PRU13: Anwar sudah sedia, BN pula bagaimana?

Anwar sudah mula palu “gendang perang” di sini. Katanya, Pakatan Haram kekal fokus dalam misi menawan Putrajaya. Katanya, jika SPR telus pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Pakatan Haram sudah tentu menang pada tahun 2008. Dan katanya lagi, sekiranya Pakatan Haram membentuk Kerajaan Pusat, dia akan menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam!

Memang hebat kata-kata Anwar jika sekali dengar. Sebagaimana kita tahu, Anwar memang hebat di pentas, dan “hebat” juga di”ranjang”. Pada saya, belum ada lagi pemimpin politik yang mempunyai kehebatan seperti Anwar berpidato. Pidatonya berapi dan penuh dengan mitos, hikayat dan fantasi yang memukau pendengarnya. Apatah lagi dengan janji manis yang ditabur, tak kuat iman, pasti terkulai dalam “dakapan”nya..

Namun pada saya, pidato Anwar itu hanya sekadar bunyi saja yang kuat, tapi isinya “kosong”! Pembangkang memang mahu menawan Putrajaya. Tak payah beritahu pun, kita semua sudah tahu. Namun, meskipun BN dilanda tsunami politik pada 2008 kerana Pak Lah dan “menantu”, BN tetap membentuk Kerajaan walaupun dengan majoriti mudah. Memang memalukan, namun BN tetap menang PRU!

Apatah lagi kini Pak Lah dan “menantu” sudah turun “takhta”. Kini BN mempunyai “Nakhoda” yang cukup berhati-hati, cukup popular dan cukup ampuh. Mampukah Anwar dan angkatan perangnya menafikan majoriti 2/3 BN pada PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi? Saya fikir, Anwar perlu balik kepada realiti politik semasa!

Benarkah SPR tidak telus sebagaimana yang didakwa Anwar? Jika tidak telus, mengapa sebanyak 5 negeri BN tumbang dan berjaya dijajah Pakatan Haram pada tahun 2008? Apakah ini tanda ketidak telusan SPR? Pada saya, sekiranya SPR tidak telus, jangankan 5 negeri, silap-silap, Kelantan pun akan jadi milik BN kembali! Justeru itu, kenyataan Anwar itu jelas tidak benar dan boleh disanggah!

Pada saya, SPR seharusnya menyaman Anwar atas tuduhannya kepada suruhanjaya itu. Anwar harus dibawa kemuka pengadilan kerana menghina, menipu rakyat dan memburuk-burukkan agensi bebas itu tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dan pula, sekiranya Anwar yakin dengan dakwaannya itu, sila saman SPR dan usah menyalak macam anjing gila. Seperkara lagi, apakah SPR hanya telus di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, dan kini tidak?

Namun, dari sudut positif, saya ingin bertanya pada jentera BN, apakah mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya? Apakah mereka benar-benar yakin mampu memberikan kemenangan kepada BN sekiranya Parlimen dibubarkan bulan ini? Apakah mereka benar-benar yakin mereka sudah bersedia?

Pada saya, Datuk Seri Najib sememangnya sudah bersedia untuk PRU ke-13. Najib popular di kalangan rakyat dan mendapat sokongan yang kuat. Malah UMNO yang dulunya sangat lemah dibawah Pak Lah dan “menantu”, kini kembali bertenaga, kukuh, gagah dan perkasa di bawah kendalian Najib. Tapi, hanya Najib seorang sajalah…

Yang belum sedia ialah BN. UMNO mungkin sudah gagah kembali. Tapi, bagaimana dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain? Apakah mereka boleh dikatakan sudah kembali gagah seperti dulu? Mereka mendapat sokongan dari bangsa mereka, kah?

Pada saya, hanya Najib saja yang sudah bersedia. Pemimpin UMNO yang lain hanya menumpang pada kekuatan Najib sahaja. Hanya dia saja yang popular, yang lain tidak. Hanya Najib saja yang bertransfomasi, yang lain kurang. Mereka hanya sebut dan tulis saja perkataan “transformasi”, namun tidak semestinya mereka melakukan perubahan. Saya fikir, Najib perlu teliti perkara tersebut sebelum membubarkan Parlimen. Jangan jadi macam Pak Lah dan “menantu” yang berpuas hati dengan “simple majority”!

MCA perlu buktikan mereka sudah mendapat sokongan dari 75% kaum Cina. Jika tidak, mereka boleh dikategorikan sebagai “gagal”. MCA sebelum ini kuat. Namun setelah MCA dipegang oleh Chua Soi Lek, parti itu bukan bertambah kuat, malah bertambah lemah! Entah “ubat” apa yang Chua Soi Lek beri MCA makan…?

MIC? Entahlah. Katanya, setelah Sammy Vellu letak jawatan, MIC akan bertambah kuat. Kononnya Sammy Vellu yang sudah lama mengetuai MIC sudah bertukar menjadi “liabiliti”. Namun, setelah Palanivel “pegang” MIC, saya lihat parti itu juga kurang “perform”. Mendatar saja grafnya. Apa sudah jadi pada MIC? Takkanlah PPP lagi kuat dari MIC? Saya fikir, Kayveas tidaklah sekuat mana, nak lawan Kamalanathan pun tak lepas rasanya…

Justeru itu, saya fikir, BN perlu bekerja dalam satu pasukan. MCA dan MIC perlu bergerak sama dengan UMNO. Tumpang pada kekuatan yang UMNO miliki jika mahu menang PRU. MCA dan MIC perlu lipat 10 kali ganda usaha mereka sekarang untuk menguatkan kembali parti mereka. Tarik sokongan dari kaum masing-masing. Barulah 1Malaysia..!!!

Anwar dan Pakatan Haram sudah bersedia untuk “berperang”, BN dan kita semua bagaimana?

45 thoughts on “PRU13: Anwar sudah sedia, BN pula bagaimana?

    • June 15, 2011 at 1:32 AM
      Permalink

      gendang sudah dipalu….9 Julai 2011 kita mulakan
      MCA dah ditolak masyarakat Cina
      MIC terus lemah wlau makan ubat kuat setiap hari
      UMNO ?????? dah lama dibenci rakyat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Reply
      • June 15, 2011 at 1:58 AM
        Permalink

        Aik !!….aku pun rakyaat malaysia jugak….aku tak benci UMNO pun…..hang ni pandai-pandai nak jadi jurucakap rakyaat malaysia pulak dah…..macam-macam la hangpa ni…..siannn.

        Reply
        • June 15, 2011 at 7:16 AM
          Permalink

          betul tu, aku pun rakyat Malaysia jugak. aku sayang UMNO. ..suka hati je si abu ni cakap pasal rakyat.

          Reply
        • June 15, 2011 at 10:36 AM
          Permalink

          aku pun tak benci umno ummmmphhh… Aku takut anwar aljuburiii

          Reply
          • June 15, 2011 at 2:43 PM
            Permalink

            aku pun ..tak benci pun… benci PR ADALAH

      • June 15, 2011 at 7:20 AM
        Permalink

        Bila tak buleh tumbangkan kerajaan cara demokrasi, mulalah cari jalan belakang…..apa nak heran ketua umumnya memang suka ikut belakang!

        Reply
        • June 15, 2011 at 8:03 AM
          Permalink

          jalan belakan sinonim ngan fuckatan…diorang tahu tsunami berlaku sekali..trend swing vote tak boleh dinafi…

          diorang tahu tak mungkin nuar jejak putrajaya…takat tanda jalan ke putrajaya tu bolehlah..

          p/s: kalau pinangan kita ditolak,jangan guna bomoh untuk dapatkan gadis tu…Ni cara fuckatan…tak dapat perintah malaysia,dapat jatuhkan kerajaan yg.memerintah jadik lah..kesan lepas tu,esok baru nak pikir.

          Reply
      • June 15, 2011 at 12:26 PM
        Permalink

        pandai2 ko sebut rakyat malaysia..mereka semua sayang umno…

        Reply
    • June 15, 2011 at 8:11 AM
      Permalink

      abuToh…youtube paling longkang yg.pernah aku tengok..cerita ttg.kebebasan bersuara,bebas dalam berinternet, rumah mampu milik,negara polis ? kahkahkahkahkahkahhhh..

      apa yg.menyekat kau maki kerajaan dan polis dalam internet?
      hARAKah,suara keldai,suara roket tu kebenaran dari siapa?
      rumah mampu milik? Oiii bangonlah dari tidoo…BN dah buat rumah pertamaku,perbanyakan rumah mampu milik termasuk nak buat perumahan bina dulu jual kemudian untuk elak rumah terbengkalai…

      BTW, good job dalam menyediakan skrip dan pelakon longkang tu semua.

      Reply
    • June 15, 2011 at 8:18 AM
      Permalink

      masalah beban pelajar bayar hutang? macamana pula wang rakyat untuk pendidikan orang melayu kat selangor lesap?

      SHAH ALAM 11 Jun – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa menjelaskan tentang dakwaan kehilangan wang Yayasan Selangor sebanyak RM80 juta ekoran salah tadbir urus pihak pengurusan yayasan itu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008.

      Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Selangor, Mohd. Faizal Mohd Salleh berkata, dakwaan itu serius kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai terutama orang Melayu di Selangor.

      Katanya, jumlah RM80 juta adalah nilai yang amat besar dan membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada yayasan itu untuk membantu pelajar Melayu bagi mendapatkan pendidikan sewajarnya.

      p/s: abuToh…kalau nak link pada video, bior full version punya. bukan rakaman seminit tapi potong beratus kali..

      Reply
      • June 15, 2011 at 12:31 PM
        Permalink

        Perdana Menteri harus membuktikan kata-katanya supaya segera mengesan semula RM594 juta dan 50 unit kondominium milikan Yayasan Selangor yang ‘hilang’ sewaktu pentadbiran Umno Selangor.

        sebanyak 15 projek dan 10 syarikat telah dikenal pasti sebagai punca ketirisan mega itu berlaku.

        Reply
      • June 15, 2011 at 12:49 PM
        Permalink

        aku sukong siasat mana hilang rm80 juta, tapi jangan jadi macam kes curi pasir dah. Bila yg.terlibat org. UMNO tutup kes.

        Reply
  • June 15, 2011 at 9:02 AM
    Permalink

    BN memang dilihat sentiasa bersiap sedia. Lihat sahaja berita di TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7 dan sebagainya memaparkan mcm2 seribu paparan mengenai kebaikan pemerintah dan keburukan pembangkang.

    Reply
    • June 15, 2011 at 10:38 AM
      Permalink

      harakah,suara keadilan,roket pernah ke cerita kebaikan kerajaan??

      Reply
      • June 15, 2011 at 10:47 AM
        Permalink

        Bro, kena bezakan harta rakyat dan harta parti. TV1, TV2 dan sebagainya adalah harta rakyat Malaysia. Jadi, tak kira apa parti, berilah peluang untuk muncul dan diberi kesempatan menerangkan dasar2 polisi masing2…Itu point aku yg pertama. Pihak pemerintah UMNO, MCA atau MIC pun ada keluarkan majalah masing2….gunakanlah sptmana harakah dan sebagainya.

        Perbezaan antara kerajaan dan parti perlu dilihat dan difahami….tq

        Reply
        • June 15, 2011 at 11:48 AM
          Permalink

          ala kalau pakatan haram perintah pun sama gak.. Jgn duk ngaku baik la.. Ko tengok nasib kanak2 kemas kat trangganu dulu bila pas rampas trangganu.. Siap kunci lagi.. Ko dah kene tipu disebalik janggut je la. Sory bro..

          Reply
          • June 15, 2011 at 12:31 PM
            Permalink

            Memanglaaaa…. kan KEMAS tu cabang UMNO, siapa pengarah kemas?
            Tadika PAS walaupun perintah negeri tak pulak guna dewan orang ramai. Apa UMNO kokak sangat ke, itupun ngaku UMNO bagi pelajaran percuma… akai ada ka?

          • June 15, 2011 at 8:56 PM
            Permalink

            kesumat hasat dengki pas tak mengira hak belajar ilmu kanak2 islam…

            ada ke tadika kemas ajar minum arak?

        • June 15, 2011 at 11:50 AM
          Permalink

          jangan ingat pakatan pegang malaysia dia tak gunakan tv1,tv2,t3 ngan agensi yg lain.. Tak caya tanya lim guan eng.. Masjid pun dia guna..

          Reply
          • June 15, 2011 at 12:34 PM
            Permalink

            Hingga hari ini PR tak guna saluran Radio negeri untuk tujuan promosi parti, ok. UMNO tak payah cakap program parti boleh hebah dalam radio negeri. Itu beza dia, hang nak tau…

      • June 15, 2011 at 11:44 AM
        Permalink

        Yg tu semua mainstream meadia kah..??? Kita ckp pasal mainstream media…

        Reply
        • June 15, 2011 at 12:10 PM
          Permalink

          sama je bro.. Kalau dah sifat dan sikap mcm tu takkan berubah nye

          Reply
  • June 15, 2011 at 12:04 PM
    Permalink

    bn dh sedia dh,smlm dh minta bajet tmbhan 13b,hutang negara yg 300b 2 xselesai lg,makin tmbh lak,munkee2 bn pakai duit mcm sial,bt laman web 1malaysia 1penguna dgn harga 1.4juta 3hari pakai dh kena hack,munkee betina bn yg jaga pelancongan lak upah jaga fb yg free 1.8juta,knp pekerja xpandai guna IT ke?smpai upah org,smlm laman web munkee ni dh kena hack!!bn pukimak hbskn duit rakyat!!

    Reply
    • June 15, 2011 at 4:19 PM
      Permalink

      duit yayasan selangor siapa yg habiskan..

      Reply
      • June 15, 2011 at 4:44 PM
        Permalink

        sapa ckp?ngo..k gpms??hbs knp xbt report??melalak sana sini report xnk bt,knp xbt takut ke?lu jebat mcm munkee lu yg jg koperasi je gua tgk..

        Reply
    • June 15, 2011 at 9:00 PM
      Permalink

      Vinn..rakyat dah bosan dengan fakta ko..Cakap kuat, kerja hampehh…

      apa melayu dapat kat selangor dan penang?

      BUBAR DUN SELANGOR !!

      Reply
  • June 15, 2011 at 12:12 PM
    Permalink

    semalam dalam Star pemimpin sekular UMNO sekeluarga, tak nak pulak Mykmu.net ni komen??? Kita nak buat dasar Islam, depa komen. So Islamic sangat kah pemimpin mereka???

    UMNO Parti yg tidak berkehendakkan kpd Islam dan menolak Islam!

    Reply
    • June 15, 2011 at 12:28 PM
      Permalink

      aku benci pakatan haram..pengkianat bangsa

      Reply
      • June 15, 2011 at 12:41 PM
        Permalink

        smlm dlm pahlmen munkee jaga hal hkwl agama ckp sbnyk 186 org diluluskan untk murtad!!! Woit hadi jwplh munkee ko dh lulus org jd murtad!!

        Reply
        • June 15, 2011 at 9:05 PM
          Permalink

          bagi transkrip penuh parlimen tu…

          p/s: nuar yg.sokong hak lina joy tu mungkin adalah penyebab ramai dah berani nak murtad..sapa penyokong nuar? kenapa tak tolak nuar jika ambil berat bab nih? kenapa bersama Ambiga yg.anjur bersih yg.juga pendokong orang murtad?

          Reply
        • June 15, 2011 at 9:47 PM
          Permalink

          Kerajaan nafi laporan kes permohonan murtad

          2011/06/15
          KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan sebuah laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

          Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah. Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekaligus tidak timbul soal (mereka) murtad. “Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

          “Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian,” katanya kepada Bernama hari ini.

          Sebuah portal berita semalam melaporkan bahawa jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang. – BERNAMA

          Reply
        • June 15, 2011 at 10:41 PM
          Permalink

          Ni sorang lagi kaki fitnah! Terang-terang fitnah tu!

          Reply
        • June 15, 2011 at 10:44 PM
          Permalink

          Ni sorang lagi kaki fitnah! Terang-terang dia fitnah tu!

          Reply
    • June 15, 2011 at 4:22 PM
      Permalink

      kalau PR berkehendakan islam tak da pulak pub2, rumah maksiat diselangor.. Kalau berprinsip buat la mcm di kelantan broooook

      Reply
  • June 15, 2011 at 12:46 PM
    Permalink

    Aku suka tulisan pengarang, walaupun 70% je betul. Tapi jelas kenapa UMNO/BN takut pada PAS/PR. BN hari ni hanya harap undi melayu untuk menang, berapa banyak kerusi melayu dalam m’sia? Itu sebab utama UMNO mati-matian merayu2 PAS keluar PR. Kerusi kurang 70% melayu bakal tumbang pada PR sebab secara keseluruhan pecahan undi melayu UMNO 60% dan PAS 40%. UMNO bimbang kerana tidak boleh harap MCA dan MIC, apatah lagi gerakan dan PPP. Betul BERSIH adalah langkah pertama PR hadapi PRU13, kalau berjaya capai target BN bakal kalah. Sebab tu UMNO/NGO pro k’jaan mati-matian nak gagalkan BERSIH. PR tau kalau nak himpun 300,000 orang KDN takkan bagi permit, tapi demontrasi tak perlu permit tak caya tanya Ibrahim Ali dia tak pernah mintak permit, Polis tak tangkap dia pun. Cakap nak jihad tentang kristian pun KDN bagi surat amaran jee…
    Amacam Hishamudin ada berani bagi permit pada PR untuk himpunan 300,000 orang. UMNO dah buat himpunan 1juta belia, takda kecoh pun.

    Reply
    • June 15, 2011 at 1:15 PM
      Permalink

      btl bn bt 1jt org pun xde pun org nk ksh,mat sabu pakar perjuangan org muda dh mai kekekekeke.semua munkee2 bn kecut kekekeke.

      Reply
      • June 15, 2011 at 9:07 PM
        Permalink

        Vinn..pas yg.sebenarnya takut sebab undi melayu dah beralih kepada Umno…
        sebab tu pas terpaksa berubah wajah dari islam kepada liberal demi nak jadi geng guan eng.

        Reply
    • June 15, 2011 at 1:25 PM
      Permalink

      Oleh kerana yang hadir di perhimpunan Bersih itu nanti semuanya penyokong PR maka tidak ada apa sangat yang hendak UMNO takutkan. Yang kita takut dan risau nanti ialah orang-orang awam di KL dan juga peniaga, pemandu teksi, kedai-kedai runcit, gerai-gerai makanan/minuman, pelancung2. Mereka yang susah dan menerima kerugian. Mereka yang susah dan rugi ini pun orang2 PR juga sebab Wilayah Persekutuan dikuasai oleh 7 Ahli Parlimen PR dan hanya 1 Ahli Parlimen BN. Yang sedihnya nanti 95% yang hadir dalam perhimpunan Bersih itu semuanya orang-orang Melayu. Adalah juga orang-orang Cina dan India tetapi setakat Lim Kit Siang, Karpal Singh, Sivarasa, Tian Pua, Lim Guan Eng. Ketawa besarlah orang2 Cina. Melayu pulak, menang sorak kampung tergadai, tidak kiralah, Melayu UMNO ke, Melayu Perkasa, Melayu PAS atau Melayu PKR. Saya bayangkan 300,000 Melayu PR dan 300,000 Melayu UMNO dan Perkasa sama-sama menjerit2, bersorak2, bermaki hamun, bertakbir dan entah apa lagi. Tapi untuk siBujuk apa dikisahkan sangat. Sebab dia tidak rugi sesen pun.

      Reply
      • June 15, 2011 at 3:14 PM
        Permalink

        Laa…apa nak ditakutkan..ini perhimpunan awam yg ada dibenarkan dalam perlembagaaan. Korang pun tak paham perlembagaan.

        Apasal nak rugi pulak….???? AKu pun hairan, kat Bukit Bintang punya lah byk bapak ayam dan ayam2. terang2 buat bisness pelacuran. Ada KDN kesah???Ada KDN nak ambik tindakan??? Tapi bila perhimpunan awam macam ni…sampai deploy 4,000 FRU.

        Semenjak bila pulak demo PR ni ganas??? Bila KJ bdemo depan US Embassy police allow kata “Ini Perhimpunan aman”, tapi bila PR buat demo, FRU kacau kata ini “Demonstrasi”.

        Mana Demokrasi yg di peruntukkan dibawah perlembagaan???

        Reply
        • June 15, 2011 at 10:39 PM
          Permalink

          Kalo nak demokrasi tak payah berdemo. Time pru gi lah ngundi. Atau jadi calun….ada berani? Tapi camna nak ngundi, register pun tak, nak jadi calun, muflis pulak…..kahkahkah!

          Reply
    • June 15, 2011 at 2:22 PM
      Permalink

      ko nak bandingkan perhimpunan belia dgn demo ko.. Kah.. Kah.. Kah.. Baik ko buat demo suruh aljuburi percepatkan kes dia..

      Reply
      • June 15, 2011 at 9:09 PM
        Permalink

        tak berani punyaa…dia perlukan al-juburi demi survival politik pemimpin gila kuasa dia…islam dan tolak tepi…

        Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.