Pengalaman bertemu Baharom Shah, adik Mat Indera…

Share


Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang untuk hadir dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut. Sidang media khas itu diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat, adik Mat Indera iaitu Baharom Shah, 65, dan turut dihadiri oleh beberapa orang Exco Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Johor (Nasrudin Tantawi cuti raya lagi kot?).

Di dalam sidang media itu, Suhaizan dan Baharom bermati-matian cuba mempotretkan Mat Indera sebagai seorang yang kuat prinsip agamanya, sangat tegas, cintakan tanahair, bencikan British, tidak menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak berfahaman komunis. Saya hanya tersenyum sumbing!

Ketika kejadian serangan PKM terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera berumur 31 tahun dan Baharom pula berumur 4 tahun. Kemudian, Mat Indera dihukum gantung sampai mati pada umur 33 tahun, manakala baharom ketika itu baru berumur 6 tahun. Saya ingin bertanya, apakah yang budak berumur 6 tahun itu mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? Sudah mumayyizkah Baharom ketika itu?

Justeru itu, bolehkah kita menggunakan pengalaman seorang budak yang belum akil baligh itu dalam penceritaan seorang lelaki dewasa yang bernama Mat Indera itu? Awal-awal lagi saya tolak hujah dari budak umur 4 tahun yang sudah berusia 65 tahun di depan saya itu. Baharom tidak tahu apa-apa pun sebenarnya berkenaan perjuangan abangnya (lain ibu) itu.

Baharom merupakan bekas anggota tentera yang kini sudah bersara. 10 tahun dia berkhidmat di Kor Perkhimatan sebagai jurutera elektrik, dari tahun 1965 hingga 1975. Setahu saya, ketika itu Komunis masih lagi berleluasa di negara ini. Saya terfikir, sekiranya Mat Indera masih hidup dan Baharom ditakdir sebagai askar tempur, apakah dua beradik berlainan ibu itu akan berperang sesama sendiri?

Baharom dan Suhaizan bermati-matian mengatakan bahawa Mat Indera teguh pegangan agamanya dan mustahil untuknya menyertai PKM yang menolak sebarang pegangan agama itu. Baiklah. Saya ingin bertanya Suhaizan dan Baharom, apakah mereka pernah berada dan berjuang di dalam pasukan PKM pada tahun 1946 hingga 1952 sebagaimana Abdullah CD?

Setahu saya, Suhaizan ketika itu masih belum lahir dan mungkin ibu bapanya pun belum lagi bernikah! Baharom pula mungkin masih menyusu ibunya ketika itu. Di dalam tempoh tersebut, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Mat Indera dan Kadir Murie’eh sudah lama berjuang di dalam PKM. Buktinya? Sila buka buku bertajuk “Memoir Abdullah CD”, di muka surat 115.

Sila buka mata terang-terang dan bacakan perenggan berikut dengan kuat dan fahamkan isi kandungannya betul-betul:

“Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei’ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.

Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.”

Sudah baca? Apa yang anda semua faham dari 2 perenggan tersebut? Anda mampu sangkal fakta yang diberikan sendiri oleh salah seorang ketua pasukan Komunis itu? Apakah anda semua lebih tahu tentang PKM berbanding Abdullah CD? Ada sesiapa lagi yang berani sangkal kenyataan bahawa Mat Indera bukan komunis?

Saya kira, Mat Sabu, Suhaizan atau mana-mana pakar sejarah pun tak mampu lagi untuk menyangkal fakta Abdullah CD itu. Sebab, Abdullah CD adalah anggota PKM yang berpangkat besar! Tentunya dia lebih tahu! Jangan fikir orang kuat agama itu selalunya betul. Kadangkala, tersilap langkah jua…

Pada saya, saya yakin bahawa Mat Indera adalah seorang anggota PKM. Cuma, mungkin dia tidak berfahaman komunis. Saya tidak mampu menilaii taraf iman atau tahap keIslaman seseorang, termasuklah Mat Indera kerana Allah lebih tahu tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, saya juga yakin bahawa Mat Indera sudah tersalah langkah!

