Pusing-Pusing Laporan Audit Negeri Pakatan

Share


Getik hati penulis bila baca laporan media pro pakatan haram pembangkang yang memuji melangit laporan audit Ketua Audit Negara berkaitan prestasi kewangan beberapa negeri dibawah pemerintahan pakatan haram pembangkang, terutama Kedah dan Kelantan – keduanya dibawah pemerintahan PAS

Bagi negeri Selangor yang ada banyak lubang-lubang itu, segala kelemahan yang dikesan Jabatan Audit Negara, ditakrifkan sebagai ‘ketelusan’ kerajaan negeri!!

Pulak dah!!

Penulis tak berminat nak menyingkap satu persatu penemuan laporan audit tersebut, cuma nak berkongsi sedikit dengan pembaca bahawa, hakikatnya sama ada penemuan audit ke atas prestasi kewangan negeri-negeri Pakatan menunjukkan kelemahan atau kemajuan, semuanya akan dibaca sama sahaja oleh media mereka – BAIK.

Kalau keadaan ini berterusan, sampai bila pun kerajaan Pakatan ini tidak akan ada kelemahan, semuanya sempurna (atau kelihatan macam sempurna).  Mana datang logik ada satu kerajaan yang perfect dalam semua hal?

Itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah organisasi haram yang sangat kurang toleran dengan kelemahan.  Kalau boleh semua pun nak disapu ke bawah karpet, kelemahan mana yang terlepas, diberi gambaran yang baik-baik saja.

Kerajaan yang macam ini adalah jenis kerajaan yang paling akhir rakyat Malaysia mahukan sebab ia menunjukkan tidak ada ketelusan dan intergriti.

Cakap soal Intergriti ini, bagaimana amalan menyediakan dan meluluskan kertas kerja oleh orang yang sama, boleh diterima pakai dalam hal pentadbiran sebuah kerajaan negeri?  Penulis merujuk kepada penemuan hasil audit ke atas satu lawatan ke India oleh seorang Exco kerajaan negeri Selangor.

Tambah menarik, bagi menutup kelemahan tersebut, ditimbulkan pula isu baru iaitu debat Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang aka bekas banduan.  Selamanya pun rakyat tidak akan dapat melihat kelemahan kerajaan yang memimpin mereka kalau cara pakatan haram pembangkang ini dipilih memimpin negara kita.

Penulis lebih selesa dengan cara kerajaan BN, tak tahulah kenapa.  Selesa yang penulis maksudkan ialah bila kelemahan dan kemajuan disebut dalam barisan yang sama.  Tidaklah memilih hanya baik-baik untuk ditunjuk kepada rakyat, yang tidak baik pun diakui sebagai kelemahan dan diambil tindakan.

Lagipun kelemahan kalau ada pun diperingkat pegawai seperti dalam kes pembelian teropong penglihatan malam oleh Jabatan Taman Laut Malaysia yang dikesan beribu kali ganda dari harga pasaran sebenar.  Tapi dah namanya pun Jabatan Taman Laut, sudah tentulah teropong penglihatan malam itu untuk kegunaan dibawah laut, bukan di darat – yang mana berbeza dari segi aplikasi dan teknologi.

Apa pun penulis pasti ada penjelasan tapi yang lebih penting kelemahan dan kemajuan disebut bersama, bukan memilih yang baik saja untuk ditunjukkan.

Macam penemuan audit ke atas prestasi kewangan negeri-negeri dibawah Pakatan itu tadi.



29 thoughts on “Pusing-Pusing Laporan Audit Negeri Pakatan

  • October 27, 2011 at 11:21 pm
    Permalink

    Dah ada isu bukan masalahnya sgt negeri mana, kita nak tengok sejauh mana kjaan berani ambik tindakan terhadap jerung2 yg bertanggungjawab!

    Reply
  • October 27, 2011 at 11:49 pm
    Permalink

    Kat selangor memang ada lubang2 tapi check punya check punya check…rupa2 gang UMNO punya…terus kes tutup! Tapi tak keluar berita…

    Reply
    • October 28, 2011 at 4:02 pm
      Permalink

      kat selangor sekarang UMNO ka berkuasa? kalau nak tutup pun bukan UMNO..kalau ada salah, dedahla, ni mana bukti dia?

      Reply
  • October 27, 2011 at 11:51 pm
    Permalink

    Anwar bekas Banduan??? Eh…Mandela pun…Gandi..Ang Sang Su Kyi, Meraka2 yg memperjuangkan Islam zaman dulu..Iman ahmad Bin Hambal dan ramai lagi…semua bekas banduan… tetapi Tengok la siapa yg tangkap depa…

    ooopsss Tun M???

    Reply
    • October 28, 2011 at 12:57 am
      Permalink

      kesian aku tengok ko ni moooooo…nape la ko jadi mcm ni mooooo…..sendiri komen sendiri reply….ko tertekan sgt ke…..

      Reply
      • October 28, 2011 at 1:48 am
        Permalink

        Mereka jadi bekas banduan atas sebab yg 1 dunia tahu apa yg diperjuangakan, tapi Mat Cd dapat tiltle BEKAS BANDUAN atas sebab apa Moooooo.?????…malas nak ckp laa…lu Moooooooo fikrlah sendiri..bikin malu 1Malaysia…..

        Reply
        • October 28, 2011 at 8:43 am
          Permalink

          Chua Soi Seks terang dan mengaku tu CD dia..ada ambik tindakan???

          Reply
          • October 28, 2011 at 9:55 am
            Permalink

            masaalah nya dia tu kapir,ada juga prinsip dia letak jawatan.

          • October 28, 2011 at 3:12 pm
            Permalink

            so UMNO prjuangkan ape?? melayu atau islam. Yg aku tahu ‘melayu’ jer…

          • October 28, 2011 at 6:59 pm
            Permalink

            Apa perjuangan PAS

    • October 28, 2011 at 9:14 am
      Permalink

      memang la sumer tu bekas banduan…tapi bukan suntut jubur jantan…bukan suntut pelacur atau agent zionist mcm anwar…ada beza tu

      Reply
      • October 28, 2011 at 3:10 pm
        Permalink

        Ejen Zionis tak bayar zionis RM76 juta. Dedahkan rahsia negar. lepas tu tak ngaku.

        Reply
  • October 28, 2011 at 8:13 am
    Permalink

    hahahaha…tercapai hasrat totok ppembangkang nak bangkrapkan Malaysia selama ni..hehehhee..

    kalau negeri pun tak leh handle..camne nak handle negara…soh anuwar jual KY JELLY je la..hehee

    Reply
  • October 28, 2011 at 8:45 am
    Permalink

    How come you said Pakatan nak bankrapkan Malaysia??? When Pakatan States recorded most FDI last year?? Kat Sgor baru nak kutip hutang dari Talam corp melalaui MB Inc tu. Kes dari zaman Mat Taib yg tak pernah kutip tu. (Dan tak ada tindakan diambik pun)

    Reply
  • October 28, 2011 at 9:16 am
    Permalink

    Rakyat boleh terima lompang sana/sini dalam pentadbiran, tapi rakyat tak boleh terima setelah dikenal pasti lompang tersebut tapi tiada tindakan dari pihak kerajaan terhadap oegawai tersebut. Kita tak pernah dengar tindakan diambil terhadap pegawai yg. bertanggungjawab membeli aset yg. 1000X ganda harga pasaran tertinggi. Ini yg. dipertikaikan…. tak kira BN atau PR, kalau tiada tindakan pada pihak bersalah selamanya negara akan rugi dan ketirisan. Sekurangnya mesti ada penjelasan jika laporan AUDIT salah.
    Contoh isu anak sykt. K’jaan S’gor KDEB yg. rugi lebih 100juta, sebabnya bagi air percuma pada rakyat. Walaupun ia tetap salah disisi Ketua juruaudit negara, tapi rakyat tak marah dan senang kerana pihak bertanggungjawab gunakan wang tersebut untuk kebajikan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri atau kroni. Ia hampir sama bila k’jaan guna wang PETRONAS untuk subsidi minyak dan sebagainya.
    Sepatutnya kementerian yg. ada laporan AUDIT yg. bermasalah tidak dinaikkan gaji mereka hingga semua laporan betul. Atau menteri tersebut letak jawatan kerana tidak bertanggungjawab… waallahualam.

    Reply
    • October 28, 2011 at 3:22 pm
      Permalink

      Bukan dah tahap lompang dah oooiii…
      KDEB rugi akibatberpunca dari zaman Mat Taib. Deal dgn Talam Corp kat area bukit Beruntung, Sg Buaya. Ko check balik fakta. TIADA Tindakan diambil pun. Zaman PR ni baru buat debt collection.

      i. Laporan Audit yg tidak bermasalah, dinaikkan gaji??? Basically itu adalah keje meraka. They expect to do their job. But kalau they are perform, we should consider promotion la. as a recognition. Kalau masalh, kita ambik tindakan.

      Laporan audit dulu2 pun tak ade tindakan?????? Kalau ada pun, ikan bilis jugak yg kena. Contoh Jabatan Tourism dibwh Azalina.

      Reply
      • October 28, 2011 at 4:01 pm
        Permalink

        KDEB rugi sebab bayar subsidi air, check balik fakta

        Reply
        • October 30, 2011 at 5:51 am
          Permalink

          kau ni bodoh abngsudin

          Reply
  • October 28, 2011 at 10:25 am
    Permalink

    Dalam bak hal ini saya tidak boleh komen banyak kerana saya pun agak disappointed sikit. Memang UMNO ada melakukan kesalahan. Mungkin masanya sudah tiba orang lama dalam UMNO undurkan diri dan izinkan orang UMNO atau BN yang baru mengambil alih..

    Saya yakin bahawa ramai lagi ahli² BN ataupun UMNO yang masih mempunyai kredibiliti yang lebih sihat serta lebih competitive.

    Reply
    • October 28, 2011 at 12:00 pm
      Permalink

      Hello..!!! Wake up!! Semenjak bila dalam umno suka Hang Nadim ni…????? Semenjak bila dalam UNO demokrasi subur??? Berani menegur pucuk pimpinan dgn niat yg Ikhlas??? Terus ahli parti/pemimpin lain akan kecam ko. Ko silap parti..kalau bersuara terus kena cantas..!! Ingat Zahid Hamidi dulu??

      Reply
      • October 28, 2011 at 4:01 pm
        Permalink

        demokrasila boleh pilih presiden dan kebawah..bukan macam PAS, PKR dan DAP..ketua umum, mursyidul am dan penasihat yang berkuasa penuh dalam parti masing-masing tak diimpin secara demokrasi..

        aku akui yang UMNO ak perfect tapi pakatan? lagiiiilaaa, tak perfect

        Reply
        • October 28, 2011 at 5:40 pm
          Permalink

          Majoriti sokong. Ada masalah???? Tapi masalahnya pemimpin umno yg pegang mandat, Maka yg pegang mandat mempunyai kuasa terhadap pengurusan dana /hasil cukai negara. tapi semua kuat rasuah dan sekular.

          Reply
          • October 28, 2011 at 6:58 pm
            Permalink

            ..tegur la pemimpin ko dulu

  • October 29, 2011 at 9:22 am
    Permalink

    Aslkm, mamak kopi pes untuk pecacai Ameno berfikir… betapa membazirnya pemimpin mereka dan betapa bodohnya mereka terus kata pemimpin mereka ni bagussss…. Dulu mamak ada kata ini pemimpin Ameno barng 1RM dia kata 3RM…. mamak ada silapa juga… 1RM sekarang dia kata 6RM… cilakak punya pemimpin…

    KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.

    Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

    Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

    “Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

    “Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

    Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

    Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.

    Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.

    Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.

    Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.

    Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.

    Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.

    Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

    Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.

    Reply
    • October 29, 2011 at 9:37 am
      Permalink

      Aslkm, Itu Adamyan bengong juga…tarak berani mau tulis apa kelemahan pentadbiran negeri PR sebab… Laporan Ketua Audit Negara kata negeri PR ok …. Kalau sudah taksub itu macam la…BUTA HATI…. Ameno menipu pun lu worang kata ok…kah..kah…

      Reply
    • October 29, 2011 at 12:26 pm
      Permalink

      Patutla ramai orang melayu kaya…. merompak duit rakyat

      Reply
      • October 29, 2011 at 1:40 pm
        Permalink

        Itu kereta harga satu biji RM29juta??? Disebabkan Ameno selalu kata peralatan kita beli spec dia berlainan…(Scorpene kita mesti versi tercanggih punya sampai takleh selam )… Kata la itu kereta perisai harga RM 10 juta( 3x harga body dan ini harga utk spec paling canggih di dunia ) takkan backup service dan perjanjian teknikal sampai RM19 juta??? cayalah Ameno… kah..kah… Pencacai bodoh dok kata Ameno baguih…kah..kah..

        Reply
  • October 30, 2011 at 11:24 am
    Permalink

    pengurusan selangor bwh khalid adalah yg trbaik dlm tempoh 28 tahun.. knapa tak sebut!

    kewangan kedah plak yg terbaik dlm tempoh 5 tahun.. knapa tak sbut!

    kerajaan penang menguruskan kewangannya dgn baik dan telah berjaya byr hutang peninggalan krajaan BN sbyk 95% kpd pusat dan menjadi negeri kedua terbaik slpas selangor… knapa tak sbut.

    itu audit duduk bwh krajaan BN. klu betul2 audit tu bebas aku prcaya lagi byk klemahan yg trbongkar bwh Bn. prlu diingat, mksud klemahan di atas adalah pelahap duit rakyat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *