Marina Mahathir: Biarkanlah Dia

Share


Penulis sedikit tidak faham kenapa banyak pihak melompat dengan tindakan Marina Mahathir menulis mengecam kerajaan kerana menyamakan kejadian rusuhan di London dengan perhimpunan haram Bersih 2 yang mendapat sokongannya.

Tidak cukup dengan itu, dikaitkan pula Tun Mahathir dengan tindakan Marina.  Dimana yang berkaitan pun penulis tidak tahu.

Apakah kerajaan hari ini tidak boleh dikritik sehingga begitu hebat benar reaksi banyak pihak terhadap Marina Mahathir?  Apakah kerajaan hari ini boleh goyang dan bergoncang oleh tulisan Marina Mahathir?

Baru saja Perdana Menteri semasa acara berbuka puasa di Wisma Bernama tempoh hari berkata tentang tapisan media dan bagaimana cara lama perlu dikaji semula untuk disesuaikan dengan persekitaran baru yang sedang berubah.

Jadi tidak nampak ada apa masalah dengan tulisan Marina di The Star itu.  Perlu kita semua sedar Marina adalah sama dengan warga lain di Malaysia ini yang mempunyai hak memberikan pandangan, seperti mana kita semua berhak memberi pandangan kepadanya.

Lagipun, adakah kemarahan ini semua kerana Marina itu sendiri atau sebab bapanya Mahathir?

Persoalan ini yang perlu kita tanyakan kepada diri kita sendiri.  Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody.  Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

Silap-silap, orang ingat Marina perempuan mat salleh, bukan perempuan melayu.

Tapi sebab ada nama Mahathir itulah yang menjadikan Marina somebody, tulisannya sedikit memberi kesan, paling tidak menyebabkan Ketua Penerangan Perkasa muncul di TV mengecamnya.

Apa kita nak takut sangat?  Saat ini Pakatan memang terdesak, kurangnya sokongan rakyat kepada mereka semakin menyerlah.  Resmi orang terdesak, siapa dan apa juga yang sempat, dicapainya juga untuk menyelamatkan dirinya.  Dan Marina tidak terkecuali.

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.  Pedulilah apa pun yang pernah dikatakan mengenai Marina ini dahulu, yang nyata, penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 2 itu sudah ‘mensucikan’ dirinya dari segala dosa silam.

Tapi dengan Tun Mahathir secara jelas menolak penganjuran Bersih 2 dan masih kental menyokong kerajaan, apa yang dibuat Marina ini tidak lebih dari kerja yang sia-sia sahaja.  Yang penting bukan Marina tapi Tun Mahathir.  Biarlah Marina menulis mengutuk kerajaan, jangan Tun Mahathir kerana sejarah akan sentiasa mengenang tulisan siapa yang ‘membersarakan’ Perdana Menteri kelima Malaysia.

Bukan Marina tapi tulisan Tun Mahathir

Kesimpulan yang penulis nak katakan disini ialah, masing-masing Marina dan The Star punya agenda atas tulisan tersebut.  The Star sudah terperangkap dengan perasaan anti melayu yang begitu membuak-buak di kalangan editor kanannya sehingga daging babi diserta dalam iklan sajian berbuka puasa.  isu-isu yang macam ini boleh mengalihkan sekejap kemarahan umat Islam.

Marina pula sudah tentu marah kerana dicopkan setaraf dengan puak 3 suku yang merusuh di London tempoh hari sehingga membawa kepada penulisan yang di siarkan di The Star.  Sedangkan sangkanya dia membuat sesuatu demi kepentingan negara dengan menyertai perhimpunan haram tersebut.

Pada penulis, Marina tidak melihat agenda politik pembangkang yang menyelubungi perhimpunan haram tersebut.  Banyak perkara yang menjadi tuntutan Bersih adalah amalan dan peraturan pilihanraya yang diguna pakai dari zaman bapanya sebagai Perdana Menteri pun, seperti undi pos – dimana Marina ketika itu?

Marina mewakili sebilangan orang yang menyangka Bersih adalah perhimpunan yang bebas dari pengaruh politik dan semata-mata nak menuntut proses pilihanraya yang lebih baik.

Dek sibuk bergambar, mungkin Marina tidak mendengar laungan ‘Reformasi’ yang jauh lebih nyaring dari laungan Bersih gamaknya.



33 thoughts on “Marina Mahathir: Biarkanlah Dia

  • August 21, 2011 at 12:31 am
    Permalink

    SAJA BAGI KELAINAN SIKIT SUPAYA DIA DI KENALI SAMA MACAM AYAH DIA…
    BAGI AKU DIA NI CUMA MENYOKONG DAN BERSEPENDAPAT TENTANG REFOMASI UNTUK PETI UNDI AJE.. YANG LAIN AKU TAK RASA DIA AKAN BERSEPENDAPAT DENGAN P.R..
    BAGI KELUARGA TUN MAHAHIR CUMA AKU NAK INGATKAN SATU PEKARA JE.. ORANG TUA – TUA DULU MENGATAKAN “TAK AKAN SETANDAN PISANG TU SEMUANYA BAIK , PASTI ADA YANG BURUKNYA…”

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:15 am
      Permalink

      Sudah lah…setandan pisang la…mcm2 lah ko ni…

      Reply
    • August 21, 2011 at 5:05 pm
      Permalink

      Ikut tatacara internet, huruf-huruf besar tidak elok digunakan, ya dik zumarore

      Reply
  • August 21, 2011 at 1:02 am
    Permalink

    INI LAH AKIBAT NYA BILA DOK BERKAWAN DENGAN SIS YANG ADA AGENDA TERSEMBUNYI
    MENGHANCURKAN ISLAM..DIA NI BOLEH DI SEBAKUL KAN NGAN NAZIR RAZAK. .APA TIDAK NYA. DI KALA MANA DARAH DAGING MEREKA SENDIRI BERHEMPAS PULAS BERJUANG
    MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN KUASA POLITIK MELAYU ,MEREKA PULA DALAM DIAM DIAM JADI BENAH MEROSAKKANYA.INSAF LAH KAU WAHAI MARINA .APAKAH MARINA SUDAH LUPA BAGAIMANA PUAK PUAK BANGSAT NI MENCACI ,MENGHINA,DAN MEMAKI HAMUN AYAHANDA MARINA DENGAN PELBAGAI GELARAN DAN KATA KATA KESAT??? DAH LUPA KA??????????????????????

    Reply
    • August 21, 2011 at 5:06 pm
      Permalink

      Huruf besar maksudnya protes.. tidak sesuai diguna ya dek !!!

      Reply
      • August 22, 2011 at 10:46 pm
        Permalink

        TAPI IANYA MENARIK PERHATIAN.. SEBABA SEMUANYA IKUT ATURAN MENULIS.. FOMAT LAA… BOSAN .. CUBA SATU KELAINANA.. JANGAN JADI MACAM KAT SEKOLAH … ATAU PUN MACAM ORG TUA YANG PATUH PADA RESAM MENULIS…
        UBAH.. UNTUK MENARIK ORANG MEMBACA KOMEN KITA..
        KENA INGAT BRO… INI BUKAN SEKOLAH YANG KENA IKUT FOMAT..!.. KALAU SAMA JE MACAM TAK ADA SENI.. NGANTUK…

        Reply
  • August 21, 2011 at 1:07 am
    Permalink

    Kalau bapa seorang imam pun, anak belum tentu jadi tok siak pun…pendapat peribadi aku, walaupun setebal kamus dewan kritikan beliau teradap kerajaan, langsung tidak mampu mengubah gelombang kebencian majoriti rakyat kepada PR..

    Cuma yang jelas kelihatan adalah usaha beliau untuk mengaibkan ayahanda dan bonda beliau, kerana dasar yang kerajaan sekarang ungguli adalah dari kesenambungan pemikiran bapa beliau selama 20 tahun memerintah..

    Menjawab lah dia didunia dan akhirat kerana telah menyinggung hati dan perasaan bapa dan ibu beliau. Bagi orang luar seperti aku ni, hanya dapat menyimpulkan yang beliau adalah anak yang derhaka tidak mengenang budi kepada bapa dan ibu beliau, yang membesarkan dan mendewasakan beliau dengan apa dasar yang ada sekarang..

    Kerana dasar yang diilhamkan oleh bapa beliau lah, beliau tidak dikenali sebagai anak bekas ketua pembangkang, tetapi akan abadi sebagai anak bekas perdana menteri malaysia yang dikagumi diseluruh dunia..yang pasti bkn semua anak2 bersyhukur tentang apa yang telah ibubapa korbankan.

    Reply
    • August 21, 2011 at 8:18 am
      Permalink

      biasalah, bapak dia, kalau sedara dia masuk politik pun dia cantas siap2.. sebagai orang yang berpandangan jauh, dia taknak ada anak atau sedara mara yang naik guna namanya..dan akan menyukarkannya untuk membuat keputusan jika berlaku hal2 yang tidak diingini..

      bengang la tu, bapak dia resign pun dia dah tua, nak start dah lambat, so ambil jalan mudah untuk jadi popular.. selain dari tu cuma serahkan pada Allah, wallahuallam..

      Reply
  • August 21, 2011 at 1:12 am
    Permalink

    Apa nak dirisaukan sangat Issue Marina nie…365 ari setahun berapa ari ajer ada kat Malaysia nie..Biarkan Bapak dia sendiri ajar dia., tahulah Tun M macam mana nak sound anak dia tuuu.

    Reply
  • August 21, 2011 at 1:17 am
    Permalink

    perkasa yang bising sangat dengan marina ni, dalam tv tadi aku tengok dengan pakai baju 1malaysia kaler biru beberapa pencacai perkasam dok komen pasai marina nih…
    hmmm…. mungkin paklong2 dalam pekasam ayaq naik kapla bila tengok gambar marina yang seksi waktu bersih 2 itu hari
    ramai anak muda cakap martina memang hot mom bila tengok gambar tu…..
    paling tak pueh ati mestilah flom yang orang jarang sebut walau pembodek2 dok ampu angkat beliau kalahkan najib

    Reply
    • August 21, 2011 at 1:31 am
      Permalink

      pembaca iklan ubat kuat harakah dah bersuara…Poli kata…(ramai anak muda cakap martina memang hot mom bila tengok gambar tu…..)…masa perhimpunan haram tu, anak muda mana yang turun???? bukan ke anak2 muda dgn lebai2 kulup PAS???…poli mana lebih cun..pelacur2 yg joint Bershit tu ke atau minah ni??…

      Reply
  • August 21, 2011 at 1:26 am
    Permalink

    apahal nak bela sangat marina ni? eloklah ada orang persoalkan dia pula. sebab dia anak Tun makakita tak payah persoalkan dia? tuduh kerajaan korup, kroni dsbnya tapi tak ada siapa persoalkan harta benda dia dan di mana dia ada duit banyak tanpa perlu bekerja. Apahal marina tak boleh dikritik pulak?

    Reply
  • August 21, 2011 at 3:13 am
    Permalink

    This is a product of western education and lifestyle. Being send to boarding school in UK and ‘mixing’ around with white blokes.dia pandang orang melayu/kulit sawa matang low grade. Those who knew her back then knew that she lost her virginity to a mat salleh guy. Having a powerful and influential father made her set a high bench mark to get a husband lain pada bangsa melayu. To her a ‘mat salleh’ is ant time better than a Melayu to the extend kahwin tukang masak peranchis yang kerja kat Club Med pun tak pa.Macam orang utara duk kata’ Pak dia duk sibuk anti orang putih and pro look east,marina duk sibuk kankang kat mat salleh.
    Psychologically to her its about being popular and being ‘tatang’ when her father was a PM,and now Tun pun dah pencen for her to remain ‘relevant’ and to keep her job with The Star dia kena se-arus dgn majikan dia.Tolong kutuk government se cara halus untuk the Star and get paid. We all know she doesnt hold a proper job and the likes of people like Ananda Krisnan duk tolong bagi duit sekali sekala.
    Her blog is also in tune with another blog former mufti Dr Mohd Asri.Their blog article tend to mirror each other on subject matter but one from a religious point of view and her from a liberial view. The west is always giving her numerous award to make her relevant just like Ambiga.In Uk kalau lelaki perangai macam dia mat salleh label as a W.O.G (western orientated gentlemen) in her case it will be W.O.Lady.
    Feel sorry for her but it dont change the fact kita melayu kata orang macam dia ni ibarat ‘gunting dalam lipatan or duri dalam daging’
    Punya kemaruk nak kahwin bangsa asing orang indon pun tak pa lah!

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:22 am
      Permalink

      Apa salah kahwin dgn bangsa asing??? Salah kah??? Apa Kadir sheikh fadil, Musa Hitam, , Raja2 melayu, Taib Mahmud kahwin dgn Mat salleh..so ko menghina meraka tersebut kah???

      Yg penting adalah melaksanakan perintah2 Islam, bukan bangsa. sbb tu umno sampai berpuluh2 tahun masih bingung.

      anyway semenjak bila2 pulak pemimpin2 UMNO hari ni berasaskan kg dan pengajian Islam??? Najib, Hisamuddin, Nazri Aziz dan ramai lahi…semua sekolah omputeh zaman dulu..

      Reply
  • August 21, 2011 at 4:00 am
    Permalink

    pemimpin umno memang maksum mana boleh komplen langsung haram, cuba hangpa komplen pasai nori bini kj anak pak lah, putri lyana najwa anak flom bahkan flom pun tak boleh di komplen oleh sesiapa ahli umno pasti pembodek2 dan penjilat naik hangin satu badan
    walaupun dia seperti che dead contohnya boleh komplen Nabi S.a.w (zaman dulu tak ada gillette) sebab umat Islam simpan janggut nak ikut Sunnah Nabi S.a.w
    aku tak suka marina sebab Islam liberal yang dia bawak melalui sister in islam nya begitu juga perhimpunan aka demo “bersih” aku pun tak suka namun aku sokong tuntutan yang di buat oleh bersih supaya pilihanraya lebih bersih dan adil …gentleman laa sikit
    marina pun mungkin boring dengan mak lampir flom yang banyak kaut untung lebih dari sesiapa dalam umno majlis aids malaysia pun mak lampir flom dah jadi penaung hebat
    anak mak lampir flom sahaja tiru marina sebab tak pilih melayu umno jadi laki ….meloponglah jantan umno nak berbinikan anak presiden umno …. kj saja bertuah pilih anak presiden umno jadi bini
    maju kazakhtan maju go head gostan dekat negeri setan

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:17 am
      Permalink

      Article di atas kata “Silap-silap, orang ingat Marina perempuan mat salleh, bukan perempuan melayu.”
      Komen aku: Eh bukan kah dia anak pejuang melayu no 1 umno???

      Reply
    • August 21, 2011 at 6:18 am
      Permalink

      Bila Marina keluar kenyataan yg bertentangan dgn Islam (melalui SIS), ada pemimpin umno yg keluar kenyataan dan menentang kenytaan tersebut??? Tak ada kan……… memang lah tak ada , sbb umno perjuang melayu, bukan memperjuang islam sbgai agenda utamanya.

      Reply
      • August 21, 2011 at 8:24 am
        Permalink

        punya la banyak kenyataan di keluarkan.. tu la baca harakah/malaysia kini, mana nak tau hal semasa ( tapi tuntutan 7 hari dari pr utk spr tu mana ha?, kuar harakah je ke? )

        Reply
        • August 21, 2011 at 9:31 am
          Permalink

          Aku yakin, org PR lagi pandai pasal isu semas. Contoh isu skg US Treasuries has been downgraded to AA from the safe heaven AAA. Byk kesan terhadap negra2 yg menyimpan foreign reserve in USD spt China dimana more than 60% is in USD denominated securities.

          Reply
          • August 21, 2011 at 2:16 pm
            Permalink

            setakat nak check menda camtu internet je bro! kalu kat ceruk hulu kampung mungkin orang yang tgk statement hang tu akan nganga.. tapi kalau hang claim kata tau issue semasa cam kata atas, heheh buat gelak dek orang.. nampak sangat bro..

          • August 21, 2011 at 3:36 pm
            Permalink

            apa moooo, ko yakin org PR pandai psal isu semasa…hari ni buat esok pecah tembelang ko kata pandai…pandai pala hangguk ko…pandai menipu dan fitnah tu mang confirmed…dan yg terpandai sekali biasa la ape lg kalau tak meeeliiiiwaaatttt…

  • August 21, 2011 at 6:25 am
    Permalink

    tetapi UMNO tak melacorkan islam seperti PAS bangang yang ko sanjung. jangn jadi barua 3rd class lah bahalol lu. banyak isu lain dari si MARINA ni. yang ko ni perjuangkan islam yang macamana…..sudah la mulut ko busuk macam mat sabu.perangai macam peliwat…..busuk punya orang…dasar politik gampang…

    Reply
    • August 21, 2011 at 9:33 am
      Permalink

      tu sumber2 dalam media UMNO, memang la macam tu. Bila PAS halang bukak hot nite spot in ramadhan, on extended hours (undang digubal zaman umno, tapi tak dilaksana), ada org UMNO defend??? Tak der…tgk pemimpin2 umno yg lavish spending beli satu bag tangan harga dah lebih RM300k pun kita dah tahu. Podachiitt!!

      Reply
      • August 21, 2011 at 2:23 pm
        Permalink

        orang yang bijak dia tak kelam kabut bro!.. biasanya sebagai pemimpin, dia kena sediakan base, buat peraturan etc, kalau tau issue tu agak berat, buat pelan2, slow2.. bukan cam hangpa, main hantam ja, takdak main planning, takdak backup planning.. orang cakap tarik rambut dalam tepung bia pelan2, rambut tak putus, tepung tak selerak.. puak hangpa bila dah tak tau nak buat apa, salahkan orang lain pulak.. tu bacul beb! konon dengan penguatkuasaan serta merta maka nama mereka akan naik, ceh! cuba kalau berjaya, ada hangpa akan kata ” terima kasih UMNO sebab sediakan segalanya” . ..

        Reply
  • August 21, 2011 at 10:11 am
    Permalink

    Marina Mahathir sebenarnya sudah terperangkap di dalam perjuangan Sister In Islam. SIS ini adalah satu NGO yang memperjuangkan hak wanita Islam dengan menonjolkan imej anti lelaki dan mentafsirkan fahaman mereka berkenaan Islam menurut orientasi dan persepsi barat khususnya yang berkaitan dengan isu-isu wanita. Oleh kerana penglibatan Marina Mahathir ini tidak hairanlah orang melihat SIS mendapat naungan Dr.Mahathir semasa beliau menjadi PM. Bagaimanapun apabila mereka melihat Anwar Ibrahim jauh lebih liberal berbanding PM-PM selepas Dr. Mahathir maka sokongan mereka beralih kepada Anwar Ibrahim. Oleh itu mahu tidak mahu Marina Mahathir akan terpaksa juga menyokong isu-isu yang dihebohkan oleh PR dan mendapat sokongan SIS. Oleh kerana Marina Mahathir sudah menyokong isu-isu yang dihebohkan oleh PR ini maka sekala keburukan,kritikan, salah laku dan segala macam fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan terhadap Marina Mahathir sekitar 1997-2000 telah dimaafkan dan dilupakan sahaja. Antara pendedahan oleh puak Anwar yang popular ketika itu kononnya Marina Beach Resort di Langkawi itu milik Marina Mahathir. Tiada lagi istilah kronisme dan sebagainya.

    Reply
  • August 21, 2011 at 12:33 pm
    Permalink

    who is this marina ? tengok gambar macam keturunan orang asli aje! dia bersama bersih untuk memperjuangkan orang asli ke atau orang indonesia ke? lebih baik duduk rumah jaga rumahtangga hias diri sendiri takut2 suami cari lain atau bercerai berai pulak !

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:58 pm
      Permalink

      Yang jelasnya anak sulong Tun ini agak berlainan dari sesiapa yang lain dalam keluarganya. Dia tidak saperti ibunya yang hampir sempurna dengan perwatakan yang baik, low profile dan berhemah dalam tutur kata berserta dengan genius approach nya. Tidak juga saperti bapa nya.

      Tidak berkerjaya, tidak memiliki credential yang bernilai sebagai acedemic support. Dia hanya menulis dan aktif membenteras HIV/Aids. Tidak juga saperti adik2 nya Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani.

      Kelebihan nya, dia kahwin dah 2 kali. Biarkan lah dia. Kita tak rasa dia akan beri impak yang besar.

      Reply
  • August 21, 2011 at 5:03 pm
    Permalink

    C4, mana ko ilang aaaa ????

    Reply
  • August 21, 2011 at 6:49 pm
    Permalink

    Menyertai perhimpunan bersih adalah memprotes dasar kerajaan. Politik atau tidak ke , tapi yang jelas perhimpunan itu disertai hampir semua kepala pembangkang. Ambiga pun bercita cita politik.

    Maka sesiapa saja yang berada disutu mereka menentang kerajaan, full stop. Marina menentang kerajaan, sorang dua ustaz yang sepatutnya cuma bertazkirah topik agama, tidak berpolitik, penentang kerajaan kerana mereka berada sama disitu. Kalau alasan cuma untuk berseronok, banyak tempat lain bukan berhimpun kerana jelas perhimpunan itu diharamkan kerajaan.

    Kehadiran Marina pada mula nya pelik. Tetapi jika kita tafsirkan bahawa Marina juga berhak untuk menjadi pembangkang, hilang lah rasa pelik itu. Tafsiran lain, kita agak Marina dan bapanya tidak sehaluan, not in talking terms ( ?)

    Reply
  • August 21, 2011 at 8:24 pm
    Permalink

    Pendapat teman le..marina ni bukan pandai mane hal ehwal politik pun….teman rase dia saje nk Publisiti je tu…bukan ape..baru ade advantage dlm Politik Malaysia ni….idok le org kata Politik Warisan plak mcm Nurul ngn Pak dia tuh..semua kerusi anak beranak je nk balun….pun dlm PKR pun dema ank beranak je ade Power Matinee…

    Reply
  • August 22, 2011 at 9:42 am
    Permalink

    artikel yg tak berapa bijak oleh adamyan..sekian lama ikut mykmu, ikut tulisan adamyan..yg nie agak kureng….ada 3 perkara…

    1) camner xsama…dia takpakai nama mahathir pun org tahu dia anak mahathir…bila dah anak mahathir paham2 laaa PAS akan kata….mahathir xmampu tegur anak nak tegur nik aziz????sbnrnya kita semua paham marina and mahathir is 2 different person and dah tua dah 2-2….tapi ini politik bro…dalam politik serbu gereja jais, jais bawah kerajaan negeri dan sultan…umno yg dipersalahkan…BIARLAH…kalau ko kata biarlah ko dah salah estimate kuasa internet….org melayu nia kalau citer sensasi,citer org sebelh bini dia main ngn laki depan umah…..dia dah tukar dari pecaya pada alquran pada pecaya pada malaysiakini……

    2)kuasa media…selagi mahatir x buat statement….statement mana2 kutu berbin dan binti kan mahathir akan dianggap dari mahathir……dan dalam harakah malaysiakini fb suara keadilan walaupun mahathir dah suara bukan diorang buat liiputan…..saya rasa adamyan tak penah mingle ngn org kampung..citer dia terus main sergah..ko tahu mahathir mengaku dia fitnah anwar….nie org bandar keje lawyer pun ada ckp ngn saya….sbb dia tgk you tube tajuk camtue…bila dgr betul2 ada ayat mahathir pas tu lagi….jadi kuasa media perlu diimbangi oleh utusan.,…perkasa…malah mykmu sendiri…

    3)kerajaan x boleh dikritik…ini istimewa UMNO berbanding mana2 parti di malaysia..umno boleh dikritik even oleh mp malah menteri sendiri…tapi yg dikritiik tu biarlah betul..cam anak buat salah,kalau betul salah tegur…tapi kalau dia taksalah ko tegur gak..lama2 UMNO boleh runtuh…and marina pula ada pepatah kata kalau kita sayang org tue kita akan tegur…jadi saya percaya tindakan menegur marina binti mahathir ini kerana kita sayangkan dia dan lebih2 lagi sayangkan ayahnya….kita mahu bantu ayahnya menyedarkan anaknya..jgn jadi sindrom kiblat kuasa…hari ni ramai dah ahli umno sendiri termasuk kj,saifudin, kadir che fadzil ramai lagi yg menyalak hari2 sbb nak highlight nama dia pada rakyat supaya najib tak lupa nak letak dia sbg calon..saya ikut vlog ranting bymm dah lama dah dari tahun 2006 atau masa memula buka dulu……..

    ini adalah kenyataan bodoh dari nizzah sapa peduli…marina???i believ someone very open and liberal….considerate dan bijak…mana datang xsama……maksud kerajaan menyamakan itu dari segi pencegahan mmg lah 2 demo yg berbeza…org bodo pun tahu 2 demo dgn tujuan yg berbeza..tapi sama dari segi threat…bersih kata nak buat demo aman…xkacau sapa…xkacau polis…tapi polis cegah dan kacau…diorang marah…elizabeth marah…last2 ALLAH maha besar….london pulak kena bermula dengan demo aman juga…lihat lah persamaan ini wahai marina nizaah yg pr yg tak bijak…persamaan demo ini adalah demo aman…persamaan demo ini adalah perlu mendapat kelulusan polis kerana kebebasan bersuara….satu dicegah satu tak…mmg lah outcome xsama..cuba pk lau polis xcegah bersih…saya percaya lebih teruk dari london…at least london ada 2 kulit…malaysia byk kulit…..

    so adamyan i hope not because u don like perkasa …..i think ur article undermine kekuatan media dan cybertrooper PR…yg takde pun kata ada….ini pulak ada dari mulut anak…hmm/….lu pk la sendiri…atau lu cuba la campur org2 dari berlainan kumpulan kaya miskin dll…

    Reply
  • August 22, 2011 at 11:00 am
    Permalink

    UMNO boleh dikritik?
    Imama baca kutbah sikit tegur perangai manusia sekarang kebetulan terkena batang hidung pemimpin UMNO terus cap politikkan masjid .habis heboh satu JAKIm dan jabatan agama negeri ..mencanag sana sini…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *