Pejuang agama yang sanggup JUAL agama..

Share

Disaat umat Islam semakin ditekan dan diancam dengan penyebaran dakwah dari golongan kafir, dimanakah suara golongan para cerdik pandai yang mengaku memperjuangkan Islam didalam negara?

Apakah mereka hanya bercakap bila terdapat sesuatu yang menguntungkan mereka, atau mereka diam demi untuk menjaga pihak-pihak yang bersekutu dengan mereka sahaja?

Jika para cerdik pandai yang tak lekang dari serban dan jubah kononnya mahu mengikut sunnah ini memilih untuk diam kerana kepentingan peribadi, SAHlah bahawa mereka adalah dari golongan yang hanya tahu menjual agama.

Kita akui bahawa golongan yang mengaku mereka memperjuangkan agama itu bukannya maksum, tetapi mereka juga pasti bukannya bodoh untuk membezakan diantara perkara yang dituntut oleh agama dan juga perkara yang dikehendaki oleh pihak kafir.

Walau apa sekalipun alasan yang diberikan oleh golongan itu untuk menghalalkan perbuatan mereka, tiada sebarang kemaafan yang dapat diberikan jika mereka menyelewengkan fakta dan juga menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan umat Islam berkenaan dengan permasalahan yang timbul mengenai Islam.

Sebenarnya tidak salah untuk para cerdik pandai agama untuk mengecapi kemewahan dan menjawat jawatan besar didalam parti ataupun pemerintahan negeri mahupun negara. Tetapi ia haruslah diperolehi tanpa menggadaikan perkara yang hak.

Semua ini kerana mereka itu telah diamanahkan tuhan dengan ilmu yang mendalam tentang agama. Mereka juga dianggap sebagai Ulamak ataupun Tok Guru dikalangan para pengikut mereka. Jadi tak wajarlah mereka mempergunakan kelebihan yang dianugerahkan untuk mencari harta dan kuasa dengan mudah.

Tetapi jangan pula seseorang yang digelar Tok Guru atau pun ulamak itu menjadi pembela membuta tuli kepada sesebuah Pakatan mahupun parti. Harus diingat bahawa tiada langsung kompromi didalam agama biarpun terpaksa meninggalkan kapal yang dinaiki bersama hanya kerana demi menegakkan kebenaran.

Jangan pula ditutup kebenaran itu dengan pelbagai putar belit serta manipulasi ayat serta hadis semata-mata untuk menjaga kepentingan rakan sekutu sendiri. Tak ada gunanya mempertahankan perkara mungkar khususnya yang berkaitan dengan aqidah umat semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan politik.

Sebab itu lah sepatutnya kita sebagai rakyat harus tahu membezakan siapakah ulamak sebenar dan juga ulamak yang hanya mencari makan dengan menjual agamanya sendiri. Jangan cepat melabelkan seseorang itu sebagai Tok Guru hanya dengan melihat penampilan luarannya sahaja.

Apa gunanya ilmu yang Allah anugerahkan terhadap Pak Syeikh, Tok Mufti, Ustaz, Tok Guru, Tok Wali dan sebagainya jika ianya digunakan untuk menjaga kepentingan kafir laknatullah sehingga mengenepikan kepentingan umat Islam itu sendiri?

Apakah dengan menjaga parti dan mengejar kuasa politik itu lebih besar dari keutamaan terhadap agama?

8 thoughts on “Pejuang agama yang sanggup JUAL agama..

  • August 18, 2011 at 2:54 am
    Permalink

    Itu la kelemahan org melayu. Klu org itu pakai serban, janggut dan jubbah maka dia d anggap ulama oleh org melayu/Islam. Harus d ingat itu pakaian org Arab, bukan pakaian ulama dan harus d ingat Allah tak perna minta umatnya utk jadi ulama, Allah menyeru umatnya supaya bertakwa bknnya ulama. Jauh sekali ulama topeng. WaAllahualam!

    Reply
  • August 18, 2011 at 3:34 am
    Permalink

    Bila masa pulak puak2 ni memperjuangkan agama Islam….mereka2 ni cuma pejuang kuasa dunia saja…pejuangan mereka hanya untuk mendapat gelaran YB, DATO & TAN SRI saja…mereka lebih mengimpikan untuk bersemayam di Putrajaya, lokasi yg suatu masa dahulu kononnye mereka nak lelong…

    Tidak ada sejarah dan bukti pun selama 50 tahun sumbangan mereka dalam pembangunan Islam di negara ni…apa rasional nye mengelarkan parti Islam, tetapi sesama Islam di kafir-kafirkan…sesama Islam di fitnah tetapi dalam masa yang sama tidur sebantal sambil berpelukan mesra dgn para kafir laknatullah..

    Pegangan Islam apa yg mereka dakap, kalau sering melihat mereka lebih Islam dari org2 Islam yang lain…sehingga sanggup memberi rasuah surga kepada insan2 yang menyokong mereka..masuk surga kah org2 cina & india yg mengundi mereka??? Didalam kitab mana kah yg menjelaskan bahawasanya pemimpin mereka mendapat quota kunci2 pintu surga dari illahi???…

    Dahulu kala iblis,syaitan dan jin sering menjadikan hutan,kaki sungai,rumah kosong dan titi2 lama untuk menjadikan markas mereka sebelum mengganggu manusai, tetapi nampak gayanya kini mereka lebih senang berumah diatas serban2 yg berperwatakan pejuang Islam..

    Politik sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan ini, baik dalam agama, organisasi, keluarga dan masyarakat..tetapi wajarkah kita meletakan politik mendahului agama…sbg contoh..masuk PAS kita dilihat lebih islamik dari yg lain…masuk PAS pintu surga terggangga luas…masuk PAS kita mati syahid..dan macam2 lagi rasuah yang dah ditukarkan menjadi hadiah kepada ahli2 mereka…

    Sedarlah semasa PAS mengisi borang untuk menubuhkan sebuah parti politik, syarat dan termanya sama sahaja sebagaimana DAP,PKR & UMNO perlu patuhi…kesimpulannya tiada apa kelebihan pun dari sudut agama Islam yang perlu dimegahi dgn menyertai PAS…Allah menurunkan agama Islam untuk sekelian manusia, bukan untuk dimonopoli oleh puak2 yg menggelarkan diri mereka PAS dan Islam itu subur dimana-mana jua pelusuk bumi, dan tidak hanya di kelantan yg mereka syok sendiri gelarkan Serambi Mekah…

    Reply
  • August 18, 2011 at 10:11 am
    Permalink

    Helloo bro bukan pejuangan agama tapi pelacur agama demi kuasa,tahta,bini 2……..

    Reply
  • August 18, 2011 at 11:23 am
    Permalink

    Betul tu kata penulis… kenapa Datuk Sri Harusani Zakaria tak dengar suara atau Utusan dan blank ulasan beliau bila menyedari tidak memihak kepada kerajaan. Sebab masa isu Judi Bola dulu Tok Mufti kata dia dah ulas tapi tak disiarkan…. dalam kes seperti ini bukan salah Tok Mufti atau ulamak tapi salah media yg. tak siarkan.
    Rasanya banyak2 Mufti beliau paling veteran dan kanan serta paling tinggi gelaran. Sepatutnya sebelum buat apa2 keputusan k’jaan perlu rujuk Mufti terlebih dahulu sebagai pemegang amanah Allah, sebaliknya hari ni dah buat keputusan baru rujuk Mufti untuk benarkan keputusan mereka… terpaksalah pulak Mufti ni cari alasan kekadang tampa Nas dan Hadis untuk menutup kesalahan pemimpin sebab terikut2 rentak UMNO yg. kata kena TAAT pada pemimpin….!!

    Reply
    • August 18, 2011 at 12:27 pm
      Permalink

      sempat lagi tompang sekaki.. “blame” ke blank?

      Reply
    • August 18, 2011 at 1:24 pm
      Permalink

      Datuk Harussani memang seorang yang berpendirian. Beliau tidak takut dengan ugutan malah sentiasa berkata mana benar dan mana salah.
      Bagi PAS beliau akan disokong dan sanjung jika beliau menyebelahi mereka dan beliau akan dihina dan dikeji dengan berbagai gelaran termasuk anjing kerajaan jika tidak menyebelahi PAS.
      Siapa yang menggelar beliau Datuk Haramsani kalau bukan “PEMIMPIN PAS”.
      Pernah dengar “PEMIMPIN UMNO” menggelar ulamak2 yang tidak sependapat dengan mereka dengan gelaran yang kurang manis.

      Reply
  • August 18, 2011 at 5:36 pm
    Permalink

    Pernah dengar “PEMIMPIN UMNO” menggelar ulamak2 yang tidak sependapat dengan mereka dengan gelaran yang kurang manis.
    Jawapannya ada semasa anuar masih dalam Umno, beliau pernah memgelar Nik Aziz sebagai ulama terompoh, jangan lupa.

    Reply
  • August 19, 2011 at 9:09 am
    Permalink

    Nik Ajis dan Hadi bukannya ulamak tapi syaitan besar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *