Cikgu Pa sudah haru biru, tak tahu nak “cover” macamana lagi dahhh..!!!

Share

Cukup haru biru melihat perangai Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali. Tiba-tiba saja menuduh UMNO menjadi dalang di sebalik pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) di Seksyen 13, Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu. Apa asas tuduhannya itu?

Menurut Mustapha Ali yang lebih dikenali sebagai “Cikgu Pa” ini, dia ada “bukti” yang menunjukkan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik insiden pemeriksaan Gereja yang cuba memurtadkan orang Islam itu. Cikgu Pa memberitahu bahawa dia ada “maklumat” dari sumber “dalaman” JAIS yang memberitahunya mengenai penglibatan UMNO berhubung tindakan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu.

Memandangkan UMNO Selangor memberikan tempoh tiga hari untuk meminta maaf (akan expired Ahad ini) berhubung tuduhan itu, Cikgu Pa membuat kenyataan akhbar memberitahu dia tidak akan minta maaf pada UMNO atas kenyataannya itu. Dia kata, “Apa pulak nak minta maaf? Saya ada bukti..” katanya depan saya di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dua hari lepas.

Baiklah. Enggan minta maaf, ya? Bukti apa yang Cikgu Pa ada? Maklumat apa? Maklumat itu boleh digunakan sebagai bukti, kah? Cikgu Pa ada empat orang saksi? Jika ada, Cikgu Pa mesti memastikan saksi-saksi itu mesti tidak fasikh. Jika tidak hilang kelayakan jadi saksi. Kalau ada rakaman video, ia tidak boleh diambil kira memandangkan ia hanyalah “besi”!

Mengenai “maklumat dari sumber dalaman JAIS”. Baiklah. Apa bentuk maklumat itu? Ada dokumen? Sumber “dalaman” JAIS itu faxkan dokumen itu atau hantar “by hand”? Atau Cikgu Pa hanya menerima maklumat melalui panggilan telefon? Jika melalui panggilan telefon, ia tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah cakap mulut, atau “hear say” kata orang putih (Cikgu Pa bekas guru Bahasa Inggeris, kan? Tentu tahu maknanya).

Jadi, apa bukti yang menunjukkan penglibatan UMNO dalam hal ini? Sebenarnya, UMNO tak tahu apa-apa pun. UMNO ada banyak lagi kerja nak buat untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun. Bukan macam Pas, sivik pun tak ada. Ada ke patut Pas campur tangan hal ehwal Kerajaan Negeri? Tak malu ke?

Seperkara lagi, Harakah Daily ada menulis bahawa Cikgu Pa akan memberitahu Pengarah JAIS mengenai “maklumat dalaman” itu dalam pertemuan JAIS – Pas nanti. Saya nak tanya Cikgu Pa, dah nyanyuk ke Cikgu? Cikgu Pa tak dengar ke titah DYMM Sultan Selangor yang melarang JAIS untuk bertemu dengan Pas berhubung kes pemeriksaan JAIS – GMDU ini?

Cikgu Pa nak JAIS kena murka dengan DYMM Sultan Selangor ke? Agak-agak la Cikgu Pa. Sedarlah sikit diri tu. Awak tu penjual agama Islam. DYMM Sultan tu Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Boleh ke lawan titah Baginda Tuanku? Nak pergi jumpa juga dengan JAIS? Pas nak cuba “bakor” DYMM Sultan Selangor ke? Sebelum Pas “bakor” DYMM Sultan Selangor, baik kami “bakor” saja Cikgu Pa dan Pas dulu…

Sudah-sudahlah menipu di bulan Ramadhan ni, Cikgu Pa. Cikgu puasa ke tidak ni? Sedap-sedap saja menuduh UMNO itu dan ini. Orang yang tak tahu hujung pangkal pula disalahkan. Ataupun Cikgu Pa cuba nak “divert” kesalahan Pas pada UMNO? Dalam hal ini, jelas sangat Pas Selangor salah! Nak tahu kenapa? Sebab Pas Selangor tak pertahankan kebenaran Hasan Ali dan JAIS dalam hal ini, kan?

Pas sudah sedar bahawa mereka sudah tersilap langkah. Namun cuba menyalahkan UMNO pula dalam hal ini. Sedangkan penyokong UMNO, NGO Islam dan semua umat Islam menyokong JAIS dan sanggup mengenepikan soal politik untuk menyokong Hasan Ali, Pas tersentak kerana terlalu asyik mengikut telunjuk DAP. Itulah! Lain kali ber”setubuh” lagi dengan syaitan DAP tu. Kan dan jadi haru biru…

84 thoughts on “Cikgu Pa sudah haru biru, tak tahu nak “cover” macamana lagi dahhh..!!!

  • August 18, 2011 at 5:59 am
    Permalink

    Selama ni bab agama, bukan umno nak perjuang, hanya nak menangguk di air keruh jer.. Bab isus salam dgn bukan muhrim kat Johor waktu pilihanraya, bab Kedah mengaharamkan operasi nite spot for eg. Umno ni takut Sulta Murka ka Tuhan Murka??

    UMNO parti yg kian tenggelam…

    Reply
    • August 18, 2011 at 1:16 pm
      Permalink

      betul ke UMNO parti kian tenggelam???
      Aku tengok PKR
      ngan PAS yg termengah2 duk bergantung
      DAP.. Kalau nak tau siapa pertahankan ISLAM tengoklah selangor
      sbg negeri contoh PR.. Apakah pas tak wujud di selangor?

      Reply
    • August 18, 2011 at 1:50 pm
      Permalink

      PAS lagi teruk… pertahankan gereja… buang je la pekataan ISLAM dalam PAS tu.. tak layak la dipanggil parti islam lagi… aku tengok banyak betul budak2 pembangkang macam ko ni cakap BN/UMNO kian tenggelam… tapi sebenarnye sape yang kian tenggelam?…PAS bukan perjuangkan islam, tapi menjaja islam demi keuntungan politik dengan kapior biaDAP lagi kurang ajar…..

      Reply
    • August 18, 2011 at 1:57 pm
      Permalink

      ingat dah kena sembelih…ada lg rupenye….dh tua kot, daging dh liat&kelat..buat baka bleh la….mooooooooo

      Reply
      • August 18, 2011 at 8:36 pm
        Permalink

        DIA PI SEMBUNYI TAKUT KENA SEMBELIH JADI DAGING RAYA

        Reply
  • August 18, 2011 at 6:03 am
    Permalink

    LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA

    1. PENDAHULUAN

    Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama ISlam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan “THanksgivng DInner” sepertimana alamat di atas.

    2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.

    2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

    2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.

    2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.

    3. PELAKSANAAN OPERASI

    3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.

    3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.

    3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.

    3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

    3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.

    3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

    3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya “Sofea” dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

    3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.

    3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang “tetamunya” cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

    3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

    3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.

    3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.

    3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.

    3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).

    3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):

    i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
    ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)

    iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
    iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
    v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
    vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
    vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).

    viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
    ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
    x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
    xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
    xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)

    3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.

    http://www.youtube.com/watch?v=bxShHuv8U6E&feature=player_embedded

    4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

    4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanksgiving Dinner” yang berunsurkan Kristian.

    4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

    4.3 Walaupun majlis itu adalah “Thanksgiving Dinner”, terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
    4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
    4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

    4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

    4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

    4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

    4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

    4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

    4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

    4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab “I Believe in God” dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.

    5. PENAFIAN

    5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

    5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

    5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.

    6. PENUTUP

    Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.

    Disediakan oleh:

    Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
    Bahagian Penguatkuasaan
    Jabatan Agama Islam Selangor

    Tarikh: 4 Ogos 2011

    Sumber : http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/08/laporan-ops-murtad-sebenarnya-majlis.html

    Reply
  • August 18, 2011 at 6:26 am
    Permalink

    PAS dah tak RELEVAN laagi dah…..ikut sifir PAS!! Negara islam dah takder dalam Al-quran..yang ada sekarang Gereja dan DAP..

    PAS parti nak RABAK

    PAS for SEX
    PAS for LIWAT
    PAS for PELACOR
    PAS for GEREJA
    PAS for ARAK
    PAS for ISRAEL
    pendekata PAS for ALL!!

    Reply
  • August 18, 2011 at 6:53 am
    Permalink

    cikgu Pa’s ni dah kena penyakit alzheimer kronik….takkan tak tahu si hassan ali tu ahli Pas..jais under hassan ali, hassan ali tahu pemeriksaan itu lebih awal…kalau umno terlibat dah lama hassan ali akan hentikan pemeriksaan ini….memang lah dasar nahlol bertingkat2

    Reply
  • August 18, 2011 at 7:06 am
    Permalink

    Ini baru Isu murtad, dah gelabah dan gabra semacam, dah tak leh nak selesai, dah tak leh nak jawab, dah tak leh nak buat ape, salahkan UMNO, camana nak memerintah negara, sepatutnye, beralah le….
    panggil UMNO, duduk semeja…bincang….macamane nak selesai perkara ni…ini soal maruah…x payah nak tuding jari…salah orang ni…salah orang tu……Allah Taala nak turunkan bala dia tak kira UMNO ataupun PAS……..

    Reply
  • August 18, 2011 at 7:39 am
    Permalink

    Memang sahlah, PAS ni selalu ‘bersetubuh’ dengan banyak parti, sebab hasilnya yang dia dapat ialah ‘

    Reply
  • August 18, 2011 at 7:42 am
    Permalink

    Memang sahlah, PAS ni banyak sangat ‘bersetubuh’ dengan DAP dan PKR. Sebab tulah hasilnya ‘MERAPU’ yang dia dapat. Sikit-sikit salahkan UMNO. Dasar PAS kemaruk kuasa tapi tiada pemimpin berkelibar. Hampeh punya PAS!

    Reply
  • August 18, 2011 at 8:50 am
    Permalink

    Apa tidak benarkah ada umat Islam yang sedang dalam proses dimurtadkan wahai cikgu Pa? Bukankah kita sering diingatkan bahawa jika datang sesuatu berita kepada kita, maka eloklah disiasat, dikhuatiri ianya berita yang sengaja disebarkan oleh orang-orang fasiq. Maka dalam kes ini, isunya benarkah ada orang-orang muslim yang berbuka puasa di dalam gereja haram tersebut? Kenapa bila sudah berkuasa kerajaan pembangkang, isu muslim cuba dimurtadkan tidak lagi siknifikan berbanding kepentingan politik? Jawapannya mudah, keprihatinan cikgu dan juak-juak parti ajaran sesumpah anutan cikgu itu hanya menggunakan isu murtad Aisyah dulu semata-mata untuk kesempatan politik kontemporari. Cikgu… saya bukan alim ulama yang layak menasihatkan cikgu, tetapi sedarlah cikgu, akhirat itu benar, syurga dan neraka itu juga benar, bermain politik ada batasnya, ingat pesanan Rasulullah SAW, siapa saudara kita yang sebenarnya? Jangan sampai bila sudah tiba cikgu menyahut panggilan Illahi kelak, tiada orang sekeliling yang boleh menguruskan jenazah cikgu, kerana semuanya telah berjaya dimurtadkan! Nau’zubillah min zalik.

    Wallahu’alam.

    Reply
  • August 18, 2011 at 9:25 am
    Permalink

    tak perlulah nak perjuangkan pemimpin2 yg dh mula songsang atas landasan nye…tak perlu lah membangkang dengan hati sendiri yang mula dah berdetik dan sangsi…tak perlu lah dengan mencarik juga kesalahan org lain untuk memujuk hati sendiri….berbalik lah pada yang benar tetap benar..yang salah tetap salah…pikor lah

    Reply
  • August 18, 2011 at 10:54 am
    Permalink

    Hassan Ali hanya diberitahu setelah selesai sportcheck…. Tapi Hassan Ali Gentleman, dia bertanggungjawab atas kerja kakitangan dia. Sebab tu dia sanggup dipecat… Cuba kita pandang sebentar isu lain contoh yg. baru iaitu ada 2 ketua pengarah JKR, ada menteri dia nak bertanggungjawab? Isu SPR timb. pengarah kata isu perkeranian bila ada pertindihan alamat dan pengundi?…. jauh dari bertanggungjawab.
    Mustafa Ali dakwa ada maklumat sahih dan dipercayai… so apa lagi UMNO tunggu kalau tak terlibat, saman la….. jangan setakat cakap je… atau UMNO tau memang mereka terlibat. UMNO tolong jangan guna Sultan untuk sekat maklumat, Rakyat sedar siapa yg. cuba gagalkan usaha PAS untuk jernihkan keadaan dan menegakkan yg. HAK. Sekarang bila JAIS dan DUMC tolak/tangguh perjumpaan dengan PAS, UMNO melalak pula PAS takda pendirian!!! sedang UMNO dah sekat awal2 pertemuaan PAS dengan JAIS dan DUMC.

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:30 am
      Permalink

      Macam mana nak tadbir Negara kalo nak tadbir negeri pun tak mampu dan asyik salahkan org lain..UMNO tak berkuasa di Selangor..pelik gak kalo UMNO bleh nak sekat JAIS dari bertemu dgn mana-mana pihak seperti Sdr Bujuk nyatakan….pelik kan??

      Reply
    • August 18, 2011 at 11:32 am
      Permalink

      sultan tak menyebelahi depa, depa kata UMNO guna sultan pulaak.. depa dah menang 5 negeri kata UMNO gunakan SPR.. depa kalah kat mahkamah depa kata UMNO gunakan Mahkamah.. orang depa melompat parti depa kata UMNO bayaq..

      Reply
      • August 18, 2011 at 1:33 pm
        Permalink

        YG PASTINYA… TUHAN DAH JDKAN NERAKA DAN SYURGA.. SAPA WAT JAHAT MASUK NERAKA. SAPA WAT BAIK MASUK SYURGA…

        Reply
        • August 18, 2011 at 1:55 pm
          Permalink

          yep…. yang ni aku setuju… dan aku harap PAS stop la gune islam demi kepentingan politik parti biaDAP lagi kurang ajar….

          Reply
    • August 18, 2011 at 1:20 pm
      Permalink

      sudah2 la bujuk.. Daripada ko spin sana sini
      lebih baik ko duduk kat sejadah banyakkan zikir..

      Reply
      • August 18, 2011 at 2:43 pm
        Permalink

        InsyaAllah aku akan terus zikir dan mohon petunjuk Allah. Tapi taklah duduk atas sejadah sepanjang hari.

        Reply
        • August 18, 2011 at 2:54 pm
          Permalink

          tak salah duduk atas sejadah sepanjang hari utk berzikir drpd
          duk fitnah org sepanjang hari..

          Reply
        • August 18, 2011 at 6:32 pm
          Permalink

          Sebab nak salahkan UMNO lupe isu sebenar? Isu sebenar orang Islam sedang dimurtadkan di DUMC. Ada orang yg tahu mengenainya buat aduan kepada JAIS dan JAIS pergi siasat. Kalau so happened orang yg mengadu itu ahli UMNO, so what? . Yang penting menyelamatkan orang Islam dari dimurtadkan….kenapa spin pasal UMNO nak kenakan PAS lah, apalah….hai, bodoh, bodoh!

          Reply
        • August 18, 2011 at 10:20 pm
          Permalink

          DALAM BULAN PUASA NI AJE DAH BERAPA KALI PAS KANTUL PASAL MENIPU.. PASAL I.C LA, PASAL GEREJA LA, PASAL LOUDER LA… ALLAH KALAU NAK TUNJUK PADA SAPA YANG DIA BENCI MAKA TAK ADA SAPA YANG LEH MENGHALANG…
          PADA PAS AKU HARAP ASINGKAN JE LA PERJUANGAN POLITIK NGAN AGAMA TU, MAKIN LAMA AKU TENGOK MAKIN KACAU KO ORANG WAT..
          BIALAH NGO JALANKAN PASAL AGAMA, DULU PAS KATA HARAM KERJA SAMA NGAN KAPIR TAPI ARI NI MEREKA MAKIN TERUK DARI YANG MEREKA KATA PADA UMNO…
          TAUBAT JE LAAAA…

          Reply
          • August 20, 2011 at 12:05 am
            Permalink

            TAMBAH SATU LAGI…PASAL 4 EKOQ TENTERA JADI TUKANG PANGKAH UNDI POS….HAHAHA

    • August 18, 2011 at 1:45 pm
      Permalink

      bujuk..ko jgn kurang ajar sgt menuduh sultan mudah dipergunakan oleh umno..kenyataan ko seolah olah umno mengawal sultan…ko nk raya dlm lokap ke tahun ni…kalau nk, bg tau la…

      nk spin, ko spin la smpai pelingkop pun dunia ni, tp ape kena mengena dgn sultan utk sekat maklumat plak…yg halang JAIS dr bertemu sesiapa pun termasuk umno adalah titah/perintah sultan tanpa dipengaruhi oleh mane2 pihak pun..ko tuduh sultan dan umno berpakat yea????… ‘umno dah sekat awal2 pertemuaan PAS dgn JAIS dan DUMC’….bujuk…baik ko minta maaf secara terbuka pada sultan disini…nk mkn ketupat dlm jail ke…

      Reply
      • August 18, 2011 at 1:56 pm
        Permalink

        puak pembangkang memang kurang ajar… raja pon dah tak hormat…
        bongkak dan sombong…

        Reply
        • August 20, 2011 at 12:07 am
          Permalink

          depa akan hormat kalau raja bertitah yang ada sikit2 menyebelahi depa…kalau sebaliknya…siap la….

          mmg politik pembangkang ni politik yang amat dahsyat kejinya….

          Reply
      • August 18, 2011 at 2:28 pm
        Permalink

        mr.bujuk ketupat , terlajak kata buruk padahnye, asik nk spin jea,skrg terspin lidah sndri…mana mau larii haaaaa……bila mau mintak ampun haaaaaa….

        Reply
    • August 18, 2011 at 1:57 pm
      Permalink

      Jangan Menghina Sultan..buruk padahnya

      Reply
      • August 18, 2011 at 7:13 pm
        Permalink

        Nama je islam.Baik masuk je kristian

        Reply
    • August 18, 2011 at 2:00 pm
      Permalink

      alaa….. PR … kalau sehari tak menipu , tak mengutuk, tak menfitnah hemmmmmmm…. susah diaorg tu nak lelap mata tido

      Reply
    • August 18, 2011 at 2:05 pm
      Permalink

      Tuan bujuk,
      “Mustafa Ali dakwa ada maklumat sahih dan dipercayai… so apa lagi UMNO tunggu kalau tak terlibat” macamana nak saman, kalau maklumat belum dikeluarkan.
      “UMNO tolong jangan guna Sultan untuk sekat maklumat” murka sultan selangor kalau baginda dengar kenyataan ni.
      “Rakyat sedar siapa yg. cuba gagalkan usaha PAS untuk jernihkan keadaan dan menegakkan yg. HAK.”
      Saya sebagai rakyat negeri selangor ingin mengetahui isi kandungan laporan JAIS sebab:
      1. MB Selangor telah menyalahkan JAIS sebab “menyerbu” premis DUMC ni
      2. MB Selangor telah awal2 memohon maaf atas “keterlanjuran” JAIS “menyerbu” premis DUMC
      3. PAS melalui Khalid Samad telah menyalahkan JAIS
      4. Setiausaha PAS pun telah menyatakan JAIS keterlaluan
      5. PAS tidak mahu menerima laporan Hassan Ali sebagai Exco agama Selangor berkenaan tindakan JAIS ni

      Reply
      • August 18, 2011 at 2:37 pm
        Permalink

        Haaaa.. tau pun hang JAIS belum keluarkan laporan, tapi blog UMNO dah dedahkan laporan pada Awam. Sultan tak bagi JAIS jumpa PAS bimbang maklumat terlepas… jadi UMNO dapat maklumat dari mana hingga e-mail2 pun berterabur maklumat serbuan DUMC. Kalau ada orang dalam, patut dipecat kalau benar maklumat terlepas keluar.
        Aku tak bermaksud Sultan diarah oleh UMNO tapi ada peranan UMNO dalam isu ni.

        Reply
        • August 18, 2011 at 2:55 pm
          Permalink

          nk spin lg ke…baik ko mintak maaf pd sultan…berhajat sgt nk jumpa baginda sultan selangor ke…

          Reply
        • August 18, 2011 at 5:13 pm
          Permalink

          Dengan bangganya tuan bujuk menulis “Haaaa.. tau pun hang JAIS belum keluarkan laporan, tapi blog UMNO dah dedahkan laporan pada Awam”.
          Laporan apa yang telah di dedahkan diblog2 tuan bujuk. Apa yang keluar diblog2 UMNO adalah berita yang bersumber bukan dari laporan yang dikeluarkan JAIS.
          Tuan bujuk pasti telah mahir apa yang dimaksudkan, berita, maklumat dan laporan. Laporan biasanya akan dibuat dengan lebih terperinci dan didalamnya terkandung maklumat2 berkenaan pemeriksaan tersebut, waktu dilakukan pemeriksaaan, siapa yang melakukan pemeriksaan, siapa yang diperiksa dan berbagai lagi dan akhir sekali sudah pasti maklumat hasil pemeriksaan. Hasil pemeriksaan inilah yang ditunggu oleh, saya, rakyat, tuan bujuk, para bloggers, PAS dan juga MB Selangor.
          Berbeza dengan berita seperti yang terkeluar di dalam blog2, ianya masih boleh dipertikaikan, diperdebat dan dispin seperti apa yang dilakukan oleh tuan bujuk dan rakan2.
          Berkenaan email yang berterabur2 tu, sedang maklumat SPR yang para pegawainya telah melakukan akujanji lagi boleh boleh tersebar dan diakui benar oleh tuan dan rakan2 apa lagilah maklumat seperti yang berlaku di malam pemeriksaan di DUMC. Hanya perbincangan antara JAIS dan DUMC sahaja yang tertutup (Ini akan keluar dalam laporan) yang selebihnya tuan dan rakyat Malayisa lihat sendiri, di RTM, TV3, Astro Awani dan dikalangan mereka yang terlibat secara langsung yang berjaya membuat rakaman dari Handphone dan upload ke you tube.( Ini tidak termasuk dalam Laporan JAIS).

          Reply
          • August 19, 2011 at 12:15 am
            Permalink

            syabas.. bujuk tgh cari ayat tuh untuk spin balik.. kena sekolah si bujuk nih.. kita kasi penin sama bujuk untuk membezakan pulak record dan report, record dan document.. tuh tgh google lah tu..

          • August 19, 2011 at 7:52 am
            Permalink

            Untuk elakkan fitnah dan spin yg. salah aku stop dulu supaya puasa aku tak sia2….jadi tunggulah laporan JAIS, sebab laporan yg. ada sekarang boleh dipertikaikan.

  • August 18, 2011 at 11:07 am
    Permalink

    Bulan puasa pun Cikgu Pa ni nak menipu and fitnah…apa kena mengena dgn UMNO pulak…

    Reply
  • August 18, 2011 at 11:23 am
    Permalink

    kalau betul pun umno terlibat apa masaalah nya.ini soal akidah dan ada bukti yang jais dapat.

    Reply
    • August 18, 2011 at 2:02 pm
      Permalink

      ape pulak bukti yang cikgu pa ni ade ek?… kalau ade, tunjuk la….nak buat pe simpan2…
      biasa la…cakap je lebih….tapi sebenarnye takde pon….saje nak gune peluang ni kaitkan UMNO untuk burukkan name UMNO…

      Reply
    • August 18, 2011 at 2:04 pm
      Permalink

      yup betul, disokong, kalau betulpun UMNO terlibat, apa salahnya, sekurang2nya sebagai badan politik yg jadi pembangkang di Selangor yg tiada kuasa nak ambil tindakan memberikan maklumat sampai terkongkar cerita dan rahsia ‘thanks giving’ yg org PR atau PAS yg takut sangat nak amik tindakan. Heran, org yg cuba nak buat baik dituduh bermacam macam, dah katanya parti Islam kununnya,,, perangai…hemmmm mcm berok dapat cincin .. mcm kadok naik junjung, mcm kacang lupakan kulit yg lagi tepat mcm org Islam lupakan asal usul perjuangan … biar tergadai asal berkuasa …

      Reply
  • August 18, 2011 at 12:12 pm
    Permalink

    Kalau UMNO menjadi dalang sekali pun, ianya amat “syahid” kerana menghalang umat Islam murtad bilamana UMNO tahu ada kegiatan seumpama itu dan melaporkan nya kepada JAIS.

    Reply
    • August 19, 2011 at 11:29 pm
      Permalink

      Kalau dalang tu buat kerja LILLAHITAALA insyAllah kalau mati dapat Syahid, tapi kalau buat kerana PARTI atau nak busukkan nama orang malam sikit… masuk neraka lagi ada.
      Aku sebenarnya tak faham apa masalah yg. sebabkan korang marah PAS?
      PAS melalui EXCO nya telah pertahankan tindakan JAIS, PEMUDA pula akan pertahankan Aqidah umat Isalm dengan Nyawa dan Darah, Pimpinan pusat walaupun bukan bidang kuasanya cuba membantu jernihkan keadaan dengan berjumpa pihak2 terlibat. Mungkin ada sorang berdua yg. bantah tindakan JAIS tapi bukan MAJORITI. Masalah korang disini melihat seorang berdua pimpinan PAS sebagai suara MUTLAK PAS sedang suara MAJORITI dan BERWIBAWA dikesampingkan. Siapa KHALID dalam PAS? naib Presiden, Timb.Presiden atau apa? Dalam PAS selangor pun Pesuruhjaya PAS(Dr.Abdul Rani) kata PAS akan ambil tindakan tegas jika terbukti DUMC menarik umat Islam kepada Kristian. Tapi kena tunggu laporan yg. sahih dan sah, masalahnya korang serang membabibuta, tampa sedar pemimpin UMNO langsung tak buat apa2…

      Reply
  • August 18, 2011 at 12:18 pm
    Permalink

    Ini soal memurtadkan orang Islam oleh pendakyah kristian …

    jgn di lihat dari sudut UMNO mau pun PAS ..

    Sepatutnya kamu, Mustapha Ali menyokong tindakan pencegahan ini …

    bukan mengutuk dan mencemuh ..

    Bodoh benar kamu ini Mustapha Ali … dan Celaka lah hidup kamu wahai Mustapaha Ali..

    Reply
    • August 19, 2011 at 11:31 pm
      Permalink

      Bila pulak cikgu Pa bantah siasatan ni….?
      Ko faham bahasa melayu tak?

      Reply
  • August 18, 2011 at 1:52 pm
    Permalink

    Kita semua tunggu sahajalah maklumat dalaman dari cikgu Pa ni, kalau ada.

    Maklumat dalaman saya pula. Bagaimana UMNO terlibat dalam Isu ini:
    1. Hassan Ali adalah bekas ahli “UMNO”
    2. Pegawai JAIS tu bukan ahli PAS, jadi mereka2 ni dikira penyokong “UMNO”
    3. Pegawai2 polis terlibat adalah di bayar gaji mereka oleh kerajaan “UMNO”
    4. 12 orang melayu itu pun bukan ahli2 PAS dan mungkin penyokong “UMNO”

    Reply
    • August 19, 2011 at 12:18 am
      Permalink

      satu lagi jangan lupa.. tiada yang lain selain umno belaka ( tu maklumat sampingan )

      Reply
  • August 18, 2011 at 2:52 pm
    Permalink

    Umno – United Malay No OTAK…

    ramai pencacai umno kat sini ….

    Reply
    • August 18, 2011 at 2:56 pm
      Permalink

      dan ramai juga penjilat telur anwar..

      Reply
    • August 18, 2011 at 3:06 pm
      Permalink

      laaaaa..mimpi disiang hari rupanye C3 bodoh ni…ko ingat ko berforum di portal msiakini ke skrg ni..adoiiii tololnye…wake-up C3….wake-up…ko skrg berada di portal kumpulan menyokong umno la…sesat serba serbi ko ni…ini la contoh terbaik manusia yg tak tahu dimana langgit dijunjung dan dimana bumi di pijak..main redah jea mcm boss dia..sama rata sama rasa…

      Reply
      • August 19, 2011 at 10:38 pm
        Permalink

        stingray…c3 n the manada tempat lain…kat malaysiakini kena bayar..malaysiatoday pun kena bayar…page fb n.aziz, hadi awang, lim kit siang….sume takleh write on d wall…fb najib mykmu nyer web comment free…mana lagi diorang nak pegi????

        Reply
    • August 18, 2011 at 5:16 pm
      Permalink

      Nama pun blog kumpulan penyokong UMNO tuan………

      Reply
      • August 19, 2011 at 10:39 pm
        Permalink

        hang punya komen kalau c3 baca n tau lak malu…huhu…kalau aku dah malu sesangat dah nie…takper..nnti dia spin len kali suh admin mykmu letak..hanya ahli umno sahaja komen…bukan ahli umno sila g m2day, malaysiakini dan bayar untuk komen

        Reply
    • August 19, 2011 at 12:00 am
      Permalink

      alamak..bangangnye c3 ni..bukan je buta hati malah mata pun buta..

      Reply
    • August 20, 2011 at 12:10 am
      Permalink

      kesian aku tgk hang c3…

      Reply
  • August 18, 2011 at 2:52 pm
    Permalink

    astargfirullah…..

    Reply
  • August 18, 2011 at 2:53 pm
    Permalink

    PAS minta jumpa dengan JAIS dan DUMC kerana tak mau terperangkap. Tapi jika telah disekat bagaimana PAS nak keluarkan kenyataan yg. korang mintak. Bukan masalah tak percaya pada Hassan Ali tapi PAS mahu maklumat lengkap dari kedua belah pihak. Tidak timbul isu PAS lebih percaya pada DUMC atau sebaliknya. Maklumat dari internet dari blog pro UMNO tak boleh dijadikan barang kes bila diperlukan. Jadi sabarlah sehingga semua selesai untuk mendengar pendirian PAS.

    Reply
    • August 18, 2011 at 3:18 pm
      Permalink

      kalau PAS tak mau terperangkap dan mahu mendapat maklumat lengkap dari kedua belah pihak, kenapa PAS terlalu cepat menyalahkan JAIS, UMNO dan hasan ali..kenapa pulak PAS terus mintak ampun pada paderi2 tu sebelum kononnye ” jadi sabarlah sehingga semua selesai untuk mendengar pendirian PAS “…..munafik tahap ape ko ni???..bila nk mintak maaf pada sultan ni…dh 3kali aku ingatkan….

      Reply
      • August 19, 2011 at 7:35 am
        Permalink

        Bila pulak PAS minta ampun pada paderi dan salahkan JAIS..(minta sumber). PAS perlu keluarkan kenyataan kerana media UMNO terlalu menekan dan menyalahkan PAS dalam isu ini. Dalam Harakah PAS jelas nyatakan menerima laporan dari Dr.Hassan, tapi masih perlu jumpa JAIS dan DUMC untuk maklumat terperinci dan tak mahu terperangkap kerana Dr.Hassan hanya dapat maklumat selepas kejadian. Dalam myKmu sendiri berapa banyak isu spin PAS bersalah dalam isu ni sedang laporan lengkap JAIS belum keluar.
        PAS melalui lidah PEMUDA jelas akan pertahankan Aqidah umat Islam dengan darah dan Nyawa… kenapa UMNO dan utusan fitnah kata PAS menyerang dan tidak sependapat dengan Pemuda? kenapa nak laga2kan PAS?
        Aku berpendirian jika perkara ini benar maka k’jaan perlu ambil tindakan tegas kepada Gereja tersebut supaya perkara sama tidak berulang. Aku juga berharap k’jaan pusat keluarkan garis panduan jelas kerana yakin perkara ini berlaku disemua tempat/negeri untuk pertahankan Aqidah umat islam m’sia, sekali lagi diingatkan undang2 murtad perlu dugubal dan UMNO perlu menyokong jika benar ingin pertahankan Aqidah umat Islam.

        Reply
    • August 18, 2011 at 3:21 pm
      Permalink

      kenapa pulak pas nak jumpa jais dan dumc.kenapa kes anwar tak nak jumpa saiful dan datuk trio atau sesiapa yang terlibat untuk berlaku adil.kenapa ada double standard.

      Reply
      • August 18, 2011 at 5:23 pm
        Permalink

        Dalam hal ini sebenarnya PAS telah tidak dapat membezakan antara pentadbiran kerajaan, pentadbiran parti2 politi dan juga bidang kuasa antara keduanya. Jadilah akhirnya duit pentadbiran kerajaan negeri digunakan malah dimasukkan didalam badget untuk melakukan propaganda politik seperti di selangor.

        Reply
        • August 19, 2011 at 11:34 pm
          Permalink

          PAS bukan ALONG, tapi hanya nak TOLONG, sebab belah sana dah MELOLONG.

          Reply
    • August 18, 2011 at 5:29 pm
      Permalink

      Sebagai parti dan bukan kerajaan, PAS sepatutnya boleh mempercayai laporan yang dibentangkan oleh Hassan Ali dalam pertemuan di Pejabat PAS di KL, kerana Hassan Ali adalah ahli PAS yang dipertanggunjawabkan memegang pentadbiran EXCO Hal Ehwal Islam.

      Reply
      • August 19, 2011 at 10:42 pm
        Permalink

        komen ko mmg bernas…tapi mereka2 ni xleh terima hakikat yg ALLAH jadikan manusia itu serba serbi lemah…ye laa…kalau duk baca status n.aziz kita paham kenapa mereka jadi camnie..kalau kita guna ayat..kami panjatkan doa….dan lebih besh lagi bila doa kita doa kata kita hine….kita lemah…tapi n.aziz punya status…saya utuskan pada ALLAH..maaakkk aihh..ngn ALLAH pun dah pakai utusan…main utus2….ayat dah gambar dia hebat..sbb tue pnegkikut sume rasa n.aziz tu hebat sgyt….cam padayaappaaa

        Reply
    • August 19, 2011 at 12:28 am
      Permalink

      diii seeekaat konon.. maklumat lengkap konon, korang tak meluatkah jika terlalu banyak alasan tak munasabah? maka setiap kali itu juga UMNO UMNO UMNO.. hujah panjang lebar tapi jadi kosong bila kesimpulannya terpacul UMNO.. hangpa mana ada pendirian dan buat apa kami nak bersabar sebab akhirnya nothing, hangpa mana ada teloq.. dok tung tang tung tang.. hadis bagai.. pengabisnya ” marilah kita bermusuhan, marilah kita menuju kehancuran, marilah lacurkan Islam kerana kami sukakannya”.. bosaaann..

      Reply
      • August 19, 2011 at 7:44 am
        Permalink

        Apa tindakan UMNO dalam isu ini selain salahkan,kutuk maki dan keluar semua perkataan yg. buruk pada PAS?
        Apa tindakan UMNO untuk bawa mereka yg. bersalah kemuka pengadilan?
        Benar ini bidang kuasa Sultan yg. menjadi ketua agama Islam negeri, tapi bukankah ini melibatkan perlembagaan yg. menjadi bidangkuasa pusat?
        Dikatakan ada orang kenamaan, minta nama mereka disiarkan terutama jika mereka adalah melayu/islam.

        Reply
        • August 19, 2011 at 6:05 pm
          Permalink

          loh… bidang kuasa pusat puuullaaak.. lepas kerajaan pusat, di salahkan nenek moyang pasal melahir kan keturunan nya sehingga dia jadi Melayu dan Islam.. lepas tu kata Allah samseng ( cam poknik katakan ) pasai tak bagi pas menang pilihanraya.. hmnnn subahanallah..

          Reply
        • August 19, 2011 at 6:07 pm
          Permalink

          hang pusing macammana pun kat situ jugak bujuk…

          Reply
  • August 18, 2011 at 3:53 pm
    Permalink

    Bulan Puasa ni kalau kita memperbanyakkan selawat dan berzikir … banyak pahalanya . Tapi kalau kita asyik menyebut “bodoh/ bahalul /tolol dsb …kita sendiri yang rugi.
    Budak budak belum cukup akal jangan dilayan….

    Reply
    • August 19, 2011 at 12:32 am
      Permalink

      Terima kasih Nyonya.. tak sangka pulak dalam aku dan meluat hingga tahap gaban pada juak2 yang kononnya Islam tapi tak abes2 mengajak manusia kearah kehancuran.. terbaca komen Nyonya.. mmg tak nak layan, tapi gaban dah menguasai tahap meluat.. semoga Allah melindungi kita dan memberi kesabaran kepada kita..

      Reply
  • August 18, 2011 at 4:52 pm
    Permalink

    Cikgu Pa ni dapat bukti dari dalam seluar dia la tu…

    Reply
  • August 18, 2011 at 7:18 pm
    Permalink

    Memang.Dia akan tayangkan dua biji telur dia sebagai bukti

    Reply
  • August 18, 2011 at 9:02 pm
    Permalink

    Dulu: PAS = Parti Islam Semalaysia
    Sekarang: PAS = Parti Kristian Semalaysia

    Tahniah MuShitDol babi mAMPOS Tok Garu Nik Najis Nik Barua….

    Reply
  • August 19, 2011 at 3:00 am
    Permalink

    Salam. Apakah motifnya Pas betindak sedemikian? Menuduh saudara islam mereka sebagai dalang dalam isu ini. Inilah menunjukkan Pas sudah tidak lagi relevan dalam hal keislaman. Eloklah juga Perkasa nak gantikan Pas dalam hal mempertahankan kesucian islam. Umno tidak pernah mengagungkan diri dengan keislamannya tetapi tetap bertindak dalam menjaga dan mempertabatkan islam sebagai agama rasmi negara mengikut peruntukan perlembagaan. Selama itulah islam ini berdiri teguh dinegara ini. Bukan setakat itu sahaja bahkan dikembangkan keislaman negara kita ini dimata dunia dengan membantu negara-negara islam lain seperti Bosnia, Palestine, Somalia dan lain-lain lagi. Isu ini adalah isu agama islam. Isu umat islam. Menjadi tugas dan kerja kita mempertahankannya. Bukan Umno atau Pas tetapi umat islam 1 Malaysia sebagai menyambung usaha yang pernah dilakukan baginda rasul. Dakwaan ini tidak patut dilakukan diketika kita dituntut untuk bersatu dalam mempertahankan islam dan menyelamatkan sedozen umat islam yang sedang menuju ke neraka. Kita sepatutnya bersatu dalam memikirkan apakah cara untuk menutup pintu neraka kepada mereka-mereka ini. Ini bukan soal politik tetapi soal akidah. Pernahkah kita berfikir bagaimana untuk kita menyatukan umat? Berapa banyak masa dalam sehari yang telah kita gunakan untuk agama? Berapa banyak pula hari ini orang ramai yang telah kita jumpa untuk mendekatkan mereka kepada Allah? Andai kata 12 orang ini berkata kepada Allah bahawa “Kami ke neraka kerana tidak pernah ada orang Pas dan Umno yang datang kepada kami menceritakan tentang kebesaran Kamu. Tetapi mereka menyalahkan antara satu sama lain apabila kami berpaling daripada agama Kamu”. Apa kita nak jawab depan Allah nanti? Marilah kita bersatu seolah-olah kita tidak pernah bersatu dalam mempertahankan, mempertabatkan dan menyelamatkan islam dan umat Muhammad. Tolong sampaikan kepada mereka-mereka yang berkenaan dan yang tidak membaca komen ini. Mana yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu juga dari Allah atas KELEMAHAN saya sebagai hambanya.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU

    BOIKOTLAH BARANGAN CINA DAN KEDAI CINA

    Reply
  • August 19, 2011 at 8:15 am
    Permalink

    Demi menjaga Aqidah Umat Islam dan mengelak perpecahan umat atas perkara penting ini Umat Islam tampa mengira PARTI patut bersatu mempertahankan Aqidah saudara2 kita. Jangan selepas sejuk isu ini kita tak buat apa2 hingga berlaku lagi perkara yg. sama. Semua jabatan Agama Islam (semua negeri) patut menyusun semula tindakan dan gerakkerja supaya umat Islam tidak dengan mudah meminta bantuan dan pertolongan pada gerakan dakwah Agama lain. Guna sepenuhnya kuasa dan ekonomi untuk pertahankan Aqidah umat. YB2 perlu mencari jalan untuk menggubal undang2 murtad di parlimen sejajar dengan peruntukan perlembagaan, kita tiada masa untuk bertelagah dan saling menyalah mempertahankan ego masing2 kerana Aqidah umat lebih penting dari segalanya. Ia lebih penting dari isu bangsa apatah lagi parti. Jangan kita leka kerana perkara sama akan berlaku pada keluarga kita jika tiada tindakan segera dan bersama. Dengan kerjasama UMNO dan PAS, Islam akan lebih kuat dan dipandang mulia. Pemimpin kedua pihak bersempena Ramadhan dan Syawal yg. bakal menjelang hubunglah tali persaudaraan kita dengan Iklas kerana Allah dan sama2 kita berjuang untuk Islam. Kita takkan kemana selagi kita saling salah menyalah, tiada siapa salah semuanya apatah lagi betul semuanya. Selagi nama kita manusia sentiasa terbuka kepada kesalahan, kerana itu perlu ada kawan dan lawan untuk menegur salah dan silap kita. Jika kita bertelingkah maka mari kita kembali pada Al-Quran sebagai HAKIM yg. sentiasa benar.

    Reply
    • August 19, 2011 at 4:23 pm
      Permalink

      Masalahnya parti yang kamu sokong tu ikut ke tidak dengan nasihat kamu berikan ni?

      Kita tengok Dato Seri Anwar Ibrahim diam sungguh dalam isu ini..mengapa eh? Pelbagai persepsi boleh diandaikan

      Apa kata kamu post nasihat kamu ni dan tampal disetiap MARKAS PAS sebelum terlambat takut nanti disalib pula markas² tersebut..hehehehe

      Reply
      • August 19, 2011 at 11:39 pm
        Permalink

        Apakah Najib ada berkata2 sesuatu….?
        Jangan hanya nampak apa musuh buat, tapi tak sedar pemimpin sendiri pun sama tak buat apa2. Baik lagi TunM kata isu ni besar dan sensitif, perlu dapatkan segala maklumat sebelum bertindak… sama seperti kata TGHH.

        Reply
  • August 19, 2011 at 4:17 pm
    Permalink

    Adalah menjadi HARAM untuk rakyat Malaysia menyokong atau memangkah atau menujukkan sifat atau riaksi bersetuju terhadap Parti Islam Se-Malaysia atas dasar parti ini adalah kerana:

    1) Pengkhianat
    2) Penyebab pemecahan umat Islam
    3) Membawa keraguan tentang Islam
    4) Memberi ruang dan peluang musuh Islam berkuasa
    5) Mengeluarkan fatwa² yang hanya memihak terhadap Democratic Action Party
    6) Menjadi punca mengoyahkan sistem kesalamatan negara
    7) Membawa fahaman yang menyimpang terhadap umat Islam di Malaysia
    8) Tidak mempunyai pendirian tetap
    9) Membawa kepada keadaan kucar-kacir melalui demonstrasi jalanan yang tidak membawa faedah
    10) Menyekat pertumbuhan serta modal insan umat Islam khususnya orang melayu.

    Hanya dengan 10 sebab wajib Melayu tolak PAS..

    Manakala wajib Melayu untuk menyokong UMNO

    1) Membawa perpaduan kepada umat Islam khususnya orang melayu dari segi ekonomi dan juga politik selama 50 tahun dan lebih

    2) Memberi peluang terhadap kaum bumiputra khususnya yang beragama Islam untuk berkerjaya dan mempunyai masa depan

    3) Memberi kerjasama terhadap badan² Islam secara antarabangsa melalui pelbagai program².

    4) Tidak sama sekali mencampur adukkan agama dengan kepentingan politik
    5) Tidak mengeluarkan fatwa yang menentang parti lawan yang mana akhirnya membawa kepada kebingunggan dalam pengetahuan Islam

    6) Sentiasa membela nasib orang Islam dari segi ekonomi dan penstrukturan
    7) TANPA UMNO TIDAK AKAN ADA MELAYU YANG BERDAYA SAING
    8) Memberi peluang kepada orang melayu menjawat jawatan penting dan memainkan peranan baik di sektor swasta dan juga kerajaan

    9) Kalau Pakatan Rakyat mengambil alih segala posisi orang melayu yang mana skong umno atau tak sokong UMNO akan diubah digantikan dengan Cina² yang dah lama ketagihkan projek² kerajaan jawatan² penting GLC dan juga berkuasa

    10) Kerana PAS itu bachul dan hanya berani terhadap UMNO tetapi tidak pernah langsung pun PAS bekeras terhadap MCA atau MIC..jadi disini kita boleh bertapa lemahnya PAS didalam Pakatan

    11) PAS parti kuda tunggangan DAP & Anwar Ibrahim

    Reply
    • August 19, 2011 at 10:47 pm
      Permalink

      skundel..kita hujah camner pun dah dalam alquran kata ALLAH tutupkan hati mereka….pekakkan telinga mereka…butakan mata mereka…mereka tahu salah dan haram…tapi sbb dah pekak bisu bodoh dan buta….susahlah….saya ditanya kenapa zulkifli nordin transform 360….saya terbaca kenyataan dia masa dia ngaku tipu ulama tantawi nak bg tantawi ckp anwar difitnah…kita boleh bayangkan masa ZN ngn anwar hatinya ALLAH tutup….telingganya pekak..matanya buta…akal nyer…jadi saya percaya pengikut pas pun dah jadi camtue skang……dah takder dah dgr suara mendabik dada n.aziz duk bawah..buat air utk tetamu, pakai keta buruk and pulang keta kerajaan jam 5…duk umah kayu…..xda dahhhhhhhhhhhh

      Reply
      • August 19, 2011 at 11:48 pm
        Permalink

        Tolong laaa…. cakap PEMBELOT ko percaya?
        Masa dalam PR semua Anwar betul, beliau dipecat diulang dipecat… bukan undur diri bro. Ko masih boleh terima kalau dia undur diri dengan bermarwah… tapi undur kerana di pecat maknanya tiada disiplin dan tak tau berorganisasi. Sama juga gobala dan lain2, keluar kerana tak dapat jawatan… orang macam ni tak boleh percaya. Dapat habuan semua baik, bila tak dapat habuan itu salah, ini salah… UMNO tunggu masa tuan2 akan sampai bila PRU13 kalau korang tak lantik PEMBELOT ni jadi calon BN.
        Orang yg. Allah sebut dalam surah yaasiiiin tu ialah orang yg. tidak terima dakwah para Nabi, sekarang ni Alim Ulamak.(Ulamak adalah pewaris Nabi). Boleh sebut ulamak mana UMNO ikut…?
        Apa ulamak UMNO sebut dalam isu ni…?

        Reply
        • August 20, 2011 at 12:14 am
          Permalink

          weiii…Dr M suruh Mat Gay berundur la dari jawatan TPM…dia yang nak lawan tetap lawan….kena la..dah ada kes tu blah la senyap2…sapa pun taktau…ingat org suka aibkan org lain….nak lawan…terima habuan la…

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *