Hudud: Pas hanya retorik, tak ikhlas sebenarnya…

Share


Baru-baru ini, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz telah menimbulkan semula isu perlaksanaan hukum hudud di negara ini. Setelah gagal melaksanakan hudud PAS pada tahun 1993 kerana ditolak Tun Dr. Mahathir, kali ini Nik Aziz mencuba pula nasibnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Cuma, bezanya kali ini, Nik Aziz tidak menyerahkan sebarang draf hudud untuk diteliti oleh Kerajaan Pusat.

Mendengar saja kenyataan Nik Aziz itu, maka Lim Kit Siang awal-awal lagi menyambut tegas menyatakan bahawa DAP tidak setuju dan agenda hudud itu tidak wujud dalam persefahaman yang membentuk Pakatan Haram. Justeru mungkin “tersinggung” dengan kenyataan “mursyidul am DAP” itu, Nik Aziz membuat kenyataan bahawa PAS tidak pernah takut untuk DAP keluar dari Pakatan Haram.

Menghalau DAP kerana hudud? Sangat menghairankan! Sebelum ini, Nik Aziz bermati-matian memuji DAP dan menyatakan bahawa parti Kafir Harbi itu kini lebih memahami Islam. Malah, pada suatu masa, Nik Aziz pernah menyatakan bahawa DAP lebih faham Islam berbanding UMNO! Jadi, mengapa pula DAP tolak hudud?

DAP sebenarnya dari awal penubuhannya dahulu adalah anti-Islam dan anti-Melayu. Apatah lagi DAP dipimpin oleh seorang bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew, bapa peminggir Melayu Muslim di Singapura. Sememangnya DAP sangat takut sekiranya negara ini melaksanakan undang-undang Islam atau mengiktiraf negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Hakikat itu pernah mencetus kemarahan DAP apabila Tun Dr. Mahathir mengisyhtiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan pernah mengetuai OIC sebelum ini. Pada DAP, mereka menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam hanya beralasan dengan perlembagaan yang kononnya menetapkan negara ini sebagai sebuah negara sekular. Padahal, sudah tentu perlembagaan itu boleh dipinda dengan perkenan DYMM Yang DiPertuan Agong dan majoriti undian di Parlimen.

Berbalik mengenai hudud, saya ingin bertanya, apakah PAS mampu menggubal draf hudud yang adil menurut Islam di zaman moden ini? Setahu saya, Kerajaan PAS Kelantan pernah tiga kali menggubal draf hudud dan Kerajaan Pas Terengganu pernah membuat drafnya sekali sahaja.

Persoalannya, mengapa hudud “ciptaan Pas” itu mempunyai empat versi yang berbeda? Mengapakah hudud Pas itu tidak konsisten dan kekal pada satu versi sahaja? Mengapa perlu berkali-kali di draf? Mengapa draf hudud Pas Kelantan itu berlainan pula dengan draf yang dibuat oleh Hadi Awang di Terengganu? Hudud ada pelbagai versi, kah?

Ini adalah kerana Pas sememangnya tidak mampu menggubal hudud yang sesuai di zaman ini! Ini adalah kerana Pas tidak cukup ilmu dan ijtihad dalam membuat draf tersebut. Perbagai kesilapan dan ketidak adilan dapat ditemui di dalam kesemua draf tersebut. Sebab itulah Kerajaan ketika itu menolak draf hudud “ciptaan” Pas itu!

Namun, untuk menutup malu tersebut, Pas seperti biasa menyalahkan Tun M yang kononnya menolak hudud Islam. Padahal, yang ditolak Tun M itu ialah hudud Pas, dan bukannya hudud Islam yang sebenar! Saya pasti, sekiranya hudud Islam yang sebenar yang dibentang, sudah tentu tiada cacat celanya dan Allah dengan mudah akan melorong tindakan murni itu untuk dilaksanakan di negara ini.

Seperkara lagi, Pas tidak pernah ikhlas dalam melaksanakan hudud di negara ini. Perjuangan hudud mereka adalah palsu sebagaimana perjuangan menubuhkan negara Islam yang kini telah dipadam dari lipatan sejarah Pas. Pas kini ingin menubuhkan negara “kebajikan”.

Perjuangan hudud Pas hanyalah berpaksikan politik dan bukannya “lillahi ta’ala”. Hudud Pas hanyalah dicipta untuk menarik undi dari umat Islam negara ini dan bukannya kerana mengakui kebenaran yang ada pada undang-undang Islam tersebut. Mungkin itu adalah diantara faktor penyebab mengapa hudud Pas sering gagal.

Saya ingin bertanya pada Nizar Jamaluddin yang sebelum ini angkuh sebagai Menteri Besar Perak dan menafikan bahawa Pas berjuang untuk perlaksanaan hudud di negara ini. Apa komennya terhadap kenyataan Nik Aziz yang mahu melaksanakan hudud itu? Apakah dia kini berubah berani bersetuju dengan Mursyidul Am Pas itu, atau senada dengan “mursyidul am DAP” yang menolak hudud secara total?

Pada saya, UMNO atau Kerajaan tidak pernah menolak hudud. Yang ditolak ialah hudud politik Pas yang lompong di sana sini dengan kecacatan yang boleh dipertikaikan ramai pihak, termasuk golongan bukan Islam. UMNO dan Kerajaan sering menyokong apa saja undang-undang yang berpaksikan kebenaran, keadilan dan mampu membawa kebaikan kepada rakyat dan negara ini, termasuk hudud Islam.

Saya sokong perlaksanaan hudud Islam, tapi buatlah kerana Allah dan bukan kerana politik seperti Pas. Saya percaya, sekiranya Pas secara ikhlas dan melalui jalan yang sewajarnya meng”approuch” ulama-ulama yang makan gaji dengan Kerajaan pada 20 tahun lepas, bertemu, berijtihad, bersyura dan bersepakat tanpa sebarang agenda politik, sudah tentu hudud yang disepakati itu sudah hampir siap sekarang.

Malangnya, ketidak ikhlasan Pas itu sendiri memadamkan impian perlaksanaan hudud di negara ini. Apa takut dengan Lim Kit Siang, Karpal atau DAP? Sekiranya mereka enggan menerima keputusan Kerajaan dan umat Islam negara ini, mereka boleh nyah dari negara ini dan hidup di negara yang mengamalkan undang-undang yang kena pada hati mereka. Ingat, ini negara Islam dan bukan negara yang di”republik”kan seperti Singapura!



5 thoughts on “Hudud: Pas hanya retorik, tak ikhlas sebenarnya…

  • September 23, 2011 at 11:16 pm
    Permalink

    Sokongan kpd parti PAS dah menurun, jadinya TG mahu cuba respon dpd UMNO & jika UMNO menghaangnya maka akan jadi modal politiknya utk pilihanraya. UMNO menyokong tapi DAP menentangnya. Taktik Nik Aziz makan tuan. Sekarang PR sendiri yg kelam kabut. He..he… Senjata makan tuan.

    Reply
  • September 24, 2011 at 12:36 am
    Permalink

    hudud PAS hanya drama je…bak kata hadi boroi…sebelum ayam berkokok..hudud dah terlaksana..sampai la ayam tu mampos tak berkokok tapi hudud tak jalan..

    0.00001% dari hukum islam..itulah kata kata bongkak hadiboroi dulu..

    sekarang senjata bukan makan tuan je…terpaksa telan balik kahak hijau!!

    dramaking je PAS komunis..PAS kan komunis..mana leh buat hudud…heheh

    Reply
  • September 24, 2011 at 1:58 am
    Permalink

    meminjam kata saudara Tasyahud, HUDUD melangkaui tempat dan masa.. banyak diantaranya telah dilaksanakan sekarang cuma tidak dikhususkan dengan nama HUDUD dan belum menyeluruh.. mungkin dimata kaum pas ini HUDUD adalah segala2nya kerana tanpa HUDUD kita boleh dianggap kafir dan menolak Islam.. saya juga seperti penulis yang menyokong penuh perlaksanaan HUDUD melalui tafsiran jelas dan meluas seiring dengan kemajuan teknologi, bukannya acuan pas yang meletakkan hukum asas yang mana akan timbul kekeliruan jika dilaksanakan kelak.. cukuplah selama ini Islam dijadikan alat (tools) untuk mendapatkan kuasa.. gunakanlah kebijaksanaan hangpa untuk tunjukkan kemampuan membela Islam itu sendiri.. bukan meratah Islam untuk mengejar nikmat dunia.. sebagai hamba yang beriman, rasanya HUDUD tak pernah ditolak.. yang penting disini serlahkanlah kebaikan Islam itu sendiri seperti yang di gariskan di dalam Al-Quran dan hadis dan bukannya meletakkan imej utama Islam sebagai agama yang amat sukakan pada hukuman.. bukan untuk meletak kan Islam sama rata dengan agama lain tetapi lihatlah sekeliling.. adakah “hukuman” dijadikan asas kepada pemerintahan/perjuangan mereka.. mereka sedaya upaya meyebarkan/menunjukkan “kebaikan” agama mereka, tidakkah kaum hangpa SEDAR wahai pas?

    aku tak berniat untuk memperkecilkan HUDUD seperti tertulis dalam al-Quran.. letakkan Islam ditempat yang betul dahulu.. jangan semberono melulu melalak tak hengat! Islam itu mudah dan sangat luas, tiada agama yang mampu menandingi Islam dengan kitab sucinya yang sangat relevan dengan sejarah dan masa depannya.. dari Nabi Adam hingga kehidupan syurga.. sangat jelas dan meluas.. setiap perbuatan perlu kesederhanaan dan dengan tertib, mana yang perlu di dahulukan dan mana yang boleh dikemudiankan..

    Reply
  • September 24, 2011 at 3:11 am
    Permalink

    Mat Sabu dan Mahfuz pun pandai draf hukum hudud. last2 hukum hudud tu jadi hudoh macam perangai depa. gebang je lebih dari dulu sampai la ni…….goreng bro…..

    Reply
  • September 24, 2011 at 9:49 pm
    Permalink

    HUDUD….drama pakatan pembangkang. …DAP akan untung. Pas carik pengundi melayu. PKR nak kacau undi melayu. Taktik pembangkang yang kian terdesak. Kalau kerajaan tak sokong pas akan raih undi melayu .DAP lawan akan carik undi cina. PKR akan putaq cerita. DAP akan letak calon melayu untuk dapatkan kerusi MB di Perak, jadik calon DAP melayu akan diletakkan di negeri itu nanti..hahaha Mainan politikkkk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *