Untuk apa Azizan Razak beli Mercedes Benz mewah?

Share


Baru-baru ini Kerajaan Pas Negeri Kedah menggemparkan rakyatnya dengan kemunculan sebuah Mercedes Benz bernombor pendaftaran KCX 8. Kereta mewah yang berharga lebih RM600,000 dan bernombor pendaftaran satu digit itu sudah tentu menelan belanja yang agak besar bagi sebuah Kerajaan yang kurang berkemampuan seperti Kedah.

Namun, untuk menjaga prestij Menteri Besar Kedah, Pas merelakan duit rakyat negeri Jelapang Padi itu digunakan untuk “kemewahan” Ustaz Azizan Razak.   Tak mengapalah Ustaz. Berilah peluang pada Ustaz menikmati kereta mewah itu sementara menunggu “peralihan kuasa” yang dikatakan akan berlaku tidak lama lagi.

Pada saya, ini adalah antara “kebijaksanaan” Azizan Razak untuk memastikan dia “merasa” manisnya menjadi Menteri Besar. Sementara belum di”terajang” puak-puak yang dengkikannya, lebih baik dia beli “sesuatu” yang berharga untuknya sebagai “habuan”. Sekurang-kurangnya sempat juga dia merasa.

Lagipun, manalah tahu kalau benar-benar dia di”pencen”kan dari jawatan Menteri Besar oleh Phahrolrazi Nawawi, mungkin dia berpeluang untuk membeli Mercedes Benz itu dengan harga diskaun “gila-gila”! Untuk pengetahuan, selalunya di negeri Kedah, individu yang bersara dari jawatan utama Kerajaan akan diberikan keistimewaan untuk membeli kenderaan rasminya dengan harga diskaun yang sangat hebat!

Pada saya, sekiranya Azizan berminat untuk membeli kereta mewah itu kelak, sudah tentu akan dibenarkan oleh Phahrolrazi. Manakan tidak, sekiranya Azizan membeli kereta itu, Phahrolrazi ada alasan lebih kukuh untuk membeli sebuah lagi kereta yang lebih mewah untuk kegunaannya sebagai Menteri Besar Kedah!

Saya percaya, ramai yang mempertikaikan pembelian kereta mewah itu oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah. Maklumlah, sebelum ini Pas mengkritik hebat Kerajaan BN yang membeli beberapa buah Proton Perdana Eksekutif untuk kegunaan rasmi. Macam-macam “depa kata”, macam-macam “depa hina”…

Namun, dengan pembelian Mercedes Benz mewah ini, Pas seolah-olah lupa tentang zuhud, lupa tentang kesederhanaan dan lupa pada kerendahan hati yang diajar oleh para khulafa’urraasyidin. Apa perlunya membeli sebuah kereta mewah? Semata-mata untuk “prestij”? “Prestij” untuk apa? Untuk menunjuk-nunjuk kepada orang? Itu riak namanya…

Saya tidaklah menyarankan untuk Kerajaan Pas Kedah membeli kereta Kancil atau Viva. Namun, belilah kenderaan yang lebih sederhana. Proton Perdana pun sesuai juga. Lagipun, Proton Perdana adalah keluaran syarikat automotif nasional. Sokonglah sedikit kereta buatan Malaysia.

Seperkara lagi, jalanraya di negara kita ini semuanya mempunyai had kelajuan yang terhad kepada 90 kmh sahaja. Itu di jalan Persekutuan. Jika di lebuhraya, paling laju pun boleh dibawa ialah 110 kmh. Kalau kelajuan yang di”maaf”kan (selalunya untuk memotong kenderaan lain) hanyalah 120 kmh. Itu pun kalau tak kena saman.

Kalau naik Mercedes Benz, itu, Azizan akan pandu laju, kah? Mungkin Azizan tidak sayang pada nyawanya untuk memandu laju. Tapi, bagaimana dengan nyawa orang lain yang memandu kereta kecil seperti saya? Kalau KCX8 “hentam” kereta kecil saya, sudah tentu kereta saya remuk dan KCX 8 mungkin hanya mengalami sedikit calar sahaja. Justeru itu, saya ulangi sekali lagi, untuk apa beli Mercedes Benz itu?

Hakikatnya, kita semua sedia maklum bahawa pembelian Mercedez Benz untuk kegunaan Menteri Besar itu tidak lebih dari bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sifat itu tidak pun diunjurkan di dalam Islam. Itu hanyalah nafsu serakah manusia dan Azizan Razak serta kepimpinannya. Tidak mustahil selepas ini para Exconya akan meminta Toyota Camry, Harrier atau Porche Cayenne pula untuk mereka!



32 thoughts on “Untuk apa Azizan Razak beli Mercedes Benz mewah?

  • September 19, 2011 at 11:18 pm
    Permalink

    Benda yang sama pernah kita tengok diPerak dulu. Mereka beli camry banyak banyak hanya untuk dilelong selepas itu.

    Walau bagaimana pun bagi kes Azizan diKedah ni ada lojik nya dia buat begitu untuk dia lepaskan rasa kempunan. Mujur mujur selepas pencennya dia, auditor tafsirkan book value untuk merz itu jadi RM60 ribu tau kurang dari itu. Itu jam Azizan pun bolih masuk tender dan ambik bayar cash tak perlu loan.

    Nama pun politik. Politik mak bapak dia. Kedah pun harta mak bapak dia jugak pasal dia MB.

    Reply
  • September 20, 2011 at 12:13 am
    Permalink

    Ala utk mendapat berpuluh ribu sbg komisyen bila beli kereta.
    Orang bodoh pun tahu, kenapa!
    Melayu mudah lupa ????????

    Reply
  • September 20, 2011 at 12:21 am
    Permalink

    orang baru lepas operate jantung mana bleh kena terhentak ketika memandu…sakit jantung….

    Reply
  • September 20, 2011 at 1:17 am
    Permalink

    Aku tak kesah pun dia nak naik Mercedes kah, naik personal private jet kah…yang penting janganlah dok kutok bila orang BN naik kereta mewah sikit. Kalau sendiri pun ada rasa teringin nak duduk
    kereta yang nyaman dan selesa tu….enjoylah kenikmatan dunia tu….bestkan???

    Reply
  • September 20, 2011 at 2:24 am
    Permalink

    sekarang kan Parti kebajikan bukan Parti islam lagi,oklah tu pemimpin melayu pakai mobil mewah M.B tu beb.

    Reply
  • September 20, 2011 at 8:29 am
    Permalink

    Mercedes sebagai compensation untuk bersara…

    Reply
  • September 20, 2011 at 9:08 am
    Permalink

    apa sangatlah mercedes tu dengan rm77 juta setahun yang umno bayar pada yahudi zionis apco tu
    yahudi apco boleh beli berpuluh bijik bapa mercedes mcam tu
    petronas saja dah perabih berapa banyak untuk mercedes f1 ?
    proton pun perabih rm300 juta untuk bagi f1
    apa melayu dapat ? nganga sebelanga
    sewa rumah pm sri perdana dan tpm sri satria sekali bill letrik dan air setahun dah cukup untuk beli berpuluh bijik merc ni setahun
    apa laa hangpa ni agak2 lah kalau nak buat pendedahan pun nanti kena kat muka balik
    itu kereta kerajaan negeri yang punya bukan lagi hak mb kedah
    kerajaan beli tak dak cukai nombor plet boleh reserve

    Reply
  • September 20, 2011 at 12:00 pm
    Permalink

    ustaz zizan pon ada nafsu nak jadi orang kaya…kesian la orang kampung yand susah di pendalaman Sik/Pendang/Baling sana…idup masih tak berubah…tapi menteri besaq…berkereta mewah…Kedah sejahtera..azizan lagi sejahtera.. 🙂

    Reply
  • September 20, 2011 at 12:03 pm
    Permalink

    politikar…hang ni tak habis2 ngan apco..dah pandai sangatla tu…report la SPRM kalau hang rasa betui..pi main jauh2 la kalau asyik baca harukah, malasnyakini dan surat habaq nyamuk puak DAP, PKR yg kuat menipu 24 jam tu…

    Reply
  • September 20, 2011 at 1:03 pm
    Permalink

    apa laa hang ni ikanbujuk nak repot sprm buat apa umno upah yahudi zionis apco itu urusan yang sah ikut undang2 malaysia dan dunia cuma dia tak ikut undang2 islam saja Persaudaraan kita sesama Islam
    melayu punya ramai mamak pun ramai pi upah yahudi zionis apco buat apa
    kalau najib bagi kat pencacai kat kmu ni rm77 juta setahun kan bagus ?
    aku pejuang nasib pencacai umno saja sebab aku pun ahli umno 90an lagi sayang jugak aku kat umno sebab pas memang tak boleh haeap tapi kali ni umno lagi tak boleh harap

    Reply
    • September 20, 2011 at 1:11 pm
      Permalink

      aku pon tak sure mane kau dapat kepastian dan bukti yang UPCO tu ade kaitan dengan yahudi…otak kau ni kalau dah diracun memang gitu ler jadinye…

      pasal proton dengan petronas tu, orang macam kau ni memang pandang negatif sentiasa….

      Reply
    • September 20, 2011 at 3:31 pm
      Permalink

      Woi bodoh…untuk kepastian isu tentang APCO tu….ko cuba bukak blog Zulkifli Noordin berkaitan isu ini…..dia dah jelaskan pun….bodo punya tikar…..

      Reply
      • September 20, 2011 at 8:46 pm
        Permalink

        kalau dah kering modal mcm tu la.. Asyik2 UPCO.. Kalau mat sabu suruh makan tahi pun dia makan.. Tikar.. Dah2 la byk rekod puak korang ni kaki fitnah..

        Reply
  • September 20, 2011 at 1:08 pm
    Permalink

    ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

    “Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

    Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunju-ngannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

    “Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

    Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

    Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

    “Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

    Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

    “Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

    Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

    “KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

    Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

    Menjawab soalan :Sinar Harian:, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

    Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

    Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8

    Reply
    • September 20, 2011 at 8:50 pm
      Permalink

      abu.. Spin la abu.. Ko cantikkan lah rupa pakatan yg dah hodoh tu.. Ko pun bukan boleh pakai sgt.. Apa cite mat bangla yg dapat kewarnegaraan yg ko dedahkan? Sahih ke?

      Reply
      • September 20, 2011 at 9:04 pm
        Permalink

        kalo snyap dan x dijwab korang sruh jwab
        bila di jawab, ko ckap mcam ni plak…ape daa..ko ni jebat

        cite Mat Bangla tu, admin pun dah “ghaib” kan komen aku
        besa lah, admin ni kne btang hidung ameno mane nak biarkan
        telor tersedut msuk kedalam…..

        Reply
        • September 21, 2011 at 5:28 am
          Permalink

          kalau nak bg jawapan pun biarlah berakal bukan main hentam kromo macam mat sabu tu.. Asal boleh jawab je ko bg.. Mungkin ko rasa hebat walau hakikat ko ni kaki belit.. Jangan duk cari kesalahan org kalau diri sendiri pun tak terjaga.. Lebih baik ko nasihatkan pemimpin ko yg pelik2 tu.. Ada bapak komunis, bapak penipu, bapak peliwat…

          Reply
  • September 20, 2011 at 1:11 pm
    Permalink

    hismudin balik kawasan buat rumah terbuka pun naik helikopter lagi hebat dari mb sebiji merc negeri kedah yang hangpa kecoh hingar bingar kat sini
    najib sambut merdeka raya di perth aussie guna jet kerajaan lepas ni najib pencen bolehlah kerajaan lelong jet tu kat najib ? seriban sudahlah jasamu di kenang ambik sekali pulau tioman

    Reply
  • September 20, 2011 at 1:16 pm
    Permalink

    Feng Sui Master mana yang advice azizan pakai No. 8, lama berbaik dengan DAP ni azizan dah pakai Feng Sui …. hehehe

    Reply
    • September 20, 2011 at 1:31 pm
      Permalink

      sejak dari dulu lagi dah pkai no.8 tu….dah jadi mcam tradisi knderaan kerajaan Negeri

      Reply
      • September 20, 2011 at 8:53 pm
        Permalink

        abu ko nasihatkan MB kedah tu pakai je la no 4..

        Reply
        • September 20, 2011 at 9:02 pm
          Permalink

          ce ko jelas akn…pe kene mngene ngan no 4

          Reply
          • September 21, 2011 at 5:31 am
            Permalink

            ce ko tanya LGE,kit siang atau tian chua .. Kalau aku bg tau ko tak percaya..
            Baik ko tanya pemimpin2 korang..

  • September 20, 2011 at 1:32 pm
    Permalink

    Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800,000 yang jauh melebihi kemampuannya.

    Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup.

    “Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah,” katanya.

    Lim, Sabtu lalu, menyindir dan mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000.

    “Mercedes S-class ini tidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya. Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90,000,” kata Chua.

    Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan.

    “Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai. Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90,000. Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1,368.

    “Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu. Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil,” katanya.

    Reply
    • September 20, 2011 at 8:55 pm
      Permalink

      tian chu? Ha..ha.. Pemimpin tepi jalan..

      Reply
      • September 20, 2011 at 9:01 pm
        Permalink

        stakat ni je lah standard IQ ko ye jebat….

        Reply
        • September 21, 2011 at 1:50 am
          Permalink

          tian cua tu bukan pemimpin tepi jalan tapi tepi longkang..

          Reply
        • September 21, 2011 at 5:33 am
          Permalink

          setidak2nya aku tidak mengagungkan peliwat ngan bapak komunis..

          Reply
    • September 21, 2011 at 1:56 am
      Permalink

      E class punya merc pun ada beberapa siri…kalu 10 tahun lebih, boleh jadi Tian Chua beli E-class siri W210..tapi siri nih pun masih lagi berharga lebih dari 100k (pasaran malaysia-terpakai)..nak tahu juga kedai mana beliau beli..sebab harga 90k tuh memang murah..

      Reply
  • September 21, 2011 at 12:34 am
    Permalink

    salam.rakyat kedah mula menunjukkan prubahan mnykong UMNO,alhamdulillah.semnjak PAS mula tunduk dgn DAP,rakyat dh mula bfikir untuk skong PAS yg hanya angan2 laksanakan hukum hudud dan ngra islam.

    Reply
  • September 21, 2011 at 8:01 am
    Permalink

    si politikar tu budak beringus dan bangang …dia nak buat komen tapi tak reti nak cakap apa..so dia dok ulang upco tu…dia nak kasi bontot kat nuar pulak nuar tak hingin sebab bontot politikal tu berkurap..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *