Malaysian Insider: Kebebasan Media Yang Disalah Guna

Share


Bila Pakatan bercakap tentang kebebasan media, ia bukanlah bertujuan untuk merujuk kepada media yang bertanggungjawab dalam setiap lapurannya.  Kebebasan media yang dimaksudkan oleh Pakatan bila mana mereka boleh sewenang-wenangnya melapurkan berita-berita yang bersifat provokasi dan menghasut.

Jika dizaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, portal berita seperti MalaysiaKini yang pro pembangkang dilarang sama sekali membuat liputan.  Larangan itu bersebab tapi disalah erti sebagai menyekat kebebasan media.  Yang dimaksudkan dengan ‘bersebab’ ialah kecenderungan media pro pembangkang ini melontarkan soalan berbaur hasutan dan laporan yang tidak bertanggungjawab.

Selepas pengunduran Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, Paklah mengubah pendekatan itu kononnya kerana zaman sudah berubah dan sedikit demi sedikit kelonggaran diberi kepada media-media pro pembangkang dengan taraf media diberikan kepada mereka.  Kelonggaran ini membolehkan mereka membuat liputan di majlis-majlis rasmi yang dihadiri Perdana Menteri serta anggota kabinet yang lain.

Kelonggaran ini juga menarik minat puak-puak pembangkang yang memang tiada tempat di media arus perdana yang terikat dengan etika kewartawanan yang tidak membenarkan berita-berita berbentuk fitnah dari disiarkan, untuk turut bersengkongkol dengan portal berita pro pembangkang ini.

Hasilnya, MalaysiaKini yang dulu menjadi portal berita tunggal yang mempertahankan pembangkang dalam apa jua keadaan, disertai kemudiannya oleh Malaysian Insider dan Free Malaysia Today, maklum sudah ada funding.

Kek yang dulu dilahap seorang, kini terpaksa pula dibahagi 3, tak termasuk blogger-blogger upahan lagi.

Pendekatan ini diteruskan dizaman Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas prinsip yang sama – pendekatan dahulu seperti yang diamalkan Tun Dr. Mahathir tidak lagi sesuai diamalkan di zaman ini.  Cuma sedikit berbeza, sudah ada blog-blog terutama pro kerajaan yang turut mendapat taraf media.

Tapi nampaknya apa yang dulu dikhuatiri Tun Dr. Mahathir apabila memberi peluang kepada puak-puak ini membuat liputan, kini sudah mula menampakkan kebenaran dan kewajaran.

Semasa Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar sebaik menyambut kepulangan wira negara Allahyarham Noramfaizul dan rombongan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) balik dari Somalia, seorang wartawan Malaysian Insider yang turut membuat liputan dalam sidang media tersebut telah mengemukakan pertanyaan berbaur provokasi sama ada KP1M wajar dipersalahkan atas kematian Allahyarham.

Perdana Menteri yang jelas tidak senang dengan pertanyaan tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekarang bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mahu menunggu lapuran penuh kejadian yang dijanjikan Presiden Somalia.

Tapi reaksi kurang senang Perdana Menteri tidak menghalang Malaysian Insider dari terus menerus mensensikan hal kematian ini.  Buktinya, Malaysian Insider sekali lagi memetik kenyataan ‘pakcik’ kepada Allahyarham yang kononnya ingin KP1M bertanggungjawab atas kematian tersebut.

Pakcik mana, nama apa dan layakkah dia mewakili ibu, bapa dan isteri arwah, tidak pulak dijelaskan oleh Malaysian Insider.  Ini memang modus operandi biasa bagi liputan berbentuk provokasi, yang penting bukan fakta tapi persepsi yang ditimbulkan

Anehnya, ketika rombongan KP1M memulakan misi kemanusiaan pada 28hb Ogos, tiada atau sedikit sahaja yang disebut Malaysian Insider mengenai misi tersebut, maklumlah, sebagai media pro pembangkang mustahil liputan besar-besaran akan diberi bagi kerja-kerja mulia yang dilakukan UMNO dan Bakti.

Sudahlah telur tiada untuk menyertai misi yang turut disertai pasukan media lain yang diketuai Allahyarham,  bila ada berlaku kematian, Malaysian Insider menjadi yang pertama sibuk-sibuk mencari salah KP1M dan meletakkan pertanggungjawaban.

Tiada ayat lain melainkan SIAL saja yang patut kita tujukan kepada Malaysian Insider dan Pakatan Rakyat yang menaungi mereka.  Siapa Malaysian Insider untuk menghukum KP1M sebagai bertanggungjawab atas pemergian yang tragis ini?

Keluarga Allahyarham terutama isteri, ibu dan bapanya sudah tentu lebih maklum keadaan sebenar pemergian Allahyarham menyertai misi tersebut.  Isteri Allahyaram seperti dipetik Bernama pada 3 September 2011 juga redha dengan pemergian arwah dan turut mengesahkan misi ke Somalia bukanlah misi merbahaya pertama yang disertai Allahyarham.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang turut menyertai arwah dalam misi tersebut. Kesemua mereka ini jauh lebih layak bercakap mengenai reaksi sebenar arwah dalam menyertai misi ini daripada Malaysian Insider yang hanya pandai menangguk di air yang keruh demi kepentingan politik Pakatan Rakyat.

Dalam semua lapuran yang diberikan, jelas Allahyarham tidak dipaksa malah menawarkan diri untuk menyertai misi tersebut dan seperti yang disebutkan ini bukan misi  ke kawasan merbahaya dan berkonflik pertama yang disertai arwah (untuk rekod, arwah pernah menyertai misi flotila keamanan ke Gaza, gempa bumi di New Zealand dan misi kemanusiann di Pakistan).

Jadi apa masalahnya dengan Malaysian Insider?

Kalau setiap kali berlaku kematian, penganjur perlu dipertanggungjawabkan, maka kematian Baharudin Ahmad, peserta perhimpunan Bersih yang meninggal dunia akibat sesak nafas lanjutan berlari tak padan dek berpenyakit, juga patut dipertanggungjawabkan kepada Pakatan Rakyat dan Bersih sebagai penganjur bersama perhimpunan tersebut.

Tapi kenapa tak berlaku yang sedemikian?  Jauh dari nak menyalahkan Pakatan Rakyat, arwah dijulang sebagai Wira Bersih pula oleh Malaysian Insider.

Apa yang berlaku kepada Allahyarham Noramfaizul ini memang sesuatu yang tragis dan tidak disangka sama sekali. Ini bukan masanya untuk menunding jari kepada mana-mana pihak.  Yang nyata pemergian Allahyarham perlu diiktiraf sebagai wira dan arwah patut mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Menukarkan kisah tragis ini kepada polemik politik, hanya menambah kebencian rakyat kepada pembangkang yang menaungi Malaysian Insider.  Dari satu sudut eloklah tu tapi kesianla pada keluarga Allahyarham, kita patut menghormati hak mereka untuk bersedih atas kehilangan yang besar ini, bukan mengambil peluang untuk menjadikannya isu politik.

Penyertaan arwah ke dalam Bernama itu sendiri menunjukkan arwah memang lebih sanggup bekerja dan makan gaji dengan agensi berita rasmi kerajaan (Bernama adalah agensi dibawah Kementerian Penerangan) dari makan duit haram dengan portal berita pro pembangkang yang tidak beretika seperti Malaysian Insider.

Tak usahlah nak menunjukkan simpati pula walhal kita semua tahu tujuan sebenar Malaysian Insider.

Sudah sampai masanya untuk Perdana Menteri dan kerajaan mengkaji semula kewajaran membenarkan Malaysian Insider atau mana-mana portal berita pro pembangkang menghadiri sesi media rasmi kerajaan.  Jelas puak-puak ini tidak berminat untuk melapurkan yang benar, mereka lebih berminat untuk mencetus provokasi disamping amalan kewartawaan yang tidak beretika.

Kita tak usah nak bagi muka sangat dengan puak-puak ini.  Lihat saja reaksi Anwar Ibrahim ke atas soalan wartawan TV3 berhubung dengan skandal seksnya dengan pelacur China yang dirakam, itu saja sudah cukup membayangkan bahawa Pakatan Rakyat jauh tidak menghormati kebebasan media yang selama ini mereka dok laung-laungkan.

Memang zaman dan masa berubah tapi ada perkara yang elok dikekalkan begitu.



8 thoughts on “Malaysian Insider: Kebebasan Media Yang Disalah Guna

  • September 6, 2011 at 7:13 am
    Permalink

    malaysian insider, malaysiakini, n FMT, pemecah belah rakyat malaysia

    Reply
  • September 6, 2011 at 8:48 am
    Permalink

    Inilah akibatnya bila diberi muka.Sepatutnya mereka boleh mempertahankan kerajaan dalam sesetengah isu, kerana telah diberi ruang lebih.Tapi dari berterimakasih, mereka menyerang dan menyerang lagi, sentiasa mencari isu untuk menghentam kerajaan, tidak mencari peluang untuk meredakan suasana tegang, malah menambah minyak dalam api lagi macam kes gereja terbakar satu ketika dahulu.

    Dahulu sebelum PRU 2008, memang saya sangat meminati website dan blog yg macam ni,termasuk laman reformasi semasa semangat anti establishment tengah membara.
    Tapi apa yg saya perhati sekarang, berikutan perkembangan politik selepas PRU 2008 dan kerenah parti2 pembangkang terutamanya PAS, banyak blog dan website penyokong kerajaan tumbuh macam cendawan.Tanpa paksaan sesiapa pun, dan mengikut suasana pasaran itu sendiri, bolg2 ini sudah mula diminati dan dipercayai..dan bakal menjadi penentu dalam PRU akan datang..

    Reply
  • September 6, 2011 at 10:58 am
    Permalink

    gm ni xhabis2 jd ejen perosak..
    sudahlah tu..

    Reply
  • September 6, 2011 at 12:59 pm
    Permalink

    UMNO menyalahgunakan media kerajaan

    Reply
  • September 7, 2011 at 10:19 pm
    Permalink

    Salam. Seperti kata orang tua-tua sudah bagi betis nak peha. Sudah bagi kebebasan media nak diputar belitkan berita pulak. Perkara ini perlu dikaji semula demi kesejahteraan negara. Jelas disini rakyat belum bersedia untuk menerima media alternatif yang jelas menyimpang dalam laporannya. Tidak seperti dinegara-negara maju sebarang berita yang tidak benar dan karut media tersebut akan dipulaukan. Begitulah halnya dengan apa yang berlaku kepada sebuah akhbar popular dan paling lama dalam sejarahnya di England apabila ianya ditamatkan operasinya kerana mencabuli hak kebebasan media. Perkara seperti itu perlu dilakukan dinegara ini kerana jelas Malaysian Insider telah banyak mencabuli kebebasan media dan melanggar etika-etika kewartawanan dengan menyiarkan berita-berita palsu dan fitnah. Kita menyeru kerajaan supaya bertindak keatas media seperti ini kerana tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Kebebasan bersuara itu ada hadnya.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *