Sam Ketot pembela mahasiswa “auuww”..!!!

Share


Geli hati saya mendengar amaran dari Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Sam Ketot, yang mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional supaya tidak “membuli” mahasiswa di universiti-universiti. Setelah dikutuk habis-habisan ekoran mencemarkan masjid tempohari, Sam Ketot mengeluarkan kenyataan bodoh lagi.

Sam Ketot komplen mengatakan bahawa “UMNO-BN” membuli mahasiswa di sini. Dia kata, UMNO-BN buli mahasiswa macam “budak sekolah”. Katanya lagi, mahasiswa terima ugutan dan dibuang kolej ketika berkempen pilihanraya kampus dan terbaru, “mahasiswa diugut buang universiti kerana terlibat dengan perhimpunan Hari Pekerja”!

Nampaknya Sam Ketot begitu kemaruk untuk mendapatkan sokongan politik dari mahasiswa universiti sehingga memanjakan mereka seperti “budak tadika yang masih membawa botol susu ke sekolah”. Kebodohan dan kerendahan IQnya sama rendah seperti kerendahan dirinya. Memang “low class” dan rendah daya inteleknya.

UMNO atau BN tidak pernah ambil tahu dengan perjalanan pilihanraya di kampus-kampus universiti awam, apatah lagi universiti swasta. Malah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar pun sebenarnya hanya sedikit saja campur tangan dengan pilihanraya kampus, itu pun mengenai perkara-perkara asas untuk mengelak budak-budak universiti itu bergaduh sesama mereka.

Untuk pengetahuan Sam Ketot, ramai juga kakitangan universiti di jabatan HEP yang pro-pembangkang. Ada yang PAS, ada yang PKR, malah ada juga yang sokong DAP! Jadi, dimana rasionalnya mengaitkan UMNO atau BN mempengaruhi dan campur tangan dalam pilihanraya kampus?

Hakikatnya, Sam Ketot harus lihat sendiri bagaimana provokasi yang dilakukan oleh mahasiswa-mahasiswa pro-pembangkang ketika berkempen sewaktu pilihanraya kampus berlangsung. Lihat di UPM dan UM, serta bandingkan pilihanraya di kedua universiti itu dengan USM, UIAM, UUM, UKM, UTM, UiTM, dan lain-lain. Mengapa suasana pilihanraya kampus di UM dan UPM menjadi huru-hara berbanding di universiti lain?

Ini adalah kerana provokasi melampau yang digunakan oleh mahasiswa pro-pembangkang ketika berkempen. Siapa yang ajar mereka jika tidak AMK dan Dewan Pemuda PAS yang sememangnya aggresif dan “terlampau” untuk mendapat kuasa di kampus? Saya pernah belajar di universiti awam, saya tahulah..!

Sewajarnya pihak universiti mengambil tindakan disiplin dengan menghukum mahasiswa yang menimbulkan kekecohan dan huru-hara ketika pilihanraya kampus. Apa besar sangatkah pilihanraya kampus sehingga perlu buat kecoh dan huru-hara. Mahasiswa sebegini harus “diajar” bahawa tujuan utama mereka di universiti adalah untuk belajar, bukan berpolitik!

Jika hebat sangat nak tunjuk “hero”, jadilah seperti Ibrahim Ali dan Anwar yang pernah ditahan ISA kerana membuat kecoh hingga mencetus perhimpunan haram besar-besaran ketika mereka bergelar mahasiswa dahulu. Mereka sanggup ambil risiko dan menerima kesalahan mereka, meskipun terpaksa merengkok di Kamunting selama 2 tahun! Itu baru “hero”!

Ini baru kena buang dari kolej, sudah merengek mengadu macam “budak hilang puting”! Kualiti seperti itukah yang ada pada mahasiswa zaman sekarang? Lembik dan tak bermaruah! Mereka kurang daya intelek, kurang ketahanan mental dan tidak layak bergelar mahasiswa! Termasuklah Sam Ketot sendiri…tak layak jadi Ketua AMK sebab tak cukup intelek dan “inci”..!!!

Takut kena buang sebab terlibat dengan perhimpunan haram Hari Pekerja? Memang bodoh betullah mahasiswa itu. Apa kena mengena mahasiswa dengan Hari Pekerja? Mahasiswa sudah bekerja, kah? Apa ke bodoh sangat cara mahasiswa itu berfikir? Tugas mereka sekarang ialah “belajar”, jadi belajar sajalah! Yang sebok-sebok pergi campur hal orang yang sudah bekerja itu apa hal???

Sudah buat salah, baru teringat tentang “nak kena buang universiti”? Siapa suruh pergi buat kerja bodoh? Sam Ketot yang suruh, kah? Dia bagi berapa juta RM seorang? Elok dibuang saja budak-budak universiti yang tak sedar diri ini. Ibu bapa penat-penat cari duit siang malam suruh belajar di universiti, mereka sebok pula buat huru-hara jalanan. Bodoh tak kena gaya! Buat malu mak bapak saja…

Kalau iya pun nak berpolitik di kampus, buatlah secara berhemah dan gunakan daya intelektual yang ada. Tunjukkan bahawa mahasiswa berkaliber dan berkempen dengan cara orang-orang yang berilmu. Bukan macam puak-puak PAS yang tidur tengah jalan sambil pegang bendera. Itu tak payah masuk universiti pun boleh buat! Belajar lagi penting. Lepas belajar esok, nak berpolitik siang malam pun lantaklah..!!!

Sam Ketot pun tak payahlah jadi “batu api”. Tak padan dengan pendek, nak “batu api”kan mahasiswa dengan Kerajaan. Politik jenis apakah ini? Lain kali, fikir dulu sebelum keluarkan kenyataan. Awak kan Ketua AMK, tunjuklah daya intelek yang tinggi sikit. Kalau macam ini cara berfikir, macam mana awak nak orang hormat? Nak berucap pun orang nak kena angkat awak…???!!!



3 thoughts on “Sam Ketot pembela mahasiswa “auuww”..!!!

  • May 3, 2011 at 7:15 am
    Permalink

    Lawak..kena angkat dalam masjid

    Reply
  • May 3, 2011 at 8:01 am
    Permalink

    rakyat islam kini marah dengan keangkuhan sam ketot mencemar masjid !!
    rakyat islam marah kerana sam ketot ingkar arahan AJK masjid supaya bersurai !!
    rakyat islam loya tengok sam ketot and the geng semayang hajat dalam keadaan bongkak dan menolak kebenaran sumpah eskay!!

    Reply
  • May 3, 2011 at 10:48 am
    Permalink

    hmmm…..teringat insiden ” seluar basah ” budak ni…..tu pun ada hati nak jadi hero….apa punya nasib la budak sekor ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *