PAS bakal ceraikan PKR dan DAP, tak rela di”jubor”kan lagi..???

Share


Sebagaimana yang saya beritakan sebelum ini, kebanyakkan pucuk pimpinan PAS Pusat mahupun negeri kini meragui status kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan partinya setelah pelbagai skandal dan masalah yang mendedahkan tentang “siapa Anwar Ibrahim di sebalik tabir”.

Memandangkan tembelang Anwar yang sebenar semakin terbongkar di mata rakyat, PAS melalui Setiausaha Agongnya, Mustapha Ali, mengumumkan bahawa PAS bakal mengkaji semula kedudukan parti itu sama ada akan terus bersama PKR dan DAP di dalam pakatan pembangkang atau menarik diri dari pakatan tersebut.

Tindakan mengkaji semula kedudukan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu bakal dilakukan selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada pertengahan tahun ini, di mana sebuah majlis syura akan membincangkan tentang perkara ini.

Nampaknya, jodoh PAS tidak panjang dengan PKR dan DAP. “Threesome” yang begitu songsang diperkatakan oleh UMNO dan BN akhirnya diakui oleh PAS. Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. Dan PAS nampaknya sudah tidak tahan “diperkosa bergilir-gilir” tanpa rela bakal mengambil keputusan menarik diri dari permainan “luar tabii’ tersebut.

Sebenarnya, PAS bukan tidak tahu tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Gelaran “Al-Juburi” telah dicipta oleh Naib Presiden PAS sebelum Anwar dipecat dan didakwa oleh Kerajaan lagi. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri apabila Mat Sabu mempopularkan gelaran itu. Seharusnya Mat Sabu tahu apa maksud “Al-Juburi”!

Bukan sekadar liwat, PAS sudah lama berdendal dengan Anwar. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, apa yang tidak di maki Anwar pada PAS? Teruk PAS dimaki, dipermainkan, dipersenda dan dihina oleh Anwar, malah Nik Aziz sendiri pernah digelar “wali selipar/terompah” oleh Anwar.

Kembali kepada sejarah, Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan sering menempelak Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz secara sinis, makan dalam, dengan menyifatkan negeri itu sebagai mundur, pemalas dan tidak berhemat dalam perbelanjaan kewangan. Anwar ‘belasah’ Kelantan bagai budak kecil baru menyusu. Pasti orang-orang lama PAS Kelantan masih ingat, bukan?

Pembabitan Anwar yang pernah bersahabat baik dengan tokoh judi nombor ekor, Nallakarupan, yang menjadi sumber kewangannya dahulu turut menjadi buah mulut dikalangan pemimpin PAS untuk memerli Anwar. Apatah lagi status Anwar yang bersahabat dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara seperti Soros, Wolfowitz, dan sebagainya, lagilah menambah gelisah pemimpin PAS. Apa yang nak dijelaskan pada akar umbi PAS tentang perkara itu?

Lantaran itu, tabiaat Anwar yang suka menipu di sana sini, temberang sana sini dan “style” politiknya yang keji dan jijik turut menyumbang kepada keraguan PAS terhadap pemimpin “anugerah Tuhan” itu. Isu ’16 September’ sangat memalukan PAS dan DAP. Anwar dilihat sangat keji apabila cuba mengejar sekumpulan Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan cuba memujuk mereka untuk melompat parti membuatkan PAS dan Karpal Singh berang.

Karpal dalam kenyataannya mendesak Anwar untuk segera “bertaubat”. Sungguh memalukan apabila seorang muslim yang digelar “Pak Syiekh” diminta untuk bertaubat oleh seorang kafir harbi seperti Karpal Singh! Namun, Anwar tetap selamba, tak tahu malu dengan tindakannya itu dan cuba menegakkan benang yang basah.

Kemudian, PAS dimalukan lagi dengan dakwaan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari. Tindakan Anwar yang lari masuk berlindung di Kedutaan Turki pada hari Saiful melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa sangat meragukan PAS. Mengapa Anwar perlu lari bersembunyi, sedangkan siasatan belum lagi bermula? Nampak sangat Anwar tertekan dengan kesalahan sendiri.

Selepas itu, timbul pula kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar. PAS tahu bahawa Eskay yang menjadi sumber video tersebut adalah sahabat baik Anwar yang menguruskan hal berpoya-poya Anwar setelah Nallakarupan menarik diri dari terus di’balaci’kan Anwar. Pengesahan atas kesahihan video tersebut yang menunjukkan bahawa “lelaki bertuala putih” itu sepadan dengan struktur tubuh Anwar begitu memalukan PAS yang selama ini membela Anwar.

Apatah lagi dengan isu jam tangan “Omega” yang dikatakan Anwar masih berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, gagal dibuktikan sehingga hari ini. Kreadibiliti Anwar semakin kuat diragui oleh pucuk pimpinan PAS. PAS semakin terdesak untuk mengkaji semula hubungan “intim” mereka bersama pakatan PKR dan DAP dalam mengejar kuasa politik. Akar umbi semakin memberontak mendesak PAS keluar dari pakatan haram Anwar dan Karpal!

Sedang keadaan semakin kalut, PAS semakin terkejut dengan pendedahan eksklusif Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa dakwaan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan isterinya merupakan fitnah terancang oleh Anwar. Menurut RPK, dia ditekan oleh beberapa tokoh pembangkang, termasuk Anwar, untuk membuat surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menghalang Najib dari menerima peralihan jawatan dari Pak Lah kepada beliau.

Pengakuan ini sama sekali membunuh kepercayaan majoriti pucuk pimpinan PAS terhadap Anwar Ibrahim. Kini, Anwar hanya menaruh harapan kepada sokongan Nik Aziz melalui proksi erdogannya Husam Musa untuk meneutralkan keadaan dan mengekalkan PAS di dalam pakatan haram.

Perkara yang paling PAS tak tahan dengan PKR dan DAP ialah dasar perjuangan PAS yang sering diketepikan sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP. PAS di”keldai”kan begitu saja. PAS dimalukan dengan selamba tanpa rasa bersalah. PKR dan DAP hanya ketawa berdekah-dekah melihat PAS terkial-kial menenangkan resah gelisah penyokong PAS yang memerlukan penjelasan mengenai “suara PAS” yang dibisukan dalam perkongsian kerajaan pakatan haram itu. PAS begitu dipermainkan seperti budak hingusan. Kalau tak percaya, tanya Azizan Razak!

Disebabkan itulah maka kini dilihat golongan erdogan begitu aggresif bersaing untuk menguasai PAS pada pemilihan parti itu kali ini. Sekiranya erdogan mampu menang, maka PAS akan kekal bersama pakatan PKR dan DAP, dan sekiranya Hadi terus menjadi Presiden maka dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar PAS akan bermufarakah bercerai talak tiga dengan PKR dan DAP.

Apapun, kita tunggu saja apa yang berlaku pada muktamar PAS yang bakal berlangsung kelak. Kita tidak punya sebarang hak untuk menentukan masa depan PAS. Biarlah PAS yang menentukan hala tujunya sendiri. Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP men”jubor bontot” mereka lagi. Dan sekiranya PAS berkeputusan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, maka PAS akan kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair.

Wallahu’alam.



21 thoughts on “PAS bakal ceraikan PKR dan DAP, tak rela di”jubor”kan lagi..???

  • April 23, 2011 at 12:55 pm
    Permalink

    Tu…mustahpa ali punya cakap……sat lagi ulamak terompah tu bawa keluar fatwa ayah pin…..wa asil balik asal…..ni cerita lama….

    Reply
  • April 23, 2011 at 1:26 pm
    Permalink

    Ni kes tipikal AnuWar ludah, pas jilat; pas ludah, AnuWar jilat. Elok la tu. Hantukkan kepala dua2nya.

    Reply
  • April 23, 2011 at 1:39 pm
    Permalink

    Harap apa yang dinyatakan oleh Mustapha akan menjadi kenyataan. PAS sebenarnya akan semakin kuat jika tidak bersekongkol dengan DAP dan PKR. Mereka dah buktikannya dahulu. Tidak perlu hanya mengejar kuasa yang belum tentu akan mereka miliki melainkan kuasa serpihan dari DAP dan PKR.

    Masih ramai melayu diluar sana yang menyokong PAS tetapi mereka takut akan persekongkolan PAS bersama DAP dan PKR, lalu membuat keputusan menyokong UMNO yang dilihat lebih menjaga kebajikan melayu Islam. Fikir2kanlah wahai pemimpin2 PAS.

    Reply
  • April 23, 2011 at 2:18 pm
    Permalink

    percayalah..jika PAS menyahut salam perpaduan dari UMNO..PAS akan lebih dihormati oleh orang2 Melayu dan akan menjadi bertambah kuat bersama-sama UMNO….diharap PAS dapat sama2 menjalin perpaduan dgn UMNO untuk kekuatan orang Melayu dan Islam…

    Reply
    • April 25, 2011 at 6:04 pm
      Permalink

      kita bermusuhan sesama MELAYU kerana fikiran kita telah sental oleh dakyah DAP/PKR untuk memecahbelah orang melayu…… orang UMNO mereka racuni untuk memusuhi orang PAS apatahlagi orang2 PAS dihasut untuk membenci orang2 /UMNO…. .tetapi, ketika perjuangan sebenarnya, mereka2 ini meminggir kita orang melayu, asalkan apa yang mereka hajati tercapai.

      Reply
  • April 23, 2011 at 2:33 pm
    Permalink

    saya tidak percaya pas akan meninggalkan pakatan hanya kerana mengetahui anwar bersalah. sebenarnya sejak 1998 lagi mereka sudah tahu anwar manusia bermasalah tetapi kerana gelojohkan kwasa, mereka sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama.

    saya percaya, jika pas mahu meninggalkan pakatan bukan kerana masalah anwar sudah bocor tetapi kena tidak mampu lagi menggunakan batang tubuh anwar untuk terus berkuasa di kelantan dan mendapat sedikit sebanyak laba di negeri lain

    Reply
  • April 23, 2011 at 2:34 pm
    Permalink

    Selagi ahli2 PAS menganggap PAS sebagai agama maka BN tak usah nak berharaplah untuk
    kahwin dengan PAS….tetapi kalau puak2 PAS berpegang pada prinsip berpolitik yang mengutamakan
    perjuangan yang luhur dan murni untuk menegakan Agama dan Melayu sebagai tunggak Islam insyaAllah adalah bibit2 perpaduan yang diharap2kan oleh Melayu Islam di Malaysia ini.
    Mungkin orang PAS tak setuju bila kita sebut Melayu sebagai tunggak BN sekali gus sebagai tunggak Islam di Malaysia, tetapi cuba anda fikir sebalinya sekiranya UMNO ‘bukan’ parti tunggak
    BN, agak2nya bolehkah PAS menjadi pertaruhan kita?????????
    Sendiri fikirlah………

    Reply
  • April 23, 2011 at 2:48 pm
    Permalink

    ini semua berkat sembahyng hajat puak2 pas& pkr lah, padan muka korrang! lain kali jgn ko rang tunjuk juara. skrg korang pi nasihat nik ajis suruh dia taubat sblm terlambat

    Reply
  • April 23, 2011 at 4:27 pm
    Permalink

    Anwar akan menabur wang beratus ribu kpd ahli2 PAS utk mereka menyokong kumpulan Erdogan yg bersekongkol dgn Anwar. Lebai2 PAS bila nampak duit depan mata, serban pun melayang!
    Ingat lagi bagaimana lebai2 PAS ni telah balun duit anak2 yatim dari Dana Memali?
    Melayu mudah lupa ???????????

    Reply
  • April 23, 2011 at 4:47 pm
    Permalink

    jangan kita ‘siqah’/atau percaya kepada berita yg dikhabarkan oleh puak MUNAFIQ PAS..
    percayalah..menjelang MUKTAMAR Parti Anak Syaitan ini.. sengaja di propagandakan isu ‘mufarakah’ PASd gn skutu luar tabiinya.. supaya muktamar laknat ini dpt mengawal kemarahan segolongan puak dlm PAS yg mahukan PAS kembali pada asal..

    Sekadar untuk ‘kosmetik’ supaya masih ada lagi ‘harapah’ untuk berjuang dgn PAS..
    percayalah lepas muktamar ni.. puak2 laknat bodoh sesat ini akan kembali bersekedudukan dgn penuh ‘kasih sayang’ dgn sekutu syaitan mereka PKR dan DAP Al-LAKNATULLAH!

    Reply
  • April 23, 2011 at 4:53 pm
    Permalink

    Satu muhasabah lagi yg kita dapati dr halatuju PAS Khawarij ini ialah..
    mereka ‘hendak’ (belum berubah lagi..baru ckp ja..) berubah bukan kerana memuliakan Islam.. bukan kerana takut ALLAH, bukan juga kerana insaf untuk kembali ke jalan yg ikhlas..
    TETAPI..kerana kalah berturut2 dlm memiliki KUASA..
    itu sahaja natijahnya.. sedangkan mereka akui merekalah paling ‘ISLE’ dlm dunia.. tp halatuju berjuang xubah seperti SEKULAR! PAS lah sebenarnya BENIH SEKULAR!!

    semasa mereka kononnya tengah kuat dahulu.. setakat menghina ayat Al-Quran, mengubah hukum, membiarkan rakan kongsi mereka menghinan Islam tidak pula dirasakan takut, bersalah atau berubah..kerana waktu itu Allah masih tidak kalahkan mereka..
    jadi mereka ini jika berubah pun tidak ubah seperti sebuah parti politik sekular yg hanyak BERTUHANKAN UNDI..yang hanya takut dgn kuasa rakyat…

    LOOSER PARTY=PAS! mau kencing saja kat bendera laknat PAS tu!

    Reply
  • April 23, 2011 at 6:08 pm
    Permalink

    SEMUA TU SANDIWARA PAS TU JE JGN PERCAYA LA

    Reply
  • April 23, 2011 at 6:49 pm
    Permalink

    Sejak dulu lufikirkan tanpa PAS tak mengapa,
    Tetapi kini ku semakin ingin memadam PAS dari diari hidupku.

    (Gubahan lirik lagu arwah Sudirman)

    Reply
  • April 23, 2011 at 7:14 pm
    Permalink

    tunggu dan lihat apa kesudahanyya

    Reply
  • April 23, 2011 at 7:23 pm
    Permalink

    “AKU CERAIKAN DIKAU DGN TALAK SATU”..PECAYE LAAA..DIA X SAMPAI HATI NAK KASI TALAK 3 SKALIGUS BEB! KEHKEHKEH

    Reply
  • April 23, 2011 at 8:26 pm
    Permalink

    PAS bukan sahaja tampak sebagai kuda tunggangan, pemimpin-pemimpinnya malas mengatur stretgi malah lembab dalam apa jua tindakan. Kepercayaan orang Melayu dalam perjuangan PAS amat diragui malah menganggap PAS hanya menggunakan agama sebagai survivor politik mereka.

    Reply
  • April 23, 2011 at 9:26 pm
    Permalink

    sebenarnya tiada yg istimewa kenyataan mustafa ali mengenai pendirian pas itu kerana kenyataan seperti itu menggambarkan ada agenda tersembunyi yg akan boleh membelit seluruh kebenaran.
    Percayalah,kalau siasatan nanti membuktikan kebenaran sekali pun akan ada helah pas agar ujud keraguan terhadap kesahih itu dan rasanya jgnlah kita terperngkap,di perangkap oleh kenyataan su agung pas itu.

    Reply
  • April 23, 2011 at 11:13 pm
    Permalink

    Kalau betul nak perjuangkan Islam syumul tanpa gangguan dari tangan luar, keluarlah dari PR. Kalau masih ambil keputusan utk kekal dgn PKR-DAP, PAS cuma bangsat yang guna agama hanya kerana emosi dan dendam, menampakkan kecetekan akal para pemimpin PAS. Nampak benor munafiknya pulak tu. Istilah ‘walk the talk’ takde dlm PAS

    Reply
  • April 24, 2011 at 4:06 am
    Permalink

    Soalan:
    Apakah PAS dilihat lebih Islam daripada UMNO apabila mereka bersahabat dengan DAP dan PKR…????
    Apakah akan kurang keISLAMan PAS jika mereka mengambil keputusan keluar dari Pakatan Haram tu…????
    Bodoh sangatkah para pemimpin PAS…????? Tatkala mereka mengKAFIRkan UMNO yang berkawan dengan MCA, MIC serta Gerakan… mereka sendiri berpeluk dengan cara yang sama seperti UMNO…????
    Dimana letak akal ahli-ahli dan penyokong tegar PAS bila melihat senario itu…????

    Reply
  • April 25, 2011 at 3:22 am
    Permalink

    pas tu sebenarnya tengah pening-pening lalat..
    bagi peluang dia rehat sekejap sebelum sedar sepenuhnya

    Reply
  • April 25, 2011 at 10:36 pm
    Permalink

    PAS adalah sebuah parti yang sudah ‘tua’ dan ‘berusia’. Ketuaannya membuat kan mereka jadi nyanyok dan tidak kuat berjalan. Mereka perlu dipimpin kerana tiada kekuatan yang diperlukan untuk berjalan sendiri.

    Jika disingkapkan , dari dulu pun mereka sudah udzur dan tak mampu berjalan sendiri. Apa yang berlaku kini sesolah2 orang mengantuk disorong bantal. Ada pihak hulurkan tangan untuk memimpin mereka dan apa lagi mereka terkinja2 sambut tangan dan begitu ghairah berjalan mengikut pusat pihak yang memimpin. Walau pun jauh dihati mereka tersimpan seribu macam keraguan. Ragu tentang keikhlasan tangan yang memimpin. Terbayang mereka mungkin mereka bakal terhumban atau dihumban sebelum sempat tiba kedestinasi yang dituju.

    Kini igauan itu tersingkap lepas satu, satu dan mimpi sebelumnya bakal menjelma menjadi satu mimpi ngeri.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *