Apa Masalahnya Dengan Hudud?

Share


Pakatan Haram telah membuat keputusan untuk menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di negara ini. DAP awal- awal lagi menentang hukum hudud dan mengugut akan meninggalkan Pakatan Haram sekiranya usul Hudud oleh PAS dipersetujui kepimpinan pembangkang.

Kemudian, MCA dan Gerakan pula mengancam untuk meninggalkan BN sekiranya UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melaksanakan hudud di negara ini. Padahal, usul tersebut tidak langsung ditimbulkan oleh UMNO atau Najib sendiri.

Persoalannya, apa masalahnya dengan hukum hudud?

Sebagaimana kita maklum, hudud merupakan sebahagian kecil dari perlaksanaan hukum perundangan Islam. Ia sangat adil dan mampu membawa kesejahteraan untuk semua, termasuk kepada yang bukan beragama Islam.

Jadi, di mana silapnya hudud sehingga ditolak ramai pihak?

Silapnya ialah hudud yang diusulkan Pas melalui Kerajaan PAS Kelantan sebanyak tiga kali dan Kerajaan PAS Terengganu sekali itu kurang adil dan tidak menyeluruh drafnya. Sila rujuk kepada surat rasmi yang diutus mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang menolak draf tersebut ekoran pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang terdapat di draf tersebut.

Sebenarnya, sekiranya draf hudud itu syumul dan sempurna sifatnya, adil seadil-adilnya sebagaimana hudud Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan bersesuian dengan keadaan zaman ini, tidak mungkin Tun M akan menolak draf tersebut pada tahun 1993.

Secara peribadi, saya mendengar sendiri dari seorang mufti yang mengatakan bahawa setelah Tun M mendengar sendiri tentang hudud sebenar (bukan versi PAS), beliau setuju dengan perlaksanaannya. Namun, apakan daya, beliau bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin sebab itu Tun M menyindir Nik Aziz untuk mengusulkan sekali lagi draf hudud kepada Najib, itu pun kalau sudah diperbaiki kelemahan yang ada…mungkin?

Yang peliknya, apahal pula dengan DAP, MCA dan Gerakan yang tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal hukum Islam ini? Mereka orang Islam, kah? Bukankah dalam Perlembagaan Negara ada menyebut bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ini? Ini adalah HAK EKSKLUSIF umat Islam di negara ini. Tak faham bahasa, kah? Atau mereka berniat nak mencabar Perlembagaan dan keistimewaan itu?

Hudud adalah hukum Islam dan parti DAP, MCA serta Gerakan yang dipimpin oleh majoriti bukan Islam tidak ada hak untuk campur tangan. Jadi, diam saja lahhhh..!!!

Lagi pun, saya ada menghubungi sendiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani untuk bertanya beberapa soalan mengenai hudud dan perlaksanaannya. Menurut beliau, hudud boleh dilaksanakan dan diterhadkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala bagi golongan bukan Islam, Mufti Perak itu berkata, mereka boleh memilih untuk dihukum dibawah hudud tersebut atau undang-undang sedia ada. Lagipun di dalam Islam, tiada paksaan untuk mereka untuk berbuat begitu, “La ikraha fiddin…”, bukan?

Bagaimapun, beliau menetapkan bahawa hudud perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian zaman supaya ia adil, saksama dan bertepatan menurut Islam sebenar.

Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu. Ia boleh dilaksanakan di dalam Kanun Syariah setiap negeri di negara ini.

Lagipun, hudud sebenarnya sudah terlaksana sebahagiannya di negara ini. Misalnya, hukum qazaf dan takzir ada dilaksanakan. Cuma qisas sahaja yang belum lagi. Meskipun tidak menyeluruh, ia mampu dilaksanakan jika ada pendekatan yang wajar dilakukan dan draf yang adil dihasilkan. Masalahnya, siapa yang mampu membuat draf hudud yang menhasilkan hudud Islam sebenar?

Justeru itu, kita tidak perlu takut dengan hudud. Hudud adalah hukum Islam yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah SAW. Sudah tentu ianya adil dan sempurna sepanjang zaman! Cuma, kita perlu cerdikiawan, ilmuan, ulama muktabar dan para mujtahidin untuk meng”ijtihad”kan hukum tersebut. Itu saja.

Justeru itu, tiada cacat celanya hudud Islam itu dan ia wajar dilaksanakan di negara ini. Cuma, ia perlu dikaji saja. Bagi golongan Islam, sama ada menerima atau menolak hukum tersebut, itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima.

Jadi, tunggu apa lagi? Kajilah sepuas-puasnya dari sekarang. Semoga hudud Islam sebenar dihasilkan di bumi Malaysia ini dan menjadi contoh kepada semua negara Islam lain. PAS nak “join”? Silakan…



56 thoughts on “Apa Masalahnya Dengan Hudud?

  • October 1, 2011 at 7:29 pm
    Permalink

    Yang jadi tak berapa sedapnya bila PAS melibatkan politik dalam hukum islam… contohnya kafir mengkafir… maka tanggapan semua orang akan jadi negatif terhadap aoa sahaja yang di buat oleh PAS. Kemudian mereka mendesak untuk semua orang islam di MALAYSIA ni menerima HUDUD, kalau ikutkan protokol semua umat islam berhak mendapat penerangan kemudian pemelajaran kemudian perlaksanaan… kalau jalanya baik maka semuanya akan jadi baik, draf dari PAS tu dihantar tanpa suara dan penerangan terhadap perkataan – perkataan yang mungkin mengelirukan… sekali cuba mungkin gagal tapi cuba lagi tapi dengan cara lain pulak… baru la orang macam aku akan paham apa matlamat HUDUD VERSI PAS yang tetap berat sebelah contohnya tentang perempuan yang kena rogol perlu mendapatkan saksi lelaki suci seramai 4 orang kalau tidak maka perempuan itu akan…..

    Reply
    • October 2, 2011 at 1:43 am
      Permalink

      “semua umat islam berhak mendapat penerangan kemudian pemelajaran kemudian perlaksanaan”

      dah berpuluh undang2 diluluskan oleh parlimen Malaysia …..

      rakyat tak dapat maklumat pun….. kenapa boleh dilaksanakan ????

      Reply
    • October 2, 2011 at 1:45 am
      Permalink

      Hudud PAS tidak ada hanya tuduhan UMNO…..sahaja ….

      Mana dia hudud mengikut alquran dan hadis yang dikeluarkan oleh UMNO pulak ????

      Reply
  • October 1, 2011 at 7:43 pm
    Permalink

    Salam.PAS dh ditekam oleh DAP.sb tu smpai skrg PAS tk ada pndirian nk wjudkan NGRA ISLAM dan HUKUM HUDUD.tk brmaya dgn DAP

    Reply
  • October 1, 2011 at 11:12 pm
    Permalink

    Hudud boleh dilaksanakan terhadap semua insan di bumi Malaysia tanpa mengira agama,kepercayaan & ideoloji. Syaarnya mesti dipersetujui oleh semua kaum dari bermacam agama. Tak adil jika hudud di kwenakan kepada muslim sedang kan non muslim pulok di kena kan undang undang sivil. Mana ada aci & keadilan jika lagu ni…!!!

    Reply
    • October 2, 2011 at 11:04 pm
      Permalink

      bangkano, kan penulis dah tanya Tok Mufti… Ko lagi pandai dari tok mufti yg. bukak kitab siang malam ke? Ko adil sangat ke hingga pertikaikan keadilan Allah?
      Jelas di sini tuan nak jadi sama taraf dengan kafir bila hukuman yg. Allah bagi pun tuan nak sama dengan kafir.

      Reply
      • October 4, 2011 at 7:17 pm
        Permalink

        well, quite stuju laaa ngn ape yg bjuk ckp..tp as a muslim..better watch your language laa..sbb Allah x suke org yg ckp ksar2 ni..btw,peace brother~

        Reply
  • October 2, 2011 at 1:37 am
    Permalink

    Hudud tak ada apa2 masalah …..

    tapi parti UMNO yang terlampau seronok sangat …….

    apabila hukum hudud mengikut alquran dan hadis ….

    gagal dilakukan atau dilaksankan ……

    Reply
  • October 2, 2011 at 1:40 am
    Permalink

    “Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu”…..

    yang mana satu hudud yang salah tu ????

    Reply
    • October 2, 2011 at 11:06 pm
      Permalink

      Takpa C4… biar diorang terima hudud dulu, jangan provok diorang dulu. Jika diorang dah terima nanti baru kita suruh dia semak yg. mana tak betul. Lagipun kita bukan maksum… mungkin ada kekurangannya.

      Reply
  • October 2, 2011 at 1:50 am
    Permalink

    Bila pulak UMNO nak buat kenduri besar2besaran ……….??? Satu Malaysia ….

    kerana gagal nya hudud dilaksanakan ?????

    Reply
  • October 2, 2011 at 2:01 am
    Permalink

    Tahniah kepada UMNO kerana berjaya menghalang untuk hudud dilaksanakan …..

    Reply
  • October 2, 2011 at 7:31 am
    Permalink

    Eh hairan aku…UMNO sendiri yg sedang memegang tampuk kuasa diMalaysia tatkala ini, apasal tak nak laksanakan Hudud?????

    Ohh lupa UMNO hanya memperjuangkan bagsa…bukan agama. Bila MCA desak.terus UMNO kecut telur.. So siapa kuda tunggangan siapa???

    Islam bagi UMNO hanyalah skadar budaya seperti nikah-kahwin, puasa di bulan Ramadahn.yg penting ada artis-artis sbagai hiburan…

    Reply
  • October 2, 2011 at 7:44 am
    Permalink

    Aslkm, Mamak rasa malu dengan perangai Meloya Ameno nih…. baca statement kat atas … “Mahathir setuju dengan perlaksanaan hudud setelah mendengar penerangan sebeno dari seorang mufti… Apakan daya beliau kini bukan PM lagi….” kah..kah.. ptui… Ni yang mamak naknaik angin nih… La…. dulu masa dia PM dia tak pernah nak cari selidik dulu mana cara hudud sebeno ke?? Dah pencen baru nak di bagi penerangan??? Waktu berkuasa lansung tak ada keinginan atau senang cerita TAK MAU le tu…

    Kalau kita ada iman dan rasa itu tanggungjawab kita sebagai orang Islam menegakkan hukum.. maka sewaktu TDM berkuasa dia patutnya panggil pakar pakar ugama , mufti Ameno untuk sama sama muzakarah dan baiki draft kerajaan Kelate yang TGNA sediakan.. lepas tu make sure di laksanakan … kita orang Islam patut excited untk menegakkan kalimah dan hukum allah di bumi ni.. ni dah le reject… kondem lagi… perli perli lagi sunnah nabi dsbg…

    La ni nak cuci tangan macam dia innocent… kah..kah… Meloya Ameno .. Meloya Ameno… Kalau korang masih keberatan nak laksanakan hudud tak payah banyak kelentong sini la… Islam apabende korang ni…

    Reply
    • October 2, 2011 at 11:10 pm
      Permalink

      Gua pun hangin tuan… tapi Alhamdulillah kalau dah sedar, makbul doa Ust.Fadhil minta TunM panjang umur untuk lihak kerosakan yg. dia buat. Tapi aku harap dia tolong PAS terangkan Najib pasal HUDUD, bukan apa takut nanti Najib kata yg. sama bila PENCEN. Lagipun TunM punya cakap lebih dipercayai oleh orang UMNO berbanding Najib.

      Reply
  • October 2, 2011 at 7:54 pm
    Permalink

    Pas Pis Pus yang melungkan HUDUD (versi Pas Pis Pus) nak salahkan orang lain tak laksanakan pulak dah!. Dah tu jelas HUDUD versi Pas Pis Pus ini meneyeweng bila Hudud dibuat untuk orang Islam je!. Jangan salahkan orang lain. Kalu nak buat seribu daya, jangan guna alasan negara di perintah BN atau perlembagaan dsb., Ayuh Pas Pis Pus, takutkan tuhan jangan takutkan perlembagaan. Kata memperjuangkan agama!! Perlembagaan pun takut ke. Parti Ajaran Sesat Sangup mati masa Memali (walaupun ketua mereka menyelewengkan duit derma). La ni kata perlembagaan pulak doh!

    Reply
  • October 2, 2011 at 11:16 pm
    Permalink

    Alhamdulillah… syukur, akhirnya ada juga artikel yg. memehak HUDUD. Pada aku tak penting sangat hudud PAS atau Hudud UMNo, Asalkan ikut Al_Quran dan Sunnah, sebutlah hudud apa pun. Harap sangat sahabat2 yg. suka hentam aku dalam isuu hudud ni baca artikel ni dan dapat bagi sokongan pada penulis. Aku yakin penulis sedar apa yg. dia tulis dan adalah lebih baik sekiranya ulama muda UMNO dapat menulis dan menyedarkan forumer di MyKmu. Semoga Allah membalas dengan sebaik2nya kepada penulis dan diberi kefahaman tentang Islam.

    Reply
    • October 3, 2011 at 2:35 pm
      Permalink

      Sorrylah jangan mengharap orang lain diberi kefaham tentang Islam, sedarkan diri sendiri lagi baik (seolah-oleh kita ni dah faham sangat tentang Islam yang maha luas ini).

      Reply
      • October 3, 2011 at 6:20 pm
        Permalink

        Allahhuakbar… tak tau nak kata apa lagi, orang tolong doakan untuk diberi kefahaman tentang Islam ko tak suka? Ko ni Islam ke Idak?

        Reply
        • October 3, 2011 at 9:07 pm
          Permalink

          Allahhuakbar …sebenarnya aku pun sedang mendoakan supaya ko memahami Islam.(sebab aku rasa ko kurang faham) Tulah orang Pas Pis Pus ni…selalu kira orang lain Islam ke tidak…diri sendiri tak mau kira ke?

          Reply
          • October 3, 2011 at 9:32 pm
            Permalink

            Terima kasih tuan…

  • October 3, 2011 at 12:55 am
    Permalink

    Salam DoMC,

    Mengenai surat Tun M kepada Nik Ajis, saya tidak nampak pun penolakan kepada Hudud.
    Persoalan yang Tun M timbulkan amat selari dengan kehendak Hudud (Had Allah) yang di laksanakan oleh Rasulullah sendiri.

    Bukan saya mempertikai ilmu Mufti Perak, tapi bidang kepakaran setiap ilmuwan agama adakalanya terhad kepada bidang bidang tertentu.

    Ini diantara perkara yang saya jumpa ..Hudud tidak membeza Islam atau bukan Islam.

    Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, SIYASAH SYAR’IYYAH pada bab ‘Hukum dan Hak-Hak Allah’ menyatakan:
    Hukuman harus dijalankan secara adil tanpa pandangan bulu, pada seluruh lapisan masyarakat; pada orang terpandang,dan kelas sosial yang lebih rendah, mahupun orang yang miskin. Kewujudan hukuman harus tetap dipertahankan dan dijaga kemurniannya daripada segala jenis penyuapan (rasuah), saranan atau pengaruh-pengaruh dari pejabat tertentu dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang mengabaikan kemurnian nilai-nilai hukum, padahal dia mampu menegakannya, baginya laknat bagi Allah, malaikat dan seluruh umat manusia. Allah Taala tidak mengenal adanya penggantian dan upaya untuk surut daripada penerapan hukum kerana dengannya, identik menjual ayat-ayat Allah dengan harga murah

    Imam Al-Mawardi di dalam kitabnya, Al-Ahkam As-Sulthaniyyah dalam bab zina dan rejam menyatakan:
    Untuk dihukum rejam, seseorang tidak disyaratkan beragama Islam. Jadi, orang kafir pun direjam seperti halnya orang Muslim.

    Abu Hanifah :

    Hukuman potong tangan berlaku bagi pencuri lelaki dan wanita, orang merdeka dan hamba sahaya, orang Muslim dan orang kafir. Jika anak kecil mencuri, tangannya tidak dipotong. Jika orang yang tidak sedarkan diri mencuri, dia tidak dipotong tangannya. Jika hamba mencuri kekayaan tuannya, tanganya tidak dipotong. Jika seorang ayah mencuri kekayaan anaknya, tangannya tidak dipotong.”

    Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan :
    “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

    Keterangan-keterangan ini bertepatan dgn perintah ALLAH

    “Dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.” (Surah an-Nisa’: 58)

    Reply
    • October 3, 2011 at 6:28 pm
      Permalink

      Tuan mengaji sampai mana, nak banding dengan Mufti? Kalau setakat baca tak berguru jangan pandai2 nak mengajar, nanti jadi sesat macam TunM. Bila pencen baru nak berguru dan suruh TGNA buat hudud, tapi cakap dah tak laku buat apa?
      Aku tak kata apa yg. ko baca tu salah, tapi Ilmu Allah tu luas dan banyak pecahannya. Allah haramkan Anjing dan babi tapi ada masanya harus untuk dimakan bila tiada makanan lain melainkan menunggu didepannya kematian. Malah muslim yg. boleh menidakkan tuhannya bila maut menunggunya jika masih mengesakan Allah. Tapi adalah syahid jika dia terus pertahankan Aqidahnya… waallahhualam.
      Jadi pesan aku, berguru sebelum nak kata orang yg. lebih alim salah….

      Reply
      • October 3, 2011 at 9:47 pm
        Permalink

        astarfirulah…sabar sayang, jangan tuduh keimanan orang dengan menuduh sesat dsb…itu hak Allah ..(jangan ambil hak Allah) Kira keimanan sendiri lagi baik.

        Reply
      • October 3, 2011 at 10:29 pm
        Permalink

        hikhikhikhikhikhik….. maka sila beri hujah atau nas yang menyanggah apa yang aku sampaikan….
        sila lah bertanyakan kepada guru saudara.

        Nko yang tak berguru, tapi menyanggah sesuka hati.
        hikhikhikhik….. ooo…org lebih alim tu lebih bebetul dari Rasulullah??..hmmmm

        Reply
        • October 4, 2011 at 10:56 am
          Permalink

          “Aku tak kata apa yg. ko baca tu salah, tapi Ilmu Allah tu luas dan banyak pecahannya. ”
          Ko baca habis tak apa yg. aku tulis…. atas tu aku copy tulisan aku.

          Reply
          • October 5, 2011 at 9:39 pm
            Permalink

            Tu la aku kata bujuk ni… Sampai fakta macam tu pun kau nak pertikaikan. Macam kau sorang je yang tahu baca Quran dan Hadith..Ada ke Herotamil pertikaikan ilmu Mufti tu? kau yang lemah kefahaman sebenarnya. Tapi pasal ego dan bongkak tu tinggi sangat, semua nak di sanggah. Sebab yang tulis orang UMNO.

      • October 3, 2011 at 10:39 pm
        Permalink

        Go to hell with your sesat fatwa.
        Aku cabar kau bawak kamera digital pergi kubur2 pemimpin PAS yang kau agong2kan, gali balik dan ambik gambar mayat depa tengok kalau masih berdarah lagi atau tinggal abu dan gigi aje.
        Kalau kau jumpa jasad macam orang mati shahid atau ahli syurga, download kat sini.
        Selagi tak jumpa – get out and get lost sebab arwah guru2 kau tu semua tak dijamin syurga. Dan kau tak layak kata orang lain sesat.

        Reply
        • October 4, 2011 at 10:59 am
          Permalink

          bila pulak aku tuduh orang sesat?
          Tapi cabaran ko suruh aku gali kubur untuk pastikan seseorang tu syahid memang sesat.

          Reply
          • October 4, 2011 at 11:10 am
            Permalink

            Tu…kat atas tu ..ko tuduh TunM sesat apa…ko ni cakap berbalik lah…macam pas pis pus. Tau po ko agama tu luas…abis cakp ko je betul orang lain semua salah. Orang kapir pun aku tak berani tuduh sesat ke kapir ke…mana tau nak mati diberikan hidayah…Allah lebih mengetahui…sabar, sabar.

          • October 4, 2011 at 10:37 pm
            Permalink

            Itu TunM sendiri mengaku, bila dulu dia halang hudud, lepas pencen jumpa Mufti dan sekarang suruh TGNA laksanakan hudud. Maknanya dia mengaku dulu dia salah jalan(sesat lah tu).

  • October 3, 2011 at 6:32 pm
    Permalink

    Apabila penulis MyKmu menyokong hudud, tak ramai yg. sokong berbanding jika penulis menyerang hudud… kenapa ye?

    Reply
    • October 3, 2011 at 11:19 pm
      Permalink

      Itu hak penulis beri pendapat, kami pula berpegang pada hujah kami.
      Kami bukan lembu macam nkorang salah betul angguk semacam…tak leh nak pikir…

      Bila Dewa PAS kata HUDUD wajib laksanakan tak der rukun takder pra syarat..
      nko rang angguk..
      Bila Dewa PAS kata nak laksanakan hudud kena selesaikan rukun selesaikan pra syarat..
      nkorang angguk…
      Bila Dewa PAS kata sekarang tak sesuai laksanakan hudud
      nkorang angguk

      Ntah apa yang nkorang paham aku pun tak tahu…angguk jer!!
      kepala hangguk!!

      Reply
      • October 4, 2011 at 11:08 am
        Permalink

        Tapi tu pendapat Mufti dan TunM. Aku yakin korang akan pakat sokong hudud bila Najib(PM) kata hudud untuk memperbaiki akhlak orang melayu..bla.bla.bla. sama juga bila Najib hapuskan ISA dan Kouta Bumi. Buktinya aku tak jumpa lagi demo dari pemuda dan perkasa yg. bantah ISA dan kouta bumi…. sekarang Najib dah berdalih pulak pasal kouta. Rentilah korang ada telor…

        Reply
        • October 4, 2011 at 11:21 am
          Permalink

          Itu andian ko je…ada ke mereka cakap begitu? Ko patut sokong ISA dihapuskan, quota dihapuskan (kaum ko juga yang mengatakan kesilapan besar pemimpin yang ada adalah memberikan tongkat kepada oranag Melayu). Kita bukan tak mau laksana HUDUD, tunggu kita menang 2/3, eh tunggu masyarakat sedar..eh ni salah perlembagaan, eh ni salah…(OOOooooo pas pis pus…yang penting hanya menang pilihanraya…so hudud ni?????)

          Reply
          • October 4, 2011 at 10:39 pm
            Permalink

            Apa ko mraban ni…?

        • October 4, 2011 at 4:05 pm
          Permalink

          “Dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil.” (Surah an-Nisa’: 58)”

          Reply
          • October 4, 2011 at 10:41 pm
            Permalink

            Manakah hukuman yg. lebih adil antara lordreid yg. m’sia laksana sekarang atau hukum Allah(hudud)?
            Jangan pusing2 boleh….

          • October 5, 2011 at 1:30 am
            Permalink

            Jika hukuman yang ada sekarang adalah adil kepada semua pihak.. Maka aku akan berpegang kepada Perintah yang terang ini.

            Aku lebih takut berlaku tidak adil.

            Adakah nko bujuk melanggar surah ini yang nyata ini.
            jgn nak belit.

            Sedang Allah bersifat maha mengetahui, maha pemaaf maha pengampun Ar Rahman Ar Rahim.
            namun nko berbuat seolah olah tidak mengetahui apa yang nko buat.

          • October 6, 2011 at 6:57 pm
            Permalink

            Maknanya tuan percaya lordreid lebih adil dari Hudud, walaupun tuan mengaku Islam?
            Tuan lebih percaya keadilan makhluk berbanding Rabb(Allah) yg. mencipta seluruh alam ini. Saya berlepas diri dengan pengangan tuan dan mohon tuan bertaubat.

    • October 4, 2011 at 12:47 am
      Permalink

      Sebab HUDUD yang dibangkitkan ini mainan PAS semata-mata. Ini bertujuan nak mengalihkan dan memesong perhatian rakyat terhadap kegagalan PAS untuk menjalankan tuntutan Islam yang lain2. Maka rakyat difahamkan seolah-olah dalam Islam ini hanya ada HUDUD sahaja. Bagi yang tak mahu dan tak mampu berfikir sahaja yang termakan dengan umpan PAS ini.

      Reply
      • October 4, 2011 at 11:04 am
        Permalink

        Aku ada di m’sia atau uthopia?
        Ada lagi spesis UMNO yg. fikir Islam hanya ada hudud saja. Apa UMNO ajar korang sampai korang fikir macam ni.

        Reply
        • October 4, 2011 at 11:14 am
          Permalink

          Eeeh..lepas berpuluh tahun baru sedar…eh eh he..Hudud hanya 0.0001% sahaja…kta tukar negara kebajikan…eh-eh eh…nak hudud semulalah…eh-eh eh tak jadilah…eh-eh eh ni Perlembagaan punya pasalallah, eh eh ini Tun M punya pasalah, eh-eh eh Paakatan dan bersetuju menangguhkanlah,,,,eh -eh eh…pa pulakdoh lepas ni

          Reply
          • October 4, 2011 at 10:23 pm
            Permalink

            PASPISPUS…PAS nie dari dulu memang camtu lah…kejap nak wattu, kejap nak watni…tapi abis PRU…soyap………Biasa lahhhhh.tuuuuuuuuu dah tarak MODAL…..

        • October 5, 2011 at 9:44 pm
          Permalink

          PAS dan kau lah yang nampak dalam Islam ada Hudud saja. Seba tu tak bicara bab lain yang dah lama UMNO buat demi martabat Islam. Bardatun Thoyibah Warabbun Ghafuur.

          Reply
  • October 3, 2011 at 10:35 pm
    Permalink

    Kami tidak menolak HUDUD tetapi……Kami tidak menolak HUDUD namun…perkataan TETAPI dan NAMUN adalah neraka…

    Reply
    • October 3, 2011 at 10:50 pm
      Permalink

      Namun, kita akan tukarkan dengan negara berkebajikan…

      Reply
    • October 4, 2011 at 1:12 am
      Permalink

      hikhikhikhikhikhik…Neraka untok UMNO jer ..tak gitu…
      bila PAS/PKR/DAP…… semua nya ahli syurga…kan…kan..kan

      Reply
      • October 4, 2011 at 12:36 pm
        Permalink

        siapa kita untuk menentang hukum Allah s.w.t..tepuk dada tanya iman..semoga saudara muslim semua akan bersatu.. bukan di bawah Umno ataupun Pas..tetapi berlandaskan islam yang sebenar-benarnya..terima apa yang benar..dan menolak kedaifan dunia..dunia sementara smntra mnggu kehidupan yang abadi..jangan mengikut nafsu kelak binasa diri..jangan mengikut akal krana ia juga dkawal oleh nfsu..yg terbaik bpndukan ajrn al-quran dan sunah nabi..insyaAllah smoga kta slmt dan dilindungi..~

        Reply
      • October 4, 2011 at 12:37 pm
        Permalink

        siapa kita untuk menentang hukum Allah s.w.t..tepuk dada tanya iman..semoga saudara muslim semua akan bersatu.. bukan di bawah Umno ataupun Pas..tetapi berlandaskan islam yang sebenar-benarnya..terima apa yang benar..dan menolak kedaifan dunia..dunia sementara mnggu kehidupan yang abadi..jangan mengikut nafsu kelak binasa diri..jangan mengikut akal krana ia juga dkawal oleh nfsu..yg terbaik bpndukan ajrn al-quran dan sunah nabi..insyaAllah smoga kta slmt dan dilindungi..~

        Reply
      • October 4, 2011 at 10:24 pm
        Permalink

        Syurga ciptaan PAS Nicky Ajis…….

        Reply
  • October 4, 2011 at 4:18 pm
    Permalink

    sekarang ni masalah iman bukan masalah hudud, kalau iman kuat semua perintah ALLAH termasuk hudud akan dapat dilaksanakan, kalau iman lemah semua perintah ALLAH tak boleh dilaksanakan termasuk hudud, bukan masalah hudud tapi masalah IMAN

    Reply
  • October 4, 2011 at 7:32 pm
    Permalink

    o0o0…cmni rupenye politik kt ngare kite…ish3..as a belia..sy malu ngn kamu sume…sume nk stand up kan theory or pndapat or watever lah yg korg belief..korg kaji ke 100% mende ni sume?.btol ke umno ckp cmni..btol ke pas ckp cmtu..x pon..main pas2 ckap je..ntah2 2-3 % je yg btol…malu laa pakcik2 sume oiii~pdan laa ank mlayu ngare ni rmai dah rosak..sbb org2 tue asyik sbuk pkir psal politik yg mmg kompem Allah akn judge waktu Judgement day nti..sy advisekan u all..korg tunggu je laa kat akhirat nti…(nmpk lepak je ayt ni,dh meninggal nti,jgn nyesal plak,ckap btol maa!)
    btw,peace to all brothers!=)

    Reply
  • October 5, 2011 at 1:25 pm
    Permalink

    Salam saudara sekalian….ape gunanya kalian bertelagah….cuma doakan hudud ini dapat dilaksanakan dengan adil buat rakyat negara ini…klo komen pun asyik caci mencaci dan saling tuding jari antara satu sama lain maka KEGAGALAN HUKUM HUDUD itu pasti la jawabnye…yg sokong UMNO tuduh PAS dan PAS pun sama sebaliknye…ape jawabnye ek…cuba la sesapa yg mmg arif@mengaji psl hukum ni create 1 blog yg boleh bg suma org info (tentu la yg adil seadil-adilnye) untuk kenal dan faham pasal isu hudud ni…mcm link yg bujuk bg tu…..hudud tu x bleh berlaku dlm politik…ini soal hukum allah…..xde yang mustahil klo segalanya dijalankan dengan ikhlas….bukan ke langkah beribu batu itu bermula dengan langkah pertama…sama2 lah kita bersatu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *