umat Islam-bangsa Melayu dan rakyat Malaysia; nasi sudah menjadi bubor. Kita sudah kehilangan negara kita.

        Mustahil mike kata yop? 10 tahun lepas, siapa pernah terfikir BiaDAP dan PAS boleh tidur sebantal tilam sekatil? Siapa pernah terfikir Haji Hadi & Karpal Singh boleh berpeluk sakan? Siapa pernah sangka PAS sanggup buang perjuangan Negara Islam? Siapa pernah sangka biaDAP sanggup naik pentas Taman Melewar untuk berceramah? Siapa pernah jangka pemimpin PAS akan sanggup mati untuk Karpal? Tapi semua itu sudah berlaku depan mata kita!

        Jadi tidak mustahil mereka akan buat lakonan baru – semuanya demi mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya. Kita sedang berdepan dengan kaum yang menjadikan teori machiavelli sebagai realiti – matlamat menghalalkan cara!

        Oleh itu, hati-hatilah kita semua. Jangan terpedaya dengan lakonan mereka ini. Ingatlah sejarah bangsa dan negara. Islam bangsa Melayu khususnya perlu merangka strategi baru untuk berdepan dengan taktik kotor perangkap pakatan pembangkang ini. Jangan kita terperangkap dengan mainan politik kotor ini. Bersedialah!

        Jawapannya ialah: umat Islam bangsa Melayu perlu bersatu. Kuat lidi kerana diikat, kuat Melayu-Islam kerana berpakat & muafakat!

        Reply
        • October 27, 2011 at 8:02 pm
          Permalink

          Tetapi jangan termakan perangkap ini. Apabila isu hudud ini berbangkit, mereka tahu UMNO terpaksa mengambil sikap menolak, kerana UMNO secara sendirian tidak boleh laksanakannya memandangkan UMNO sendiri tidak ada majoriti mutlak didalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Jadi strateginya ialah jika UMNO menolak, akan dicanangkan bahawa UMNO menolak Islam, sekaligus menghakis sokongan Melayu-Islam kepada UMNO.
          Diwaktu yang sama, mereka tahu bahawa parti bukan Melayu dalam BN, terutamanya MCA akan bertindak balas dengan menolak, malahan akan menentang habis-habisan; kerana mereka tahu MCA perlu memperlihatkan diri mereka sebagai penentang Melayu-Islam kepada masyarakat Cina. Dengan cara itu, orang Melayu-Islam akan bertambah benci dengan UMNO kerana gagal mengawal MCA khususnya.
          Pada masa yang sama, parti cauvinis biaDAP akan terus memainkan sentimen anti-hudud anti Islam anti-Melayunya. Karpal Singh dan juak-juaknya akan mengulang lagu lama-over my dead body! Dengan cara itu, sokongan kepada parti cauvinis biaDAP ini akan terus kekal, dan mungkin bertambah.
          Wama karuu wama karallah..wallah hukhoirul maakiriin!! Mereka menipu daya, ALLAH juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segala-galanya!
          Namun perancangan itu terbantut apabila YAB Datuk Sri Najib membuat kenyataan diluar dugaan mereka! Mereka berharap PM akan mengambil sikap yang sama saperti Tun Mahathir. Sebaliknya PM dengan penuh kebijaksanaan menyatakan “UMNO mengakui hudud adalah hukum ALLAH, namun realiti politiknya hudud tidak dapat dilaksanakan sekarang”. Ditambah pulak dengan kenyataan YAB TPM bila beliau berkata, “hudud akan dilaksanakan juga, tetapi akan mengambil masa yang panjang”.
          Kenyataan pimpinan UMNO ini membantutkan asakan mereka. Dan dengan takdir ALLAH, tiba-tiba YAB Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah, yang juga seorang yang dianggap ulama’ besar didalam PAS membuat kenyataan, “PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana realiti politiknya PAS berkongsi kuasa dengan biaDAP & PKR. Jangan sesekali samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan!!”. Ini ditambah dengan kenyataan beberapa orang pimpinan PAS yang menyatakan bahawa “PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP dan PKR”.

          Reply
          • October 27, 2011 at 11:38 pm
            Permalink

            mahu seribu daya. Mandat kat tangan UMNO. Apasal banyak dalih lagi…???

      • October 27, 2011 at 11:14 pm
        Permalink

        Apa punya hamlau hang ni mooo…hang lupa Pok Nik gedebe tak mau warta kan Akta jenayah Syariah Negeri Kelantan 1993 pa apasai..?.Ni menunjuk kan Ularmak hamPASasau tak jujuq ngan perjuangan parti depa cuma nok kelentong rakyat bebai macam pak lebai dah naik high stim TAKBIR…!!! muhung sakan depa tu. jadui sapa yang tolak hudud..???

        Reply
        • October 27, 2011 at 11:44 pm
          Permalink

          HAng baca Utusan Meloya tu jadi macam tu. hang pi la sokong Zul Noordin tu..Oopppss YB DATUK Zul Noordin. kalau lawan PR mesti dapat title datuk..

          Reply
          • October 28, 2011 at 3:07 am
            Permalink

            hang pulak pi baca paper HARAMKAH-paper kaum munafiq semalaysia sbb tulah otak ko sakit, bebal..jumud..suka fitnah sana sini..
            Pkt sokong habis penccaai PAS pd Mat sabut penjilat komunis tu..mmg DAP cukup suka dn sokong padulah….Mat Sabu mana reti bab HUDUD..kalau sbb tu dia suka…ehm2..alaaaa sapa xkenai diaa kan.
            Opss Mat Sabut Hotel Perdana 121..opss..Mah..opsss.. tersasul smpai Ajis pn menjadi syaitan bisu..

  • October 27, 2011 at 5:54 pm
    Permalink

    dulu2 masa PAS ambil alih Trengganu, Hj Hadi kata… berlori-lori file salah laku BN…last2 satu pun tak ada…
    Huhud PAS ? suami boleh liwat isteri ke ?

    Reply
  • October 27, 2011 at 6:02 pm
    Permalink

    Mooo..gaya ‘lembu’ ko terserlanh le bila berhujah
    bila pula Najib ckp xnk HUDUD?
    Najib xmenipu sbb dia tau BN belum mampu buat.. dr bercakap bohong mcm PAS jd Munafiq.. itu berdosa menipu umat Islam guna sandaran HUDUD..

    mana dia HUDUD PAS? lg satu bodoh sgt org PAS..ckp bab HUDUD seolah2 melebihi taklifan lain!
    Org PAS buakn nk HUDUD pn sebab lepas menang PRU12 di 5-1 negeri, senyap sunyi xbunyi pun pasal HUDUD..

    tp bila dh lemah..cpt2 cari modal HUDUD utk ‘tawan paksa’ og Melayu sokong PAS laknat..
    taktik cukup kotor

    Reply
    • October 27, 2011 at 11:41 pm
      Permalink

      samalah macam Moooyiden sembab korang!!

      Bukan masalahnya cakap or tak cakap. Malas kami nak cdgr lidah bercabang org fasiq. Just Do It!

      Kalau h, ini semua tertakluk kepada consent federal Government. Macam Nak buat GE, perlu decision dari pucuk pimpinan parti BN.

      Macam sultai Brunei bertitah.””” Siapa lah saya yg menangguh2 lagi Hukum allah..”

      Reply
      • October 28, 2011 at 2:52 am
        Permalink

        weii Moo mabuk..ko ni meroyan tktentu pasal apehal?
        yg ko mengamuk sgt pasal HUDUD kt BN apehal? yg JANJI mcm nak mampos..pasal nak buat HUDUD ni ialah parti semak samun PAS!!

        so skrg ni sape yg MUNAFIQUN? UMNO BN tkpernah berani janji nk buat lagi skrg ni..
        yg tergedik2 ckp hari ini menang esok buat HUDUD ialah bapa MUNAFIQ MELAYU-Ajis dn Hadi tp bial dh menang 20 tahun bukan buat HUDUD tapi SONGLAP dn MAKAN KEDARAH BALAK, RAMPAS TANAH, KAYAKAN ANAK PEREMPAUN KESAYAANGAN DAN MENANTU!!

        so ko pegilah tuntut janji tu..bukan shj tangguh..malah MENIPU..BOHONG..KHIANAT pada HUKUM ALLAH!!

        Pemimpin PAS bukan sekadar lidah biawak..tp bersekutu dgn kafir dan syaitan..nk mari HUDUD lagu mana lembu oii?

        Reply
  • October 27, 2011 at 6:13 pm
    Permalink

    Apa pulak hal CeKGU BAD risau PM & isteri ke Mekah tunai haji tahun ini. Hampir semua PM dan TPM ke Mekah semasa memegang jawatan mereka. Ada kaitan ke tunai haji dengan politik . Soal photo PM & isteri dipapar di media semasa tawaf, saei atau melontar jamrah akan tersiar siang malam pagi petang kenapa pulak nak jadi modal untuk dirisaukan. Nama pun PM, ke US keluar media, ke Europe keluar media, keCina keluar media. Apa beza nya. Apa??? Nuar tak pernah ke Mekah ? Susah nak percaya.

    Tapi keMekah sebenarnya susah kita nak cakap. Bagi orang yang diberi hidayah, hati mereka akan terbuka dan membuak buak perasaan tak sabar untuk ke Mekah. Bagi mereka yang tertutup hatinya (belum diberi hidayah) tidak akan terlintas untuk kesana menjadi tetamu Allah walau hakikat nya mereka mungkin pusing keliling dunia saban tahun, 6 bulan sekali, 3 bulan sekali. Alanglah malangnya.

    Pun begitu susah kita nak cakap tentang pemergian ke Mekah. Sebagaimana dikata tanpa izin Nya (termasuk yang lain lain juga) kita tak akan dapat menjejak kaki kesitu. Memang ada yang terpilih saban tahun dapat menunaikan fardhu ke5 itu, saperti pegawai bertugas, team perubatan malah jemaah sendiri pun ada yang dianugerahkan rezeki sebegini. Wallahu Alam.

    Reply
    • October 27, 2011 at 11:39 pm
      Permalink

      Apa aku nak kisah pi Mekah. Sorang bayar RM80k lebih. Hotel macam spa dan sauna dan resort kat Bali…

      Reply
      • October 28, 2011 at 2:56 am
        Permalink

        Moo lembu..yg bayar 60K per head utk UMRAH..ditaja (rasuah) tu siapa ekk?
        60K utk Umrah saje bro..plg lama 2minggu je..tp 60k..bro..angkut anak bini menantu sekali?

        sudahle mahal nk mampos..DITAJA company individu (RASUAH) pulak tu..kotor punya perangai!

        Reply
        • October 28, 2011 at 7:52 am
          Permalink

          60K ….. tak sampai harga cincin RM24 juta …..pun….

          Reply
          • October 28, 2011 at 10:01 am
            Permalink

            ape bodo la..nak patahkan fakta dgn khabar angin

  • October 29, 2011 at 9:13 am
    Permalink

    Aslkm, Ni mamak kopi pes lagi supaya puak Ameno terbuka minda sikit…. betapa penipunnya pemimpin Ameno… cerita cam i tak akan di ‘highlight’ atau wujud kat media prima punya lah…

    KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.

    Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

    Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

    “Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

    “Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

    Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

    Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.

    Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.

    Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.

    Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.

    Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.

    Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.

    Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

    Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.

    Ameno boleh nilai….

    Reply
  • October 30, 2011 at 12:36 am
    Permalink

    TAHNIAH BREDSTORY GROUP!!!! MOGA RAKYAT MSIA PERBANYAKKN LAGI YG BERKITAN DNGN 1MALAYSIA. BIAR PR SEMAKIN GENTAR DAN TAKUT DENGAN SLOGAN 1MALAYSIA. KEPIMPINAN BANG AJIP SEMAKIN TERSERLAH SEJAK AKHIR2 INI RAKYAT MSIA BERSYUKUR KERANA PUNYAI PM SPTI ABG AJIB YG SENTIASA MEMBANTU RAKYAT YG BERPENDAPATAN RENDAH. 1…MALAYSIAAAA!!!!!

    Best Nation.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *