Lynas: Pas patut diam dan berhenti menyalak..!!!

Share


Kebodohan Pas untuk memanipulasikan isu menunjukkan sifat pemikiran mereka yang dangkal dan cetek. Sudah bodoh tanpa sebarang pengetahuan, sombongnya bagaikan mereka adalah pakar nuklear dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)..!!!

Sebenarnya, kilang milik Lynas ini telah pun dikaji dan diperincikan oleh IAEA, agensi yang sama memeriksa loji nuklear di Iran, Jepun dan negara-negara yang punya loji nuklear yang lain. Mereka memang mempunyai kepakaran khas dalam bidang itu.

Panel dari IAEA itu diketuai oleh Dr. Tero Varjoranta dan disertai oleh sembilan ahli profesional pelbagai bidang dari Kanada, Finland, India, Itali, Belanda, United Kingdom dan IAEA yang berpangkalan di Vienna. Mereka semua mempunyai kepakaran bertaraf dunia dalam bidang berkaitan.

Hasilnya, IAEA telah meluluskan projek itu dan melaporkan kepada Kerajaan Malaysia bahawa ia SELAMAT dan MEMATUHI SEMUA STANDARD ANTARABANGSA. Itu fakta utama yang pertama yang perlu puak-puak Pas dan pembangkang lain tahu.

Sebelum ini, Malaysian Insider telah beberapa kali melaporkan berita “kemungkinan” bahawa Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tidak akan meluluskan lesen pra-operasi kilang itu. Ingin saya nyatakan di sini bahawa berita itu adalah palsu, bohong dan berniat jahat!

Saya sendiri telah menghadiri satu pertemuan dengan pihak AELB dan mereka menyatakan bahawa hasil dari pemantauan mereka, mereka tidak punya sebarang masalah untuk meluluskan operasi PENUH kilang tersebut!

Malah, menurut salah seorang pakarnya, anda boleh duduk, tidur, makan dan tinggal bergelumang dengan nadir bumi di kilang tersebut tanpa sebarang kesan negatif atau membahayakan kesihatan pun! Itu fakta yang kedua. Malaysian Insider menipu dan nadir bumi tidak menjejaskan kesihatan pun.

Menurut Haramkah Daily di sini, kononnya “rakyat” di sekitar Kuantan, khususnya di Beserah dan Gebeng membantah keras pembinaan kilang tersebut hingga menubuhkan kempen dan “NGO” iaitu “Save Malaysia – Stop Lynas” dan “Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (Badar)”.

Saya ingin bertanya, apakah kedua-dua “NGO” itu berdaftar dengan ROS? Jika tidak mendaftar, maka mereka merupakan pertubuhan haram dan Haramkah Daily tidak sepatutnya mengiktiraf mereka sebagai sebuah NGO. Ini merendahkan harga diri NGO-NGO lain yang wujud secara sah di negara ini.

Selain itu, saya nak bertanya, apakah ada di dalam kedua-dua pertubuhan haram itu seorang yang berkelulusan tinggi dalam bidang sains nuklear yang bertaraf dunia dan setanding dengan IAEA atau AELB? Jika tidak ada, mereka patut diam dari terus menyalak tentang perkara yang mereka tak tahu! Sudah la bodoh, sombong pulak tu!

Sebenarnya, rakyat di Kuantan tidak membantah pun pembinaan atau pengoperasian kilang tersebut. Rakyat yang dilaporkan Haramkah Daily itu sebenarnya hanyalah mewakili segelintir rakyat yang merupakan “ahli Pas, ahli PKR dan ahli DAP” yang bodoh serta sombong! Tidak berilmu dan menyalak saja lebih!

Rakyat Kuantan sudah pun diberi taklimat dan diadakan sesi Q&A di sana untuk memperjelaskan tentang perkara sebenar berhubung kilang tersebut. Semua rakyat berpuas hati, kecuali puak-puak pembangkang bodoh sombong tersebut. Itu pun tak sampai pun 1% rakyat Kuantan!

Justeru itu, usahlah Pas dan pemimpin-pemimpinnya menyalak tak tentu hala. Kalau dah tak tahu dan tak jelas, eloklah diam dan belajar memahami perkara yang kamu tak tahu tu. Saya memiliki penjelasan penuh termasuk dari sudut teknikal, saintifik dan keselamatan mengenai kilang tersebut. Kalau nak benda tu, hubungi saya.



13 thoughts on “Lynas: Pas patut diam dan berhenti menyalak..!!!

  • July 22, 2011 at 1:12 am
    Permalink

    PAS dh amik alih tugas anjing ke…

    Reply
  • July 22, 2011 at 9:41 am
    Permalink

    Eh, PAS ngan anjing berbeza ke?

    Reply
    • July 22, 2011 at 10:07 am
      Permalink

      menyalak tk habis habis..bingai punya pas

      Reply
  • July 22, 2011 at 11:07 am
    Permalink

    yang dibantah bukan Lynas tapi pelaburan RM 700 juta yang dibawa masuk tu. Sapa bawak masuk? BN. Jadi sudah tentu pertubuhan NGO haram yang didalangi pembangkang ini akan cuba nak menafikan kejayaan BN ni.

    Reply
  • July 22, 2011 at 2:25 pm
    Permalink

    PAS membantah projek tu atas nasihat pakar nuklier fission dan radioactive yang terkemuka di dunia…….prof dr mat sabu..hahahahahah

    PAS ni tak leh nak tengok negara maju sikit….ada jer jalan nak dengki….
    macam laa projek tu kilang buat bom nuklier !! hampas sungguh.

    Reply
  • July 22, 2011 at 3:31 pm
    Permalink

    PAS…Dulu bodoh…kini bangang….dan selamanya tolol….

    Reply
  • July 22, 2011 at 4:02 pm
    Permalink

    amat malang malaysia mempunyai parti pembangkang yg bodoh sombong.. Pelaburan yg begitu besar akan memakmurkan penduduk sekitarnya.. Peluang pekerjaan yg disediakan menjanjikan pendapatan tinggi selaras hasrat kerajaan BN. Pakatan syaitan tidak mahu melihat bumi malaysia makmur hasil tangan UMNO kerana itu direka cerita2 bodoh lagi bangang agar rakyat memusuhi UMNO.. Terima kasih UMNO menyediakan peluang pekerjaan kpd rakyat.. Pergi mampus PAS+DAP+PKR….

    Reply
  • July 22, 2011 at 8:12 pm
    Permalink

    Hot : Papa gomo lupa
    daratan – pengakuan
    esklusif tun faisal.
    FRIDAY, JULY 22, 2011
    Baca bawah neh. Berhubung isu
    yang papagomo komplain di
    blognya semalam. Jadi selama
    neh persepsi bumiputera berjaya
    dan kebanyakan dari kami
    bahawa papagomo menerima
    bayaran adalah hal yang benar.
    Dan tun faisal sendiri
    menjelaskan bahawa papagomo
    ialah penipu. Kalau benda
    macam neh dia boleh tipu..
    apatah lagi benda lain?
    kah kah kah
    Ada beberapa blogger yang saya
    kenali sebagai penipu. Salah
    seorang daripadanya adalah
    Papagomo. Cuma sebelum ini
    saya fikir penipuannya
    bertempat, namun nampaknya
    penipuannya memang
    melampaui batas.
    Dulu Papagomo tidak ego dan
    bongkak seperti hari ini. Ada
    yang bercerita, kabarnya dulu
    Papagomo adalah seorang
    anggota polis yang menghadapi
    tindakan kes disiplin. Benar atau
    tidak saya tidak mahu
    mengambil tahu sangat sebab
    ianya tidak penting kepada saya
    ketika itu. Cuma saya
    dimaklumkan bahawa Papagomo
    hanya berpendidikan menengah
    dan terpaksa menyara hidup
    dengan berniaga di uptown
    menjual barangan tiruan.
    Ketika itu Papagomo tidak
    seperti Papagomo yang sekarang
    yang bongkak dan penuh
    penipuan. Penipuan yang nyata
    ialah apabila saya minta dia
    menjelaskan tentang kandungan
    sms saya – sama ada ada disebut
    di dalam sms itu tentang hendak
    membawa dia ke Lembaga
    Disiplin parti, dia gagal menjawab
    Ya atau TIDAK. Dia tahu dia
    berbohong. Sebab itu saya
    mintakan pula dia tunjukkan sms
    itu kepada rakan-rakan twitter
    yang lain, itu pun dia tidak
    berani lakukan sebab pasti
    pembohongannya akan
    terbongkar.
    Papagomo juga tidak beretika.
    Ketika dia menyerang saya
    menggunakan blog selepas PRK
    Kerdau, saya telah mengambil
    masa untuk menjelaskan
    pelbagai perkara melalui BBM.
    Saya fikir ia akan berakhir di
    BBM sahaja, tetapi sikap tidak
    beretika Papagomo amat ketara
    apabila dia bertindak
    memburuk-burukkan saya dan
    UMB melalui tambahan dua lagi
    posting di blognya.
    Dalam kes terbaru, Papagomo
    merasa tidak puas hati apabila
    saya melaporkan tweetnya
    berkaitan Menteri Dalam Negeri
    dan KDN kepada Setiausaha
    Politik. Ini adalah rutin biasa
    seorang pagawai dan saya telah
    mencadangkan kepada
    Setiausaha Politik untuk menegur
    Papagomo melalui saluran parti,
    iaitu melalui Ketua UMNO
    Bahagian Wangsamaju
    memandangkan Papagomo
    adalah ahli Pergerakan Pemuda
    UMNO Bahagian Wangsamaju.
    Dalam hal ini hanya empat pihak
    sahaja yang perlu tahu. Saya,
    Setiausaha Politik, Ketua UMNO
    Bahagian Wangsamaju dan
    Papagomo. Sama ada dia setuju
    atau tidak dengan teguran itu,
    respon terhadap teguran itu
    boleh dibuat melalui saluran
    yang sama tanpa perlu
    menghebahkannya kepada
    sesiapa. Tetapi, oleh kerana
    Papagomo ini tidak memahami
    kaedah parti, dia telah
    menjadikannya sesuatu isu yang
    besar menggunakan
    media online.
    Soalan saya – Apakah Papagomo
    terlalu besar, lebih besar
    daripada Perdana Menteri
    sehingga tidak boleh ditegur
    secara politik? Bongkaknya
    seorang blogger dan ahli parti
    jika berfikiran sebegini.
    Bagi saya Papagomo sudah
    terlalu bongkak dan merasakan
    dia sentiasa betul, tetapi penakut
    dan bacul.
    Nasihat saya kepada Papagomo,
    jangan berlagak pondan.
    Masalah Papagomo hanyalah
    dengan saya. It’s between you
    and me. Jangan jadi bacul
    dengan menggunakan nama
    blogger-blogger lain, seolah-olah
    hendak bersembunyi di belakang
    mereka.
    Selepas Kerdau dan PRN
    Sarawak telah timbul banyak
    prasangka di antara blogger
    dengan UMB disebabkan oleh
    perbuatan dan hasutan
    Papagomo. Saya terpaksa
    mengambil begitu banyak masa
    untuk memperbetulkan
    hubungan yang rosak akibat
    tohmahan Papagomo. Malah
    tuduhan bahawa blogger-
    blogger dilacurkan adalah
    penipuan kerana saya tidak
    pernah menggunakan nama
    sebarang blogger yang tidak
    mahu bersama UMB untuk
    memohon sebarang peruntukan.
    Jika Papagomo berani, tidak
    perlu gunakan nama blogger
    lain, sebaliknya hanya berdepan
    dengan saya sendiri. Apa yang
    hendak ditakutkan?
    Papagomo berjuang tanpa
    dibayar? Sangat kelakar bila
    dia mengatakan perkara ini.
    Sukar sebenarnya hendak
    memberi tugasan kepada
    Papagomo semasa PRK kerana
    dia tidak boleh mematuhi disiplin
    tertentu. Misalnya, dia akan
    sibuk menghurungi VIP sebab
    jika dia pergi menghurungi VIP,
    dia tahu dia akan mendapat
    sesuatu daripada mereka. Fokus
    akan hilang sebab yang penting
    bukan psy-war PRK lagi tetapi
    coverage VIP tertentu.
    Dalam PRN Sarawak, apa sahaja
    posting Papagomo? Paling
    kelakar semasa orang sibuk
    menyerang pembangkang dan
    mempertahankan BN, Papagomo
    khayal dangan kisah dia ditahan
    polis. Seolah-olah dia pula
    selebriti; mengalahkan PM dan
    menteri-menteri lain la pulak.
    Mujurlah ada video seks yang
    menyelamatkan mengangkat
    `martabat’ Papagomo. Dalam
    PRN Sarawak sebenarnya ada
    lebih ramai blogger yang benar-
    benar menghasilkan posting
    yang secara tepat menjawab isu
    dan menyerang pembangkang
    dengan jauh lebih baik semasa
    PRN Sarawak berbanding
    Papagomo. Papagomo tidak
    ada peruntukan semasa di
    Sarawak? Satu lagi cerita
    kelakar…
    (Saya dah menulis sini tentang
    soal Papagomo dan bayaran,
    tetapi tidak mengapa saya
    simpan dulu untuk masa akan
    datang)
    Bagus. Papagomo telah
    berjaya meningkatkan taraf
    hidup. Bersyukurlah sebab
    masih ramai blogger termasuk
    yang selalu mengikuti
    program UMB yang belum ada
    pendapatan tetap dan
    berdepan dengan pelbagai
    masalah kewangan. Mereka ini
    tidak mengecapi apa yang telah
    dinikmati oleh Papagomo hari ini,
    tetapi mereka tetap berjuang
    untuk parti tanpa perlu
    menyerang sesama sendiri di
    dalam parti.
    Cukup-cukuplah menyalahkan
    UMB. UMB tidak ada masalah
    bekerja dalam serba kekurangan
    dan jika diberi penghak upayaan
    hanya semasa PRK dan PRN. Jika
    kita gagal semasa PRK dan PRN,
    UMB sebagai jentera parti akan
    memikul tanggung jawab itu.
    Tetapi jangan memfitnah UMB
    kononnya UMB mendapat begitu
    banyak peruntukan, sedangkan
    Papagomo sendiri menerima
    keistimewaan yang lebih banyak
    berbanding dari rakan-rakan
    tertentu di dalam UMB.
    Nasihat saya, jika telah
    menerima peruntukan, tetapi
    masih gagal melaksanakan
    tugas dengan baik semasa
    Perhimpunan Haram Bersih,
    walaupun dilengkapi dengan
    peralatan yang begitu
    canggih, Papagomo kena jadi
    berani dan tampil ke depan
    untuk memikul tanggung jawab.
    Jangan yang baik-baik saja claim
    credit, peruntukan sudah diambil
    tetapi tidak berani menanggung
    kelemahan. Bila sudah gagal,
    memfitnah dan menunding jari
    ke arah UMB sedangkan UMB
    tidak menerima keistimewaan
    seperti yang Papagomo terima.
    Papagomo, anda blogger
    sepenuh masa dan berbayar,
    buatlah tugas sebaik-baiknya.
    Alhamdulillah, walaupun tidak
    diberikan peruntukan seperti
    kumpulan tertentu, UMB telah
    berusaha melaksanakan tugas
    sebaik-baiknya. Latihan perang
    siber telah dilaksanakan secara
    berterusan agar lebih ramai
    pejuang siber di dalam parti
    dapat terlibat dalam kaedah
    yang lebih bersistematik dalam
    peperangan siber. Jika ada
    peruntukan, insya-Allah lebih
    cepat dan lebih banyak lagi
    program ini dibuat di seluruh
    negara. Jika tiada, tugas anggota
    UMB akan dijalankan seperti
    biasa.
    Saya sudah cukup bersabar
    dengan kerenah Papagomo yang
    suka berbohong dan memfitnah.
    Jika berterusan saya terpaksa
    mendedahkan lebih banyak
    kebenaran. Saya masih mahu
    berpegang kepada etika dan
    kerahsiaan, tetapi Papagomo –
    cukup, cukuplah…..
    * Ada yang minta saya letakkan
    gambar Papagomo seperti yang
    dilakukan oleh Papagomo dalam
    postingnya mengenai saya,
    supaya mereka boleh kenal
    siapakah Papagomo yang
    sebenar. Tapi tidak mengapalah,
    saya masih mahu berpegang
    kepada etika, biarlah Gomo
    dengan cara jalanannya.

    Reply
  • July 23, 2011 at 4:48 pm
    Permalink

    sampai bilalah agaknya ahli-ahli PAS ni asyik mencari silap orang je,
    Walhal dalam parti sendiri telah terlalu banyak kesilapan yang berlaku
    tapi semuanya nak ditutup, dibela dan dilupuskan. Gajah depan mata tak nampak,
    kuman diseberang laut nampaklah pulak…

    Reply
  • July 23, 2011 at 9:59 pm
    Permalink

    PAS menyalak seperti anjing yg sakit.. nak salak jugak wpun dh xmampu..
    kasihan…. pembohongan demi pembonhongan, putar belit yang tidka sudah2 ini tidak akan diberkati Allah..
    sedangkan PAS sendiri penuh dengan penyelewengan, negeri yang di tadbir pun banyak penindasan pada rakyat tetapi masih hendak meneropong negeri org lain.. nak supply air bersih pun xlepas..

    hal LYNAS xpyh le sibuk2.. AGENSI ATOM ANTARABANGA tu tahuleh kerjanya..lgpun otak2 bodoh org PAS terang mcm mane pun xkn faham.

    Reply
  • July 24, 2011 at 1:38 am
    Permalink

    Klu kt ketepikan soal politik sekejap, adakah penduduk dikawasan plant tu dibina tidak mempunyai hak utk membantah? cuba letak kt dlm situasi penduduk kt situ, tnpa mengira parti,bangsa dan agama. kt cakap psl nuklear plant beb, yg akan dibina dlm radius kawasan rumah kt. aku x la nak ckp die buat sebelah umah betul2. mmgla IAEA approve, tp kt x amik pengajaran ape2 ke psl kes nuclear plant kt jepun yg kena tsunami tu, kes dkt india aorund 1980++, etc…klu aku la, pun aku bantah. even klu skrg ni slamat, 10 – 20 tahun lagi anak cucu korang dok kawasan tu, slamatkah diorang. mmgla mati kt mane2 boleh jadi, tp ni seolah2 mengundang bala. skadar buah fikiran aku tanpa letak diri aku dlm mane2 parti.

    Reply
    • August 24, 2011 at 11:38 pm
      Permalink

      saintis PAS tu dh ckp tu bukan nuke reactor la

      Reply
  • July 24, 2011 at 5:11 pm
    Permalink

    kebaikkan merupakan isu yang akan menyakitkan mereka sahaja

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *