Perpaduan Umat Islam: Islam atau Politik lebih penting?

Share


Melayu merupakan penduduk asal negara ini. Dalam kata lain, Melayu adalah bumiputera negara ini. Melayu juga adalah kaum bumiputera terbesar Tanah Melayu yang kemudiannya ditukar namanya menjadi Malaysia. Namun, Melayu masih berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Itu status Melayu sekarang.

Antara faktor terbesar yang menjadi penyebab pepecahan Melayu ialah ideologi POLITIK. Kerana perbezaan politik, Melayu yang dulunya bersatu, kini berpecah belah. Kerana perbezaan politik juga, Melayu mengenepikan ajaran Islam semata-mata untuk memuaskan nafsu dan kepentingan politik mereka.

Politik adalah perkara subjektif dan boleh diubah-ubah mengikut keadaan, zaman dan pucuk pimpinan parti. Sebagai contoh, PAS dan UMNO pernah bersatu dan kemudian berpecah kemudiannya. PAS dan UMNO bersatu kerana faktor pemimpin, zaman dan keadaan semasa.

Ketika penyatuan PAS di bawah BN dahulu, Melayu dilihat sangat ultra. Melayu bersatu selepas kejadian 13 Mei. Melayu bersatu selepas melihat kuasa Melayu dan Islam terancam dan Melayu bertindak untuk bersatu. Namun, hanya kerana beberapa kemelut perbezaan pendapat di antara PAS dan UMNO, menyebabkan PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Maka Melayu berpecah sekali lagi.

Kini, pemimpin yang menyebabkan pepecahan PAS dan UMNO sudah tidak berkuasa. PAS di pimpin oleh Hadi dan UMNO di pimpin oleh Najib. Najib mempelawa PAS bersatu kembali di bawah BN, dan ini dilihat satu usaha yang baik oleh rakyat yang sudah muak dengan pepecahan Melayu Muslim yang merugikan mereka.

Namun, PAS masih jual mahal dan enggan bersatu. Mengapa? Kerana Nik Aziz berdendam pada UMNO dan BN tentang peristiwa lalu. Kerana PAS melihat DAP dan PKR lebih “mulia” dan “Islamik” berbanding UMNO dan BN. DAP dipeluk dan Guan Eng dinobatkan sebagai “Khalifah Ar-Rasyid” di Pulau Pinang.

Pas menganggap pelawaan Najib itu adalah kerana politik, dan bukan ikhlas kerana Islam. Kata PAS, pelawaan Najib itu adalah kerana UMNO lemah dan hanya ingin bersatu demi bangsa Melayu. Itu sangkaan PAS.

Namun, benarkah apa yang dianggap PAS itu? Benarkah UMNO lemah dan pelawaan Najib itu lebih kepada motif politik? Apakah politik merupakan segalanya bagi agenda penyatuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia?

Jika jawapan bagi persoalan tersebut adalah “YA”, maka jelaslah bahawa prinsip jawapan itu berTuhankan politik dan mengenepikan ajaran Islam yang disampaikan Rasulullah S.A.W. Prinsip itu meletakkan Islam di bawah, politik di atas! Prinsip itu lebih mengutamakan nafsu dan kepentingan kuasa politik serta mengenepikan ajaran Islam yang menyeru umatnya agar bersatu.

Pada masa ini, saya melihat UMNO lebih positif ke arah menyatupadukan umat Islam. Pelawaan Najib itu bukan kerana politik. Pelawaan itu kerana beliau tidak rela melihat saudara seIslamnya terus dipermainkan dan dikotorkan oleh DAP dan PKR. DAP jelas menolak Islam dan PKR jelas menipu serta bersifat munafik dalam pelbagai segi.

Memang UMNO ada “kurang”nya dan kurangnya itulah yang perlu diisi oleh PAS! UMNO tidak meminta PAS membubarkan partinya. UMNO hanya meminta PAS bersatu bersamanya untuk menyatukan umat Islam, sama-sama mengimarahkan Malaysia sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang lebih hebat dan sama-sama mempertahankan kuasa Melayu Muslim di Tanah Melayu ini. Salahkah pelawaan itu?

Pelawaan itu hanya diputar belit oleh segelintir golongan yang kononnya “berilmu tinggi”, professor “serba tahu”, ulama “hebat tersohor” dan parti politik bukan Islam bukan bumiputera yang sememangnya takut dan risau melihat penyatuan dan perpaduan dikalangan umat Melayu Muslim!

Mereka takut dengan agenda persaudaraan Melayu Muslim akan menjadi seperti perpaduan di antara Muhajirin dan Ansar yang memperlihatkan kekuatan Islam ke seluruh dunia! Mereka takut dengan perpaduan Melayu Muslim kerana ia bakal menggagalkan misi mereka ke Putrajaya dan merubah Tanah Melayu ini mengikut acuan kehendak mereka!

Menyedihkan. Mengecewakan dan tidak sepatutnya berlaku. Itulah yang saya boleh simpulkan kepada agenda perpaduan Melayu Muslim di negara ini. Meskipun begitu, saya tidak akan berputus asa untuk menyampaikan mesej kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Melayu Muslim tentang agenda ini supaya diusahakan demi masa depan umat Melayu Muslim di negara ini.

Kita Melayu perlu bersatu. Letakkanlah kepentingan politik di bawah dan letaklah kembali Islam di atas. Itu saja yang dapat menyatu padukan umat Islam di Malaysia ini. Buanglah ego, dendam dan kepentingan mengejar kuasa kerana ianya lebih kepada urusan duniawi yang akan diperhitungkan kelak diakhirat. Agenda Islam di negara ini lebih penting!



10 thoughts on “Perpaduan Umat Islam: Islam atau Politik lebih penting?

  • May 6, 2011 at 4:58 pm
    Permalink

    penyatuan pas umno hanya terjadi bila pas lemah !!

    hanya dengan melemahkan pas atau pas kalah BESAR pada PRU13 nanti seperti mereka kehilangan kelantan, maka baru itu mereka nuteral sikit otaknya.

    sekarang ni mereka perasan ‘kuat’ dan percaya dah hampir putrajaya…sebab tu takut bergabung ngan umno…takut hilang peluang jadi menteri..

    Reply
  • May 6, 2011 at 5:02 pm
    Permalink

    Sekali lagi kita dipaparkan dengan tulisan begini . Kali ini dari penulis yang tentunya dari mula memerhati gelagat pemain pemain utama berkenaan dengan penuh minat lalu terus membentuk nya dalam tulisan, yang berbunyi ikhlas serta penuh harapan.

    Ini lah sebenarnya cita cita kita semua. Cita cita untuk menggapai perpaduan ummah dibentuk kukuh. Bila ada penyatuan pasti kita teguh dan tiada lagi kotak katik dari pihak yang selama ini telah keterlaluan mempersendakan kita. Agama kita di persendakan, rumah ibadat kita dijadikan pentas wayang mereka. Bukan salah mereka tetapi itu kesalahan kita. Kerana tidak bersatunya kita. Kita berpecah, kita terbelah.

    Perlu diingat, akibat buruk dari sengketa sesama ummah bakal terjadi jika kita terus taksub yang idologi duniawi yang tak ada penghujung. Perlu diingat doa junjungan Rasul kita meminta perlindungan Allah untuk ummahnya dari keruntuhan dan kebinasaan disebabkan olih persengketaan sesama sendiri, telah ditolak olih Allah dan hanya memakbul dua doa yang lain.

    Terlalu lama kita melihat saudara kita di Palestine menderita seolah olah tiada titik penghujung. Mereka derita secara konsisten dalam tempoh yang terlalu panjang. Hakikatnya, mereka tiada penyatuan. Mereka ada Hamas, Fatah , PLO . Mereka bercakaran sesama sendiri sekian lama, selari dengan penindasan Zionist terhadap bangsa mereka.

    Reply
    • May 6, 2011 at 6:27 pm
      Permalink

      Fatah dan Hamas dan menuju jalan penyatuan…Yg.kecut perut rejim zionis israel
      Umno dan pas bersatu ? dapigs dan nuar hilang arah ke putrajaya..Islam dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif, kuasa politik Melayu penentu hala tuju negara..

      bersediakah pas?

      Reply
      • May 7, 2011 at 1:29 am
        Permalink

        Pas nak bersatu dgn umno atas landasan apa tentulah umno pun tak setuju jika umno masuk pas begitulah sebaliknya jadi penyelesaiannya kedua2 parti dibubarkan dan buat satu nama parti baru contahnya parti kesejahteraan ummah ke, kalau tak sampai kiamat la bercakap saja umpama air lalu,, mcm mana ADA BERANI KA

        Reply
    • May 9, 2011 at 12:10 am
      Permalink

      Apa yang terjadi di Palestine adalah sama yang berlaku di Malaysia. Hamas memperjuangkan Islam tetapi Fatah memperjuangkan Bangsa Palestine. Sememangnya perlembagaan perjuang dua parti ini tidak sama…ini yang menyebabkan negara-negara arab sering bercakaran kerana hanya mementingkan perjuangan bangsa masing-masing dan berselindung kononnya memperjuangkan islam. Tetapi hakikatnya cara kehidupan mereka jauh berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh islam…tengoklah cara anak bini mereka berpakaian.

      Cakap pasal nak bersatu dengan PAS, seolah-olah mustahil. Ini adalah kerana perlembagaan PAS islam, perlembagaan UMNO melayu. Dalam islam mengharamkan perjuangan asal keturunan dan bangsa.

      1) Iblis tu dilaknat sebab angkuh asal keturunannya dari Api, sedangkan Nabi Adam dari tanah. Hanya kerana ia BANGSA api, Iblis sanggup engkar perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam.
      2) Yahudi tu dilaknat sebab tak ngaku kenabian Nabi Muhammad hanya kerana Nabi Muhammad bukan berasal dari BANGSA Israel.
      3) Nabi sendiri dibaling sampai berdarah oleh BANGSAnya di Thaif sebab kononnya ingin mendapatkan pertolongan bangsanya dari khianat kafir Quraisy. Tapi Allah bagi tahu kepada Nabi Muhammad ‘ BANGSAMU tidak dapat menolongmu, hanya islam sahaja yang dapat membantu’.
      4) Lepas tu Nabi Muhammad bersabda ” Bukanlah dari golonganku mereka2 yang memperjuangkan BANGSA ”
      5) Nabi Muhammad sendiri diperintah untuk menyatukan bangsa-bangsa Arab atas nama Islam, yang mana sebelumnya asyik bergaduh dan berbunuh-bunuhan kerana asyik memperjuangkan BANGSA.
      6) Sahabat2 Nabi juga dari pelbagai BANGSA dan bukan pilih orang ARAB JEE..
      7) Di akhirat nanti Allah tak tanya apa sumbangan kita pada Melayu…tapi Allah tanya apa sumbangan kita pada Islam.
      8) Sabda nabi ” Islam itu adalah yang tertinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”…menunjukkan Islam itu yang melindungi melayu, bukannya melayu yang melindungi islam.

      Lagi banyak saya membaca pasal perjuangan bangsa…makin keliru saya dibuatnya terutama Sabda Nabi yang melarang perjuangan Bangsa.
      Kerana saya tak mahu perjuangan saya ini sia-sia dari pandangan agama.

      Reply
  • May 6, 2011 at 11:30 pm
    Permalink

    betul tu saya setuju dgn pendapat anda itu semoga impian menjadi kenyatan untok generasi akan datang demi ugama dan bangsa melayu (malaysia seluroh nya)

    Reply
  • May 7, 2011 at 2:04 pm
    Permalink

    masih berharap ianya mampu jadi kenyataan..

    Reply
  • May 8, 2011 at 4:27 pm
    Permalink

    korang pelik tak???

    bila masuk bab perpaduan, penjilat fuckatan tak minat komen? tak minat bersatu sesama bangsa..

    tapi mereka teruja jika nak berpeluk ngan lim kit sial dan gerombolan penghianat negara tu..

    Reply
  • May 9, 2011 at 3:53 pm
    Permalink

    PAS dan UMNO memang WAJIB bersatu dengan syarat berdasarkan dgn rujukan Al-Quran dan Sunnah SAW. Itu sahaja syaratnya…..

    Reply
    • May 9, 2011 at 9:12 pm
      Permalink

      itu aku setuju..

      tapi gerakan pas kini yg.dah hilang arah negara islam dan dah diam bab hudud kerana takot ngan lim kit sial tu apa sebab nya?Tahalul siasi?

      Al-Quran dan Sunnah ada ajar mencarot dan memerangi pemerintah islam ke?
      Al-Quran dan Sunnah ada ajar memfitnah ke? najib dan atantuya tu mana 4 saksi?
      Al-Quran dan Sunnah ada ajar sembahyang dua imam ke?
      Al-Quran dan Sunnah ada ajar sembelihan orang umno haram ke?
      Al-Quran dan Sunnah ada ajar tuhan tu mencarot ke? 99 nama Allah majoriti maksud baik.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *