GLC Sabotaj Kerajaan (1): CIMB & Nazir Razak

Share

Dalam beberapa episod akan datang, MYKMU.NET akan mengutarakan sikap, tindak-tanduk dan gerakan beberapa Government Link Company (GLC) yang sama ada secara sedar atau tidak sedar, sama ada terancang atau tidak peduli telah mensabotaj kerajaan Barisan Nasional sedikit demi sedikit. Mungkin sebahagian GLC sudah boleh dianggap Government “Lingkup” Company, iaitu sama ada mereka melingkupkan kerajaan atau mereka sendiri dalam keadaan sudah melingkup.

Bank CIMB Membantu Malaysiakini Melingkupkan BN

CIMB merupakan gabungan beberapa buah bank yang asalnya bertunggakkan Bank Bumiputera Berhad. Ia kemudiannya ditukar kepada Bumiputera Commerce Berhad dan akhirnya kepada CIMB setelah berlakunya penggabungan dengan Southern Bank dan juga penjenamaan semula (rebranding).

Sungguhpun kumpulan politik bumiputera tidak berpuas hati dengan pengguguran nama bumiputera namun tidak ramai membantah secara terbuka kerana tidak mahu dilihat sebagai perkauman.

Seorang pemimpin UMNO dalam keadaan bergurau berkata masih ada perkataan Melayu di CIMB cuma Melayu dan bumiputera bukan keutamaan lagi. Kata beliau CIMB merupakan bank 1 Malaysia kerana ia singakatan kepada Cina, India, Melayu Bank.

Mungkin kerana keutamaannya ialah Cina maka Melayu tidak boleh mengharapkan apa-apa yang istimewa kepada bank tersebut sungguhpun ia dipimpin oleh adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak.

Yang sungguh mengejutkan CIMB bukan sahaja mengutamakan Cina biarpun majoriti penyimpannya ialah bumiputera, malah sanggup mengiklan di dalam Malaysiakini.com, portal berita yang menjadi alat menjahanamkan Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia.

Saban hari Malaysiakini menyiarkan berita propaganda memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, Barisan Nasional, UMNO dan orang Melayu, namun CIMB yang dikuasai oleh kerajaan dan orang Melayu membutakan mata hati mereka terus memberi tajaan bernilai mungkin jutaan ringgit setahun untuk Malaysiakini.com.

Apakah wajar sebuah GLC yang dipimpin oleh adik Perdana Menteri menyediakan peruntukan iklan kepada Malaysiakini sebuah portal berita yang bukan sahaja kerjanya menjatuhkan BN sejak 1999, malah dikhabarkan menerima banyak peruntukan dalam dan luar negara bagi melemahkan kerajaan sedia ada.

Dalam masa yang sama kita dapati tidak pernah sekali pun CIMB mengiklan atau menyediakan peruntukan iklan kepada akhbar Sinar Harian yang diterbitkan dan dimiliki oleh pengusaha bumiputera dan pekerjanya hampir 95% adalah bumiputera.

Jika mahu dilihat sumbangan Sinar harian kepada kerajaan dan negara jauh lebih baik berbanding Malaysiakini yang hanya menyumbang kebencian generasi muda kepada kerajaan. Lihat sahaja dalam isu Daftar Pemilih Pilihan Raya. Malaysiakini sentiasa berusaha menimbulkan keraguan dan menanamkan propaganda bahawa kerajaan melakukan penipuan dalam daftar pemilih biarpun telah beberapa kali terbukti tuduhan dan propaganda mereka tidak benar.

Telah banyak kali Sinar Harian menjalankan penyiasatan mereka sendiri dan membuktikan hampir 90% dakwaan yang diterbirkan oleh Malaysiakini merupakan dakwaan palsu dan bersifat semberono. Namun portal tersebut terus menerbitkan bahan-bahan berunsur hasutan bagi menanamkan dalam pemikiran pembacanya bahawa kerajaan hari ini korup, penipu dan tidak telus dalam daftar pemilih.

Namun CIMB masih terus mengiklan dalam Malaysiakini dan tidak menyumbang apa-apa kepada Sinar Harian.

Kita pasti CIMB akan memberi alasan bahawa penyiaran iklan ditentukan oleh syarikat ketiga yang diberikan kontrak oleh bank tersebut untuk menguruskan iklan CIMB. Alasan ini selalu diberikan oleh pegawai GLC bagi melepaskan tanggungjawab atau sememangnya “bodoh dan bendul” dalam dunia pengiklanan atau memang ia mahu membantu menjahanamkan BN.

Bukankah aneh peruntukan berpuluh juta setahun oleh GLC seperti CIMB tetapi keputusan untuk mengiklan di mana ditentukan sepenuhnya oleh pihak ketiga?

Sekarang kita mahu jawapan daripada Nazir Tun Razak mengapa CIMB berterusan mengiklan di portal-portal berita yang pro-pembangkang sehingga mensabotaj usaha abangnya sendiri untuk memulihkan imej negara dan juga menguatkan Barisan Nasional?

Wajarkah beliau terus kekal sebagai CEO CIMB sekiranya beliau gagal menguruskan hal-hal sebegini sehingga menjadikan CIMB sebagai penyumbang tidak langsung kepada kerja-kerja menjatuhkan kerajaan BN?

36 thoughts on “GLC Sabotaj Kerajaan (1): CIMB & Nazir Razak

  • August 19, 2011 at 11:34 pm
    Permalink

    kami rakyat Malaysia dan bangsa Melayu sudah lama memerhatikan tindak tanduk GLC seperti CIMB ini dan bagaimana ia dikuasai secara halus bagi melemahkan kerajaan BN dan UMNO itu sendiri.Akan berlaku suatu keadaan di mana kedudukan UMNO hanya akan menjadi bahan lawak dalam sejarah kejatuhan yang tidak tertanggung untuk orang Melayu jika tidak segera dikawal.Siapakah musuh dalam selimut bagi orang Melayu sebenarnya?Fikir dan telitilah kerana apa yang berlaku sekarang akan membuahkan hasil yang sangat merugikan orang Melayu sekali gus mengulangi sejarah Tanah Melayu dijajah bangsa asing selama lebih 450 tahun lamanya bermula dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka!

    Reply
    • August 20, 2011 at 2:19 am
      Permalink

      ada baiknya perkara sebegini didedahkan, musuh dalam selimut..

      tapi kan bro! kalau ikut sejarah lagi awal dari kejatuhan melaka, orang melayu sendiri tak pernah yakin akan kemampuan mereka sendiri, lihat saja bagaimana krajaan melayu lama menghantar ufti hanya kerana mahu rasa selamat di tanah sendiri.. hanya UMNO telah merubah cara hidup melayu ( dengan Izin Allah S.W.T) yang mungkin diamalkan sejak beriban tahun dahulu..

      Dalam mana2 sejarah melayu akan ada petualang melayu yang menjadi “musuh dalam selimut” hingga menyebabkan kerajaan itu hancur, , kita perlu belajar dari kesilapan dan kesalahan dengan mengambil contoh Al-Quran, yang mana terdapat sejarah2 lampau di sebut untuk dijadikan pengajaran dan panduan.. Masyarakat melayu berubah setelah pemimpin UMNO berjaya menarik sejumlah besar melayu untuk berubah ( dengan izin Allah) , satu usaha yang bukan mudah untuk dicapai dalam masa yang singkat.

      Bukan hanya seteru politik berbangsa melayu yang berjuang untuk meranapkan melayu sahaja perlu diberi perhatian ( rasanya kerajaan lebih banyak wat dono je ), malah tindak tanduk kumpulan kita juga perlu diperhatikan kerana seteru Umno tidak hanya berhempas pulas di hadapan mata, mereka sekarang lebih menggunakan pendekatan cucuk jarum dari dalam, lihat saja kes SPR, SPRM, etc.. malah umum sedia maklum dimana pekerja awam di jabatan kerajaan juga adalah talibarut yang sentiasa menyokong kehancuran melayu..

      saya lebih bercakap hal “melayu” kerana PAS/PKR tidak akan menyerang cina atau india muslim, mereka memusuhi Umno bukan kerana tidak menegakkan Islam, mereka memusuhi Umno adalah kerana Umno parti yang berjaya mengubah nasib melayu dan Umno sendiri adalah pertubuhan melayu!

      Reply
  • August 20, 2011 at 12:34 am
    Permalink

    contoh melayu dalam UMNO yang menjahanamkan UMNO sendiri ….

    Adik presiden UMNO juga …….

    Reply
    • August 20, 2011 at 2:38 am
      Permalink

      mcm ko le jugak C4..dulu moyang, datuk, nenek, mak, abah ko berjuang mempertahankan agama dan bangsa melayu di tanah melayu ni.

      mungkin ada kerabat keluarga ko yg mati semasa mempertahankan agama, bangsa dan negara ni…bila sampai kat ko… habis ko nk pelingkopkan semua yg keturunan ko dah usahakan dulu…

      ( komen aku ni berandaian ko beragama islam dan berketurunan melayu…sekira bukan..sila abaikan komen ni )

      Reply
    • August 20, 2011 at 4:51 am
      Permalink

      cubala buka minda tu sikit c4…..jangan terlalu sempit dalam lingkaran politik jumud….sekali sekala mungkin payah bagi totok PAS macam hang…..cuba berdiskusi secara cerdik…

      memang payah kalau dah otak penuh dengan angin…..tapi hang try, cuba….sikit…sikit…lama-lama aku rasa hang boleh…..tak banyak sikit pun tak pe

      Reply
  • August 20, 2011 at 11:39 am
    Permalink

    Didalam memperjuangkan hak orang orang melayu kita jangan lupa negara ini dibangunkan secara bersama.Walaupun negara ini pada asalnya adalah tanah melayu atau terdiri dari gugusan tanah ad gugusan kepulauan melayu.Itu dari segi sejarah dimana ujudnya tanah atau tempat orang orang melayu berkerajaan dimasa lampau.Orang orang melayu merupakan tuan kepada tanah ini dan berkuasa penuh kepadanya .raja raja melayu merupakan tunggak kepada kerajaan melayu sebab itulah dikatakan raja raja melayu.Walaubagai manapun orang orang melayu dan raja raja melayu bermurah hati dan bersangka baik dengan menerima bangsa bangsa lain untuk tingal dan mencari rezki ditanah melayu ini dengan memberi merika taraf kerayaatan .Tujuannya untuk membangunkan negara ini dengan lebih harmoni dan aman disamping untuk mengujudkan rasa sayang serta taat kepada negara ini .Dari satu genarasi kesatu genarasi kita hidup secara aman dan menghormati diantara satu sama lain .Orang orang melayu tidak pernah mempertikaikan atau memperlekihkan hak dan amalan budaya orang orang bukan melayu.Merika bebas mengamalkan kepercayaan serta beribadat mengikut ugama merika sendiri dan berlandaskan peruntukan perlembagaan negara yang telah digarap dan dipersetujuai dari mula kermerdekaan lagi .
    Hak dan keistemewaan orang orang melayu itu sendiri tidak membenarkan kita orang orang melayu merampas hak orang orang lain .Orang orang melayu cuma inginkan dan mahukan hak hak orang melayu tidak dipertikaikan oleh bangsa bangsa lain .kalau diperhatikan secara mendalam tak banyak pun hak hak orang melayu dinegara ini.Ianya merupakan hak hak atau terma terma biasa saja dan tiada satu pun yang melampaui batas .Sebagai negara islam kita meletakan ugama islam sebagai ugama resmi kerajaan negara melaysia .semua rayaat kena patuh kepada perlembagaan dan kena memperakui ugama islan adalah ugama resmi dinegara ini .Untuk menjamin keharmonian dan keamanan soal asas perlembagaan kena dipertahankan dan dipatuhi oleh semua terutama oleh bangasa bangsa lain selain bangsa melayu .Jangan melampaui batas dan mencabar tahap kesabaran orang orang melayu .Jangan mencabar atau mempertikaikan hak serta ugama islam sebagai ugama resmi .
    Sumbangan GLC kepada kerajaan memang merupakan satu tangungjawap penting yang dituntut oleh kerajaan yang memerintah sama ada pusat atau kerajaan negeri .Dengan bermodalkan wang kerajaan serta keistemawaan yang diberi kepada GLC sudah semestinya ianya perlu memberi perhidmatan serta keuntungan kepada kerajaan serta rayaat pada umumnya .GLC bukan hak individu atau kumpulan politek itu sendiri ,Ia lebih merupakan hak bersama rayaat melaysia yang mesti diurus dengan jujur serta amanah yang tinggi .Jika rugi pun tidaklah terlalu banyak dan jika untug pun jangan lah terlalu besar .Jika untung terlalu besar ini merupakan satu penindasan kepada rayaat telah berlaku ………..Jika rugi terlalu banyak dan besar juga merupakan satu penipuan kepada kerajaan serta rayaat’.GLC ditubuhkan untuk mengimbangi monopoli pihak pihak tertentu didalam satu bidang penting negara .Contohnya seperti syrikat pasarana berhad ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan pengagkutan awam di seluruh negara sepatutnya ……Tapi apa yang terjadi ianya hanya berfungsi dilembah klang dan pulau pinang saja ,.Prasarana merupakan GLC ATAU GOC yang dimiliki oleh kerajaan ,dan sudah semestinya pembangunanya lebih menyuluruh bukan hanya tertumpu disatu satu kawasan saja .Begitu juga dengan penubuhan SPAD ianya ditubuhkan sekadar melepas batuk ditangga saja.Dan tidak lebih dari satu suruhanjaya lawak negara .Prasarana mesti diurus dengan cekap dan diuruskan oleh orang orang yang berwibawa serta berjiwa besar,dan bukan oleh orang orang yang hanya bercakap besar tapi tak tau apa yang dicakapkan ……Disamping memberi pehidmatan penganggangkutan awam yang baik dengan tidak membebankan rayaat itu tujuan utanma utama penubuhan syrikat prasarana .Kerajaan akan terus menyumbang peruntukan yang perlu disamping syrikat menjana pendapatan yang mampu untuk saradiri ……..tadbir urus perlu cekap dan semua berkerja sama bukan berpuak puak seperti yang berlaku sekarang ini .Kerajaan telah berbelanja besar untuk prasarana dan rayaat melihat apa yang kerajaan lakukan …….sama samalah kita merasaai hasilnya …….Jika GLC tidak diuruskan dengan baik ianya akan menjadi satu beban yang besar kepada kerajaan ……yang mana ahirnya rayaat akan bertindak melaluai peti undi didalam PRU………..Jadi ingatlah kerajaan yang memerintah pilehlan peneraju yang tepat untuk GLC GLC ini .

    Reply
  • August 20, 2011 at 1:18 pm
    Permalink

    Susah jumpa tulisan macam ni dalam myKmu ni. Taktau mimpi apa….
    Setau aku bukan setakat GLC yg.buat camni, Pemimpin UMNO pun lagi teruk…. cuba semak pelaboran mereka diluar negara berbanding dalam negara. Sebabnya mereka lebih pentingkan keuntungan dari kebajikan rakyat walaupun harta tersebut mereka dapat dari dalam negara. Samalah dengan tok2 Arab disana. Korang mesti spin siapa dan dimana… yg. ni aku bagitau awal2 tak jawab, cari sendiri. Sebab tu PAS/PR tak gemar cara UMNO. K’jaan buat bangunan tertinggi dan terhebat siapa yg. duduk. Berapa lot bumi di menara berkembar? berapa lot bumi di bangunan2 hebat di m’sia. Sepatutnya setiap bangunan perniagaan yg. didirikan mesti ada kota bumi sebagai HAK ISTIMEWA. Masalahnya pemimpin kita tak fikir pun pasal BUMIPUTRA bila luluskan projek, sedangkan mereka berkuasa.
    Jadi sedarlah sahabat2 semua, permainan orang atasan dan turunkanlah mereka jika tadak berkhidmat untuk kita. Bukan semua pemimpin yg. tak elok, masih ada yg. baik dan bertanggungjawab tapi jika dikelilingi oleh mereka yg. tamak harta dan kuasa alamat akan jadilah “HARTA KITA MILIK ORANG”. Berapa banyak tanah adat, tanah bumi yg. telah tergadai? apakah tiada cara lain untuk majukan tanah tersebut tampa menukar taraf tanah. Apa MB2 melayu buat? Sebab tu k’tan kurang membangun tapi tanah milik melayu. Malas cerita panjang2 kalau hanya akan buat korang tak selesa… maaf la.

    Reply
    • August 20, 2011 at 5:34 pm
      Permalink

      berapa pelaburan pas untuk bangunkan ekonomi ahli?
      apa rancangan ekonomi pas yg.boleh dibanggakan hingga kini?

      SHAH ALAM 19 Ogos – Kerajaan akan membantu membangunkan syarikat-syarikat bumiputera melalui pelaksanaan sistem meritokrasi bagi memastikan hanya usahawan yang berkemampuan dan tulen dapat dilahirkan, sekali gus menjayakan agenda memajukan ekonomi masyarakat itu.

      Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) sedang dalam proses membantu menyenaraikan sejumlah 1,100 syarikat bumiputera ke dalam Bursa Malaysia dan program tersebut akan diumumkan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

      Menurutnya, format tersebut diyakini akan lebih berjaya berbanding dahulu iaitu golongan bumiputera diberi saham sehingga mencecah RM60 bilion, tetapi sekarang hanya tinggal RM2 bilion.

      “Kita kenal pasti syarikat yang boleh disenaraikan di bursa saham, kalau dapat sedikit pertolongan kerajaan, dia boleh. Setakat ini nilai saham hampir RM1 bilion.

      “Dalam masa terdekat ini, kita akan bentangkan syarikat tersebut. Ini satu cara baik kerana cara dulu dia tidak dapat bertahan dan tidak mapan sebab tiada kemampuan hendak pegang saham, jadi kalau beri saham, bila harga naik dia jual saham itu,” katanya.

      Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

      Reply
      • August 22, 2011 at 2:25 am
        Permalink

        Lagi RM58 bilion dah langsai di kedarah puak2 korang, tinggal 2 bilion baru nak cari sykt. bumi yg. ada merit… alih2 sykt. kroni jugak… lepas tu lingkup lagi. DEB dah hancurkan ekonomi melayu kerana pemimpin menjaga kepentingan diri dan kroni. Sasar 30% sampai la ni.. baru 18%. tu pun campur GLC. Ini korang kata pemimpin korang bersih, cekap dan amanah? Yg. aku nampak cekap rebut projek dan sapu sampai bersih hingga projek kecil pun dia nak jugak. Rakyat biasa tengok saja…. dan bagi UNDi bila dapat sekampit beras dan sehelai kain batik 5 tahun sekali.

        Reply
        • August 23, 2011 at 6:51 am
          Permalink

          Itulah melayu, macam macam dah di bagi dah beri! Masuk Uni ada Kouta, Subsidi macam macam, peluang berniaga!! Banyak lagi!! tapi take for granted!! Bila ada melayu dibantu lebih sikit cakap kroni!! Ada penah ke “bujuk” cuba ambik peluang tu? penah ke jumpa menteri ke yang berkenaan minta bantuan berniaga? Melayu tu sendiri nak jatuhkan melayu!! tak penah fikir ker?

          Reply
        • October 24, 2011 at 1:24 pm
          Permalink

          Apapun, klu nak suruh undi PAS/PR, selesaikan dulu asas yg paling mudah. Bagaimana nak tubuh kerajaan klu parti2 dlm PR x sekata dlm soal yg mendasar (yg telah lama mnjadi barah dlm hubungan mereka). HUDUD dan Negara Islam. Lepas tu, br bleh bercakapa soal lain.

          Reply
  • August 20, 2011 at 2:54 pm
    Permalink

    pernah kah kita mengkaji sebab utama melayu[ melaka] jatuh ketangan penjajah?.ia tak lain adalah oleh sikap pemerintah pada ketika itu , mereka utamakan sahabat handai dan saudara mara sindiri saja rakyat tak dipedulikan,pemerintah ini tak ambil tahu susah senang rakyat ,akibatnya rakyat berasa marah kerana tak dipedilikan,lantas ada rakyat yg langsung tak mahu membantu mempertahan kan melaka.dalam keadaan hari ini ,tak mustahil peristiwa 1511 itu akan berulang

    Reply
  • August 20, 2011 at 6:54 pm
    Permalink

    Pegawai ekskutif melayu dalam CIMB cuma jadi badut haprak pada cina ultra kiasu. Ada ka semua ekskutif melayu sedaq akan peranan CIMB dalam hendak menghancok kan melayu ? Depa ni di beri gaji lumayan tapi kuasa buat keputusan tak dak dalam tangsn depa,depa cuma tukang hangguk hangguk cukup bulan terima gsji beratus ribu. Sikit punya bodo melayu CIMB ni termasuk adik PM sendiri sangghup jadi balaci terhormat kaum cina.

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:40 pm
      Permalink

      bahasa melayu dlm cimb ni pun dah jadi bahasa kedua, cuba perhatikan kat mesin ATM…

      Reply
  • August 20, 2011 at 8:20 pm
    Permalink

    bila masa plak ade korporat2 umngok ni ikhlas brjuang tuk parti tau bangsa
    mereka secara konsisten sejak dulu kini dan selama nya hnya pntingkan
    poket sendiri…laungan Hidup Melayu hnya mainan bibir tuk mmbodohkan pngikut2 tgar

    Reply
  • August 20, 2011 at 11:48 pm
    Permalink

    Aku bangga melaungkan hidup melayu, daripada menjilat bontot apek DAP..bila ko nk dewasa ni… asik jadi Anak Bawah Umur ( ABU ) jea….

    Reply
    • August 21, 2011 at 12:02 am
      Permalink

      Oh…selama ni MCA yg dok jilat bontot UMNO yer???? Tapi pasal org cina yg kaya raya??? Explain kat aku sikit???

      Reply
      • August 22, 2011 at 1:53 am
        Permalink

        Yang aku dok tau selama PAS dok gila menjiltat kote macam belalai & pungkok Anwaq lepaih giliran Anwaq dok pangkah pungkok PAS sampai melecup keluaq tombong merah macam tombong babun…!!!!

        Reply
        • August 23, 2011 at 6:55 am
          Permalink

          Melayu yang tak penah berubah lagi…… peluang depan mata bagi kat cina juga! nak kaya jalan singkat ilmu tak dak, nak suruh kalau boleh kerajaan bagi duit free kat kita ker? Cina tu pegi belajar sendiri, beniaga sendiri, peluang yng sipi sipi pon boleh kaya…. so salah siapa? nak betekak sama melayu buat apa?!!! ambik la peluang yang masih ada sebelum semua kelebihan orang melayu kat Malaysia ni takda lagi!!!

          Reply
      • August 23, 2011 at 11:05 am
        Permalink

        Sbb org melayu macam kau nie suka tunggu bantuan jer…bawa tin dlm ceramah PAS harap org sumbat seringgit dua dlm tabung macam tu sampai bila pun org melayu macam kau tak maju…cuba buka minda dan berkerja keras kearah memajukan diri sendiri jgn hanya dengar fitnah dan tabur fitnah….fikir fikirkan.

        Reply
        • December 6, 2011 at 3:12 am
          Permalink

          sy sokong selendangbiru….

          Reply
  • August 21, 2011 at 12:00 am
    Permalink

    Umno dah meroyan………

    semenjak bila org umno memperjuangkan untuk2 org2 melayu marhein????? Apatah lagi untuk Islam??? Kah! Kah! tergelakang hala tuju.

    Aku clearly ingat waktu PRU12, terang2 si Nazir support BN. Hello??? Mana boleh macam tu…GLC kena la maintain professionalism, apatah lagi bila Parlimen dibuabarkan, tiada kjaan waktu tu.

    Si Nazir and famili2 kecik2 lagi dihanta ke sekolah omputih, then terus ke England. Korang harap depa ni nak menyelami masalah melayu dan tentang syiar Islam di Malaysia??? ha..lawak2 ..lawak..Kat CIM tu melayu yg ramai kat low end job, dan execl level. Managerial..??? C and Mat salleh.

    Anyway, yg tetap meroyan tentang hala tuju ialah UMNO.

    Kita org memang tak sokong pun….

    Reply
    • August 21, 2011 at 7:00 pm
      Permalink

      Apa yg kau dah buat utk orang melayu? Apa kau kisah pasal orang melayu? Balik2 islam takde bangsa2 ni semua ni. Realitinya korang semua yg buat orang bukan melayu naik lotang..!

      Reply
    • August 22, 2011 at 1:49 am
      Permalink

      UMNO tak penah meroyan tapi puak puak bebai macam lebai tak pakai akai yang dok asyik menggelabah tak tentu pasai la ni takut kecundang bila sampai PRU13…!!

      Reply
      • August 23, 2011 at 7:03 am
        Permalink

        HOI Melayu?!! Peluang Kat M’sia Banyak! Lubuk Duit! Lagi nak meroyan macam orang gila gaduh sama melayu sendiri!! Cina tak payah DEB, belajar sendiri, Meniaga sendiri, Modal cari sendiri boleh kaya!! Melayu dari lahir ada kelinik, masuk Hospital, Belajar sekolah kerjaan, Dapat masuk Uni Kouta melayu, dapat subsidi, secara tak sedar….. Nak buta itu ini ada kouta Melayu tak boleh nak cari makan lagi? tak dapat kerja pegawai @ gaji ribu ribu salah kan lagi kerajaan…. Insaflah Melayu!! Usaha lah!!! jangan membodohkan diri lagi….

        Reply
        • December 6, 2011 at 3:19 am
          Permalink

          sungguh betul kata2 mu cik haruan… byk sgguh org melayu skrg hnya brharap bantuan kerajaan semata2, (subsidi sana, subsidi sini, biasiswa sana biasiswa sini, siap ada bantuan kewangan bulanan kepada rakyat miskin), yg x dpt @ yg x berjaya, salahkan kerajaan plk, tp x prnah nak berusaha lebih.. yg dapat bantuan kerajaan plk, setakat tu je lah usaha mrk…

          Reply
  • August 21, 2011 at 12:27 am
    Permalink

    Satu lagi GLC yang jadi lubuk pembangkang adalah Telekom Malaysia.

    Reply
    • August 21, 2011 at 6:57 pm
      Permalink

      Kalau ramai staf dari Kelantan memang macamtu.

      Reply
  • August 21, 2011 at 6:05 am
    Permalink

    semenjak bila GLC jadi lubuk pembangkang???? apa salahnya depa sokong PR??? Apa kah sumbangan cukai mereka pergi kepada kjaan PR? Bukan kan….tetap pergi kekjaan BN, tapi kami sbgai rakyat Malaysia yg bertanggungjawab, tetap laksana apa yg kami patut buat dari segi percukaian. tu pun ada pemimpin umno yg mampu beli sebentuk cincin yg berjuta2 harganya.

    Reply
  • August 21, 2011 at 1:20 pm
    Permalink

    satu keadaan yang menyedihkan buat umat melayu. bank bumi dulu mati2 tolong melayu. bila kena telan olih tikus takde satu suara pun menentang baik umno, pas dll, melayu bercakaran sesama sendiri yang untung siapa, cho yo no alik. pegawai2 tertinggi cimb siapa? bolih bagi tau sikit? siapa2 yang ada maklumat sila beri jawapan. bank mana yang ada sekarang yang tolong melayu. usahawan melayu kehulu kehilir cari bank untuk bantu mereka. tapi jawapan nya high risk, non mim low risk. siapa yang bela melayu dlm set up sekarang. cuba cakap sikit dlm kontek membantu dari segi kewangan??? Bank mana?

    Reply
  • August 21, 2011 at 6:55 pm
    Permalink

    Bapak dia penat2 buat bank bumi. Anak2 dia convert jadi bank non-bumi tapi tetap nak priviledge bumi.

    Contoh klasik melayu mudah lupa, kacang lupa kulit.

    Semua YB patut hantar anak2 mereka ke sekolah kerajaan dan mengajar anak2 mereka realiti kehidupaan rakyat biasa di Malaysia.

    Reply
  • August 23, 2011 at 9:12 am
    Permalink

    Bila perkara ini diperkatakan dan CIMB ni pula diketuai oleh Nazir Razak, elok sangat YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib beri perhatian terhadap hal ini, jangan sampai orang Melayu yang sangat setia menyokong UMNO dan aspirasi kerajaan BN ketika ini menjadi MENYAMPAH dengan biawak-biawak rakus yang meranapkan sokongan setia rakyat. Wahai Datuk Seri Najib, ANDA MESTI AWASI HAL INI JANGAN SAMPAI ANDA DIKETEPIKAN DENGAN PENUH HINA SEBAGAIMANA BEKAS PM SEBELUM ANDA.

    Reply
  • September 10, 2011 at 4:18 pm
    Permalink

    bila mau update siri nombor 2 lak? petronas pon dok bubuh iklan kat malaysiakini.

    Reply
  • September 15, 2011 at 10:13 am
    Permalink

    This bank recruits Indian from India for their project. The same job level with the same level of expertise can be obtained from local market actually with 60% cheaper when it comes to man-day rate. Best thing is many Malaysians are still jobless yet job opportunities go to foreigners.

    Reply
  • December 2, 2011 at 1:44 am
    Permalink

    Ini perkara serius. Saya cadang buat memorandum bantahan minta PM bertindak sebelum terlambat. Amat menjelikan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *