Usaha jijik PAS dan Pakatan burukkan imej ATM.

Share

PAS kantoi lagi apabila mengemukakan empat orang BEKAS anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk memburukkan imej SPR. Mereka mendakwa, empat BEKAS anggota Tentera terbabit ditugaskan untuk memangkah kertas undi pos didalam pilihanraya yang lalu.

Selain dari bertujuan untuk megaibkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), PAS juga mahu memburukkan pihak ATM yang selama ini berkhidmat mengawal keselamatan negara tanpa mengira waktu. Ini bukti jelas bahawa PAS semakin terdesak untuk menjatuhkan kerajaan.

Fitnah PAS ini bagaimanapun terbongkar apabila Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sendiri bertindak tampil untuk membuat penafian terhadap dakwaan jahat dari PAS dan Pakatan.

Jeneral Tan Sri Zulkifeli menyifatkan tuduhan PAS dan Pakatan tersebut adalah perkara yang tidak berasas dan juga merupakan satu pengkhianatan oleh anggota Tentera terbabit yang sengaja mahukan perpecahan wujud dikalangan Angkatan Tentera Malaysia.

Panglima ATM itu juga menegaskan bahawa proses pengundian Pos yang selama ini dilakukan oleh pihak mereka adalah telus. Mana mungkin ianya diselewengkan kerana terdapat wakil-wakil parti bertanding sendiri dan pemerhati bebas yang memantau sepanjang proses pengundian dijalankan.

Setelah dikecam oleh pihak atasan ATM sendiri, PAS dan Pakatan dilihat membisu mungkin sebab malu kerana taktik kotor mereka sudah terdedah. Kita sendiri merasa pelik dengan apa yang diceritakan oleh kesemua BEKAS anggota Tentera yang mendakwa memangkah undi Pos tersebut.

Apa tidaknya, bukankah sesuatu yang mencurigakan apabila mereka mendakwa terpaksa memangkah sebanyak dua karung undi Pos Tentera dan terpaksa mengambil masa tiga hari untuk “menyempurnakan” tugas mereka memangkah undi.

Adakah keempat-empat BEKAS anggota Tentera terbabit itu kurang upaya atau cacat sampaikan terpaksa mengambil masa tiga hari bagi menyelesaikan kerja senang memangkah kertas undi?

Lagi pun, kenapa baru sekarang ini sahaja mereka tampil untuk membuat pendedahan? Kenapa selama ini mereka berdiam diri jika benar mereka DIPAKSA untuk memangkah undi bagi memenangkan Barisan Nasional?

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat yang menyokong kerajaan pastinya mahu pihak ATM mengambil tindakan sewajarnya terhadap para penyebar fitnah yang terbabit. Paling kurang pun, pihak ATM wajar menyaman PAS dan Pakatan kerana telah memburukkan imej ATM dengan sengaja.

Dengan penjelasan dari pihak ATM didalam isu ini, rakyat kini sudah dapat mengagak bahawa anggota Tentera yang bersekongkol dengan pihak pembangkang itu adalah mereka-mereka yang kecewa dan terdesak.

Siapa tahu, mungkin mereka telah diberi imbuhan yang lumayan oleh pihak terbabit bagi memburukkan kerajaan. Jika mereka setia kepada negara dan pemerintah, mereka pastinya tak bersikap sebegini.

4 thoughts on “Usaha jijik PAS dan Pakatan burukkan imej ATM.

  • August 19, 2011 at 9:21 pm
    Permalink

    heran aku dengan pembangang ni..dia cam dah nampak akan kalah teruk dalam PRU13 akan datang..cam cam fitnah depa buat…
    nampaknya cara PM menangi hati raykat dah membuaahkan hasil..pasai tu pembangang ni tak senang duduk dibuatnya…cam bontot tu kene jolok dek PUNAI ALJUBURI la katakan..hehehe

    Reply
  • August 19, 2011 at 9:41 pm
    Permalink

    pangkah guna pen

    sape ngajar? ni mesti lupa kes skrip ni

    hahaha..

    Reply
  • August 20, 2011 at 12:17 am
    Permalink

    Hanya mereka2 yang lemah saja yang kerap menyalahkan pihak lain di atas kegagalan dan kebodohan mereka..

    Hanya mereka2 yang tidak berilmu dalam kurungan BODOH sahaja yang menggunakan segala tipu dan muslihat untuk dilihat lebih bijak dari yang lain…sehingga terlupa bangkai yang mereka cuba selimuti itu rupanya bangkai seekor gajah…

    Mereka hanya mengambil contoh zahir, tetapi membelakangi yang batin….mereka berpakaian seperti nabi, semata-mata untuk menghalalkan cara mereka sahaja…

    Itu lah PAS sejak 50 tahun yang lampau..satu kelompok manusia yang terlalu ego untuk mengakui kesilapan2 mereka walaupun telah di zahir setiap penipuan mereka…umpama peribahasa Melayu “ Seperti Maling Kerinan – perihal seseorang yang menutup-nutup kejahatan yang sebenarnya tetapi telah diketahui oleh orang lain.”……

    Reply
    • August 20, 2011 at 1:47 am
      Permalink

      setuju bro! orang bodoh yang mahu dilihat bijak..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *