Sokong Komunis: Mat Sabu Bintang 3 Akan Di Dakwa Besok

Share


Pertama, penulis pohon jari sepuluh meminta maaf pada kerajaan dan mereka yang terbabit kalau Artikel penulis pada 1hb September lepas mengecilkan hati mana yang berkenaan.  Tujuan penulis tidak lain tidak bukan ialah menuntut jawapan apa yang boleh dilakukan ke atas Mat Sabu lanjutan ratusan laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung kenyataan menyanjung tinggi komunis bernama Mat Indera.

Bukan nak maksudkan polis tidak bertindak atas ratusan laporan polis yang dibuat pelbagai lapisan rakyat di negara ini, cuma pada ketika itu, tidak nampak ia ada memberi apa-apa kesan kepada Mat Sabu bila mana dia terus menerus menyebarkan fahaman songsangnya itu, terakhir dia memuji Chin Peng pulak.

Penulis juga mohon maaf bagi pihak blog-blog lain yang memetik artikel penulis tersebut.

Kedua, dalam satu keadaan yang jarang, penulis ucap tahniah kepada pejabat AG kerana menghadapkan Mat Sabu ke mahkamah, sekurang-kurangnya hari ini rakyat tahu bahawa negara ini bukanlah tempat bercakap sesuka hati tanpa perlu memikirkan akibat daripada percakapan tersebut.

Penulis harap, ketegasan ini akan berterusan.  Dengan ISA yang sudah dimansuhkan, kerajaan tidak lagi perlu dibayangi dengan soal tidak ada keadilan bila tindakan undang-undang diambil ke atas pemimpin politik Pakatan yang menghasut rakyat menyanjung keganasan komunis dan memandang rendah orang yang mati-matian mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir.

Penulis dengar di Buletin Utama sebentar tadi yang Mat Sabu boleh dipenjara maksimun 2 tahun atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.  Pertuduhan itu pada pendapat penulis memang tepat dan padat merujuk kepada kesalahan yang dituduh.

Secara peribadi, penulis adalah antara orang yang paling bahagia kalau Mat Sabu masuk penjara, maklum, muka dia memang ada iras-iras banduan tambahan pulak dia pernah ditahan dibawah ISA sebelum ini.

Yakinlah, Mat Sabu bertanding dalam pilihanraya akan datang pun, penulis yakin dia akan tetap kalah.  Jadi demi menjaga maruahnya, eloklah dipenjarakan dia, takdelah nanti alasan bodoh-bodoh kalau dia kalah..  Jenis macam Mat Sabu, dia akan sanggup mengorbankan kebebasan dirinya demi survival politik yang pada waktu ini sedang berada di tahap paling bawah sekali.

Penulis gesa semua waris anggota keselamatan mengadakan kenduri kesyukuran kalau mahkamah nanti menjatuhkan hukuman penjara kepada Mat Sabu.  Lama atau sekejap itu bukan persoalannya, yang penting Mat Sabu diletakkan sekandang dengan penjenayah-penjenayah tegar lain dalam penjara, sesuai dengan kekurang ajarannya mengagungkan komunis dan menghinakan anggota keselamatan.

Lupalah dia tu, sebab jasa pasukan keselamatanlah perutnya boleh sebesar itu dan bininya boleh lebih dari satu.

Tapi jangan salah, kita langsung tidak harap dengan pendakwaan dan kemungkinan dijatuhkan hukuman, Mat Sabu akan berubah, melainkan perkara itu boleh menghalangnya daripada terus menyinar dalam politik.  Orang macam ini, usah kita pedulikan apa yang dia rasa, yang penting maruah pejuang keselamatan negara terbela.

Penulis juga melihat satu sejarah bakal tercipta dengan syarat kalau semuanya kena dengan cara.

Mungkin tidak terfikir oleh kita tapi ada besar kemungkinan akan berlaku, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim (dua lelaki yang pernah berseteru), bakal masuk penjara pada satu ruang waktu yang hampir sama atas kesalahan yang berbezalah.

Kalau itu berlaku, kita buat open house walaupun hari raya dah habis…..mohon mencadangkan.



84 thoughts on “Sokong Komunis: Mat Sabu Bintang 3 Akan Di Dakwa Besok

  • September 20, 2011 at 9:21 pm
    Permalink

    Ha…Dakwalah!!! Apa nak takut?? Legal sistem dan police dan media semua under BN.

    anyway..hari ni kalau tgk The Star leh baca Kisah2 lama…antaranya Kisah Datuk Harun yg menyerah diri kepada Polis atas dkwaan/kesalahan rasuah.Pengikut2 umno berkumpul dan mempertahankan beliau.- Nampak sangat ahli UMNO ni memang macam lembu..mempertahankan pemimpin rasuah dari dulu lagi. Pada asalnya beliau diikat jamin oleh……..Datuk Raja Nong Chik…

    Kah2…Rausah A-Z… itulah UMNO..parti yg kian merebah..dan melayu….

    Reply
    • September 20, 2011 at 9:36 pm
      Permalink

      laaaaa mooooo ada lagi ka hang. Apa yang hang cerita ni moooo….bukan tak ada pemimpin UMNO yang di dakwa…..mentor hang tu pun semasa di dakwa dulu..adalah pemimpin UMNO….tapi bila dia tunggang kudakan parti-parti pembangkang hangpa semua pi sokong dia…..so siapa yang lembu ni moooo ?…..

      hang kotttt…..hehe

      Reply
      • September 20, 2011 at 11:15 pm
        Permalink

        Aku ingat siMoooo..dah jadi korban Hari Raya ….ada lagi siLembu nie???..Apa lu ingat yg pakai SERBAN sebesar Disc Astro tuu tak makan RASUAH…piiii.. rahhhh…….

        Reply
      • September 21, 2011 at 9:35 am
        Permalink

        mooo kembali lagi.. Suatu hiburan utk kita.. Gelek mooo gelek..

        Reply
    • September 20, 2011 at 11:56 pm
      Permalink

      Baguih betui Datuk Harun…. Dia serah diri bukan macam Anwar sampai hari ni masih tak mau mengaku walaupun bukti dah terang lagi bersuluh… He he he he

      Reply
      • September 20, 2011 at 11:57 pm
        Permalink

        Mat Sabu pun lagu tu gak sampai video tunjuk dia tak kena langgar pun masih tak mengaku… IH IH IH IH Ihhhhhh…

        Reply
    • September 21, 2011 at 6:26 am
      Permalink

      ceian, moo. macam kena hasut ajer

      Reply
  • September 20, 2011 at 10:01 pm
    Permalink

    Alih alih cerita Harun Idris pulak yang keluar. Ada kena mengena ke. Yang berkumpul dirumah Harun dulu bukan orang suruhan Umno tapi mereka adalah penyokong Harun. Orang besar tentu nya memiliki penyokong akar unmbi yang kukuh dan ramai jumlahnya termasuk sedara mara dan sahabat handai. Mereka tidak dibayar olih parti untuk menyekat undang undang dari dilaksanakan terhadap pelaku rasuah. Jika Harun bolih dibela, tentu nya Hussein Onn (PM ketika itu) sudah sembunyikan Harun siang siang dengan menhantarnya keluar negara, jadi duta atau wakil Msia dimana mana negara termasuk Somalia atau Timbuktu. Tapi itu btidak berlaku.

    Demikian lah jugak hal nya dengan sipeliwat tegar pernah dikerumuni ramai penyokongnya pada tahun 98 termasuk yang diupah RM200 sorang untuk buat huru hara diluar mahkamah.

    Tapi scenario demikian tidak lagi berulang untuk siri Liwat 11 kerana rakyat sudah naik jelak. Rakyat pandai bertanya, ” kalau konspirasi tak kan tajuk sama sampai 2 kali kot. tak ada topik lain ke.”

    Rakyat pun tak semua rabun penglihatan dan perlu pakai teropong untuk cam Nuar beraksi dengan pelacur cina. Mereka telah sahkan Eskay dalam image tak kan tak bolih sahkan Nuar the next figure dalam image video itu. Naik lift, keluar lift, masuk kereta.

    Berbalik cerita rasuah dalam Umno, lupa kah anda Teoh Beng Hock terjun tingkap pasal apa ? Siapa Teo BH, dari parti mana ? Sudah (baru) berapa tahun parti itu memerintah hinggakan ada yang kena bunuh diri kerana tak tahan tekanan berpunca dari siasatan kes rasuah.

    Belajar cari fakta yang betul sebelum menulis baru ada ummph tidak kosong macam hampeh tebu.

    Reply
  • September 20, 2011 at 10:10 pm
    Permalink

    Kasihan Mat Sabu kena dakwa. Muka dah la tak hansome mcm muka tapai terlebih ragi kena lak dakwa. Takpa mat sabu, mu punya tok guru N.Ajis akan mendoakan keselamatan mu. Hidup Mat Sabu.. Hidup Bintang Tiga.. opps minta maaf jula juli bintang 3

    Reply
    • September 20, 2011 at 11:16 pm
      Permalink

      kelakar lah wei,jangan lah kutuk dia sangat,muka macam dia pun mah sangku kat dia.

      Reply
    • September 21, 2011 at 6:28 am
      Permalink

      Saper tak cakap mat tak hansome. ..handsome aper !!!

      Reply
  • September 20, 2011 at 10:27 pm
    Permalink

    syabas kerana dakwa mat sabu … juga minta agar turut sama kene ditangkap ialah manoharan yg mencetuskan kemarahan dengan isu bendera dan namewee yg menghina lagu kebangsaan dan agama Islam ….

    Reply
  • September 20, 2011 at 10:53 pm
    Permalink

    Apa cerita dengan Prof.2 yg. kata M’sia tidak pernah dijajah? Bagaimana pula TunM minta kajian semula sejarah Negara dengan penambahan fakta2 baru?Begitu juga Menteri pengajian tinggi…
    Apakah kerana mereka orang akedimik atau pro k’jaan tiada tindakan dari AG? Isu ni juga amat meresahkan rakyat yg saban tahun menyambut merdeka.Takpalah, kita tunggu perbicaraan apakah mat sabu salah atau media yg. salah…
    Negara ada undang2, kita lihat hujah dan fakta untuk ditimbangkan bersama.

    Reply
    • September 20, 2011 at 11:19 pm
      Permalink

      Bujuk Mat Sabu dah terang2 kata camtu pon ko kata dia x bersalah?????tapi apa pon keputusan mahkamah, klu x pro ko (pembangkang), aku pasti ko akn salahkan UMNO kan??

      Reply
      • September 21, 2011 at 11:17 am
        Permalink

        Ulaslah pasal orang yg. nak ubah sejarah yg. aku sebut…
        Mat Sabu dah di dakwa… ni yg. lain macamana? Takkan dublestandard pulak…

        Reply
        • September 21, 2011 at 10:53 pm
          Permalink

          Tun minta buat kajian la dol….hang paham bahasa tak ? hang tak paham kot…..hmmm

          Reply
          • September 21, 2011 at 11:51 pm
            Permalink

            habis prof. yg. kata tak pernah dijajah macamana pulak? TunM kata fakta salah bro… sebab tu suruh buat kajian. jangan pusing2 la bro…
            Ko tau tak apa dakwaan pada Mat Sabu..?
            Tak pernah dalam sejarah bro… didakwa sebab tak percaya sejarah… kelakar la k’jaan sekarang. Ketua Polis Penang kata didakwa sebab ada lebih 1000 report… aku tak tau pulak ada undang2 yg kata seseorang boleh didakwa kalau ada lebih 1000 report..

          • September 23, 2011 at 4:49 pm
            Permalink

            mat sabu di dakwa sebab menyokong komunis…..jadi bahan propaganda komunis….jadi tali barut komunis….hang faham tak ?

    • September 21, 2011 at 9:50 am
      Permalink

      bujuk..faham betul2.. Jgn nampak bijak tp bodoh..

      Reply
      • September 21, 2011 at 11:33 am
        Permalink

        Yg. jelasnya ada orang kata Hang Jebat penderhaka, dalam masa yg. sama ada orang kata Hang Jebat berani menegakkan kebenaran. Hari ni kita lihat UMNO cuba untuk jadi HERO hapuskan ISA sedangkan selama ini yg. berjuang mansuhkan ISA adalah tahanan ISA, keluarga mereka dan PAS,DAP dan PKR yg. mana ahli mereka ramai yg. diinaya. Terang2 UMNO selama ini hendak kekalkan ISA kata mereka pejuang hapuskan ISA sebab mereka yg. mansuhkan ISA.

        Reply
        • September 21, 2011 at 2:56 pm
          Permalink

          bujuk.. Cuba ko berfikir cara waras.. Kenapa ISA itu wujud dan kenapa ia dihapuskan.. bila berfikir guna akal yg adil.. Cuba jgn kaitkan politik dlm hal ini.. Pasti ko dpt jawapannya..

          Reply
          • September 21, 2011 at 11:55 pm
            Permalink

            Tapi UMNO langsung tak boleh kata mereka perjuangkan “hapus ISA”. Kalau bukan sebab politik dah lama ISA dihapuskan. orang yg. ditahan ISA majoriti nya sebab politik. PM tak perlu umumkan benda ni, memadai peguam negara atau menteri jee.. kalau bukan sebab politik.

          • September 22, 2011 at 10:55 pm
            Permalink

            Bangsa yg tak akn berpuashati atas apa pon yg kerajaan cuba lakukan…Masa ujud ISA, siang malam melalak HAPUSkan…dah kita HAPUSkan pon masih tak puas hati lagi..sibuk sapa yg nak jadi HERO..yg utamanya dah HAPUS kan?????

          • September 23, 2011 at 1:24 am
            Permalink

            Mana ada hapuskan lagi… kalau dah hapuskan kenapa masih ada tahanan ISA di penjara kemunting???

    • September 21, 2011 at 3:17 pm
      Permalink

      Yang dimaksudkan kajian semula dari segi ilmiah samada di jajah atu pun tidak. Koloni British atau jajahan British, bukan kajian supaya menukar kepada komunis jadi wira. Bodoh lah kau ni.

      Reply
      • September 21, 2011 at 11:58 pm
        Permalink

        Tak bilanya Mat Sabu kata Komunis Wira… jangan buat fitnah. Apakah ko boleh kata Marina Mahadir dan A.Samad Said yg. sertai perhimpunan BERSIH2 sebagai ahli PKR,DAP atau PAS?
        Mat Sabu hanya angkat Mat Indera, jangan seleweng fakta bro…

        Reply
        • September 22, 2011 at 9:49 am
          Permalink

          Ko dengar ceramah dia baik-baik.Mengangkat Mat Indera sebagai pejuang,sebagai wira lah tu. Marina dan Samad sertai bersih atas pilihan dia.So what?, berani buat berani tanggung lah. Aku pun mau pilihanraya yang bersih, tapi taking to the streets adalah agenda PR, yang tu aku tak setuju.

          Reply
          • September 23, 2011 at 1:28 am
            Permalink

            Habis.. mana datang komunis yg. korang spin tu, takda kan..
            Tak kesah agenda sapa, yg. penting benda tu betul. Kalau ikut kata ko, maknanya kalau UMNO @ k’jaan buat walaupun salah dan merosakkan negara ko akan sokong…. buang masa je belajo tinggi2, tak tau guna ilmu.

        • September 22, 2011 at 10:56 pm
          Permalink

          SPIN…SPIN….bujuk.

          Reply
  • September 20, 2011 at 10:58 pm
    Permalink

    Dakwa! Dakwa! Dakwa! itu ler kerja pemerintah UMNO/BN..nampak je gah tapi takut berdebat memperlihatkan hujah…Yang UMNO totok pulak suka sangat report polis..dah jadi macam satu pesta..streotype..jemu dengan perangai UMNO totok yang membawa ABU (Akai Bodoh UMNO)..Dulu sikit2 guna ISA sekarang buat ler report polis banyak2…wahai pengundi saluran 4, 5 dan 6.. ini ler UMNO/BN…naik letih mata, naik pekak telinga tengok gelagat mereka yang membawa negara mundur kebelakang..yang mati diatas katil dikatakan PEJUANG..yang mati ditali gantung dikatakan PENGGANAS..

    Reply
    • September 20, 2011 at 11:24 pm
      Permalink

      ‘yang mati diatas katil dikatakan PEJUANG..yang mati ditali gantung dikatakan PENGGANAS..’
      maknanya berkesanla mat sabu menjelajah sepelosok negara menyebarkian ‘fakta baru sejarah negara’. maka dah beralihla sokongan penyokong PR kepada komunis. jadi tidakla keterlaluan kalau kami menggelar PR adalah komunis, kerana dah nampak persepsi bangga dikalangan penyokong PR kpd status komunis mereka

      dah berpuluh tahun pemimpin pakatan mengutuk, mengaib dan memfitnah. bila didiamkan dikatakan semua dakwaan itu benar, siap cabar, ‘pergi la report’. sekarang bila kami dah mula berani report, dikatakan sterotype. umno kalau buat apa pun semua salah, dan pakatan semua betul….ntahla, sapa yang sterotype….

      Reply
      • September 21, 2011 at 11:43 am
        Permalink

        Buatla report, tapi bukan pesta report…sampai ribuan report. Dah macam tak betul pulak…
        Dah sekarang kata PR komunis… bro kalau aku sokong satu tindakan UMNO contohnya PM mansuhkan ISA, adakah aku ni UMNO? Kalau aku pergi rumah terbuka PM adakah aku orang PM? Terlalu mudah untuk korang menuduh dan melebel orang…

        Reply
        • September 21, 2011 at 2:58 pm
          Permalink

          apa masalah dgn ribuan report? Rakyat malaysia ada hak utk melakukannya..

          Reply
          • September 22, 2011 at 12:00 am
            Permalink

            Tak salah, yg. salahnya Ketua Polis Penang kata Mat Sabu didakwa sebab lebih seribu report, bukan sebab dia melanggar mana2 undang2 negara…. kan pelik. SUARAM kata ini penyalahgunaan kuasa…

          • September 23, 2011 at 4:53 pm
            Permalink

            SUARAM ?? heh…heh…..tak ada sapa pun ambil peduli apa suaram kata….melainkan hang sorang.

    • September 20, 2011 at 11:29 pm
      Permalink

      Hello AlyabuTOH, ko dok zaman BATU ker?????org mcm Sabu pon ko sokong..dah pasti ko nie anak yg lahir lepas MERDEKA yg tak belajar SEJARAH…Malaysia nie ada UMDANG2 tau, jangan main suka melalak sana sini ikut suka MULUT ajer…..ada perpatah yg berbunyi..kerana PULUT santan binasa kerana MULUT badan binasa…..

      Reply
      • September 21, 2011 at 11:48 am
        Permalink

        Bro.. ni demokrasi la, selagi tak amalkan ideologi Komunis yg. diharamkan takda masalah. Boleh ke aku kata PM dan TPM komunis sebab buat hubungan diplomatik dengan China? Malah Mat Sabu tak sebut pun sokong Komunis… Utusan Fitnah je yg. lebih2 tafsir, tak berani pulak wawancara berdepan maksud Mat sabu…. kalau betul benar dan berani panggil Mat Sabu untuk LIVE wawancara dalam TV.

        Reply
        • September 21, 2011 at 3:23 pm
          Permalink

          Mat Sabun kena jawab dalam mahkamah lah.Kalau kau loyer dia, kau pi lah bela dia.

          Reply
          • September 22, 2011 at 12:02 am
            Permalink

            Negara luar ketawakan undang2 di M’sia, tak pernah dalam dunia seorang yg. tak percaya pada sejarah didakwa…

          • September 23, 2011 at 4:55 pm
            Permalink

            ntah !! aku tak dengar pun negara luar tertawakan kita…..

    • September 21, 2011 at 11:35 am
      Permalink

      wahai alyabuTOH..hehe..jgn la belagak pandai pulak..ko tak faham sejarah toksah la nak memandai2..belajar dulu betul2 n fahamkan betul2..toksah la main terjah je..bukan nampak intelek malah mennampakkan kebodohan je ko buat kenyataan mcmni..nampak sgt la kau dah trmakan racun mat syabu tu..mcm budak2 tak sekolah la pulak..hmmmm..menambahkan virus je

      Reply
    • September 21, 2011 at 3:22 pm
      Permalink

      Debat tak bawak kemana,penat mulut jer kalau dakwa ada can Mat Sabun makan free dalam penjara dan kami boleh meliwat eh silap, melawat. Kami tak letih nak repot, ada je kes, kami tulis, bukan susah sangat.Under UMNO/BN negara ke hadapan, under PAS Kelantan terus kebelakang.

      Reply
  • September 20, 2011 at 11:07 pm
    Permalink

    akhirnya mat indera 2.0 kene dakwa…hahahaha…sukanya haati aku…hehehe

    kalau dulu mat indera 1.0 pengkhianat negara…dah mampus…sekarnag yang 2.0 pulak yg kene hehehehe

    Reply
  • September 20, 2011 at 11:09 pm
    Permalink

    Apa kena mengena Dato Haron dgn Mat Sabu? 2 manusia dari perjuangan, zaman dna isu yang berbeza.Dato Harun tetap dipenjara juga, tetap dilucut jawatan Menteri Besar.Walaupun dia dibicara pasal kes rasuah, tapi dalam rasuah dia tetap berjasa pada orang melayu. Kalau tak dia bagi tanah kat orang melayu kat Ampang, KL dah sah hampir 100% china town.

    Dato Harunlah mengurangkan cina dari menjadi semakin kurang ajar semasa peristiwa 13 Mei.Tiada sorang pun Menteri Besar Selangor yg boleh menyaingi jasa beliau apatah lagi Khir Toyo dan Khalid Ibrahim

    Reply
    • September 20, 2011 at 11:36 pm
      Permalink

      Benar dan aku setuju sekali apa yg ko kata Yop…yg tahu sejarah akn berterima kasih pada Dato Harun…bukan kat Ampang sahaja diRawang pon sama, ujudnya Kampong Melayu Bt.16 adalah hasil jasa beliau dengan tujuan yg sama bagi mengurangkan org Cina diRawang…

      Reply
    • September 21, 2011 at 12:51 am
      Permalink

      betul…betul…kalau saya org Malaysia saya akan sokong UMNO…walaupun UMNO tak sempurna byk kurangnya, byk salahnya, byk lemahnya, tapi PR seratus kali ganda kurang, salah dan lemahnya…..

      Reply
    • September 21, 2011 at 11:51 am
      Permalink

      Dato Harun memanglah berjasa dan berani, yg. tak berani ialah Ali Rustam, Isa Samad, KJ dan beberapa pemimpin UMNO yg. disahkan rasuah tapi masih ditampok kepimpinan UMNO.

      Reply
      • September 21, 2011 at 3:01 pm
        Permalink

        ada sorang lagi yang tak berani bujuk.. Ko terlupa..
        Pemimpin anugerah tuhan ko tu.. Anwar aljuburi.. Ko suruh dia bersumpah..

        Reply
    • September 21, 2011 at 3:25 pm
      Permalink

      Betul betul betul…dulu ada Dato Haron, Cina dan India tak berani tunjuk samseng dalam Selangor.

      Reply
      • September 22, 2011 at 12:05 am
        Permalink

        Apakah UMNO masukkan dia dalam penjara sebab nak bagi muka pada orang cina dan india. Sekarang korang melalak pulak kata diorang tak sedar diri..

        Reply
        • September 22, 2011 at 9:56 am
          Permalink

          Cina dan India tak sedar diri sebab ada orang orang macam kau ni yang bagi muka.

          Reply
          • September 23, 2011 at 1:31 am
            Permalink

            UMNO yg. tahan Dato Harun yg. anti cina dan India aku pulak yg. disalahkan…. sapa bagi lesen niaga pada cina, siapa bagi lesen peguam pada india???

  • September 21, 2011 at 2:56 am
    Permalink

    Jawapan yang pasti dari penyokong tegar “Pakatan Rakyat” adalah konspirasi UMNO, polis UMNO, mahkamah UMNO dan kerajaan UMNO.
    Jika kalah, jawapannya di atas. Jika menang jawapannya…. anda semua pun dah boleh mengagak jawapannya.
    Ini diluar tajuk: “Peguam bela Anwar terkejut apabila pakar DNA mereka mengesahkan hasil analisis pakar DNA HKL berkenaan jangka guna pakai sperma manusia sebagai bukti”

    Reply
    • September 21, 2011 at 7:01 am
      Permalink

      Nak tukar sejarah ..
      Nak tukar bendera
      Nanti ada lak yang nak tukar jantina?

      Reply
  • September 21, 2011 at 10:36 am
    Permalink

    Aslkm, Yela Ameno memang terbaik kalau bab jual maruah dan kedaulatan negara…Ni ada kopi pes sikit>

    “Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71,”

    Korang balaci pasti akan kata mana bukti?? Buktinya ialah korang malas nak gali …kah..kah.. balaci balaci.. bila lagi korang nak ngaku Ameno jual Melayu jual Negara…

    Reply
    • September 21, 2011 at 10:49 am
      Permalink

      Ini rekaan brader..rekaan..kalau ada pengundi banyak tu mcm mana 4 buah negeri jatuh ke PR masa PRU-12? Akai takdak ka..

      Malas nak cari? Bukan malas nak cari dah memang takdak..ini semua kerja kotor orang dalam yang berkhidmat untuk PAS meREKA-REKA

      Reply
      • September 21, 2011 at 12:16 pm
        Permalink

        bro.. kod yg. disebut tu takda dalam senarai…. jangan ambil mudah isu ni, sekarang pendatang dengan rakyat m’sia dah 1/3. kalau terjadi apa2 kita tak mampu nak pertahankan diri. Sikit masa mereka akan menuntut apa yg. cina dan india tuntut, sekarang pun pergi sekolah, hospital dan tempat awam lain banyak orang luar. Kemudahan rakyat telah menjadi kemudahan mereka hingga kita terpaksa beralah, terutama kenderaan awam. K’jaan berbelanja pada mereka lebih dari rakyat sendiri tampa sedar. Tak masuk dalam penjara, polis yg. terpaksa mengawal pendatang dan 1001 satu masalah sosial. Adakah anda masih gembira dengan apa yg. berlaku dan akan berlaku atas kepentingan parti2 tertentu untuk menang PRU?

        Reply
        • September 21, 2011 at 3:28 pm
          Permalink

          Kalau kerajaan PR mungkin, kalau kerajaan BN/UMNO, don;t be khuatir, it will not happen.

          Reply
        • September 22, 2011 at 12:20 am
          Permalink

          Kalau kita orang awam yg. pergi hospital k’jaan( bukan pi klinik), kita naik bas tiap2 hari pergi/balik kerja, kita pergi taman2 awam seperti tasik titiwangsa dan lain2 kita akan sedar apa yg. aku sebut ni betul. Tapi kalau pergi klinik swasta, pergi/balik kerja naik kereta sendiri, riadah di sunway lagoon dan lost world tambun memang tak rasa laaa…

          Reply
    • September 21, 2011 at 11:42 am
      Permalink

      ni lg sekor mamak tak sedar diri siapa yg jual maruah negara..siapa yg memburukkn negara sendiri..siapa yg merosakkn bangsa..kalau bukan ketua korng sendiri yg tak bermoral tu..ape punya mamak balaci

      Reply
    • September 21, 2011 at 3:04 pm
      Permalink

      he..he..neutron dlm nya ko gali.. Jgn tersilap lubang tahi dah la.. Ko ni telan hidup2 kata puak2 penipu dlm pakatan.. Mat sabu,fuziah salleh, anwar, saifuddin semua tu bapak penipu.. Ko je la yg kene berak..

      Reply
    • September 21, 2011 at 3:27 pm
      Permalink

      Kod 71 tu sama dengan IC yang dipunyai oleh beberapa pemimpin PKR dan PAS. Geng sam kot?

      Reply
  • September 21, 2011 at 10:46 am
    Permalink

    Toksah lah kita nak dengar atau sokong MAT SABU ni..yang dengar ceramah MAT SABU tu pun kebanyakkannya lemah akal pemikiran mereka. Mereka cuma suka mendengar sesuatu yang sensational saja. Kalau kita cerita pasal Bill Gates ke, Prince Talal ke, pembangunan UAE ke, tentang mcm mana iran boleh cipta roket ke, korang ingat PAS nak dengar ke tak?

    Ini semua salah didikan serta pengaruhan PAS yang menyebabkan terlahirlah penyokong seperti ABU (akal bodoh umno) serta bujuk dan sorang lagi sapa Moo apa kebendanya ntah..dia pakai nama Mooo kononnya nak mengutuk TPM..tapi dia tak sedar dia kat mana dan TPM tu kat mana..siapa lagi banyak berjasa..

    ABU ni kononnya shortname for UMNO bodoh la kan, tapi cuba kita tanya ABU dia kat level mana sekarang? ABU ni tak sedar, yang hari² dia pergi kerja pun hasil usaha UMNO. Syarikat yang dia kerja tu pun hasil usaha UMNO dan BN yang berjaya membangunkan malaysia sehinggakan syarikat yang dia berkhidmat tu hasil daripada usaha UMNO (BN) membangunkan malaysia sejak dari merdeka lagi. Bukannya PAS pun..PAS takdak langsung..

    Sama juga perihal si bujuk tu..mereka hidup, pegi kerja, bawah balik gaji, beli umah, dapat scholarship atau masuk University pun pasal hasil usaha UMNO..kalau DAP perintah korang rasa BUJUK/ABU/Mooo apa benda ntah namanya ni semua ada peluang ke???

    Dah lah bujuk,abu,mooo..tinggalkanlah ideologi korang tu, takpun abandon kan fahaman PAS/PKR kamu tu..ok..

    Reply
    • September 21, 2011 at 12:04 pm
      Permalink

      Bro… di China, Komunis perintah, di USA.. demokrat, buruh, di Rusia dulu Komunis perintah, korea dan negara2 lain bukan UMNO yg. perintah. Ada universiti, ada masjid, ada biasiswa, ada lebuhraya, ada kapal selam, ada semua tapi tak lah dia declare parti yg. buat tapi k’jaan. Janganlah jadikan hak kerajaan sebagai hak UMNO. Ye.. pemimpin UMNO berjasa dalam menguruskan negara, tapi tak bermakna pemimpin pembangkang tidak berjasa pada negara. Bermakna rakyat biasa, hatta pengutip sampah pun berjasa pada negara. Sekarang bukan isu jasa tapi bagaimana negara boleh dipacu untuk lebih maju, lebih jatidiri, lebih kaya, lebih baik dalam masa sama kurangkan rasuah, kurangkan gejala sosial, kurangkan fitnah dan segala keburukan. Pemimpin hanya mengarah tapi segala idea dan kudrat adalah seluruh tenaga rakyat, jadi tak perlu berlebihan mengangkat diri dan parti.

      Reply
      • September 21, 2011 at 2:42 pm
        Permalink

        better check your facts again bro..

        In order to achieve such as United States level or United Kingdom, the majority of common people i.e in the case of Malaysia are the Malays need to accommodate or hold onto Economic power at the same level as the Chinese.

        Now to achieve that, are we ready to take up those challenges without any government support? Since DAP is so harping on Merit..I mean as for me I can stand on my own feet..but how about those less fortunate malays? Abolishing UiTM and the bumiputeras quotas will definitely benefits to those non malays.

        And why would i say that? More than 50% got poor SPM results (ie below 5 As are Malays)

        You see the different in United States is that the majority of its holder are whites. Black and any latinos still get second class treatment. No doubt obama is black..but he’s not in the absolute position to decide..those senators are holding his balls..look what happened when he wanna revamp those policies that sided to the unfortunate? Like those muslims american? They were denied, and there is a strong wind that Republican is taking over again..whether it is democrat or republican it is still the whites decide on the US policies and its economic matters..

        Now lets look at China, how many muslim candidates in their government? There are about 20 million muslims i supposed? Hmmm

        Is PAS ready to thrive and bring Malay Muslims to a better economic standings? You know when we talk about economy, we talking about money..when it involves a lot and loads of money..it create desire to chase KEDUNIAAN..now is PAS ready for that? Or is PAS just gonna brushed it off and give way to DAPs to take control of Malaysian economies? Either way the malay are loosing..unless like I said, Malays are ready and capable enough to stand by their own feet and earn their economic capacity by their own without the help of the government, THEN ONLY WE ARE THE SAME LEVEL AS THOSE MAT SALLEH

        Reply
      • September 21, 2011 at 3:06 pm
        Permalink

        ye la bujuk PAS je la yg terbaik.. Kata dulang paku serpih..

        Reply
      • September 21, 2011 at 3:30 pm
        Permalink

        Yang ini aku setuju. Bijak jugak kau ni ya?

        Reply
      • September 21, 2011 at 5:10 pm
        Permalink

        ya benar Bujuk…tak perlu pergi jauh2….contohilah Kelantan yg diuruskan dan dimajukan dgn maju dan pesat oleh PAS berbanding negeri2 lain…

        Reply
      • September 22, 2011 at 12:12 am
        Permalink

        Aku tak maksudkan PAS atau UMNO atau mana2 parti lebih baik, tapi kita kena cuba lihat kebolehan mereka. Korang jangan samakan kewangan negeri dengan negara.
        Aku nak korang faham bahawa mana2 k’jaan akan sediakan kemudahan asas pada rakyat mereka tak kira parti atau ideologi. Jadi jangan terlampau memuji hingga terlupa kekuasaan tuhan.

        Reply
        • September 22, 2011 at 10:01 am
          Permalink

          Kerajaan Kelantan tak buat apa pun selama 20 tahun, tapi kereta MB berganti baru sentiasa. Kalau kerajaan bertanggung jawab, yes dia akan buat, Yang tak bertanggung jawab lupa kekuasaan Allah, macam Kelantan.

          Reply
          • September 23, 2011 at 1:35 am
            Permalink

            Apa yg. negeri lain ada, tak ada di kelantan..? boleh sebut?
            Ko jangan cerita benda yg. jadi tanggungjawab pusat sediakan tapi tak sediakan di kelantan kerana diperintah oleh PAS sudah. kerana ini menunjukkan pusat mendeskriminasikan negeri PAS.

  • September 21, 2011 at 1:29 pm
    Permalink

    eloklah mat sabu kena dakwa…tp kenapa Namawee Negarakuku lepas bebas dan dapat funding lagi buat filim Nasi Lemak 2.0

    Reply
    • September 21, 2011 at 10:59 pm
      Permalink

      yang ni pun betul jugak….anak cina laknat tu pun patut di dakwa…KDN , Nazeri jugak Rais….jangan jadi bodoh…..hangpa dok biar cina tu buat apa ?

      Reply
    • September 22, 2011 at 12:14 am
      Permalink

      k’jaan nak tunjuk baik pada orang cina… harap2 orang cina balik mengundi BN pada PRU13. Aku rasa la…

      Reply
  • September 21, 2011 at 6:52 pm
    Permalink

    Bujubor

    memanglah rakyat yang berjasa mengerat kudrat dan menyumbang kepada pendapatan negara
    tapi jangan juga lupa jasa kerajaan UMNO-BN (yang dipilih oleh rakyat) dalam memastikan bahawa hasil pendapatan negara dibelanjakan pada jalan yang betul, termasuklah dalam membela nasib bumiputera yang terpinggir dan ditindas secara halus oleh bangsa lain….
    dan bukanlah seperti kerajaan Peliwat Rakyat yang memebelanjakan hasil negara/negeri untuk perkara2 seperti ceramah politik, buku jinggay, membina patung2 buddha di kelantan & membayar kos peguam peliwat no 1 negara & kos pembedahan kepala lutut pemuja komunis mat syabu

    Reply
  • September 22, 2011 at 9:17 am
    Permalink

    Mat Sabu dah kecut telur dua biji dia.Confirm muka JAMBAN.

    Reply
  • September 22, 2011 at 12:42 pm
    Permalink

    Aslkm, Ni satu lagi kopi pes utk renungan kita bersama… Harap harap balaci Ameno sedar sikit bahawa pemimpin agung dia orang tu jual maruah negara…

    “Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

    Portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.”

    Dalam kabel yang sulit itu, Malek dilapo memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen ‘kotor’ sekitar 90-an untuk merampas Sabah – yang dikuasai PBS pada 1994.

    Reply
    • September 22, 2011 at 12:47 pm
      Permalink

      Wikileaks terang terang ada sebut UMNO ler… entah entah si Raplahjingga, Skundel, Jebat dan balaci balaci yang dok mati mati pertahan UMNO kat sini pun mamat Bangla, Indon IC palsu kot… sebab tu berabih kata UMNO baguih… kah..kah.. Bangla mengaku Melayu Mesia… kah..kah

      Reply
      • September 22, 2011 at 1:35 pm
        Permalink

        Hehehehehe wikileaks tu sesapa pun boleh reka..kalau dah lama tahu kenapa pada era 90an tidak pernah pun kita dengar citer pasal hal ini? Hehehehehe

        Hehehehe, anyway apa yang kau takut sangat neutron? Kalau ko susah pergi lah kerja kat negara lain..toksah duduk sini..

        Reply
      • September 22, 2011 at 2:27 pm
        Permalink

        ssh hati mamak ni ye..kalau rasa tak elok sgt kat malaysia ni takyah la jd warganegara malaysia..dok la negara lain..mohon je la jd warganegara zimbabwe ke..takde la susah2 nak fikir hal UMNO..

        Reply
      • September 23, 2011 at 1:40 am
        Permalink

        Kita tunggu jawapan Tan Sri Rashid… aku ingat dia mungkin kata ” bukan 60’000 orang tapi 80,000 orang jee…” boleh kut provok sikit…hehhe..

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *