Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54

Besok kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 54.  Sejak merdeka kita diperintah UMNO/BN (nama lama Perikatan) dan kita hidup aman sejahtera sesama kita tanpa ada apa masalah melainkan pada 1969.  Apa yang berlaku pada 1969 adalah proses permatangan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan pada 1957 dan yang penting kita dapat pelajaran yang berguna dan tidak mengulanginya semula di masa hadapan.

Sepanjang 54 tahun sudah banyak perubahan yang dibawa UMNO/BN ke atas negara kita.  Ada banyak negara yang lebih dahulu atau sama-sama merdeka macam kita pun masih tidak mencapai tahap seperti mana kita sekarang.

Memerintah sebuah negara bukannya mudah, menguruskan ekonomi negara bukan setakat bercakap peratus-peratus tertentu, malah lebih dari itu juga.  Wang bukan boleh dicetak sesuka hati atau nilai menyusut dan inflasi meningkat, menguruskan perbelanjaan pertahanan, pembangunan dan macam-macam, semuanya memerlukan kebijakan kepimpinan.

Memerintah sebuah negara tidak sama seperti memerintah negeri, sikit-sikit ada masalah boleh tujukan ke kerajaan pusat.  Sikit-sikit ada masalah, mintak duit dengan kerajaan pusat.  Menjadi kerajaan pusat bermaksud menanggung semua beban.

Dan percayalah, UMNO/BN berjaya  menguruskan itu dengan begitu baik sekali.  Sudah begitu baik sistem yang diserapkan, buat apa kita nak mengubahnya lagi?  Penulis tidak nampak keperluan untuk mengubah kerajaan yang sedia ada sekarang kerana keadaan kacau bilau, peperangan saudara, kebuluran dan sebagainya yang berlaku di negara-negara lain serata dunia yang kita lihat hari ini tidak berlaku di negara kita.

Hasil kerja keras kerajaan hari ini jugalah, keganasan komunis yang menganggu kehidupan rakyat satu ketika dulu dapat dibenteras.  Benar komunis meletak senjata bukan menyerah kalah tapi yang penting tidak ada lagi kawasan hitam, tidak ada lagi kg baru yang berpagar kawat duri, tidak ada lagi perintah berkurung.  Rakyat bebas kemana saja yang mereka mahu tanpa ada kerisauan ditembak komunis.

Walaupun hari ini ada pihak dari Pakatan dan PAS yang mahu menghidupkan kembali komunisme dengan meletak individu tertentu sebagai ikon kemerdekaan, kita yakin itu hanya akan mengundang bencana kepada mereka sendiri.  Ucapan seorang di Pulau Pinang akan memadam kelebihan sedikit yang ada oleh bakal calon pilihanraya mereka diseluruh negara.

Kita mungkin tidak sekaya dan sekuat Amerika Syarikat tapi sekurang-kurangnya rakyat negara kita tidak menjadi sasaran pengganas di beberapa negara.  Rakyat kita bebas untuk melancung kemana saja (melainkan Israel) tanpa ada rasa takut menjadi sasaran culik kerana menjadi rakyat Malaysia seperti mana rakyat Amerika hari ini.

Dalam konteks Asia Tenggara, pertahanan kita mungkin tidak sekuat dan secanggih Singapura tapi kerajaan dan rakyat negara kita boleh tidur lena tanpa terlalu memikirkan serta berbelanja besar dalam hal keselamatan kerana takut jiran kita akan menyerang kita pada bila-bila masa.

Mana mungkin kita menjadi negara yang sempurna serba-serbi, lagipun mana ada yang sempurna pun didunia ini melainkan apa yang dicipta oleh Allah swt sahaja.  Yang penting kerajaan UMNO/BN  telah melaksanakan apa yang terbaik untuk negara ini dan rakyatnya.  Kalau ada yang janji serba sempurna itu (macam Pakatan), elok kita ludahkan saja sebab dinegeri dimana mereka perintah pun tidak ada apa yang luar biasa berkaitan kebajikan rakyat.

Akhir kata…

Penulis bangga menjadi rakyat Malaysia dan penyokong UMNO/BN dalam masa yang sama.  Menjadi rakyat negara yang hebat hasil kepimpinan yang hebat ibarat menang pingat emas dengan batu berlian terlekat ditengahnya, maksudnya kegembiraan berganda.

Kepada semua rakyat Malaysia, penulis ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54.  Merdeka!!!!

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

9 thoughts on “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54

  • August 30, 2011 at 7:45 PM
    Permalink

    selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54.Semoga negara kita aman makmur dan rakyat hidup bersatu padu.seharusnya kita mensyukuri apa yg kita kecapi sekarang hasil daripada perjuangan pemimpin terdahulu.Kepada rakyat m’sia yg rasa dizalimi dan tak sedar diri patut rasa malu tinggal di negara ini dan nyah dari bumi m’sia.saya bangga jadi anak m’sia

    Reply
  • August 30, 2011 at 11:43 PM
    Permalink

    sahabat dari PKR dan PAS, jom ramai-ramai merdekakan diri anda !!!

    Reply
  • August 31, 2011 at 10:01 AM
    Permalink

    bersyukur lah kita dengan apa yang Allah anugerahkan kepada negara kita dan kepada diri kita yang di takdirkan lahir di bumi Malaysia..untuk puak-puak pkr n pas..muhasabahkanlah diri anda dan merdekakanlah diri anda spt kata sahabatC5..bayangkan kalau anda semua lahir di Somalia atau negara Arab yang bermasalah…mungkin anda dan ahli keluarga anda tidak sempat untuk menikmati kehidupan seperti yang ada di bumi Malaysia yang bertuah ini…sebab anda telah mati kebuluran atau terbunuh…akal ada guna lah!…selamat hari merdeka ke 54..

    Reply
  • August 31, 2011 at 7:43 PM
    Permalink

    rakyat malaysia harus sedar sungguhpun malaysia sudah merdeka tetapi
    penjajahan minda sedang berlaku..
    Ramai yg berlagak alim..
    Ramai yg berlagak prihatin..
    Ramai yg berlagak bijak..
    Tetapi ada udang disebalik batu..

    Reply
  • August 31, 2011 at 8:53 PM
    Permalink

    Malaysia NEGARA BERTUAH kita hidupaman damai sekian lama ,54 tahun kita hidup sebagai sebuah keluarga besar yang unik.Akan tetapi kita sudah semakin hlang keyakinan diantara satu sama lain .golongan muda sudah tiada jati diri dek kerana terdedah akan teknologi maya yang tiada batasnya …..bertambah malang lagi golongan ini diracuni oleh orang orang dewasa yang cangkat akal fikiran .

    Reply
    • August 31, 2011 at 10:22 PM
      Permalink

      betul…betul…betul..merdeka…merdeka…

      Reply
  • September 1, 2011 at 2:47 PM
    Permalink

    Aku agak ada jugak kaum kerabat dari Pakatan Rosak yang tak seronok dengan kemerdekaaan negara ini, bukan apa sebab Ketua Hitler depa tak ada waktu dulu…Atawa pun sepatutnya yang merdeka ialak PKM bukan Malaysia …Maklom laaa ini adalah kemungkinan teks sejarah edisi baru yang bang mat nak buat….

    Reply
  • September 2, 2011 at 12:56 AM
    Permalink

    Aslkm, kita tak boleh le nak bersyukur membuta tuli je macha.. mamak bangga dapat jadi rakyat Malaysia dan memang negara kita aman damai, dilimpahi kemakmuran dan kekayaan alam.. mamak bersyukur.. memang Allah suruh kita bersyukur dengan nikmat yang Dia dah beri tetapi Allah tak ada la suruh rakyat tetap berbersyukur atau tutup mata walaupun kemungkaran pemimpin berlaku depan mata… Allah tak suruh hambaNya buat kacau bilau dan Allah tidak juga membenarkan hambaNya bersifat kukubesi atau menindas orang lain… dan lagi satu.. tiada suatu kaum atau bangsa yang lebih baik dari bangsa lain melainkan ketakwaan dalam agamanya…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.