Azizan masih mampu mentadbir Kedah? Gurau ke ni…???

Share


Baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain. Dia mendabik dada dengan menyatakan bahawa dia mentadbir negeri itu dengan profesional.

Selain itu, katanya Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu. Pendeka kata, dia sememangnya hebat, walaupun akhirnya dalam sidang media itu dia meminta “simpati” dari rakyat memandangkan dia baru saja sepenggal memerintah Kedah.

Dia membuat kenyataan itu apabila Datuk Mukhriz memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Desakan itu dibuat memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini.

Selain itu, bekas Mufti Perlis yang selalu cuba mencari publisiti, Dr. Asri, yang dilihat seolah-olah condong kepada pro-liberal, memerli Azizan Razak menyatakan bahawa tiada sebarang perubahan untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding dengan apa yang berlaku di Kelantan.

Pertamanya, pada pandangan saya, cara Azizan Razak menjawab desakan Mukhriz itu menunjukkan bahawa dia tidak profesional. Mukhriz meminta dia meletak jawatan kerana di tidak sihat dan bukannya menuduh Azizan sebagai tidak profesional atau sebaliknya. Orang lain ambil berat mengenai kesihatannya, dia pula nak melenting. Profesionalkah begitu?

Keduanya, Azizan menyatakan dia tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah. Memang benar. Namun, apa yang dimaklumkan kepada saya, Azizan telah menyalahgunakan wang yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM150 juta setahun yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan persekutuan di negeri itu.

Namun, dikhabarkan sebahagian besar wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji para kakitangan awam negeri itu. Perkara ini sememangnya diketahui oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional tentang bagaimana Kerajaan Pas Kedah itu membuat “rolling” duit peruntukan jalan tersebut. Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bahshah Hanipah, pernah mengutarakan persoalan “kehilangan” duit peruntukan dari Kerajaan Pusat itu.

Namun, Kerajaan Pas Kedah berdolak dalik dalam memberi jawapan dan memberitahu bahawa wang tersebut masih ada. Namun sampai sekarang, Kerajaan pimpinan Azizan Razak masih gagal membuktikan bahawa wang tersebut masih ada di dalam akaun Kerajaan Negeri. Apakah ini yang dikatakan “profesional” oleh Azizan?

Ketiganya, saya kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Asri itu. Memang benar Azizan tidak buat apa-apa yang memartabatkan Islam di Kedah. Namun, Nik Aziz, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir Kelantan, hanya sebuah masjid saja yang mampu dibinanya. Sedangkan rumah ibadat agama lain dan patung-patung berhala menjadi keutamaaan Kerajaan pimpinan Tok Guru itu.

Apa yang Tok Guru buat di Kelantan untuk memartabatkan Islam hanyalah menaikkan papan tanda yang memaparkan aurat muslim dan muslimah, serta larangan membuat maksiat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Malangnya, meskipun sudah berpuluh tahun dasar papan tanda itu dilaksanakan, aurat muslim dan muslimah di negeri Kelantan masih lagi terdedah di sana sini.

Malah, statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia baru-baru ini membuktikan Nik Aziz gagal membendung gejala maksiat melalui papan tandanya. Kelantan masih lagi menjuarai carta penghidap HIV di negara ini untuk tiga tahun berturut-turut, hatrik! Justeru itu, bolehkah kita katakan bahawa Nik Aziz melakukan sesuatu yang memartabatkan Islam di Kelantan berbanding Kedah?

Saya melihat, apa jua dasar yang dilaksanakan oleh Pas sama ada di Kedah atau Kelantan, adalah sangat kurang keberkesanannya. Dasar memang dilaksanakan, namun tidak mendatangkan sebarang hasil. Ini membuktikan ketidakcekapan Pas dalam pentadbiran secara menyeluruh.

Jika tumpu pada ekonomi, sosialnya akan tercicir. Jika tumpu pula pada sosial, ekonominya jatuh merudum. Dan jika ditumpu pula pada spiritual, makin teruk pula moral dan akhlak mereka. Jika tidak, takkanlah rumah pelacuran yang kurang 1 kilometer dari Pejabat Menteri Besar Kelantan pun Nik Aziz boleh tak tahu!

Justeru itu, Azizan tidak perlulah meminta simpati dari rakyat untuk mengasihaninya. Jika tidak mampu tadbir, mengaku sajalah dan berilah kuasa tersebut untuk ditadbir orang lain. Kalau jatuh tersungkur nanti siapa yang malu? Azizan mahu surat khabar melaporkan berita dimuka depan “Menteri Besar Kedah jatuh tersungkur dalam selut”? Bukan apa, UMNO sebenarnya “tak sanggup” Azizan Razak dimalukan sebegitu…



16 thoughts on “Azizan masih mampu mentadbir Kedah? Gurau ke ni…???

  • September 24, 2011 at 1:43 am
    Permalink

    Azizan kata “Jangan bandingkan saya (Kedah) dengan Kelantan. (Pas) Kelantan sudah lebih 20 tahun mentadbir. Mereka menang dengan majoriti yang banyak. Saya hanya dapat 16 kerusi dan terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan yang bukan daripada Pas. Kebanyakan perkara kita terpaksa berunding dengan mereka dahulu untuk jangka panjang.

    “Contoh yang nak buat baru-baru ini, bulan puasa jangan ada karaoke malam (menguatkuasakan larangan operasi hiburan pada bulan Ramadan), nak kiamat dunia. Simpatilah dengan saya bab itu,” katanya.

    Kah,,,kah kah,kah…kesiannya pabila sijijan minta simpati..tu laa dulu sombong sangat dok mengata orang tapi bila dia dok kat atas sama juga ..mana pemerintahan islam yang ko kata nak buat dulu..atau hang pun kaki perabih duit jugak…kete tu lawa ooo jijan ..bila nak buat lelonggg

    Reply
    • September 24, 2011 at 2:07 am
      Permalink

      Kalau begitu macamana PAS nak tegakkan Islam kalau PR memerintah negara? Kelihatan lebih kepada menjadi pak turut kepada sekutu PR yg lain.

      Reply
      • September 24, 2011 at 2:37 am
        Permalink

        tak perlu dijadikan persolan, saudara Ibnu.. memang kita tau yang puak nih gebang dan mengelupur je lebih, selain dari tu tong kosong je, sekali ketuk (melalak) memang bunyinya kuat pasai dalamnya kosong. ramai diantara kita tak sedar akan perkara ini ( ambil contoh kelantan yang sudah lama diperintah pas ), sehinggalah kita ditunjukkan dengan jelas ( melalui 4 negeri yang diperintah puak pembangang ) oleh Allah supaya jangan jadi dungu sangat, guna otak untuk berfikir dan membuat pertimbangan..

        Reply
  • September 24, 2011 at 2:27 am
    Permalink

    den pernah kenal dengan seorang wanita kelahiran kelantan yang bertudung… dia akan membuka tudungnya (tidak bertudung) jika ke kota bharu atas alasan bosan asyik kena kacau (jika bertudung) ketika di bandar.. ini realiti ( aku bersumpah atas kebenarannya ).. bukan semua begitu aku tau.. tapi persoalannya, adakah ini contoh yang dikatakan telah “berjaya” setelah 20 tahun memerintah.. bagaimana pula dengan “sumbangan” dimana dengan hanya menggunakan bahasa kias seperti “anak aku susah pulak nak gerak sejak masuk UITM” (minta dibelikan kereta) kepada kontraktor yang berjaya mendapat sesuatu projek?! apakah ini telus dan mengikut lunas2 Islam cara mereka? banyak bahasa “kias” lain yang pernah diceritakan oleh kontraktor terbabit, tidak perlu disebutkan semuanya..

    ditempat lain pun wujud tapi mereka tidak menggunakan Islam sebagai topeng untuk menutup keburukan mereka, tidak seperti kaum pas.. setuju dengan penulis kerana biasanya kaum pas nih gebang je lebih, konon tau semua..bila diberi mandat, hancusss… dan perkembangan terbaru sejak 2008 hingga sekarang, den lihat dah ramai rakan2 den beralih angin dari utara ke area KL untuk mencari rezeki..

    Reply
  • September 24, 2011 at 2:38 am
    Permalink

    pm malaysia lagi teruk dan tak layak juga pm malaya pun tak sehat , pm buat pembedahan kepala kat hkl
    pm terpaksa sambut raya dan merdeka dekat perth australia guna jentera kerajaan orang umno
    tapi bini saja pm sihat makin gemok gedempol makin boroi cuma kena tambah bajet permata kurang2 1 billion
    peduli apa kakitangan kerajaan ugut sikit menikuslah kakitangan kerajaan

    Reply
    • September 24, 2011 at 4:51 am
      Permalink

      pebende la hang tulis ni tikaq..

      Reply
    • September 24, 2011 at 2:09 pm
      Permalink

      Nak tahu sihat tak sihat ajaklah Azizan lawan futsal dengan PM. Walkathon atau jogathon. Ada beran?

      Reply
  • September 24, 2011 at 2:57 am
    Permalink

    laaa ciku hang ka tak tiduq lagi ? hebat “budak pompuan kelate” yang hang kenai tuu …..pakai tudung ke kota baru kena kacau … hang bersumpah pulak … layak dapat tiket syurga dari mca atau mic ni tak pun zionis apco musti suka sayang sama hang
    bro nak buat fitnah pun patut padan lah …. kahkahkah fitnah tahap mumayiz
    patutlah hang tak dapat upah dari umno …. sebab tu kot flom tak pakai tudung takut kena kacau prk kerdau ada gambar isa samad baek punya ushar bumper rosmah ?
    mintak rasuah memang wujud dalam kerajaan mana2 pun malaysia melalui pm najib bagi upah zionis 77 juta setahun untuk kononnya berbaik2 dengan us…kalau zionis apco kata depa kakitangan kongress dan senate us mintak 20 atau 30 juta nak jolok orang dalam bagi pm malaya jumpa presiden us takkan pm malaya tak huloq kot ???
    pas kaa umno kaa pkr kaa bak kata semua melayu dan Umat Islam itu sekarang ini adalah manusia biasa tak maksum ada buat kesilapan serta kesalahan
    itulah pintu taubat sentiasa terbuka dengan Izin ALLAH S.W.T
    kalau tak dan taubat Neraka lah jawabnya
    kalau tak mau taubat ??? sambung ciku

    Reply
    • September 24, 2011 at 5:13 am
      Permalink

      suka hati hangla tikaq, aku tak suruh hang percaya.. buat apa aku tambah dosa kering dengan reka cerita.. cuma aku minta Allah ampunkan dosa hang pasai fitnah aku reka cerita diatas.. sekurang2nya kurang sikit dosa hang hari nih tikaq.. takpa la aku tahap mumayiz, ilmu masih kurang.. budak pompuan tu la ex aku selama 4 tahun la baghral.. study kat oversea buleh pulak pakai tudung, balik Malaysia bukak balik.. sebab tak makan nasihatlah aku break! gua bukan cam puak lu la suka create crita, tabur fitnah, gua ada prinsip, ada agama! berpegang pada fact!

      setau aku kalau pm keluaq pi jepun n us nak pinjam duit, tu cerita sahih yang aku dengar dari orang jepun sendiri la.. hang ingat Malaysia banyak sangat ka duit nak huloq pasai nak jumpa presiden ja, duit minyak petronas pun tak pernah cukup la kulup.. hutang Malaysia bersepah lagi kulop ooii..

      Reply
      • September 24, 2011 at 3:14 pm
        Permalink

        kahkahkah alasan zionis apco yang hang bawak mai ciku…. lawak budak kanyiaq
        hang nilai sendiri apa Fitnah yang hang tulis ciku
        “den pernah kenal dengan seorang wanita kelahiran kelantan yang bertudung… dia akan membuka tudungnya (tidak bertudung) jika ke kota bharu atas alasan bosan asyik kena kacau (jika bertudung) ketika di bandar.. ini realiti ( aku bersumpah atas kebenarannya )”

        Reply
    • September 24, 2011 at 7:08 am
      Permalink

      mai tang mana flom la tudung la ushar bumper la?
      kena kurangkanla sikit mengatatak tenu hala ni
      parti mana pun kalau tak jaga mulut danhai, pasti binasa

      toksah kata la yg ‘depa buat, awat aku takleh buat?’
      kalau lagu tu sama ja laaa hang dgn depa

      soal azizan tak larat atau dilohat sbgai tak larat tu biasa saja la
      mukhriz siap suroh amiruddin lagi ganti
      org pas jugak
      mukhriz tak kata pun ganti dgn umno atau mana2 org bn
      suruh dia turun ganti dgn kawan dai parti sendiri!

      org ambik berat tapi dia tak hargai. melenting plak tu. ish ish ish

      ni la contoh yg dikatakan tamak harta keduniaan yg dok ada dlm al quran tu
      kita ambik dia jadi contoh sbb dia takmau turun
      kita suruh org PAS jugak ambik, tetap beliau tak mau turun.
      nampak sgt beliau temaah jadi mb.
      cukp2 la tu. pencen mb dah tetap utk kamu. dah cukup anak bini makan.
      yg nurse ka yg cikgu ka, cukup segalanya.

      tiadak kuasa yg kekal, hanya Allah saja yg Maha Mengetahui lagi Bijaksana

      Reply
  • September 24, 2011 at 8:57 am
    Permalink

    YB Tuan Haji Ir Bahlolrazi tengah ushar2 kerusi MB dah tu…

    Reply
  • September 24, 2011 at 10:04 am
    Permalink

    jalan kampong aku belubang2…takdak maintenance langsung…tu la org bagi duit maintain jalan…pi buat jalan baru…konon depa buat perubahan…org suh buat lain depa buat lain……patot la jalan2 kat kampung byk lubang….duit bayaq gaji kakitangan awam xcukup…aduhhh kalau tak reti memerintah…angkat kaki la….kulim hi tech pun tadak investment baru dah la ni…dok harap first solar ja besaq…tu pun initiative zaman BN…..jemmmmm…..

    Reply
    • September 24, 2011 at 10:34 am
      Permalink

      abis tu hang syok ka?

      Reply
  • September 24, 2011 at 2:24 pm
    Permalink

    Salam. Apabila bercakap semuanya bukan untuk duniawi tapi akhirat. Ha! Inilah dia Pas yang bercakap hal-hal agama dan akhirat tapi dalam lubuk hati masih mahu rebut dunia juga. Ini adalah satu contoh yang paling tepat dinegeri Kedah apabila jawatan MB manjadi rebutan dikalangan ahli-ahli Pas. Ini baru ujian Allah yang amat kecil iaitu jawatan MB. Soal duit jangan ceritalah kalau tidak masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin. Ini apa yang berlaku dikalangan ibu-ibu tunggal dari Tabung Memali dan diceritakan sendiri oleh seorang balu didalam sebuah buku dan difatwakan buku itu haram oleh Pas. Ini baru satu tabung yang berbunyi kerana tinnya kosong. Belum lagi cerita tabung-tabung lain yang sudah dilancarkan. Jadinya dimana asuhan islam yang diwar-warkan. Sedangkan para-para nabi tidak kisah pun pasal jawatan dan harta. Dalam dua-dua perkara ini satu pun tidak diikut oleh Pas.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

    Reply
  • September 24, 2011 at 3:19 pm
    Permalink

    tempat aku kawasan pak lah ex pm malaysia pun jalan berlubang jugak woiii … dari pak lah jadi pm lagi kalau tengok jalan kawasan parlimen pekan pun ada juga jalan berlubang ada jugak orang parlimen pekan yang miskin
    dah lamaa dah najib dok sebat harta benda kerajaan ni tak mau berenti lagi kaaa ???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *