Murtad dan Kristianiti: Pas harus senada dengan UMNO

Share

Ramai pemimpin politik sama ada dari pihak Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Haram, mengambil pendekatan berhati-bati dalam memberikan komen mengenai isu penyebaran agama Kristian yang semakin mencabar dan melampaui batas-batas yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan isu ini sangat berkait rapat dengan Islam, maka Pas terlebih dahulu mengambil kesempatan untuk mengulas mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan ini. Malangnya, Pas sendiri tidak mempunyai asas yang kukuh di mana pemimpin-pemimpinnya memberi komen bercanggah antara satu sama lain. Percanggahan ini membolehkan kita melihat “true colour” Pas yang sebenar.

Pihak pro-ulama sudah tentu mempertahankan Hasan Ali dan JAIS di dalam isu ini. Manakala pihak erdogan Islam liberal, sudah tentu akan memihak kepada Khalid “Gereja” yang pro-Kristian ini. Bagaimanapun, memandangkan Pas bukan lagi memperjuangkan Islam dan sebaliknya beralih kepada “kebajikan”, maka pro-erdogan dilihat lebih dominan dalam menentukan pendirian Pas. Pas kini lebih memihak kepada Kristianiti atas dasar kebajikan kepada penganut agama lain.

Dalam ertikata lain, Pas kini menerima kesamarataan agama. Inilah yang dimahukan oleh penyokong IFC dan DAP yang mahu Islam dan bangsa Melayu hilang keistimewaan di negara ini. Itu kesimpulan yang kita dapat lihat dalam usaha Pas yang cuba mempolitikkan soal kesucian aqidah umat Islam pada isu ini.

Mengapa Pas jadi begitu? Sedangkan kita tahu sebelum ini bahawa Pas cukup sensitif kepada mana-mana gerakan yang tidak Islamik dan mencemar aqidah umat Islam. Ini adalah kerana Pas hanyalah sebuah parti politik dan tidak lebih dari itu. Pas memperjuangkan politik dan bukannya Islam. Sebab itulah kita lihat Pas lebih mengutamakan undi dari golongan Cina dan India Kristian dengan menyebelahi agama Kristian itu.

Pendirian Pas ini sangat dikesali oleh ramai pihak. Bukan hanya UMNO, malah orang-orang Pas sendiri memberontak di dalam hati mereka melihat dasar dan tindakan pemimpin mereka yang membelakangkan kepentingan aqidah umat Islam yang semakin dicabar oleh golongan mubaligh Kristian. Ramai yang terbakar dengan Khalid “Gereja” di Shah Alam, namun mereka terpaksa pendamkan kerana “tahaluf siyasi”, satu terma yang meng”halal’kan cara meskipun ia terbukti mencemar dan merugikan Islam di Malaysia.

Sejak Pakatan Haram mengambil beberapa kepimpinan negeri, banyak dasar yang dilakukan oleh mereka yang menyebabkan Islam rugi. Antaranya ialah melarang bacaan Al-Quran melalui corong masjid, merampas dan menjual tanah wakaf orang Islam, dan yang paling baru ialah mengenai gerakan penyebaran dakyah Kristian di sekolah-sekolah rendah yang melibatkan anak-anak orang Islam.

Mahu tidak mahu, kita harus sedar tentang penyebaran dakyah Kristian secara halus ini. Ia berlaku tidak jauh dari tempat tinggal kita, iaitu di Parlimen Seputeh. Ini kawasan di bawah jajahan Teresa Kok (DAP). Mungkin Teresa fikir, dia adalah “Mother Theresa” di Malaysia?

Anak-anak dari kalangan golongan Melayu Muslim yang hidup dhaif di kawasan setinggan itu “dibeli” dengan momokan tiusyen percuma di sekolah, namun tenaga pengajarnya dari golongan Kristian yang kurang ajar telah menyerapkan “saya cintakan Kristian” kepada anak-anak tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah tersebut.

Pada saya, ini adalah satu tindakan kurang ajar dan mencemar kewibawaan serta keistimewaan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, artikel 11(4). Puak-puak pelampau Kristian ini perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa, termasuk JAKIM dan KDN. Jika dibiarkan, ia mampu mencetus krisis agama yang mungkin berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Saya pasti, jika isu ini melibatkan kepentingan bangsa Cina, sudah tentu DAP, MCA dan Gerakan ada senada dalam mempertahankan kepentingan mereka tanpa mengira fahaman politik masing-masing. Namun, bila perkara seperti ini berlaku, yang melibatkan kepentingan Islam dan aqidah umatnya, apakah UMNO dan Pas enggan bergabung dan senada dalam mempertahankan hak Islam dan kepentingan aqidah umat Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan?

Pada saya, UMNO wajar mengambil tindakan mempertahankan Islam yang diberikan keistimewaan eksklusif menurut apa yang telah dipahat di dalam perlembagaan. Dan kemudiannya, Pas wajar menyokong UMNO dalam hal ini dan membelakangkan kepentingan politik masing-masing.

Jika dulu ketika di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Pas boleh senada dengan UMNO mengenai hal umat Islam di Palestine, mengapa pula mereka tidak boleh senada dengan UMNO dalam hal Islam dan umatnya di negara sendiri? Langkah awalnya, Pas harus berhenti dari cuba menjadi “hero” dalam isu ini. “Hero” Islam apa kalau tunduk pada Kristian? Ada perlembagaan pun tak reti pakai..!

Persoalan ini perlu ditamatkan dengan penyatuan yang senada demi kepentingan Islam di Malaysia. Apatah lagi Islam dicabar ketika umatnya sedang menjalani ibadah Ramadhan Al-Mubarak ini. Pas dan UMNO harus mengambil keberkatan bulan yang mulia ini untuk bersatu mempertahankan Islam dan perlembagaan negara tanpa kompromi. Pada saya, itulah jalan terbaik untuk menyelesaikan hal ini.

Wallahua’alam.

70 thoughts on “Murtad dan Kristianiti: Pas harus senada dengan UMNO

  • August 19, 2011 at 12:41 am
    Permalink

    Pada hemat saya PAS tidak akan sekali2 berada dibelakang menyokong UMNO dalam isu ini kerana PAS yang wujud sekarang bukanlah seperti PAS di zaman Arwah Ust Fadhil Noor yang berintegriti, bersifat mempertahankan Islam yang Syumul dan bangsa Melayu, mampu berdiri sendiri tanpa perlu memikirkan undi tidak memihak kepada mereka.

    Teringat ucapan Arwah dimuktamar PAS di taman Melewar, “PAS tidak takut pada kekalahan (hilang undi) kerana kita telah biasa dengan kekalahan, apa yang lebih penting adalah Islam tertegak di bumi Malaysia ini”. Jika ahli2 PAS yang ada sekarang ini menghayati ucapan arwah pasti PAS tidak berada dalam keadaan serba salah seperti sekarang, garang didepan UMNO, berdegar2 dengan semangat jihad didalam ceramah2 dan tazkirah didepan ahli2 dan bangsa melayu, tetapi diam menikus terhangguk2 bila berdepan dengan DAP, sehingga isu mudah seperti isu DUMC ini tidak dapat ditangani dengan baik.

    Jika ini berlaku 10 tahun dahulu, sudah pasti PAS akan melancarkan demo besar2an mempertahankan kesucian Islam dan UMNO terpaksa memandang dengan malu2 alah kerana ramainya umat melayu islam yang menyokong gerakan PAS ini. Tidak kah Juak2 PAS melihat akan perbezaan ini.

    Atas perjuangan Islam inilah Arwah Ust Fadhil dan Tun Mahathir dapat bersatu di atas pentas yang sama menentang kezaliman zionis dan membela rakyat Palestin. Saya pasti PAS tidak akan lakukan perkara yang sama sekarang kerana PAS bukan mempertahankan Islam tetapi mempertahankan UNDI dan jangan hairan sekiranya dalam banyak hal, UMNO akan dipersalahkan walaupun tidak terlibat demi UNDI ini.

    Reply
    • August 19, 2011 at 6:10 pm
      Permalink

      pas hanya JANTAN bila menentang Umno..
      pas jadi BETINA bila berdepan dap..

      Reply
  • August 19, 2011 at 2:17 am
    Permalink

    mana boleh umno hebat ada ustaz kamala natang, ada kadi soilek ada jj duta besar umno ke amerika dan paling utama ada ahli parlimen umno yang beragama kristian dari sabah, lagipun apa sangat lah melayu umno semuanya mesti najib akan bagi pada orang luar apco dari amerika contohnya

    Reply
    • August 19, 2011 at 3:10 am
      Permalink

      betul kata ko Tasyahud…belum apa2 siamang yg bernama politikar dah reject….jantan cabaret…

      Reply
    • August 19, 2011 at 6:12 pm
      Permalink

      politikar…isu utama sekarang kenapa pas hilang taring berdepan isu 12 melayu yg.nak murtad tu di DUMC tu?….apa kenamengena dengan umno?

      Reply
  • August 19, 2011 at 3:33 am
    Permalink

    Salam. Ya, kita setuju dalam perkara ini Umno dan Pas perlu bersatu. Bahkan umat islam 1 Malaysia perlu bersatu dan senada dalam hal ini. Bersatulah dalam hal umat dan agama Allah. Telah menjadi tugas kita sebagai umat akhir zaman ini untuk menyambung kerja dakwah baginda rasul. Jangan nanti kita ditimpa bencana Allah kerana perpecahan umat yang ketara, usaha dakwah yang terhenti dan menjauhi Allah. Untuk sekalian kali kita lupakan dulu kepentingan politik. Hari-hari kita berpolitik. Hari-hari kita salahkan antara satu sama lain. Hari-hari kita mengutuk orang lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ini yang sepatutunya kita jadikan landasan untuk manambahkan amalan malam dengan mengaji, zikir dan Tahajjud. Tapi dalam waktu-waktu begini kita berada didepan komputer. Apakah mungkin kejadian usaha murtad ini adalah pentada awal kepada bencana Allah? Apakah yang mungkin kita dapat belajar dari perkara ini? Adakah ini petunjuk dari Allah bahawa kita telah membelakangkan usaha agama dengan menjadikan lain-lainnya sebagai keutamaan? Marilah kita sama-sama duduk semeja dan memikirkan tentang umat Muhammad.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

    Reply
    • August 19, 2011 at 9:00 am
      Permalink

      Eh…semenjak bila UMNO memperjuangkan Islam ni????? Setahu aku UMNO memperjuangkan melayu…

      Reply
      • August 19, 2011 at 9:25 am
        Permalink

        kau org ingat duit palsu sama dengan duit asli? tiada nilai, taik pun tak boleh beli.
        Itulah ibarat perjuangan UMNO dalam isu murtad, semua dibuat kerana nak tipu melayu dengan isu agama. Selama ini org melayu tahu, bahawa jenis UMNO inilah yang sangat tidak seronok bila ada orang cakap mengenai murtad.
        Tiba-tiba UMNO muka tak malu nak jadi pembela Islam, sejarah UMNO dengan Islam amat pedih kepada masyarakat melayu Islam masih dingati.

        Reply
        • August 19, 2011 at 4:43 pm
          Permalink

          Sejak bila PAS perjuangkan ISLAM ? Cukuplah kau dah menipu segelintir umat Islam dengan ceramah unsur khawarij selama lebih 50 tahun . Nas apa agaknya kau orang nak pakai menetang pimpinan muslim ?

          Reply
        • August 19, 2011 at 6:17 pm
          Permalink

          sejarah umno dah islam amat memedihkan? ko ni orang somalia ke?

          ade bukti umno sokong orang murtad?
          bank islam,universiti islam,kewangan islam,darul Quran,Jabatan agama,pendidikan islam,jenayat,syariat,muamalat dan beribu lagi tu inesitif sapa?

          Reply
        • August 19, 2011 at 6:56 pm
          Permalink

          sejak bila pulak tiba2 tu bro? rasa2 hang budak lagi kot nih.. duit mana ada nilai bro.. yang menilai duit adalah manusia.. so manusia juga menilai yang perjuangan pas adalah sama macam taik, kalau taik ayam boleh buat baja.. nih level taik yang tak dak nilai…

          Reply
      • August 19, 2011 at 5:13 pm
        Permalink

        Hah apa lagi MOOOOOO takkan hang tak tau yang melayu tu mesti islam di Malaysia nih… ingat tu MESTI ISLAM… Pasai tu la UMNO pertahan melayu ini bermakna ISLAM sekali guih….. MOOO hang mesti kena paham betui betui…

        Reply
        • August 19, 2011 at 6:13 pm
          Permalink

          mooo tak baca perlembagaan…..perlembagaan pas pon dia tak hafal.

          Reply
      • August 19, 2011 at 7:18 pm
        Permalink

        memang umno memperjuangkan melayu..
        Kenapa mr moooo ko tak dpt rasa faedahnye ke..
        Ye la.. Ko memang india mari tu yg ko marah sangat..
        Siapa cakap umno bukan perjuang islam? Buktikan..

        Reply
      • August 19, 2011 at 11:08 pm
        Permalink

        moooolemboooo….sejak nenek ko punye nenek punya nenek punya nenek ko…

        Reply
      • August 20, 2011 at 4:16 am
        Permalink

        Semenjak sebelum merdeka, selepas merdeka, masa kini dan selamanya. Melayu itu beragama islam. Negeri kebajikan tiada jaminan islam. Banyak lagi negara kebajikan dalam dunia ini seperti New Zealand, Sweden dan lain-lain lagi tetapi mereka tetap kufur.

        Reply
  • August 19, 2011 at 10:13 am
    Permalink

    PAS setakat nama je Parti Islam, tapi parti penghancur Islam. Wali terompah Tok guru najis perlu baertaubat. Terlalu banyak dosa kpd org Islam, begitu juga mat hadi tu, terlalu besar dosa kpd umat Islam, Cptla bertaubat sebelum terlambat.

    Reply
    • August 19, 2011 at 1:27 pm
      Permalink

      keh keh keh! yang C4 kan alTantuya tu tidak berdosa dan tak payah bertaubat, yang khalwat dgn Ziana Zin tak berdosa tak payah taubat, yang rasuah kapal selam dan jet perang tu dapat pahala,
      wahai puak taik-taik UMNO, rakyat dah muak dengan kaki penyamun dan kaki penipu yang memerintah negara.

      Reply
    • August 19, 2011 at 2:40 pm
      Permalink

      macam mana PAS dan UMNO nak sepakat dlm soal murtad dan kristianisasi …….

      cuba tengok bahasa ni ………

      Reply
      • August 19, 2011 at 4:45 pm
        Permalink

        Kau pergi komen dan nasihat kat komentar pro pakatan kat sini jugak . Jangan selektif dalam sentimen.

        Reply
      • August 19, 2011 at 7:22 pm
        Permalink

        ala c4 ko dah lama murtad kan….
        Sembahlah batu tak bernyawa tu…
        Baghal mcm lembu….

        Reply
  • August 19, 2011 at 10:14 am
    Permalink

    betul, PAS dan UMNO kena sepakat dlm soal murtad dan kristianisasi. Berbalik kpd perkara asas iaitu perlembagaan persekutuan yg menjadi asas rujukan undang negara. Ia perlu ditukar kpd perlembagaan Al-Quran bg menjamin hak Islam di Malaysia khasnya.

    Reply
    • August 19, 2011 at 7:47 pm
      Permalink

      teluk cuba lah ko rasional sikit.. Kita hidup berbilang bangsa..

      Reply
  • August 19, 2011 at 10:27 am
    Permalink

    Aku setuju dengan penulis untuk PAS dan UMNO sama2 perjuangkan ISLAM dan MELAYU seperti DAP,MCA dan Gerakan pertahankan KECINAAN mereka.
    Pertama JAKIM dan Menteri dia kena bersuara la…. jangan diam je, sekarang orang tak tau apa pandangan k’jaan Pusat?
    PAS dah beberapa kali minta Menteri gubal undang2 MURTAD tapi ditolak…. ada hansard ni.
    Dalam berpolitik kita jangan sampai tergadai Aqidah saudara2 kita. Kerajaan melalui kuasa dan ekonomi Islam(ZAKAT) perlu membantu umat islam yg. miskin.
    Masalah sekarang umat Islam yg. tertarik dengan Kristian kerana tiada Ilmu dan Iman. Ini yg. terjadi pada 12 orang tersebut. Kemiskinan telah menjadi alasan mereka, tapi bagaimana ribuan lagi umat Islam yg. telah memohon malah telah kristian sembunyi2…? Mereka ini dari semua golongan, apa tindakan k’jaan? apakah memadai kita berceloteh disini sedang saudara2 kita mungkin tunggu masa untuk tinggalkan Islam yg. suci kerana ketidakpedulian kita. Sekarang kristian dah masuk sekolah2, apa guru besar buat? jika guru besar tersebut nonmuslim kita tuntut mereka di turunkan pangkat atau pecat kerana tidak bertanggungjawab. Puteri UMNO dulu ada buat program masuk sekolah buat tuisyen… adakah progran ni berterusan atau bermusim ikut strategi politik. kita sedia maklum unit NISA(PAS) tentu tak boleh masuk sekolah, nanti kata sebarkan fahaman politik pulak. Aku cadangkan pemuda/puteri UMNO dan PAS polopori isu ni dan tubuh sekteriat untuk buat tuisyen pada anak2 kita. Kerana kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka mengajar percuma, jadi sendiri faham takkan tiada keuntungan apa2 pada mereka.
    Satu lagi anak2 mesti diwajibkan sekolah AGAMA atau k’jaan buat sekolah satu sesi yg. belajar agama waktu petang seperti sek. agama. Kerana ada ibu/bapa tak hantar anak sek. Agama bimbang dipengaruhi PAS setelah ada akhbar mainkan isu pengkadiran PAS di sek. Agama. Ini semua tak betul, jika ada berlaku pengkadiran PAS maka guru tersebut perlu bertanggungjawab dan digantung/ pecaat. Selaraskan gaji sek. kebangsaan dengan sek.Agama sepaya mereka tidak rasa didiskriminasikan. Guru ini penting untuk Aqidah anak2 kita, lebih penting dari guru2 akedemik… kerana tiada gunanya anak kita berjaya didunia tapi gagal di akhirat…. fikir2kan.

    Reply
    • August 19, 2011 at 10:53 am
      Permalink

      Setuju dgn pendapat bujuk.

      Reply
      • August 19, 2011 at 4:38 pm
        Permalink

        Ada yg saya bersetuju dan ada yg tak bersetuju ? lebih elok PAS dan UMNO berjumpa semuka tentang isu murtad ini dan sama2 mengeluarkan kenyataan bagi mewakili populasi orang Islam dlm isu diatas. Kedua2 PAS dan UMNO ada dewan ulamak sendiri, kerjasama ini tak mustahil dilakukan samada nak atau tak nak. Ini untuk mengelakkan tindakan tikam belakang oleh sesiapa dan lebih menunjukkan kesepakatan sesama muslim.

        Reply
        • August 19, 2011 at 6:21 pm
          Permalink

          masalah utamanya bila wally agong tak suka kerjasama umno pas, maka yg.untung dap dan kafirun dibelakangnya..

          pas pula lebih mengutamakan menjaga hati dap berbanding umno.

          Reply
      • August 19, 2011 at 5:17 pm
        Permalink

        Setuju hapah dalam masa yang sama PAS kutuk Hassan Ali dan JAIS macam ni ka kata nak gubal undang undang Murtad… simpan laaa diam diam…

        Reply
      • August 19, 2011 at 7:03 pm
        Permalink

        2,3 tahun lepas aku setuju.. tapi sekarang no way.. bro! adakah dengan kenaikan gaji, guru agama akan berubah mentalitinya untuk tidak cucuk bebudak nih membenci kerajaan? aku takkan percaya mereka akan membawa kebaikan, malah lebih banyak keburukan akan kita nampak.. belajar dari sejarah dan nilai semula keadaan semasa, bagi aku.. selagi pemimpin mereka terang2 memesongkan aqidah umat Islam, selagi itulah aku takkan dapat terima.. no way!!

        Reply
        • August 19, 2011 at 8:35 pm
          Permalink

          Ko tak hantar anak ke sek. Agama yeee…
          Jangan menyesal jika suatu hari nanti anak ko dirosakkan Aqidahnya. Bukanlah anak kita pasti selamat jika sekolah agama tapi setidaknya kita mampu jawab dihadapan Rabbuljalil kita telah didik anak kita dengan ilmu agama. Benar kata aku ada umat Islam yg. pandang serong sek. Agama hingga sanggup lihat anak mereka gagal disana nanti.
          Tapi aku respek ko kalau ko ajar sendiri anak ko mengaji, solat dan bab2 agama seperti tauhid, feqah dan sebagainya.

          Reply
          • August 20, 2011 at 1:16 am
            Permalink

            aku tak masudkan sekolah agama bantuan kerajaan, tapi persendirian dan terutama sekali di bawah jajahan/pengaruh pas.. Alhamdulillah, berkat kesedaran dan hidayah dari Allah, aku mampu gi oversea utk study, setitik arak pun tak masuk kerongkong aku walaupun negara kapir… malah aku mampu buat presentation untuk penerangan mengenai Islam setelah kes 9-11 atas jemputan pensyarah aku.. sekurang2 nya aku yang kurang ilmu mampu memberi kesedaran dan menerangkan Islam di waktu Islam amat ditakuti sejurus selepas 9-11.. Alhamdulillah Allah masih sentiasa melindungi aku dari terpesong.. tanggungjawab sebenar untuk mendidik anak2 dalam bidang agama adalah daripada ibubapa itu sendiri.. aku tau aku Ilmu aku tak tinggi cam hang..

            tapi aku muskil pulak orang yang dok gebang bab hukum hakam respek aku pasal aku ajar anak aku mengaji, solat, tauhid.. bapak aku ajar aku, so tanggungjawab aku untuk mengajar anak aku pulak.. hang tak ajar anak hang ka bab mengaji, solat, bab2 mengenal Allah.. adakah hang tak yakin dengan pengangan hang?

            Sapa tak sayang anak beb, sebab tu aku sendiri ajar anak aku mengaji ( umur 4 tahun dah boleh mengaji ), solat, dan basic2 yang lain termasuk… ilmu mengenal Allah sebab awal2 agama itu adalah mengenal Allah!.. supaya aqidah kita tak lari… aku tak pernah pandang serong pada sekolah agama tetapi adakah ramai di antara kita disini tau apa yang dilakukan di sekolah2 agama pas, bagaimana corak pemikiran budak2 dibentuk dan apa kesudahan dia bila dia besar.. sendiri pk

            P/S : rajin2la ajar anak sendiri mengaji, check bacaan dia.. check la solat di betul ke tak, check la pemahaman dia mengenai kewujudan Allah, takkan semua nak harap orang je tolong buatkan..

            bujuk aku tgk ko bila bab berhujah kemain lagi ek.. ko kalau kat tempat aku la kan, dok kat negara kapir, agak2 ko brani tak, nak terangkan mengenai Islam di depan ratusan orang kapir yang fobia/marah pada Islam. tanpa bantuan orang Islam lain, ko sorang je, cam aku buat? di tempelak, di boo malah di ludah ( tak kena la ) … tgk gaya ko.. emn ntah la.. bab ngajar anak solat n mengaji pun buleh respek…. tu amanah la bro! brani ka hang letakkan semua duit hang kat account orang lain? amanah bro! amanah..

          • August 20, 2011 at 1:38 am
            Permalink

            tergangga bujuk….tu la bujuk….jgn asik pandang lekeh kat org lain…kan dah melopong… aku suka baca true story mcm nii…drpd asik copy/paste dr harakah&msiakini jea….well done ciku…

          • August 20, 2011 at 9:42 am
            Permalink

            Respek Ciku,
            Tidak semua manusia yang kononnya terlebih Islam dapat melakukan seperti apa yang ciku lakukan. Ini tidak mustahil, Alhamdulillah.

          • August 20, 2011 at 2:47 pm
            Permalink

            Syukur… aku memang respek dan tahniah atas kejayaan tuan dalam mendidik anak2 dan penerangan tuan pada nonmuslim diluar negara dan membuktikan muslim tidak takut dengan ramainya nonmuslim disekeliling tetapi yakin dengan kebenaran Islam dan bantuan Allah. Sebenarnya tak ramai muslim yg. mampu buat seperti tuan walaupun dalam PAS. Saya akui perkara ni kerana PAS hanya parti dan bukan semua ahli dia baik dan berilmu. Sama juga halnya dengan parti2 lain.
            Aku hantar anak ke sek.agama bukan sebab tak ajar anak, tapi apa yg. mereka dapat dirumah tak sama apa yg. mereka dapat disekolah. Kita jadi penapis ilmu anak2 kalau kita ada ilmu tapi ada saudara2 kita kurang ilmu tapi tak hantar anak ke sek.Agama semata2 berbeza pandangan politik macamana? Apakah agama berbeza ikut parti?
            Bab sekolah agama k’jaan dan persendirian… adakah ko memang alami sendiri atau dengar cakap saja? Apakah di sek.persendirian diajar kitab yg. berbeza? seperti tulisan terdahulu jika ada bukti penyalahan kuasa atau ajaran kita kena sama2 bertanggungjawab dan bukan biarkan kesesatan.
            Apapun aku memang tabik pada tuan dengan apa yg. tuan buat untuk keluarga tuan dan Islam.

    • August 20, 2011 at 4:26 am
      Permalink

      Kita pun turut setuju juga. Perkara ini kita perlu tangani dengan bijak. Kita ketepikan soal politik. Kita bergerak dalam satu saf yang kukuh dengan berpegang pada tali Allah. Kita buat apa-apa juga aktiviti sebagai bantahan dalam isu murtad ini. Kalau perlu kita berhimpun didalam stadium kita berhimpun. Kita buat besar-besaran. INGAT!!!! Tun Mahathir dan arwah Ustz. Fadhil Noor pernah bersatu dalam isu Palestine. Kenapa tidak boleh sekarang?

      KITA BOLEH!!!

      Reply
  • August 19, 2011 at 2:20 pm
    Permalink

    Hoi ……… penganut agama UMNO ….

    kau orang posa ke ?? tak payah posa la…..

    kalau syariat dan alquran kau orang/UMNO tolak …..

    sama jea dengan puak yang pergi ke Batu Cave tu…..

    Reply
    • August 19, 2011 at 4:31 pm
      Permalink

      Kau nak suruh saudara semuslim kau supaya jangan berpuasa ke ? Jangan nak menjerit UMNO tolak nas kat sini sedangkan perjuangan PAS itu sendiri menyalahi NAS ?

      Kat sini dah nampak sifat khawarj kau nak kafirkan sesama muslim. Nampaknya kau pergi banyak ceramah PAS kau tetap jahil dalam agama.

      Reply
    • August 19, 2011 at 5:18 pm
      Permalink

      Hang C4 camana plak posa dak???

      Reply
    • August 19, 2011 at 6:22 pm
      Permalink

      sejak bila ada ”agama umno”?
      sila buktikan umno menolak syariat?

      Reply
    • August 19, 2011 at 8:43 pm
      Permalink

      bangsat ko c4.. Anak haram.. Tanya mak ko sial mana jadi bapak ko?
      Aku rasa syaitan kot..

      Reply
    • August 20, 2011 at 9:47 am
      Permalink

      Hanya Allah yang boleh menentukan keimanan seseorang…….

      Reply
  • August 19, 2011 at 2:34 pm
    Permalink

    orng islam masuk kristian ni ……… dah lama berlaku…..

    tak kan kerana tak dapat duit zakat semudah itu masuk kristian???????

    apakah itu asas iman orang melayu terhadap islam???

    ramai orang lain perlu kepada duit zakat ……… tapi tak semudah itu nak masuk kristian….????

    cuma pemimpin UMNO perangai macam babi ni ………

    pukul canang lebih sangat ……. masa UMNO memerintah Selangor, kalau ada orang melayu masuk kristian diam jea….

    bila berlaku zaman pembangkang memerintah ………

    kecoh seolah zaman UMNO dulu tak berlaku ….

    Reply
    • August 19, 2011 at 2:40 pm
      Permalink

      Saudara C4,

      Beringatlah kita semua di dalam bulan ramadhan. Bykkan bersabar dan berzikir mengingatiNya…Soal kepincangan BN, kita bincanglah secara baik. Sekadar pendapat……….

      Reply
    • August 19, 2011 at 4:27 pm
      Permalink

      Ini adalah satu contoh apa akan jadi kepada melayu jika menyokong pas

      Melayu sokong PAS = C4

      Haaaa kita tgk cara dia bicara..mentalitinya..orang mcm ni senang hendak dibabtiskan oleh pihak kristus..asyik mengamuk jer..

      sekarang ni dia dibodohkan oleh PAS esok lusa dibodohkan oleh DAP..eh silap takyah esok lusa sekarang pun dah dibodohkan oleh DAP hehehehe

      Reply
    • August 19, 2011 at 8:44 pm
      Permalink

      islam masuk kristian? Siapa tu? Ko ke c4..
      He..he..

      Reply
    • August 19, 2011 at 9:00 pm
      Permalink

      Puak puak hamPAS ni tak guna bawak berbincang pun depa bukan tau nok beri pendapat. Depa ni tak dak otak tapi ada akai tapi tak penah pakai. Depa cuma dengak cakap orang lain yang depa anggap sebagai wali dan tehangguk hangguk bila depa kena ceramah penuh ngan gempak,kelentong dan torak ja lebih tak dak fakta penuh ngan segala auta. Tu la sifat kelembuan & keanjingan belaan Ambiega totok totok hamPAS ni

      Reply
    • August 20, 2011 at 10:03 am
      Permalink

      Memang benar isu orang Islam masuk kristian telah lama berlaku. Yang menjadi persoalan sekarang mengapa menyalahkan UMNO. Isu pengkristianan adalah isu sensitif yang mana dizaman UMNO diselangor, perkara ini dilakukan dengan berhemah, tidak tergesa2 dan kelam kabut.
      Tuan perhatikan dengan mata hati tuan, bagaimana MB Selangor dan PAS menangani isu ini. Perhatikan dalam2 kenapa segelintir umat melayu islam dan UMNO (jika benar membesarkan perkara ini) marah adalah kerana sikap. MB Selangor begitu mudah memohon maaf kepada paderi dan menyalahkan JAIS dan PAS pula tidak mengiktiraf tindakan Hassan Ali.
      Sepatutnya MB Selangor hanya perlu berkata ” Saya akan siasat perkara ini” dan PAS hanya perlu berkata “Kami akan dapatkan laporan lengkap dari wakil kami dan Exco Selangor, Hassan Ali”. Ini sudah memadai dan tidak perlu hingga menyalahkan orang itu dan ini dan juga UMNO.
      Perkara ini juga pernah terjadi kepada UMNO apabila keluar isu perempuan bogel ketuk ketampi di lokap polis di zaman Pak Lah yang begitu cepat menghantar wakil memohon maaf kepada China.
      Kredibiliti seorang pemimpin terletak kepada sesuatu tindakan yang dibuat.

      Reply
      • August 20, 2011 at 2:53 pm
        Permalink

        Tuan… yg. sebut MB minta maaf pada Gereja adalah utusan fitnah, MB tak minta maaf seperti yg. tuan kata.

        Reply
  • August 19, 2011 at 4:25 pm
    Permalink

    Kes murtad memang dah lama berlaku, tetapi untuk menunding jari UMNO tak buat apa2 dlm isu murtad itu bohong namanya. Semasa isu paderi melayu pertama pada tahun 80an berlaku di gereja Jalan Gasing siapa yg bagi arahan untuk paderi melayu tu masuk ISA ? PAS ke ? Kerajaan UMNO yg bertindak.

    Pada zaman aku masih mahasiswa dan terlibat dengan gerakan khawarij PAS di kampus iaitu PMIUM , aku masih ingat kita anjurkan forum bersama Zulkifli Nordin dan bekas mufti Selangor selepas kes murtad Noraishah Bukhari. Sememangnya gerakan kristianisasi dah dirancang lama oleh gerakan kristian dan merekalah sebenarnya musuh utama umat islam dalam diam. Sekarang ramai golongan krsitian ni dah jadi ahli politik ada yg dalam pakatan dan ada yg dalam BN maka bertambahlah berani golongan ini.

    Tidak dinafikan kedua UMNO dan PAS ada bahagian masing2 dlm menentang murtad tetapi pada isu yg gereja DUMC kali ni respons PAS tak kira pemimpin mahupun pengikut amat mengecewakan tetapi aku tidak terkejut sebab PAS dulu tak sama dengan PAS sekarang. Kalau dulu khawarij aje sekarang pengikut ada yg mendukung pemikiran liberal mahupun plurelisma. Terima kasihlah kepada golongan edrogan dari JIM yg banyak membawa agenda dan acuan liberal pada PAS sekarang. Itu pasal konsep negara Islam mahupun hudud dah tak kedengaran lagi.

    Nasihat saya bersatulah dalam satu platform politik dan jangan berpecah sesama muslim . Keluar menentang pimpinan muslim yg masih bersolat bukan satu perjuangan Islam. Bagi penyokong PAS yg dulu kuat kutuk UMNO sekarang bila PAS dah pegang kuasa pun tak berjaya nak buat seperti apa yg diwar -warkan dulu. Tempat maksiat masih berleluasa, kilang arak masih ada, dan pengagihan zakat nampaknya tak memuaskan. Jangan nak salahkan penyokong umno kerana budaya dan mentaliti kritikan isu2 diatas dimulakan oleh Jemaah PAS.

    Reply
    • August 19, 2011 at 6:26 pm
      Permalink

      setuju…janji pas di selangor sehingga kini tak terlaksana..asik nak salahkan umno je..

      Reply
  • August 19, 2011 at 4:59 pm
    Permalink

    BAGI PENDAPAT SAYA PUN PENYATUAN UMNO DAN PAS SAJA SATU SATU NYA CARA BAGI
    MENGAJAR KAFIIR LAKNAT NI. CUBA PARA PEMIMPIN PAS DAN UMNO FIKIR ADA KA CARA LAIN ???? TAK ADA !!!!!! BERASATU LAH DEMI AGAMA KITA YANG SEDANG DI ROBEK OLEH PARA KAFIRUN LAKNATULLAH NI..BUKAN KERAN POLITIK UMNO .BUKAN KERANA POLITIK PAS TAPI KERANA AGAMA KITA INGAT TU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
    • August 19, 2011 at 5:14 pm
      Permalink

      Melayu masih perlu 2 parti politik yg. kuat, jangan satukan parti nanti bangsa akan mundur dan tiada siapa akan tegur kesalahan pemimpin. PAS dan UMNO masih perlu di M’sia tapi sebagai parti yg. mengaku perjuangkan ISLAM dan MELAYU maka kenalah bersatu bila ISU ISLAM dan MELAYU dipermainkan. Lihat DAP dan MCA yg. bersatu bila isu kaum atau agama mereka dibakar. Jangan saling menuduh dan merendahkan yg. lain tapi saling membantu dan menguatkan bila isu ISLAM dan MELAYU di gendangkan. Kita hanya berbeza parti bukan tujuan. Semuanya nakkan kemenangan didunia dan lebih2 lagi akhirat.

      Reply
      • August 19, 2011 at 6:20 pm
        Permalink

        hari ni aku setuju dgn hang bujuk ” peace “…tp esok tak tau lg, ikut hang punye komen le…aku pegang kata2 ko bujuk….” kita hanya berbeza parti bukan tujuan “

        Reply
      • August 19, 2011 at 6:27 pm
        Permalink

        aku pon..hari ni aku tetiba nak sokong ko pulak..

        Reply
        • August 20, 2011 at 4:37 am
          Permalink

          Apakah ini petanda kepada bersatunya Melayu atas nama agama? Bujuk, Stingray dan Gen2Felda dah hulur tangan kedamaian. Siapa mereka-mereka ini dan boleh ke mereka mulakan gerakan bantahan isu murtad ini? Kalau boleh teruskan. Ciku macam mana? tak nak join ke? Adakalanya kita kena bertenang. Yang lain-lain macam mana?

          Reply
          • August 20, 2011 at 5:05 pm
            Permalink

            tapi sekarang segala keputusan pas kena rujuk ngan dap dulu termasuk nak bersatu dengan kaum sebangsa seagama dari umno…kalau lim kit sial geleng kepala…kalau kapal sing kata ‘nehiiii”…maka wally agong akan istiharkan tak jadi.

      • August 19, 2011 at 7:08 pm
        Permalink

        bahan baik, tapi sejujurnya aku tak percayakannya.. statementnya akan berubah jika si bujuk dah ketandusan issue atau ide.. tak caya tgk comment2 dia sepanjang 2~3 minggu nih, mana pernah konsisten.. besok besok dia akan serang dan spin jugak.. itu adalah dasar perjuangan mereka.. lihat saje para pemimpin mereka..

        Reply
        • August 19, 2011 at 11:11 pm
          Permalink

          siap la dia…kita jadi kan punching bag balik…

          Reply
          • August 20, 2011 at 1:31 am
            Permalink

            tu lah bro! melayu mudah lupa, melayu kita mudah dihanyutkan oleh mimpi indah, jgan salahkan nenek moyang kita kerana tanah kita tergadai, tgk la dgn apa yang berlaku sekarang..

            Permainan mereka halus, kita mudah terperangkap dengan kata2 manis mereka ( cara itulah pemimpin mereka lakukan), aku bukan anti pada orang yang berubah kerarah kebaikan, tapi bila kita dah dikurniakan akal, gunakan untuk membuat pertimbangan, Islam perlu bersatu tetapi mestilah di dalam satu barisan, satu iktikad ( sunnah wal jamaah ), tinggalkanlah 72 golongan tu, pegang teguh pada yang satu.. agenda politik mereka jelas tidak menghormati Islam, maka ada otak, sendiri pk la..

            Aku dah rasa bilamana aku sendiri di gelar bin laden, sendirian, terasa lemah, cuma berharap perlingungan dari Allah, tiada lain selain dariNya.. adakah mereka betul2 berjuang di jalan Allah.. byk contoh sendiri pk.. puak mereka hanyalah perayu undi dengan menjadikan Islam sebagai umpan… menjadikan hadis, ayat2 al-quran sebagai bahan adunan umpan mereka.. tujuan mereka jelas, mereka mengelirukan kita dengan bait2 ayat suci al-quran.. berhati2 lah saudara..

      • August 20, 2011 at 12:45 am
        Permalink

        Bro Bujuk. Realiti sekarang berapa peratus melayu islam dalam bumi Malaysia?. Kalau berpecah menjadi dua bila nak kuat?

        Reply
      • August 20, 2011 at 10:09 am
        Permalink

        Biarlah apa yang dikatakan tuan bujuk adalah ikhlas. Inilah yang cuba dilakukan oleh Hassan Ali dan Ust Nasharudin melalui kerajaan perpaduan bersama UMNO. Tuan bujuk fikirkanlah sendiri segala komen tuan sebelum ini. Jangan sampai komen tuan ini menjadi bara api di dalam blog ini.

        Reply
        • August 20, 2011 at 3:05 pm
          Permalink

          Kita berhak berbeza pendapat, ini fitrah tuan. Aku ada dengar tazkirah suatu hari Nabi sujud dengan lama, setelah selesai solat dia berkata pada sahabat bahawa dia telah berdoa 3 perkara 2 daripadanya telah Allah perkenankan. Iaitu janganlah dikemaraukan seluruhnya dan janganlah dibanjirkan seluruhnya dan Allah perkenankan. Yg. ke-3 Nabi doakan supaya disatukan umat dan Allah tidak perkenankan. Jadi yakinlah bahawa umat tidak akan bersatu melainkan kita berpegang pada Al-Quran dan Sunnah yg. menjadi pusaka Rasulullah pada umat ini.

          Reply
          • August 20, 2011 at 6:46 pm
            Permalink

            hai… perli diri sendiri ke…..

  • August 19, 2011 at 7:09 pm
    Permalink

    Org yg tak mahu pikir macam C4, MOO akan jadi bodoh…bila dah bodoh maka senangle mereka di perbodohkan…

    Reply
  • August 20, 2011 at 12:00 am
    Permalink

    Masalahnya ialah PIS juga….. Duk gebangebang pasal perjuangan ISLAM
    Takder pulak aku dengar usaha PIS kat luar nak mengembangkan ISLAM.
    Masuk surau ..masuk masjid… naik pentas…tak der kerja lain…mengkafirkan sesama Islam.
    Setakat itu lah perjuangan ISLAM agama PIS nie.

    Pastu bersubahat pulak dgn kerja kerja memurtadkan org Islam…

    Reply
  • August 20, 2011 at 12:43 am
    Permalink

    Aku makin hari makin tawar hati ngan PAS. Kembalilah PAS yang dahulu. . PRU13 tiada undi dari ku untuk PAS.

    Reply
  • August 20, 2011 at 12:50 am
    Permalink

    AKU TAK FAHAMLAH NGAN PAS NI. ISU YANG TIMBUL SEKARANG IALAH GERAKAN MEMURTADKAN ORANG MELAYU. ISU AKIDAH. JANGANLAH LARI TAJUK PULAK DENGAN ISU LAIN.

    Reply
  • February 21, 2012 at 3:29 am
    Permalink

    BG GUE,
    ADALAH BODO JIKA KAMU PARA PEMIMPIN MASI MAU BERJUANG TUK MENEGAKKAN UGAMA..
    KAMI SEBAGAI RAKYAT HANYA MAHUKAN KEHARMONIAN DAN NEGARA Y KUAT.
    TINDAK-TANDUK PERJUANGAN AGAMA KAMU MENINGGALKAN KESAN Y TIDAK BAGUS PADA RAKYAT.
    SEBAGAI NEGARA BERBILANG KAUM DAN PELBAGAI AGAMA SUDA TENTU AMAT WAJAR JIKA KEMENANGAN BERPIHAK KEPADA PARTI YANG BERCIRIKAN MALAYSIA..
    HIDUP MALAYSIA!!!
    WALAU SEBURUK MANAPUN BARISAN NASIONAL MEREKA AKAN TETAP MENANG KERANA MEREKA SENTIASA PERJUANGKAN KEADILAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT SEJAGAT..
    OOI PAS, MAHUKAH KAMU JIKA PARTI KRISTIAN SEMALAYSIA DITUBUHKAN? ATAU AGAMA LAIN MENUBUHKAN PARTINYA?!!!
    SUDAH2LAH JIKA AGAMA PERJUANGAN MU..
    UNDANG2 MELARANG MENIMBULKAN ISU2 TENTANG AGAMA.. NAMUN APA JADAHNYA PAS BERJUANG UNTUK AGAMA?
    CUKUP SAJALAH BERJUANG UNTUK MELAYU..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *