Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!! PAS PENYOKONG KUAT KOMUNIS!!!

 

 Mat Sabun kata mereka ini mati kerana pertahankan British…

 

Para pejuang Melayu yang pertahan Bukit Kepong dinista oleh Timbalan Presiden Pas!

Tahniah Mat Sabun kerana akhirnya membuat pengakuan terbuka bahawa engkau memang penyokong tegar komunis. Pengakuan bahawa komunis adalah pejuang sebenar berbanding orang-orang polis yang mempertahankan Bukit Kepong telah meletakkan Mat Sabun setara Chin Peng dan Rashid Maidin! Tahniah.. tahniah…! Akhirnya Pas bukan sahaja meninggalkan perjuangan Islam tetapi kini memperjuangkan komunis pula.

Pun begitu aku begitu sedih sebab dalam bulan Ramadan dan kita bakal menyambut 1 Syawal, Mat Sabun bercakap tanpa memikir hati dan perasaan anak cucu polis Bukit Kepong kerana mendakwa mereka adalah tali barut penjajah British manakala komunis yang serang dan takluk balai polis Bukit Kepong pula adalah pejuang sebenar.

Apakah Mat Sabun tak ada hati perut sehingga sanggup mengguris hati dan perasaan para pewaris polis di bawah ini yang berjuang mempertahankan tanah air?

http://mesintaipburuk.blogspot.com/2011/08/mat-sabun-tak-ada-hati-perut-hina.html

5 thoughts on “Mat Sabun tak ada hati perut hina pejuang!! PAS PENYOKONG KUAT KOMUNIS!!!

  • August 28, 2011 at 10:52 AM
    Permalink

    Semuanya kerana politik semua sanggup di gadaikan..Harap jgn gadaikan maruah bangsa setelah menggadaikan agama.. Salam Perjuangan..

    Reply
  • August 28, 2011 at 11:31 AM
    Permalink

    Bagi pengetahuan pembaca muda kenapa pertempuran atau ‘perperangan’ begini berlaku di masa itu, ana cuba ceritakan hanya dari ingatan. Jadi, jika ada yang kurang tepat tolong perbetulkan:

    1) Tanah Melayu sedang dijajah British

    2) Jadi, kerajaan yang memerintah pada masa itu adalah kerajaan Koloni British

    3) Perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu dari kuasa British itu sedang berlaku. Sejumlah kaum Cina memilih untuk mengangkat senjata ala Komunis (kemudian sememangnya menjadi komponen Parti Komunis China(?)). Semangat mereka disemarakkan oleh kebangkitan Komunis China. Ada juga beberapa orang Melayu menyertai angkatan pembebasan secara bersenjata ini. Namun cara ini mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, yang rata-ratanya beragama Islam sebab pembebasan bersenjata ini berasaskan kepercayaan komunis – tidak beragama atau bertuhan. Jadi, jika mereka berjaya merampas Tanah Melayu pada masa itu, apa akan jadi kepada Islam dan orang Melayu? Kemungkinan besar mereka menjadi korban berramai-ramai, agama Islam dan mana-mana agama minoriti yang lain dihapuskan sepertimana di neger Cina pada masa itu, dan komunis (orang Cina) akan menguasai/merampas Tanah Melayu.

    4) Oleh itu, ramai orang Melayu dan mereka yang sukakan keamanan – termasuk juga kaum Cina bukan komunis -, kaum India, orang Asli dan sebagainya memilih memperjuangkan kemerdekaan secara ber’politik’. Dato’ Onn Jaafar adalah salah seorang yang terserlah dan tersohor dalam perjuangan tersebut. 

    5) Atas dasar falsafah dan politiknya, pihak British juga menentang Komunis. Jadi, 
    a) pengusiran Komunis; b) perjuangan untuk menentukan Tanah Melayu tidak diambil alih pemerintahannya oleh pendatang (Cina atau India terutamanya); dan
    c) pembebasan dari pemerintahan Koloni British 
    menjadi perjuangan bertindih yang diperjuangkan oleh orang Melayu pada masa itu. Dan, semangat perjuangan ini diteruskan dengan UMNO menjadi wadahnya. 

    Jika anda cuba fahami, dari sinilah timbulnya bentuk parti yang berasaskan bangsa. Lestarinya UMNO sememangnya untuk memperjuangkan hak orang Melayu ke atas tanah airnya sendiri. Namun, orang Melayu  sanggup berkorban – menerima kaum Cina dan India sebagai warga negara Tanah Melayu yang merdeka, sayugia berkongsi dan berkerjasama dengan mereka dalam pemerintahan Malaya. Kerjasama ini telah diasaskan atas satu Persetujuan Sosial (Social Contract). Dengan itu timbullah Pakatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC). Sekali lagi perhatikan: MCA dan MIC adalah parti-parti kaum Cina dan India – berasaskan krturunan. Formula Pakatan ini kemudian ditransformasikan kepada Barisan Nasional (BN). Pakatan ini telah berjaya membawa keharmonian dan pembangunan kepada Tanah Melayu, dan seterusnya Malaysia. 

    6) Dengan penubuhan Malaysia, timbul pula tentang kaum-kaum pribumi di Sabah dan Sarawak. Mereka ini kemudiannya digelar kaum Bumiputra. Adakah perjuangan UMNO selama ini mencakupi perjuangan  hak-hak kaum Bumiputra ini? 

    7) Dengan kemasukan UMNO ke Sabah – nampaknya, jawapan ini sudah terjawab. Kedazan, Dusun, Bajau dan sebagainya boleh menjadi ahli UMNO. UMNO juga berperanan untuk memperjuangkan hak-hak mereka. Orang Melayu dan Bumiputra barganding bahu dalam mempertahankan hak dan peluang mereka untuk terus hidup dan terus maju di tanah air mereka dendiri sejak zaman berzaman. 

    8) Jika begini rupanya adakah kaum Cina dan India yang telah menjadi warganegara Malaya dan seterusnya Malaysia tergambar seperti warga kelas kedua? Jawabnya tidak. Sebagai rakyat Malaysia mereka juga berhak untuk berperanan dalam apa juga bidang untuk meneruskan kehidupan mereka di Malaysia ini. Konsep 1 Malaysia membawa konsep penyatuan semua warganegara Malaysia. Hanya, mereka tidak akan dapat menjadi Sultan atau Agong; tetapi, begitu juga orang-orang Melayu biasa! Dan yang menjadi Perdana Menteri serta timbalannya adalah atas pekenan DYMM Agong dan Raja-Raja Melayu. 

    Jadi, perjuangan Melayu khususnya pada masa itu berbentu ‘3 in 1’. Maka, soal pihak pegawai polis yang mempertahankan Bukit Kepong itu berkhidmat dengan Kerajaan British atau tidak, tidak timbul. Mereka bertempur dengan Komunis dan Komunis adalah salah satu dari 3 Agenda perjuangan Melayu ketika itu. 

    PS: Dikhuatirkan perjuangan politik PAS pada masa ini seakan-akan sama. PAS rela bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO. Tetapi, dalam konteks ini, jika kita perhatikan sejarah perjuangan orang Melayu di atas: 

    UMNO adalah ‘HATI’ bangsa Melayu, dan Islam adalah RUH…

    Jika HATI orang-orang Melayu dikorbankan, maka tercariklah RUH-nya diragut-ragut oleh segala musuh…

    Dan mungkin kata-kata tok Hang Tuah,

    “Tiada Melayu hilang di Dunia”

    tiada bererti lagi…

    Dan terserelahlah kebenaran Hadis Nabi (s a w) di bumi Melayu. Hadis Nabi yang kira maksudnya – seketika di akhir zaman nanti orang Islam jadi ratahan musuh-musuh Islam, bukan kerana mereka sedikit, tetapi…..

    Allahuwaklam.

    Tolong tegurkan apa-apa kesalahan ana. Ana mohon maaf.

    …ana hanya Ali Baba. 

    Reply
  • August 28, 2011 at 1:05 PM
    Permalink

    Inilah yang ditarbiah oleh DAP kepada Mat Sabu… DAP dah berjaya….. Tahniah. Nanti ada la telur busuk dengan najis manusia serta kasut akan naik kemuka dia….bila dia berucap. Tahniah Mat Sabu !!!! Pejuang baru Komunis…

    Reply
  • August 29, 2011 at 8:07 AM
    Permalink

    Mat Sabu@Maa Sah Boo (nama cinanya) telah menjawab pasal ini semua di Youtube, apa katanya? sila lihat..

    Reply
  • August 29, 2011 at 4:53 PM
    Permalink

    Apa pun Cina DAP dah berjaya memalukan Raja Melayu, Raja dan bangsa Melayu melalui manusia gila Nizar, Nik Aziz, hadi, mat sabu dan anwar ibrahim..

    bangsa cina dan India harus sedar sesuatu yang mat sabu tak mahu sebut demi mendapat undi cina dan india adalah nama2 pemimpin cina dan india yang bersama Tengku Abd Rahman berusaha untuk dapatkan kemerdekaan. Pada mat sabu mereka ini juga dianggap pegawai british yang dicop sebagai pengganas.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.