Mungkin benar dia mahu memperjuangkan kemerdekaan negara. Namun, dia tersilap langkah kerana sudah terlanjur berjuang bersama PKM. Padahal, dia pernah menganggotai Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Memandangkan pertubuhan itu diharamkan British, mengapa Mat Indera tidak menyertai UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. “Gedebe” sangatkah dia?

Suhaizan membuat andaian bahawa Mat Indera terlalu tegas, terlalu bencikan Inggeris, terdesak dan tidak punya pilihan lain selain menyertai PKM serta menyerang penjajah British dengan cara gerila. Itu hujahnya? Boleh terimakah alasan itu?

Kalau Mat Indera tegas, sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya, dia tidak akan bersekongkol dengan Komunis yang menolak sebarang bentuk pegangan agama itu! Itu kafir harbi namanya dan takkanlah seorang ulama sanggup bersokongkol dengan Komunis yang telah membunuh berpuluh ribu rakyat, terutamanya bangsa Melayu dan saudara seIslamnya sendiri? Otak Suhaizan tak terfikir begitu, kah?

Bencikan Inggeris? Siapa yang tidak bencikan penjajah British ketika itu? Menurut sejarah, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia membenci British yang menjajh negara ini dan bertindak membawa masuk kaum Cina dan India ke sini secara besar-besaran! Rasanya, setiap rakyat bumiputera ketika itu sangat berminat untuk menunjal dahi semua penjajah itu!

Namun, tidak semua perjuangan kekerasan itu membawa kebaikan. Cuba lihat di Indonesia, bagaimana perjuangan kemerdekaan mereka dihiasi dengan pelbagai peristiwa berdarah. Namun, warga Tanah Melayu ketika itu tidak mahu rakyatnya membudayakan sikap sebegitu. Kita punya akal dan mampu memperjuangkan kemerdekaan dengan bijak tanpa sebarang pertumpahan darah! Akhirnya, Malaysia merdeka juga, kan?

Hakikatnya, Mat Indera tersilap langkah dengan menyertai PKM dan mungkin tidak mampu berpatah balik sebagaimana Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain. Mungkin ketika itu mereka bertanggapan “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Alang-alang menjadi Komunis, biar mati dalam perjuangan meng”komunis”kan Tanah Melayu!

Saya ingin menasihati Baharum, mahupun anggota keluarga Mat Indera yang lain, terimalah hakikat tentang Mat Indera yang tersilap langkah itu. Mungkin dia pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, namun tindakannya itu salah sama sekali kerana perjuangannya itu hanya akan memerdekakan Tanah Melayu dari British dan menyerahkannya kepada Komunis yang juga penjajah!

Malah tindakannya itu akan membuatkan orang menggelarnya sebagai “pengkhianat bangsa”. Apa tidak khianatnya jika Komunis telah membunuh lebih 20 ribu rakyat, membakar kanak-kanak hidup-hidup dan melakukan kezaliman di negara ini. Jelas sekali, PKM tidak dapat dimaafkan dan wajar dilabel sebagai pengkhianat negara.

Justeru itu juga, usahlah Mat Sabu, Suhaizan atau mana-mana pemimpin Pas mahupun parti Pakatan Rakyat lain cuba menegakkan jarum yang basah. Rakyat tidak bodoh dan tidak seperti penyokong kalian yang bagaikan lembu dicucuk hidung! Jika degil juga, saya tidak menahan, malah saya lebih suka! Cuma jangan menyesal pada PRU-13 kelak! Selamat membela Komunis saya ucapkan!



29 thoughts on “Pengalaman bertemu Baharom Shah, adik Mat Indera…

  • September 8, 2011 at 2:45 am
    Permalink

    ini kes macam Pas sekarang lah…nak negara islam tapi menggunakan platform DAP…mat indera berketuakan chinpeng…hahahahahhahahaha sebijiklah tu…sapa nak percaya Pas akan menegakkan negara islam ketika sebumbung dengan sosialis (adik komunis) DAP

    Reply
  • September 8, 2011 at 6:41 am
    Permalink

    Budak umur 4 tahun Vs anak polis yg menjadi mangsa kekejaman komunis
    Haprak punya PASik hehe

    Reply
  • September 8, 2011 at 7:44 am
    Permalink

    kalau abnag komunis..adik lagi la….adik komunis cam PRM la…alaaa..yang nikajis bantah tak suka adik komunis…sebijik la..komunis dengan PAS satu kapal!! hehehehe

    chin peng mesti bagi pingat 10 bintang kat PAS sebab sokong komunis!! hehehehe

    Reply
  • September 8, 2011 at 8:36 am
    Permalink

    betoi tu… PAS kawan DAP… PAS yang confuse, buat kebajikan kepada sosialis DAP untuk memerangi Islam UMNO…

    Reply
  • September 8, 2011 at 10:33 am
    Permalink

    Ntah berapa ringgitlah Baharom Shah tu dapat dr Pas utk buat sidang media tu…..

    Mat sabu sokong Mat indera Komunis…

    Pas sokong Dapig saki baki Komunis….

    Reply
  • September 8, 2011 at 11:07 am
    Permalink

    pada pendapat aku.. dalam kes ni… kita melihat Mat Indera daripada 2 sudut berbeza… kedua2 sifat pembela dan petualang negara itu mungkin terdapat pada diri beliau… seorang penulis yang menukilkan kisah hidup beliau mungkin lebih cenderung untuk melihat beliau sebagai pembela negara, manakala seorang lagi penulis lebih melihat belai sebagai pengkhianat… hakikatnya.. tidak ada salahnye jika Mat Indera berkerjasama dgn komunis demi melawan British, British sendiri bekerjasama dgn Komunis untuk menyingkirkan Jepun dari tanah Melayu

    Reply
  • September 8, 2011 at 12:34 pm
    Permalink

    satu lagi kebodohan yang ditunjukkan oleh Suhaizan..nama saja dok di Tanah Melayu..tapi buta sejarah dan buta hati.

    Reply
  • September 8, 2011 at 1:35 pm
    Permalink

    mat sabu dapat elaun dr tuan dia guan eng komunis……… blh thn juga dgr cerita lbh dr rm8000 sebulan…. baru elaun byk tu dh gelap mata…….. dh lupa ugama…… dh lupa bangsa……..

    Reply
  • September 8, 2011 at 1:53 pm
    Permalink

    Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Seri Mohd Rais Yatim dalam ucaptama perasmian persidangan IFC di Hotel Equatorial, Bangi semalam menyatakan, baginya tidak ada halangan untuk menubuhkan IFC. Katanya lagi, penubuhan IFC boleh membantu kepada persefahaman antara agama selain menggalakkan amalan hidup secara harmoni semua penganut agama.
    Rais dalam sidang medianya juga menyatakan penubuhan IFC ini sejajar dengan pelaksanaan konsep Islam Hadhari yang mahu rakyat hidup dalam suasana harmoni. Ujarnya, dengan adanya IFC semua penganut agama boleh menganjur dan menghadiri perayaan pelbagai agama seperti perayaan Krismas, Deepavali, Hari Raya Puasa, Tadau Kamaatan dan Tahun Baru Cina.
    Bagaimanapun, dalam ucaptama yang sama Rais telah membuat kenyataan yang dikatakan boleh menjejaskan akidah malah menghina Islam. “Tidak ada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain,’kata Rais.

    Reply
    • September 8, 2011 at 10:34 pm
      Permalink

      C4, jangan asyik divert isu saja. Kalau bab ceriter IFC ni, kamu tengok lah orang2 kuat dia spt Imtiaz Shawaz dan Siva rasa ada dalam PKR, rakan sekutu PAS kamu.Kenapa PAS tak tentang?

      Reply
    • September 8, 2011 at 11:18 pm
      Permalink

      ASTAGFIRULLAHAL AZIM, kamu ni C4 memang betullah pembuat fitnah.Saya bukan katakan kenyataan Rais Yatim tu bohong.Tapi bila RY bagi ucapan SEMALAM, orang yg baca akan betul2 ingat semalam 7/9/2011.Saya sukar nak percaya pemimpin BN akan buat kenyataan macam itu sekarang.Jadi saya browse statement Rais tu dan betul spt yg saya syak ia keluar dalam web site PEMUDA PAS http://pemudawilayah.blogspot.com/2005/02/ifc-dua-kenyataan-berbeza-pemimpin.html, bertarikh 25 Feb 2005.Bermakna kenyataan Rais dibuat sehari sebelumnya..

      Persoalannya, kenapa kamu, bila dah tak ada modal utk menangkis serangan ke atas Timb Presiden pujaan kamu Mat Sabu , bukak isu lain yg dah basi?Kamu tahu tak ramai umat Islam di belakang PAS ketika zaman pra PRU 2008, pasal isu2 begini yg dibangkitkan oleh UMNO ketika itu lah yg menyebabkan PAS dihormati.Sekarang ada kamu dengar pemimpin UMNO membela IFC?Tahukah kamu orang2 kuat IFC spt Imtiaz Shawaz dan Sivarasa dan lain2 semua berada dalam kem PKR, rakan sekutu PAS.?Kenapa kamu tak sebut hal ini?Sekarang adalah zaman PAS membelakangkan Islam dan mempermainkan Islam..PAS bakal menuju kehancuran bila tiba PRU seterusnya dan bakal menerima nasib lebih teruk dari PRU 2004, Insya Allah , jika mereka tidak berubah…

      Reply
  • September 8, 2011 at 2:07 pm
    Permalink

    C4..
    “Tidak ada mana-mana penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka lebih baik dari agama lain,’kata Rais… PEMAHAMAN KO MUNGKIN UNTUK KONDEM RAIS, TAPI BAGI PEMAHAMAN AKU IALAH JIKA SEMUA SEMUA ASIK PERTAHANKAN AGAMA MEREKA YANG TERBAIK MAKA SAMPAI BILA PUN TAK AKAN BERDAMAI… SEBAB TU MEREKA MENUBUHKAN IFC..
    sebab kalau dalam hati tu ada dendam maka hasil dari perbuatan pun akan terhasil pekara-pekara yang buruk MACAM MAT SABUT/ SABU…

    Reply
  • September 8, 2011 at 2:28 pm
    Permalink

    Memang tu keje PAS. Sapa2 nak jadi hafiz, Tok Guru atau Ustaz tanpa perlu belajar agama, masuk la PAS. Bila masuk PAS, org yg baca Fatihah lintang pukang pun depa bg gelaran Hafiz, Tok Guru dan Ustaz. Ayah Pin kalau isi borang PAS pun akan dpt gelaran Tok Guru Ayah Pin. Apa nak heran Lim Guan Eng pun diberi gelaran Khalifah.

    Kalau tgk photo Mat Indera dulu2…tak dak rupa org hapai Quran pun. Tah depa dpt maklumat mana tah kata Mat Indera hapai quran. Org yg hapai quran, Allah pelihara tingkah laku dia. Org yg hapai quran tak akan tergamak seksa mayat org yang dah mati dgn memotong anggota badan.

    Reply
  • September 8, 2011 at 4:38 pm
    Permalink

    ari2 blajar sejarah jer…pe kate kite tukar blajar ilmu hisab plak……ce kire2
    Isu isu yang masih tidak di jawab oleh BN sehingga ke hari ini..

    1. PKFZ = RM12 billion
    2. Submarine = RM500 million
    3. Simedarby = RM964 million
    4. Paya Indah Westland =RM88 million
    5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost
    6. Eurocopter deal = RM1 billion waste?
    7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million
    8. MRR2 repair cost = RM70 million
    9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion
    10. Tourism -NYY kickback = RM10 million
    11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million
    12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million
    13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million
    14. MRR2 Repairs = RM70 million
    15. MATRADE repairs = RM120 million
    16. Cost of new plane used by PM = RM200 million
    17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million
    18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million
    20. Lost in selling Augusta = RM510 million
    21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion
    22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion
    23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion
    24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
    25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion
    26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.
    27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion.
    28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion
    29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses.
    30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million.
    31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion.
    32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
    33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious)RM549,675 per annum
    34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now.
    35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
    .
    36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge”
    37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
    38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
    39. National Astronaut Programme = RM 40 million
    40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
    41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
    42. RM2.4 million on indelible ink
    43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
    .
    44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
    45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
    46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
    47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
    .
    48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
    49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
    50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
    .
    51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
    52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million
    .
    53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
    .
    54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
    .
    55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
    56. RM5700 for a car jack worth RM50
    57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
    58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
    59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
    60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
    61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
    62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million ?
    63. RM17 billion subsidy to IPP

    Reply
    • September 8, 2011 at 4:57 pm
      Permalink

      Cerita dulu pasal mat sabu sokong kominis….jangan divert!

      Reply
      • September 8, 2011 at 5:05 pm
        Permalink

        dah 12 ari brturut2…..ari ni jwab, esok tnya lagi
        ke mmg korang ni tak paham bahasa melayu ?
        nak pakai bahasa Bangla ker ( mcam geng2 patriot tu )

        Reply
    • September 8, 2011 at 4:58 pm
      Permalink

      wow banyak tu tapi hairan Malaysia belum bankrap jugak

      Reply
    • September 8, 2011 at 8:44 pm
      Permalink

      nampaknya pencacai DAP ni memang kaki belit.. sama dengan peguam-peguam mereka…
      nak konar cerita lain pulak..

      Hai si bodo ABU… kebanyakan isu diatas telahpun dijawab… Cuba-cubalah baca akhbar lain… jangan dok ngadap harakah je… HARAKAH.. gudang segala fitnah… Bila menteri BN jawab …. tak nak terima…

      Reply
      • September 9, 2011 at 1:15 am
        Permalink

        woi…baghal..aku ajak tukar subjek dari sejarah ke matematik
        kalu nak ikut, x nak bleh lah pegi melingkup

        Reply
    • September 8, 2011 at 10:33 pm
      Permalink

      semua tuduhan diatas boleh dibahagikan kepada 6 bahagian:

      1. kes masih masih dalam mahkamah ( PKFZ dll)

      2. tuduhan pembaziran. projek2 kerajaan yg dikatakan membazir ( walaupun last2 nnt, depa jugak la yg guna kemudahan dari hasil projek2 tersebut)

      3. bail out ( u.s pun guna kaedah bail out, europe pun bail out greece, sebuah negara)

      4. losses ( rugi. mana negara dalam dunia yg buat projek yg tak pernah rugi satu sen pun)

      5. kelemahan kepimpinan ( mmg diakui, zaman pak lah malaysia byk rugi. duit digunakan utk byr bukan2 termasuklah byr ex-gratia kt tun salleh abas yg puak2 pkr duk sokong sgt tu)

      6. fitnah. ada tuduhan tapi langsung takde bukti. ( contoh APCO, dll)

      Reply
      • September 8, 2011 at 10:43 pm
        Permalink

        Betullah yeop, kekadang teman fikir mcmana PAS nak ambil alih negara nanti, dgn kes asas mcm nama Allah, status komunis dan macam 2 kerenah yg bodoh dan pelik2 mereka buat lebih2 lagi lepas PRU 2008,kalau puak ni ambil alih negara lagi tunggang langgan keadaan kewangan negara…DAP pun tak boleh cakap banyak bila kondem kerajaan pasal hal duit. tengok macamana bapak kandung mereka PAP handle Temasik Holding ( setaraf dgn Msia punya khazanah ) CEO dia bini PM sekarang ,buat kerugian sampai berpuluh billion dolar Singapura , lagi teruk!

        Reply
      • September 9, 2011 at 1:20 am
        Permalink

        akhir nye : yeop ngaku gak
        1. PKFZ – kes dimahkamah (kira ade kes lah tu bililion2 lagi tu) bkan ribu ye yeop
        2. pembaziran projek : mcam kes stadium runtuh nak guna mcam mane yeop
        3. bail out : mmg ler yeop, beza nye syarikat sape yg di bail out tu ? kroni kan3
        4. losses : mmg le adat meniaga ade untung dan rugi, tapi kalu rugi je memanjang dah tu nilai rugi smpai BILLION2 ape ke jadah nyer
        5. kelemahan pemimpin : bukan pak lah je lemah…Najib ni lagi lemah, bini pun die tak bleh control
        6. fitnah ? : APCO, hehee…..tuduhan tak disiasat, tapi yg mnuduh plak dihukum
        bijak2

        Reply
        • September 9, 2011 at 7:14 am
          Permalink

          abu 1.20 am

          1. PKFZ- kes dlm mahkamah ko kata kira ada kes. anwar bicara liwat dlm mahkamah kira ada kes liwat lah tu abu..

          2. pembaziran projek : 1 stadium runtuh bising, yg berpuluh lagi tak runtuh tu amacam? siap boleh guna utk anjur sukan komanwel lagi?

          3. bail out: aku agak dah.. mesti tuduh syarikat kroni..ni hujah budak pakai pampers ke abu..

          4. losses: ko tgk yg rugi, ada ko tgk berapa trillion duit pelaburan masuk? income negara sejak merdeka macam mana?

          5. kelemahan pemimpin: dh spin smpai ke bini najib plak. minum beer ke abu?

          6. fitnah: APCO. kalau nk siasat buat laporan. bwk sekali bukti. ikut prosedur. sengal la puak2 hgpa ni…

          Reply
    • September 8, 2011 at 10:39 pm
      Permalink

      Kamu memang hebat abu, bab sejarah kaji kelemahan orang.Ada antaranya betul dan sedang berlaku.Malangnya ada antara isu ini telah basi.Kalau PAS berada betul di landasan perjuangannya, orang akan baca semua “angka- angka ” yg kamu sebut kan itu.Tapi dalam kemelut pasal isu kristian, isu Anwar pluralisme, isu komunis, siapa nak layan angka2 kamu tu?Kenap tidak kamu dan c4 dan sealiran dgn nya buat blog sendiri bicarakan isu2 ini.Ini orang bicarakan kes Mat Sabu, kamu bawak cerita lain!

      Reply
      • September 9, 2011 at 1:30 am
        Permalink

        hehee…angka2 tu melibat kan wang smpai RATUS BILLION, dan kesan nye secara lansung kepda rakyat……

        Kristian : nape lah JAIS dan MAIS ni lembab beno kluar kan report yer, kate sbelum serbu ade maklumat, mau nye 5-6 buku report JAIS ni kan2 satu lagi sblum isu ni Malaysia ni tak de kes Murtad ker tau ko terlupe yop ?
        Pluralisme : heheee…nape Jamil skang nyap je ek, nape tak minta Majlis Agama ke Jabtan Agama ke ambil tindakan kat Anwar yer ? satu lagi….ko dah dngar ape mnteri jage tv ckap psal IFC ? tu lagi lah pluralisme
        Komunis : ye umno ade buat MoU ngan Parti Komunis CPC, tnya Adnan Mansor

        Reply
    • September 8, 2011 at 11:33 pm
      Permalink

      1. PKFZ = RM12 billion – dari zaman Pak Lah
      2. Submarine = RM500 million – zaman Najib – apa isunya?
      3. Simedarby = RM964 million – Adakah Najib terbabit?
      4. Paya Indah Westland =RM88 million – Dari zaman Mahathir
      5. Posmalaysia (transmile) = RM230 million lost – antara Pak Lah & Mahathir
      6. Eurocopter deal = RM1 billion waste? – Pak Lah atau Mahathir?
      7. Terengganu Stadium Collapsed = RM292 million – zaman Pak Lah
      8. MRR2 repair cost = RM70 million – zaman Samy Vellu
      9. Maybank Overpay for BII = RM4 billion – zaman siapa?
      10. Tourism -NYY kickback = RM10 million -zaman Azalina Othman
      11. 3 paintings bought by MAS = RM1.5 million – zaman Pak Lah
      12. Overpayment by Sport Ministry = RM8.4 million – zaman siapa?
      13. London ‘s white elephant sports complex = RM70 million – zaman Azalina
      14. MRR2 Repairs = RM70 million – dah keluar pada no.8, padanlah nampak banyak, 2x print!
      15. MATRADE repairs = RM120 million – zaman Rafidah
      16. Cost of new plane used by PM = RM200 million – zaman Pak Lah dinasihati KJ
      17. InventQ irrecoverable debt = RM228 million – no komen.
      18. Compensation for killing crooked bridge = RM257 million – zaman Pak Lah dinasihati KJ
      20. Lost in selling Augusta = RM510 million – zaman Pak Lah dinasihati KJ
      21. Worth of AP given out in a year = RM1.8 billion – apa isunya, pembaziran?Kalau tak di beri AP sampai bila melayu tak mampu niaga kereta.Skrg kereta continental mcm Ford Fiesta 1.6 dan puegeot pun boleh dapat pd RM 80,000 DAN 70,000.00.
      22. Submarines (future Muzium Negara artifacts) = RM4.1 billion – betulke dah masuk muzium? rujuk http://mymassa.blogspot.com/2011/07/benarkah-kapal-selam-malaysia-tak-boleh.html
      23. PSC Naval dockyard = RM6.75 billion – No komen
      24. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion = RM3.2 billion in 2008 ringgit
      25. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s isbelieved to have cost some US$500 million. = RM1.6 billion – ini zaman Pendekar Bujang Lapok da..
      26. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia = RM30 billion in the 1990s.- zaman Jaafar Husin jadi Gabenor Bank Negara dan zaman Anwar jadi Menteri KewANGAN
      27. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million = RM2.56 billion. – zaman Mahathir,
      28. Use of public funds in the Valuecap Sdn. Bhd. operation to shore up the stock market = RM10 billion – no komen..
      29. Bank Islam scandal = RM 700 million losses. – no komen
      30. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million =RM348 million. – zaman Pak Lah dinasihati KJ
      31. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu from 2004-2007 = RM7.4 billion. – zaman
      Pak Lah dinasihati KJ
      32. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra wasestablished, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 million per annum !!
      33. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat AbdulJalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul HamidOthman (religious)RM549,675 per annum – dari zaman bila entah..
      34. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of theamount, the government paid a whoppingRM2.21 billion for the purchaseof information and computer technology (ICT) equipments which it isunable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vsper market price of less than RM3k through some new consortiums thatsetup just to transact the notebook deal. There was no math &science content for the teachers and the notebooks are all with theteachers’ children now. – munkin dari zaman Pak Lah
      35. The commission paid for purchase of jets and submarines to twoprivate companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted toRM910 million
      . – Najib dibabitkan, betulke?
      36. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion “Crooked Scenic Half-Bridge” – zaman Pak Lah dinasihati KJ
      37. RM1.3 billion have been wasted building the white elephantCustoms, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge
      38. RM100 million on renovation of Parliament building and leaks
      39. National Astronaut Programme = RM 40 million
      40. National Service Training Programme, yearly an estimate of RM 500 million
      41. Eye on Malaysia = RM30 million and another RM5.7 million of free ticket
      42. RM2.4 million on indelible ink
      43. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
      .
      44. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
      45. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At atime when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its chairman’s office.
      46. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
      47. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion
      .
      48. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
      49. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million.
      50. Kuching Prison bailout costing RM135 million
      .
      51. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million.
      52. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 million

      Dah letih aku nak menilai , tapi kebanyakan yg kamu sebut ini, berlaku di zaman PM- PM sebelumnya dan PM sekarang lah menanggung bala yg dulu2.Persoalannya, siapa nak layan benda2 ni sekarang kalau ada isu yg lebih besar , lebih kritikal dibuat oleh PAS yg mengancam akidah, yg mencabar orang melayu, yg bagi askar kita naik darah?
      .
      53. Wholesale distribution of tens of millions of shares in BursaMalaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of BNleaders and Ministers worth billions of ringgits
      .
      54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits
      .
      55. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronasoil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accountsof Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutelyno idea of the amount.
      56. RM5700 for a car jack worth RM50
      57. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
      58. A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
      59. A thumbdrive that cost RM90 was bought for RM480
      60. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
      61. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
      62. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO worth of RM77million ?
      63. RM17 billion subsidy to IPP

      Reply
      • September 8, 2011 at 11:36 pm
        Permalink

        54. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial landsand forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits – kenyataan mcm ini terlalu umum, siapa anak2 BN yg dapat? 10 BILLION boleh bangkrap negara..

        Reply
        • September 9, 2011 at 12:52 am
          Permalink

          yop tnye satu jer : zaman Pak Lah ngan zaman Najib ni asal usul dari mane ? bkan UMNO ker ?, jarak tahun pmerintahan tak jauh mane lagi yop

          Reply
        • September 9, 2011 at 7:06 am
          Permalink

          terbaik yop tulin…best! si abu ni tau copy paste je. pastu spin. bukan tau guna otak sendiri…good job bro..

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *