Hasan Ali dan PAS Selangor memang ‘buta kayu’..!!!

Share


PAS Selangor akhirnya mengakui bahawa pakatan haram pembangkang bakal menghadapi saingan getir pada PRU-13 yang akan datang. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, terpaksa membuat bangunan khas PAS bernilai RM1.3 juta sebagai “command centre” yang dijual lelong dan diwakafkan pada parti itu di Shah Alam.

Sudahlah diperlakukan sehina-hinanya oleh DAP dan PKR, namun Hasan Ali dan juak-juak PAS Selangor masih lagi ingin mempertahankan negeri Selangor yang telah teruk di”kerja”kan Khalid dan konco-konconya.

Negeri Selangor sejak dijajah oleh pakatan haram pembangkang bertubi-tubi diserang oleh UMNO dan Barisan Nasional. Siang malam, pelbagai pendedahan dan isu dibongkarkan sejak pakatan haram itu memerintah pada Mac 2008.

Bermula dengan manifesto pakatan haram pada PRU-12 yang lalu, UMNO dan BN terus menerus menembak pakatan haram di Selangor. Sehingga hari ini, sudah 3 tahun memerintah Selangor, pakatan haram masih gagal membayar elaun kepada suri rumah sepenuh masa, anak-anak Selangor yang baru lahir, anak-anak Selangor yang terpilih masuk universiti dan banyak lagi.

PAS Selangor sendiri pernah menerima penghinaan dari Ronnie Liu dan Khalid “gagap” apabila terpaksa menghantar balik beberapa botol arak yang dirampar oleh JAIS. Kononnya, pejuang Islam! Tapi bila diherdik sedikit oleh DAP dan PKR, ter’sorot’ telur mencium tapak kaki kuffar!

Isu “pasir’ di Selangor masih lagi belum selesai. Khalid bagaikan hilang punca untuk menyelesaikan kecurian pasir yang dikatakan dicuri oleh “tauke-tauke” DAP di Selangor. Nak ditangkap tak boleh, nanti DAP marah!

Maka Khalid terpaksa meminta Kerajaan Pusat campur tangan. Eleh! Macam orang tak tahu niat Khalid. Pada Khalid, biar orang lain yang menahan “tauke-tauke” DAP itu, asalkan bukan dirinya. Khalid bimbang, jika dia yang tangkap “tauke-tauke” pasir tersebut, maka dia akan hilang “RM” untuk pilihanraya akan datang. Silap-silap undi untuk Khalid sendiri melayang!

Kemudian, rakyat Selangor dikejutkan pula dengan cubaan Khalid merompak wang zakat Selangor! Mujurlah cubaan jahat itu dihalang oleh DYMM Sultan Selangor, kalau tidak, sudah tentu habis wang zakat yang dikumpul Dr. Khir dahulu untuk umat Islam di negeri itu.

Hairan, mengapa sebuah kerajaan paling maju dan terkaya dalam Malaysia menjadi hancur dibawah pakatan pembangkang. Khalid dahulu CEO untuk PNB. Anwar pula menjadi “punahsihat RM1” untuk Kerajaan Khalid dan DAP. Namun kekayaan Selangor susut begitu drastik! Ke mana perginya wang rakyat Selangor?

Terbaru, dilaporkan Yayasan Negeri Selangor mengalami defisit lebih RM7 juta dan kos penyelenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri itu mencecah lebih RM6 juta setahun..!!! Memang gila! Apa tidak gilanya jika kos untuk menyambut ulangtahun Yayasan Selangor mencecah lebih RM800,000!

Selenggara kereta apa yang mahal sangat sehingga mencecah lebih RM6 juta setahun? Itu bukan selenggara kereta namanya. Khalid selenggara kapal terbang, kah??? Pada penulis, SPRM patut menyiasat perkara yang direkodkan oleh juru audit mengenai perbelanjaan melampau Kerajaan Khalid dan DAP ini. Tak masuk akal dan melampau!

Itupun Hasan Ali dan PAS masih mahu mempertahankan Selangor dari di perintah Khalid dan DAP? Selangor yang dulunya makmur diperintah Dr. Khir dan BN, kini semakin teruk dirosakkan oleh lipas-lipas PKR dan DAP, itupun Hasan Ali masih mahu mempertahankannya? Apa Hasan Ali dan PAS ‘buta’ ke apa…???!!!



16 thoughts on “Hasan Ali dan PAS Selangor memang ‘buta kayu’..!!!

  • April 20, 2011 at 6:03 pm
    Permalink

    hassan ali sebenarnya terlalu pening dgn kerenah pkr n dap kat selangor..dia bersuara pun susah tak bersuara pun susah..ibarat ditelan mati mak diluah mati bapa.rasanya hassan ali mcm nk kuar je dr pas..dia terlalu pressure,tu yg maklumat yg diterima..

    Reply
    • April 20, 2011 at 9:41 pm
      Permalink

      sejak bila farid boleh dengar tulisan di mykmu ni….kata semua nya bohong, sudah taubat nasuha ke

      Reply
  • April 20, 2011 at 6:36 pm
    Permalink

    Terima kasih dari maklumat saudara.

    Tapi maklumat org Umno ni kena double check.

    Reply
    • April 20, 2011 at 8:29 pm
      Permalink

      ya, ya double check sama batang aljuburi…..pastikan twitter tlg on oleh pencacainya dan mat juburit boleh memilih china doll seterusnya.

      Reply
    • April 21, 2011 at 12:00 pm
      Permalink

      baguslah, beberapa kali hang nak check pun hang check lah.. kebanyakan nya 90% ada lah betul.. tapi media sana pun hang kena buat cenggitu gak, check banyak kali, sebab kebanyakannya tak betul 90% tipu, bohong, fitnah.. berubah lah farid.. berubah kearah kebenaran.. UBAH!! hehe

      Reply
    • April 21, 2011 at 3:59 pm
      Permalink

      macam media pro pembangkang bagus sangat je nak suruh double chek orang umno punye… putar pusing lebeh…

      Reply
  • April 20, 2011 at 6:37 pm
    Permalink

    bukan lagi buta kayu tapi dah buta hati

    Reply
  • April 20, 2011 at 9:59 pm
    Permalink

    janji pas selangor tika PRU12 kepada melayu selangor adalah nak hapus kilang calsberg kat shah alam…tapi aku dengar kilang tu dah diperbesarkan….apa alasan?

    Reply
  • April 20, 2011 at 11:05 pm
    Permalink

    Cuba tgk farid, mula2 percaya lepas tu kena double check plak, nak ouble check apa lagi dah memang terbukti….skrg kes teoh beng hock pun hampir membuktikan DAP yang beri tekanan pada teoh sehingga dia bunuh diri

    Reply
    • April 21, 2011 at 12:05 pm
      Permalink

      takpalah bagi dia peluang untuk bukak minda dia, kalau dia kalut cam dulu balik, kita hantam dia, kita tgk dia nih lalang ka sungguh2 nak cari kebenaran..

      Reply
  • April 20, 2011 at 11:57 pm
    Permalink

    Teori dialam khayalan semuanya mudah dan mempersonakan oleh penglipurlara,pendengar pula akan terpukau dengan hebatnya perancangan khayalan, tapi nak dipraktikkan tak nampak cara dan tak boleh dibuat dialam nyata, mungkin itulah dalima perancangan PR.

    Reply
    • April 21, 2011 at 1:56 am
      Permalink

      siapa kate xde perancangan, perancangan mereka menipu sampai ke akhir hayat.. sesama mereka pun x transparent, apatah lagi rakyat..

      Reply
    • April 21, 2011 at 12:13 pm
      Permalink

      tulah santrang dah cakap perancangan hayalan… orang2 kita ni mmg syok dengar bab2 khayalan, mende2 yang fantasi, cam academi fantasi, tapi reality?? takdak.. orang2 kita tetap di takuk lama, dok syok sendiri, mengaku kita setaraf negara maju, walhal dalam banyak bidang kita masih banyak dan jauh ketingallan… sedarlah kita masih negara pengguna.. sokonglah kerajaan yang banyak menyumbang dan singkirkan kerajaan yang banyak cakap tapi sumbangan takdak.. menyumbangkan duit ke poket sendiri banyak lah..

      Reply
  • April 21, 2011 at 8:32 am
    Permalink

    pas memang buta kayu kulup lihin

    Reply
  • April 21, 2011 at 8:36 am
    Permalink

    Hidup umno. mana2 yg menyokong PR tu lebih mangkuk dari mangkuk tandas.

    Reply
  • April 21, 2011 at 12:28 pm
    Permalink

    maklumat “org umno” kena double check. walaupun rasanya semua org dah tau benda ni melalui internet, tv, suratkhabar dsb.

    tapi klu apa yg keluar daripada mulut pemimpin pembangkang mcm ds najib-altantuya, apco dsb, tak perlu apa2 bukti sekalipun tapi akan ditelan bulat2 oleh penyokongnya mcm wahyu ilahi.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *