Sampai bila PAS akan terus menjadi pencacai DAP dan PKR..?

Share


Berulang-ulang kali PAS sudah ditegur. Bukan saja ditegur oleh beberapa pucuk pimpinan PAS sendiri, malah golongan ‘grass root’ PAS sendiri sudah ‘berbuih mulut’ mendesak agar PAS keluar dari Pakatan Haram yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Namun, pucuk pimpinan PAS yang ‘diboneka’kan oleh pengaruh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, masih tetap berdegil mahu terus ‘bersetubuh’ dengan PKR dan DAP.

Sudah beratus-ratus kali PAS dimalukan oleh PKR dan DAP. Setiap kali pemimpin PKR dan DAP ‘buat taik’, maka PAS lah yang dijadikan balaci pencacai untuk mencuci najis-najis mereka yang bertaburan seluruh negara. Entah sampai bila PAS akan bertahan untuk terus menjadi pencacai pengangkat pencuci najis PKR dan DAP.

Pelbagai isu yang menunjukkan PAS hanya dilayan sebagai ‘kuli batak’ PKR dan DAP. Isu-isu seperti isu ‘arak yang dirampas’, isu ‘kalimah Allah’, isu ‘dasar pentadbiran negeri’, isu ‘kepimpinan’, isu ‘kewangan’, isu ‘jawatan’, isu ‘pengagihan projek’ dan banyak lagi isu-isu yang timbul, namun PAS masih ditakuk kasta terbawah berbanding PKR dan DAP.

UMNO pernah menyindir dan berkias kepada PAS mengenai perkara ini, namun PAS melihatnya sebagai ‘UMNO cemburu’ pada pakatan haram tersebut. Cheh! Pada saya, tidak timbul isu cemburu pun sebenarnya. UMNO hanya memberikan respon sebagai saudara seIslam yang tidak ingin melihat saudara seagamanya diperkotak-katikkan begitu saja. Namun, PAS buruk sangka pula pada UMNO! Tak mengapalah, sekurang-kurangnya kita sudah mengingatkan mereka, sama ada mereka mahu menerima atau tidak, terserahlah pada mereka…

Menurut rakan-rakan penulis yang merupakan beberapa pimimpin ‘grass root’ PAS, mereka sejak awal sangsi dan kesal dengan kerjasama yang diberikan PAS kepada DAP dan PKR pada tahun 2007 lagi. Kekesalan mereka bertambah apabila melihat realiti bahawa Anwar, Azmin, Karpal, Kit Siang, Guan Eng, Theresa Kok dan ramai lagi pemimpin PKR dan DAP menjadi liabiliti terhadap perjuangan mereka.

Mereka pernah mendesak secara halus melalui mesyuarat dan majlis-majlis mereka supaya PAS keluar dari Pakatan Haram tersebut. Namun, pucuk pimpinan mencantas idea tersebut. Ketika bermuktamar sebelum ini, ada beberapa perwakilan PAS yang mahu parti itu keluar dari terus menjadi ‘alat’ dan dimalukan PKR dan DAP, namun mereka dikhabarkan bahawa Nik Aziz ‘murka’ dengan desakan mereka, lalu mereka tak jadi keluarkan isu tersebut.

Persoalannya, sampai bila PAS akan terus ‘terbaring ditengah jalanraya sambil memegang bendera’, sedangkan ‘PKR dan DAP berdekah-dekah melihat keldai pencacai mereka bertindak bodoh begitu senang dikulikan begitu saja’?

Persoalan ini perlu dibawa pada muktamar PAS yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini. Itu pun jika PAS masih ‘ada telur’ untuk bersuara. PAS perlu ingat bahawa kedudukan PAS tidak seperti UMNO yang menjadi tunjang di dalam perikatan BN.

PAS tidak berupaya menentukan dasar pakatan dan Anwar yang dilihat sebagai Ketua Pakatan Haram itu sering menyebelahi DAP dan partinya dalam setiap dasar yang dipersetujui. PAS perlu ingat perkara itu jika sayangkan Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini.



10 thoughts on “Sampai bila PAS akan terus menjadi pencacai DAP dan PKR..?

  • April 19, 2011 at 3:39 pm
    Permalink

    salam ukhuwah Umno telah hulur tetapi pas menolak..sunah siapa dia ikut?
    berkawan ngan MCA/MIC =kapir pada 1963, tapi kini mereka penjilat setia daP apa hukum?
    bila umno ajak bersatu, pasamdol kata umno buat gitu kerana dah lemah..

    entahlahhhh…dalam pas ramai yg.ingin perpaduan tetapi tiap ceramah mereka perpaduan dan kasih sayang tak pernah duucapkan..maki hamun dan fitnah jadi rempah ratus halua telinga dan hati hitam mereka..

    firasat aku pas mungkin bersatu ngan umno bila wally selipor dah tak ade…tak tahu kenapa mereka semua takut nak nasihatkan nik ajis supaya ikut jalan yg.disunnahkan nabi.

    Reply
    • April 19, 2011 at 5:15 pm
      Permalink

      kesian bile tengok PAS dibuat sbegitu rupe… rase benci dan marah pada anwar makin membuak2… die sebagai melayu dah takde perasaan langsung ke?.. ni lah anwar yang akan menggadaikan maruah bangsa sendiri… demi untuk capai cita2 nak jadi PM… demi nak jage hati DAP.. tawar jawatan TPM kat kit siang… habis la malaysia kalau nightmare tu betul2 jadi kenyataan….

      Reply
      • April 19, 2011 at 10:31 pm
        Permalink

        nuar tawar jawatan TPM pada lim kit siang…tapi nuar lupa dia adalah boneka lim guan eng…pas pula pupet buduh yg.gadai bangsa dan agama untuk duk kat pentas anuar and the komunis geng.

        Reply
  • April 19, 2011 at 5:43 pm
    Permalink

    Aku jangkakan sekiranya PAS masih sayang nak tinggalkan PR, PAS akan terkubur dalam PRU13 nanti. Isyarat awal Allah dah tunjuk kat Sarawak. Ini adalah satu hakikat yang PAS perlu terima. PAS menjadi gopoh nak ke Putrajaya sehingga lupa asal usul perjuangannya. Matlamat PAS ialah menegakkan negara Islam. Tapi dek kerana sahabatnya DAP menentang keras, PAS terpaksa akur.

    Apa yang ada dalam fikiran pimpinan PAS ialah sekadar nak tumbangkan UMNO. Bagi mereka menumbangkan UMNO lebih penting walaupun caranya mungkin tidak dipersetujui ramai ahli PAS. PAS melihat UMNO seolah-olah parti yang WAJIB diperangi. Sedangkan pada masa yang sama mereka berpeluk dengan DAP. PAS rela bekerjasama dengan DAP, walaupun DAP secara terang-terangan telah menolak negara Islam. Salam perpaduan yang telah dihulurkan oleh UMNO ditolak mentah-mentah oleh PAS seolah-olah UMNO terlalu jijik bagi mereka.

    PKR yang sekarang ini berada dalam kronik kerana terpaksa mempertahankan diri dari segenap penjuru semata-mata kerana isu moral Anwar. Selagi Anwar tidak menyelesaikan isu moralnya secara gentlemen di mahkamah, selagi itulah rakyat akan terus sangsi dengan ‘kesucian’ Anwar. Isu liwat dan ‘projek atas katil’ , benar-benar telah membelenggu insan anugerah ini. PAS yang bersekongkol dengan PKR juga terpalit sama. Ini dapat dilihat ketika PAS menganjurkan doa dan solat hajat semata-mata untuk membebaskan Anwar daripada ‘fitnah’.

    Sebenarnya jauh di sudut hati saya, saya mahukan PAS dan UMNO bersatu. Sepertimana DAP, MCA dan Gerakan yang juga bersatu apabila menyentuh tentang isu kaum cina. Apakah salah sekiranya PAS dan UMNO merintis jalan dalam membina ummah dan seterusnya membawa masyarat Melayu ke tahap yang membanggakan. Sampai bila PAS dan UMNO nak bermasam muka ? Fikir-fikirkanlah demi generasi anak-anak Melayu Islam pada masa akan datang.

    Reply
    • April 19, 2011 at 10:35 pm
      Permalink

      pasamdol mmg.nak umno jatuh…tapi bila umno jatuh, pas tak tahu macamana nak pastikan melayu terbela dan terjaga…senang cerita dia bagi lim guan eng catur nasib melayu…pas seperti biasa balik kepentas ceramah maki hamun fitnah bangsa sendiri..

      Reply
      • April 19, 2011 at 11:11 pm
        Permalink

        PAS sebenarnya tak tau DAP bermain wayang. Di depan PAS, mereka bersungguh-sungguh hendak menjatuhkan UMNO dan BN. Tetapi di belakang PAS, secara senyap-senyap, mereka berpakat dengan MCA dan Gerakan semata-mata untuk menolong anak bangsa mereka. Sedangkan PAS pulak tergamak memerangi UMNO yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Di manakah jati diri PAS dalam membantu Orang-orang Melayu ? Tak malukah mereka, kaum-kaum lain bersatupadu tanpa mengira fahaman politik. Sedangkan kaum Melayu berpecah-belah semata-mata perbezaan dari segi ideologi. PAS dan UMNO tak jauh bezapun, kedua-duanya adalah Melayu dan Islam. Oleh itu, wajarlah kedua-duanya berpakat dan bersatupadu demi kelangsungan hidup masyarat Melayu Islam.

        Reply
  • April 19, 2011 at 5:46 pm
    Permalink

    Tanya hardcore PAS dari Semenanjung yang bertugas diPRN-SERAWAK macam mana
    layanan PKR dan DAP pada mereka. Tak guna nak cakap beb… Sampai ada yang mati
    dibilik gerakan. Ada masalah kesihatan, makan minum tak dijaga tidur kurang, semangat
    berapi, duit tak da. Tekanan perasaan . Apa lagi . Syahid ke ni. ALAHAI PAS…. JANGAN
    LE TAKSUB MELULU. BALIK KEPANGKAL JALAN LE.

    Reply
    • April 20, 2011 at 7:25 am
      Permalink

      demi memerangi bangsa sendiri dari umno, pas sanggup buat apa saja walaupun kebulur ‘berjihad’ dinegeri orang…Dap hina islam depan mata pas buat bodoooo jee..

      Reply
  • April 20, 2011 at 8:17 am
    Permalink

    selagi ada kuda tunggangan anwar maksiat dalam pas selagi itulah pas akan jadi balaci pencacai pkr dapig

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *