Baru keluar IJN dah mula bertugas..takut hilang kerusi MB Kedah ke?

Share
Mungkin kerana takut hilang kerusi Menteri Besar yang disandangnya, Ustaz Azizan Razak masuk bertugas juga walaupun doktor telah menasihatkannya supaya berehat. Malah, Azizan sendiri mengaku bahawa dia mnadapat MC hingga 29 Ogos ini (sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, jika nampak anak bulan!).

Sehari selepas dibenarkan keluar dari Insitut Jantung Negara (IJN) yang dulunya penubuhannya dikutuk Pas, Azizan terus menghadirkan diri dalam mesyuarat Exco Negeri Kedah. Dia tak mahu berehat dan nak mula bekerja juga walaupun secara tidak rasmi. Takut sungguh hilang kerusi Menteri Besarnya itu…

Menurut Azizan, dia masih lagi dalam pengawasan Doktor. Doktor secara rutinnya masih memeriksa tekanan darah, kandungan gula dan keadaan jantung Azizan Razak. Dan doktor juga mengesahkan tiada saluran di jantungnya yang tersumbat. Dia hanya perlukan rehat secukupnya. Itu saja.

Rehatlah Ustaz Azizan. Dengarlah nasihat doktor. Kalau sakit nanti, siapa yang susah? Rakyat Kedah juga, kan? Ingat tak dulu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak yang lumpuh? Memandangkan dia sakit begitu, maka dia dengan rela hati mengundurkan diri dari terus menjadi Menteri Besar. Mungkin dia tak mahu menyusahkan rakyat Kedah…

Begitu juga dengan Ustaz. Ustaz kena jaga kesihatan. Ustaz takkan tak tahu, Sayyidina Ali pernah menasihatkan supaya menjaga kesihatan. Ingat sihat sebelum sakit teruk, tak ingat? Ustaz berehatlah. InsyaAllah, nanti saya akan menziarah Ustaz di Sri Mentaloon. Itu pun kalau Ustaz buat rumah terbuka Menteri Besar pada Hari Raya nanti…

Saya sedar, mungkin Ustaz Azizan risau dengan kerusi Menteri Besar tu. Ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin Pas Kedah yang sedang mengintai tempat Ustaz itu. Depa dah lama teringinkan kerusi Menteri Besar Kedah tu. Rasanya, Ustaz Azizan sendiri pun sedar tentang hal ini, bukan?

Saya sedar, mungkin Ustaz tahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas Kedah seperti Mahfuz Omar, Ir. Amiruddin yang baru berbini dua, Phahrolradzi,Taulan dan ramai lagi yang memang “perembang” jawatan Ustaz Azizan. Ustaz kena hati-hati. Depa tu bukannya boleh dipercaya sangat. Kalau Ustaz tak percaya, Ustaz boleh tanya Kedah Civil Servant (KCS). KCS lebih tahu apa yang berlaku dibelakang Ustaz…

Justeru itu, saya ingin menyarankan pada Ustaz agar menjaga dan mengutamakan kesihatan Ustaz terlebih dahulu dari berpolitik. Kalau Ustaz tak tahan sangat, serahkan saja kerusi Menteri Besar itu kepada Mahfuz selepas PRU ke-13 ini. Dia dah lama mahukan kerusi tu. Kita tengok dia punya KPI pula. Dia kata dia “hebattt”…

Seperkara lagi yang saya nak beritahu Ustaz. Jangan percaya sangat dengan orang-orang kanan Ustaz tu. Saya ada ramai kenalan dalam Pas Kedah dan ada yang bekerja di Wisma Darulaman. Malah ada yang bekerja secara langsung dengan pejabat Menteri Besar. Maklumat yang saya terima, ada “musuh dalam selimut” yang sedang merancang sesuatu yang Ustaz sendiri tak berapa gemar…

Justeru itu, saya sarankan supaya Ustaz berhati-hati. Sakit Ustaz tu tak seberapa jika dibandingkan sakit “ditikam dari belakang” oleh orang sendiri. Pada saya, lebih baik ustaz berehat dan tumpukan sekejap masa untuk keluarga. Lagipun saya dengar, isteri kedua Ustaz ada masalah dengan Mahmud, anak lelaki Ustaz tu. Khabarnya dia sudah bertukar ke sekolah pondok setelah selalu ponteng sekolah, ponteng kelas dan nak jadi liar kerana bercampur dengan budak-budak nakal.

“Kullukum raa’in, wa kullukum mas’uulun ‘an ra’iyyatih”. Ustaz pemimpin keluarga juga,kan? Takkanlah Ustaz lupakan tanggungjawab Ustaz sebagai seorang ayah dan suami. Walaupun “Ustazah” itu isteri kedua, dia tetap isteri Ustaz juga, kan? Dan Mahmud itu pun zuriat dan waris Ustaz juga, kan? Harap Ustaz Azizan tahu mana keutamaannya…

26 thoughts on “Baru keluar IJN dah mula bertugas..takut hilang kerusi MB Kedah ke?

  • August 18, 2011 at 11:09 pm
    Permalink

    Menyedari diri berpaut pada dahan yang tidak seberapa kukuh. Menyedari diri bernaung dibawah kelompok payung yang mampu mengubah fatwa, maka azizan perlu segera ‘menyihatkan’ diri untuk bertugas walau doktor mengesahkan sebaliknya.

    Dua tiga sebab. Pertama mungkin dia memang risau ketiadaan nya lama lama kerusi nya bakal di tenggek olih orang lain, atas alasan azizan punyai masaalah kesihatan. Kedua mungkin dia memang kuat kerja. Ketiga mungkin dia rasa hari hari dia untuk duduk disitu bolih dihitung. Lepas PRU mungkin orang lain bawah bendera lain akan duduk disitu pulak. Maka dengan peluang yang ada walau terhad dia perlu ambil peluang itu untuk memuaskan diri atas kerusi empok MB. Takut apa yang berlaku pada jiran dia di Perak bakal menimpanya.

    Walau demikian dia perlu bersyukur kerana kembali diberi kesihatan dan belum lagi di jemput kealam abadi.

    Reply
  • August 18, 2011 at 11:24 pm
    Permalink

    Eh sape yg sekarang ni berpaut didahan yg rapuh??? Umno kalau tak der control terhadap media, dah lama bungkus.

    Kalau tak keje, org UMNO mesti kata MB Kedah dah nazak…apa salahnya dia keje…bukan major operation pun, seperti yg tersiar dalam web site yg kuat kencing mcm Mykemut.net ni…

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:42 pm
      Permalink

      Wow UMNO hebat.. UMNO hebat kerana berjaya control media, dalam politik semua boleh jadi.. sekali lagi BRAVO… Ini baru anugerah tuhan. waka ka ka

      Reply
      • August 19, 2011 at 9:54 am
        Permalink

        bkn control media..tp media sndri tahu yg mana yg betul utk dihebahkan..dan mana satu yg auta..yg wajar dielakkan..depa gak yg dapat dosa klu cita bnda2 petnah nih..

        Reply
  • August 18, 2011 at 11:39 pm
    Permalink

    oooooooooooooooooooooooiiiiiiiiiiiii rupe nye ustaz ni bebini due yop boleh tahan juge yoooooooooooooooo. Tak ku sangka MB teman ni bebini due kira duble barel la ihihihhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    Reply
    • August 18, 2011 at 11:48 pm
      Permalink

      Iyaaa la tu….ni mesti kes tidur dia diganggu oleh bacaan Al-Quraan la ni…….kena pulak mlm tu kat rumah barell yang muda…..subuh-subuh terjaga….jadik !!

      …terus jantung tersumbat…..

      Reply
      • August 19, 2011 at 9:52 am
        Permalink

        sana nak..sini nak..jammed la enjin..

        Reply
  • August 19, 2011 at 12:19 am
    Permalink

    Semoga beliau sembuh dan pulih sepenuhnya untuk kembali menjalankan tugas dan membetulkan mana2 yang tak betul dan bermuhasabah tentang apa yang telah beliau lakukan sejak 3 tahun lepas.

    Reply
  • August 19, 2011 at 2:51 am
    Permalink

    jgn dikejarkan sangat kerusi MB tu ustaz…tak pasal2 nanti duduk kat kerusi roda plak…jasa mu belum tentu dikenang wahai IJN…sudi juga ustaz dirawat di IJN hospital milik kerajaan yea, walaupun ia nye dibina dari duit haram… kalau ustaz nak samak ubat2 yg IJN bagi tu sebelum makan, elok la juga…sebab duit beli ubat tu pun datang dari duit halal bercampur haram kerajaan…tak gitu abu, bujuk, C4, mooooo & din…

    Teringat kata2 pendakwah puak2 belah sana dulu ” kerja dgn kerajaan haram, sebab hasil nye dari sumber2 yg haram ” ” kerajaan harus ditentang kerana pentadbirannye menggunakan duit haram ” ” hari ini kita memerintah esok kita tutup kilang arak ” ” duit kerajaan dari hasil cukai pelacuran, hukum nye haram ” dah tinggal kenangan rupe nya…..

    Reply
    • August 19, 2011 at 6:36 pm
      Permalink

      halal haram adalah permainan pas untuk kuasa duniawi..islam is just a platform to fool the people.

      Reply
  • August 19, 2011 at 8:14 am
    Permalink

    Bulan2 ramadhan ni adalah lebih baik kita berbaik sangka…..Soal kedah jika dilihat perbandingan cara dan corak pentadbiran kerajaan negeri dulu dan sekarang, byk perbezaan terutama soal hasil balik…..

    Reply
    • August 19, 2011 at 9:50 am
      Permalink

      hasil balk? jual hutan balak bnyk sgt ker?

      Reply
      • August 19, 2011 at 6:44 pm
        Permalink

        ALOR SETAR 16 Jun – Kerajaan Pas Kedah diminta memberi penjelasan berhubung kebimbangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tentang kemungkinan berlaku penyelewengan membabitkan sumber balak di negeri ini.

        Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (gambar) berkata, penjelasan itu perlu memandangkan perkara berkenaan dibangkitkan sendiri oleh Mohamad selaku orang nombor dua Pas dan bukannya oleh orang luar.

        Tegasnya, rakyat negeri ini mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar mengenai isu balak yang selalu dibanggakan oleh kerajaan negeri dengan mendakwa hasilnya meningkat berlipat kali ganda setiap tahun.

        “Kenyataan mengenai isu balak itu bukan dibuat oleh UMNO tetapi oleh pemimpin tertinggi Pas sendiri. Sebab itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perlu menjawab perkara ini bagi membolehkan rakyat membuat penilaian,” katanya.

        Reply
    • August 19, 2011 at 7:09 pm
      Permalink

      memang ada beza…kini pusat maksiat beranak pinak…mana islamnya pas kedah? mana pergi MB serba tak tahu tu?

      Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas

      KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

      Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

      “Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan.

      “Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

      Reply
  • August 19, 2011 at 9:29 am
    Permalink

    errr…nak tumpang tanya la plak sikit….siape yg anugerah title ustaz kat jijan ni ye? hmmm musykil la plak.

    Reply
  • August 19, 2011 at 9:47 am
    Permalink

    sbb sayang sgt nak lepaskan harta pangkat dan kekdudukan dunia..sedangkan xbole bawak masuk kobo pun..

    Reply
  • August 19, 2011 at 9:49 am
    Permalink

    sdah2 la tu..ramai lg calon yg layak..bnyk lg calon muda..calon sehat… (eh! dlu bkn pernah cakap camnih ker?)

    Reply
  • August 19, 2011 at 11:35 am
    Permalink

    Kerajaan Kedah di bawah Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya meningkatkan hasil balak hampir 205 peratus berbanding hasil yang dikutip oleh Barisan Nasional (BN) semasa pemerintahan mereka sebelum ini.

    Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengulas mengenai pencapaian memberansangkan ini berkata, hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah PR berjaya memberi pulangan yang menggalakkan kepada negeri.

    “Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu.

    “Namun begitu pada tahun 2010 hasilnya premium balak berjaya mencecah sehingga RM50 juta,” ujarnya.

    Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, hasil ketelusan dan sistem tender terbuka yang menjadi polisi kepada Kerajaan Kedah turut membuktikan bahawa gejala rasuah dan kronisme dapat dielakkan.

    Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara telah melaporkan Kedah berjaya meningkatkan pendapatan dari hasil balak sebanyak 205 peratus pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan tahun sebelum 2008 semasa pemerintahan BN dengan mendapat pulangan dalam lingkungan RM8 juta sahaja.

    P/S DULU HASIL BALAK MASYUK KE POKET UMNO HEHEHEHEHEHE

    Reply
      • August 19, 2011 at 2:48 pm
        Permalink

        banyak sangat la duit Pas KEDAH TU YA. sAmpaikan opis sendiri nak kena sita.hahhaha.lawak 2

        Reply
      • August 19, 2011 at 6:27 pm
        Permalink

        itu ke berbaik sangka ko telok..dgn bersetuju fitnah dr toya..DULU HASIL BALAK MASYUK KE POKET UMNO..emmmm sekejap mcm ustaz sekejap jd munafik…

        Telok…Bulan2 ramadhan ni adalah lebih baik kita berbaik sangka….( pinjam kata2 hang )

        Reply
    • August 19, 2011 at 6:28 pm
      Permalink

      Harakah la ni…emmmmm

      Reply
    • August 19, 2011 at 7:12 pm
      Permalink

      dengan meningkatnya hasil balak, bermakna meningkat juga kawasan balak yg.ditebang termasuk kawasan tadahan air….

      kenapa tak tumpu pada industri pembuatan,perkhidmatan,hiliran dll sebagai pendapatan utama negeri sebagai tempat untuk rakyat mendapat peluang pekerjaan?

      Reply
    • August 19, 2011 at 9:07 pm
      Permalink

      mana tak meningkat hasil……..habih hutan kena tarah sini sana…..dia nak kelentong sapa ?
      tender terbuka ??…..tender tu memang terbuka…..tapi yang dapat tender tu…sapa dia ??…..orang dia jugak !!

      Rakyaat Kedah dah tau !!

      Reply
  • August 19, 2011 at 8:43 pm
    Permalink

    Leh la kata kan 99% oran orang PAS semua kaki poligami. Patut l depa asyik meroyan rupa rupa nya nok dapat kan kuasa politik bole la maintain 2,3 & 4 bini. Sial punya kaki pemimpin haprak hamPAS nih..!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *