Hadi Awang berangan Mat Jenin..

Bila Presiden PAS Haji Hadi membuat kenyataan mengatakan PAS menyasarkan untuk memenangi 60 kerusi Parlimen pada PRU akan datang, ramai yang memandang sinis dan juga tak percaya dengan kemampuan PAS berbuat demikian.

Jika dilihat kepada realiti politik sekarang, kenyataan Hadi bolehlah disifatkan sebagai bermimpi di siang hari apabila menjelaskan keinginannya untuk menang 60 kerusi Parlimen. PAS yang hanya parti minoriti dalam Pakatan kelihatan kurang cerdik untuk berangan tinggi sebegitu.

Seandainya angka 60 itu cuma sebagai target PAS untuk memberi semangat kepada jentera pilihanraya mereka, itu memang wajar dilakukan sebagai salah satu strategi memaksimumkan keupayaan jentera. Tetapi PAS keterlaluan jika berangan untuk menang semua 60 kerusi yang mereka impikan.

Hadi patut ingat kembali semasa PRU tahun 2004 dahulu. Walaupun PAS menang di Terengganu, dengan hasil kerja keras UMNO dan BN selepas itu, Terengganu telah terlepas dari tangan PAS yang diterajui oleh Hadi Awang.

Pada masa itu juga, Kelantan pun nyaris-nyaris tumbang di tangan jentera UMNO/BN. Cuma beza satu undi sahaja di negeri yang dilabelkan sebagai Serambi Mekah tersebut.

Dan apabila Pakatan menang tipis di beberapa negeri pada PRU2008, jentera UMNO/BN masih lagi bergerak bukan hanya berdiam diri menunggu tarikh pilihanraya umum. Hasilnya, Perak berjaya dirampas kembali dan UMNO/BN berjaya memenangi rentetan PRK yang berlangsung diseluruh negara.

Ini bukti bahawa impian Hadi untuk memenangi 60 kerusi Parlimen termasuklah 25 kerusi UMNO hanyalah angan-angan kosong. Selain dari PAS yang kini kehilangan sokongan dari bangsa melayu akibat kebodohan Mat Sabu, PAS juga sukar untuk mempertahankan kerusi mereka pada PRU lalu akibat dari sikap syok sendiri jentera parti.

Lihat sahaja di PRN Sarawak sebagai contoh. PAS kalah di semua tempat yang mereka tandingi disebabkan jentera serta petugas parti yang bersikap sambil lewa didalam kempen pilihanraya. Jentera PAS konfiden akan menang tetapi akhirnya wakil mereka tewas teruk di PRN Sarawak.

Hadi Awang patutnya menyedari pemimpin serta jentera UMNO/BN sememangnya giat mendekati pengundi di kawasan-kawasan yang mereka tewas dahulu. Jika kena dengan percaturannya, P.Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bakal jatuh ke tangan UMNO/BN pada PRU yang akan datang.

Pemimpin PAS pula sibuk mengampu rakan-rakan karib mereka didalam Pakatan tanpa memperdulikan kawasan yang mereka menangi pada Pilhanraya lalu. Bagaimana nak menang 60 kerusi Parlimen kalau Hadi dan kawan-kawannya dalam PAS langsung tak turun mendekati rakyat?

Jangankan kata mimpi nak tawan kerusi UMNO.., kerusi PAS sendiri pun belum tentu akan dapat mereka pertahankan nanti.

32 thoughts on “Hadi Awang berangan Mat Jenin..

  • September 2, 2011 at 2:45 pm
    Permalink

    Pas nak menang 60 kerusi? Bg tau la kat PAStor Hardy tu usahkan 60 kerusi, 60 bangku pun belum tentu dapat!!!…

    Reply
  • September 2, 2011 at 3:06 pm
    Permalink

    Syabas Hadi Awang kerana mensasarkan kemenangan 60 kerusi parlimen pada PRU akan datang. Tapi saya muskil kenapa 60 kerusi parlimen? bukankah matlamat PAS ialah “PAS GANTI UMNO” … kalau menang 60 kerusi kekuatan PAS hanyalah 27% sahaja jika jumlah keseluruhan kerusi ialah 222 mengikut perkiraan sekarang. Dengan 27% kekuatan PAS hanya sekadar melukut ditepi gantang pakatan-pakatan haram …. maka makin banyak lagilah kesucian Islam dilacurkan oleh PAS …

    Reply
  • September 2, 2011 at 3:42 pm
    Permalink

    aku setuju bro… Nawaitu pas sangat jahat sekadar ingin melihat
    umno tumbang tanpa mempedulikan nasib agama dan bangsa.
    Apa yg pas boleh buat sekadar 60 kerusi parlimen? Lihatla kuasa pas
    di selangor..banyak dikawal oleh DAP. Sedarlah melayu pas bukan pengganti
    umno.. Kita masih tidak mempunyai pilihan..

    Reply
  • September 2, 2011 at 5:17 pm
    Permalink

    Hadi cuma meluahkan keinginannya. Sama saperti keinginan nya dengan konco konco nya untuk menawan Putra Jaya. Sama saperti insan lain yang berkeinginan menjadi ketua jabatan, jadi boss, berkeinginan menjadi jutawan dan sebagainya.

    Kita harus ingat bahawa Hadi kuat nafsunya dalam segala hal. Kuat nafsu tanpa tenaga tidak ada guna juga. Demikian lah halnya dengan Hadi, dia memang bernafsu besar tetapi tidak bertenaga.

    Reply
  • September 2, 2011 at 5:49 pm
    Permalink

    Terima kasih Hadi, kerana buat sasaran 60 kerusi untok dimenangi, dah tentu kerusi sasaran itu dikawasan UMNO, walau pon ini seperti angan-angan mat jenin, tapi tidak mustahil akan terjadi jika UMNO meletakkan calun-calun tangkap muat, calun tidak mesra rakyat, calun yang kembongkan poket sendiri dan kroni-kroninya saja, calun pandai bermuka-muka pada pemegang kuasa memilih calun.PAS boleh menang kerusi tersebut jika PAS tidak sekapal dengan DAP dan PKR, Orang macam mat sabu mesti disingkirka dulu, PAS mesti kembali pada perjuang asal menegakkan islam tidak seperti sekarang melacurkan islam, sekarang pon banyak ahli PAS dah mula tawar hati dengan perjuangan PAS yang bersengkol dengan DAP dan PKR yang banyak mengadaikan Islam dan hak melayu.

    Reply
    • September 3, 2011 at 10:56 am
      Permalink

      ulasan yg rasional dari anda bkn spt kebanyakan yg lain, syok sendiri aje lebih… sbnrnya aku lebih suka calon BN yg hebat spt fuad dan calon PAS spt salehuddin terus mng. mereka org melayu yg bijak dn tidak pentingkan diri sendiri malah bagi aku walau pun sudah tua..TUN mahadir adalah yg paling sesuai jadi PM malaysia. kalaulah kita ada seratus org mcm Tun Mahadir semasa beliau jadi PM dulu, negara kita akn setanding korea mahu pun jepun. PM selepas beliau pada pendapat aku nak capai separuh tahab Tun pun takkan dapat…….sekarang org amt mementingkan ekonomi, kekuatan ekonomi menyaksikan group politik yg memerintah akan semakin kukuh dan keadaan kita sekarang agak mendatar, jadi apa2 blh berlaku kpd group politik kita. Aku byk buat training berkenaan safety utk syarikat besar spt petronas dan dialog serta contractor company yg lain. kalau disentuh ttg politik kebykan dari mereka sinis aje pd UMNO dan kebykan mereka ini adalah golongan berpendidikan tinggi dan sederhana yg ada acces utk terima info meluas ttg politik sebenar baik pemerinth mahaupun pembangkang. tapi mereka agak respect ttg Tun Mahadir, waluapun dlm aspek agama Tun agak kurang tapi dlm ekonomi Tun mmg hebat…malah ada yg kata walau Tun tak PM lagi saham Tun(Petronas Gas dan Petronas Dagangan) ttp stabil dan tinggi tapi saham Datuk Najib(petronas chemical) dah nak lemas…….apa pun kalau dipendalaman UMNO masih power, kerana TV RTM dan TV3 masih jadi rujukan utama. UMNO masih bertuah kerana dipendalaman ini walaupun jumlah penduduk tidak padat tapi kerusi yg dipentandingkan agak byk. faktor inilah yg membuat UMNO lebih kuasa sekarang jadi dgn dunia semakin terbuka, kelebihan ini semakin kurang. UMNO dan PAS perlu bersaing utk ada lebih ramai pemimpin spt fuad dan salehudin, siapa yg lebih tangkas akan lebih berjaya. sebagai org bebas aku tak kisah UMNO ke PAS ke yg perintah negara. sapa yg tawarkan kereta murah, brg murah, air murah, biasiswa byk,minyak murah aku akn pangkah kali ini. jgn DAP, MCA, MIC jadi teraju sudah.

      Reply
      • September 3, 2011 at 3:31 pm
        Permalink

        Sokong ko… yg. penting rakyat menang bukan pemimpin, bukan parti dan bukan peniaga yg. cekik darah.

        Reply
        • September 3, 2011 at 6:43 pm
          Permalink

          kan bagus kalau semua org menang. knp mesti nk rakyat je menang? kalau rakyat menang, pemimpin menang, parti menang, peniaga menang, kan aman hidup ni? jgn la hasad dengki sgt kt org lain…berusahalah ke arah kebaikan semua orang

          Reply
          • September 4, 2011 at 9:08 am
            Permalink

            Kalau rakyat menang semua akan menang, tapi kalau yg. lain menang rakyat belum tentu menang. Banyak peristiwa pemimpin yg. salahguna kuasa dan kedarah hak rakyat, begitu juga parti yg. pentingkan pemimpin dan ahli lebih dari Negara dan Agama serta rakyat. Nabi sebagai pemimpin yg. patut dicontohi kemenangan yg. dia dapat diakhirat bukan kekayaan peribadi di dunia, tak seperti pemimpin kita sekarang baru sepenggal jadi YB kereta dah menjalar, rumah teres dah jadi banggalow malah ada yg jadi istana. Bukan tak boleh tapi tu bukan contoh pemimpin yg. baik.

  • September 2, 2011 at 7:02 pm
    Permalink

    PAS akan tetap duduk bawah KETIAK DAPigs..sampai bila bila la…..hehehe

    Reply
  • September 2, 2011 at 11:08 pm
    Permalink

    Cuma mimpi basah Hadi. Nothing to worry bro.

    Reply
  • September 3, 2011 at 10:02 am
    Permalink

    dulu masa 2008, PKR kena cam tu jugak, UMNO kata PKR tunggu masa masuk kubur pasal hanya Wan Azizah aje yg ada kerusi, apa jadi lepas tu….empat negeri terbang, kelantan pula UMNO yg hampir masuk kubur………….terpaksa curi wakil rakyat utk dpt balik perak. sapa yg ternganga. nak tulis jgn ikut emosi….nakk sedap hati sendiri. jika hj Hadi ckp camtu, UMNO perlu psg stratergy supaya itu tidak berlaku……ingat masa 2008 jumlah skg PR lebih ramai dari skg BN kat peninsular. OrangPekan kena kuat kerja tlg orang luar pekan nanti bimbang lepas 2012 org pekan tak jadi PM lagi.

    Reply
    • September 3, 2011 at 10:15 am
      Permalink

      bila masa plak UMNO curi ADUN kat Perak … dah ADUN-ADUN tu sendiri sering dianak tirikan oleh trio Nga Ngeh Ngok …. salah pakatan haram sendiri la yg tamak haloba …

      Reply
      • September 3, 2011 at 11:01 am
        Permalink

        ya lah tu, aku ank perak juge, politik malaysia byk bnr kerenahnya …..2012 nnti terjwp.

        Reply
        • September 3, 2011 at 12:41 pm
          Permalink

          Tak payah tunggu 2012, sekarang dah tau! Kalo PR yg memerintah, DAPigs berkuasa…..ko auta camana pun! Melayu jadi pak hangguk sokmo…kalo ko Melayu, ko suke ke?

          Reply
          • September 3, 2011 at 1:25 pm
            Permalink

            masa PR bagi tanah kat sekolah cina dulu puak UMNO mengamuk kata PR hamba DAP kemudian masa zamri pun dibagi juga, kenapa UMNO perak diam aje……..aku mmg melayu tapi aku tak berpihak pada satu2 parti…..sbb tu aku bebas kritik apa saje. masa DAP kau kata melayu pak hangguk, masa Gerakan kat penang kau syp aje UMNO jadi pak hangguk…….Singapura buat rumah api kat pulau pisang johor tu pun UMNO jadi pak hangguk. masa Pemuda Pas nak pegi pacak bendera Malaysia kat Pulau batu puteh tu ada menteri melayu kata itu kerja bodoh…. sekarang dah hilang…..sapa buat hilang?….skrg usahkan bawak bendera pergi dkt aje dah ada askar laut singapore…..sapa pak hangguk? sebnrnya nak berbalahpendapat boleh tapi biar saksama. kalau taksub sgt gitulah jadinya….puak kau buat buat bodoh, puak aku buat blh plk….PAS, UMNO, PKR sama aje………..

          • September 3, 2011 at 3:36 pm
            Permalink

            hahahaha… senyap toronto, tu baru sikit. Silap2 boleh demam kalau tambah senarai. Lain kali baca media lain sama jangan asyik UM dan TV3 je….

          • September 3, 2011 at 6:35 pm
            Permalink

            bujuk, hang jgn suka sgt. hg tak baca betul2 ke apa yg bro bebas sokmo tu tulis. dia kata kt puak hgpa jugak tu..

          • September 3, 2011 at 11:15 pm
            Permalink

            bro bebas sokmo, pembangkang bagi tanah 999 tahun, DS Zamri bagi 99 tahun, beza 900 tahun bro, baper keturunan bro!, gua anak Perak jugak.. 900 tahun tu boleh brapa keturunan tu bro?.. lu tau sejarah ka bro kata UMNO Penang pak hangguk? lu boleh beza ka apa puak pembangkang dah buat pada gua punya negeri dalam masa tak sampai 2 tahun? pasai pulau pisang, gua pun hangin, kalau sudah kalau apa mau buat? PERANG? walaupun dari segi sejarah mmg tanah tu tanah milik melayu, tapi lu tau kan PAP n DAP tu satu kapal? kaki pusing? sudah kalah kena terima la bro.. tu keputusan mahkamah.. apa mau buat lagi.. kalu pacak bendera kira boleh jadik kita punya tempat ka kawan? pulau yang kita menang sama indon tak mau masuk skali ka? kekadang kita terpaksa trima beb, ni dah ketentuan.. samala yang kita terpaksa trima yang mat sabu sebagai pemimpin pembangkang walaupun tersangat sengalnya.. gua sokong kalau berbalah cara bijaksana.. tapi jangan amik bau je bro.. kalau busuk hantam, kalau wangi puji… apa bikin bro? nak ungkit semua boleh, tapi biar berisi, bukan amik lebih kurang jadik point.. point bia berisi sket, jangan cincai sangat!!

          • September 3, 2011 at 11:18 pm
            Permalink

            pembetulan sket
            ” kalau sudah kalau apa mau buat? PERANG? ” = ” kalau sudah kalah apa mau buat? PERANG? “

          • September 4, 2011 at 9:19 am
            Permalink

            Ciku…. kalau ada orang ambil tanah ko dan mengaku tanah dia ko sanggup tak PERANG?
            Masalahnya ciku UMNO ni kalau PR buat sebab jadi kuda DAP, tapi UMNU buat benda yg. sama itu adil….. bukankah 99 th. dengan 999 th. maknanya kedua2 tanah tersebut jadi hak cina juga? apakah beza mencuri rm100 dengan rm1 juta disebut perompak? salah tetap salah, tapi korang sokong satu pihak yg.korang kata salah tapi pihak lain korang kutuk habis2an…. UMNO takda pendirian.

    • September 3, 2011 at 11:25 pm
      Permalink

      lu ada tau ka? atau lu mmg perasan je bro! satu malaya tau orang protes sama itu paklah, naseb baek ja hangpa menang..

      Reply
      • September 4, 2011 at 9:21 am
        Permalink

        Aku terima alasan pihak yg. kalah… walau seteruk manapun alasan tersebut.

        Reply
  • September 3, 2011 at 1:29 pm
    Permalink

    errrrr..lari tajuk sikit…

    kat London lepas seminggu rusuhan, ribuan ditangkap dan dibicara..

    kat Malaysia, bbabiga ,mat sabun, tian chua ,nuar masih bebas menghirup udara segar negara aman permai ni…mana pergi penguat kuasaan undang2 kita?

    Reply
    • September 3, 2011 at 3:37 pm
      Permalink

      Apa maknanya….?
      Menteri tidur…? Polis Salah….? K’jaan takut….?
      Atau BERSIH memang BERSIH.

      Reply
      • September 3, 2011 at 6:37 pm
        Permalink

        malas je nk ambik tindakan..kang p report kt yahudi plak.. tak pasai2 kena serang mcm libya plak kang..

        Reply
        • September 4, 2011 at 9:29 am
          Permalink

          Ko cakap macam negara tak BERDAULAT.

          Reply
          • September 4, 2011 at 10:43 pm
            Permalink

            puak2 hgpa tu bukan kira negara berdaulat ke tidak. main langgar je. asal nk berkuasa

      • September 3, 2011 at 11:22 pm
        Permalink

        heh BERSIH mmg Bersih! ceh! korang bertuah pasai ada orang UMNO yang lembik, cuma tau bagi amaran n pernah jadik orang nuar.. kalau tak kirim salam la bro.. ramai angin suda sama ini menteri amaran..

        Reply
        • September 4, 2011 at 9:28 am
          Permalink

          Ko yg. kata…. “UMNO LEMBIK”….aritu somebody kata …”kayu”. Hai malu aku pemimpin yg. korang sendiri angkat tiba2 korang kutuk macam2. Sepatutnya korang buang dia dari awal sebab sebelum ni pun bukan bagus sangat… ada sejarah dia minta maaf dari MCA isu julang keris. Lagi satu isu peruntukan sek. cina dengan timb. pemuda MCA. Tapi dia adalah calon ke-2 PM M’sia yg. korang pilih.

          Reply
          • September 4, 2011 at 10:45 pm
            Permalink

            at least taklah jadi pak turut je mcm hgpa. apa je pemimpin ckp lgsung tak berani bantah walaupun dh terang2 salah…

  • September 3, 2011 at 5:25 pm
    Permalink

    bukan kata menteri takut ke,polis tidur ke.Nak bagi rakyat sendiri fikir.pemimpin yg macamni kah nak meneraju M,sia nanti.Fikirlah semua rakyat m’sia ye.jangan tersalah pangkah lagi pada pru nanti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *