SAYA CABAR MCA DAN GERAKAN..!!!

Share


Melihat trend pengundi Cina pada siri-siri PRK dan Pilihanraya DUN Sarawak baru-baru ini merupakan satu cabaran buat Kerajaan BN, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada masa ini, pengundi Cina masih lagi tidak kembali menyokong Kerajaan BN sejak Pak Lah diangkat menjadi PM lagi.

Apakah tugas mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN ini patut digalas dan dipertanggungjawabkan kepada Najib dan Muhyiddin sahaja? Apa pula tugas MCA dan Gerakan? Dimanakah tanggungjawab parti-parti komponen BN yang mewakili masyarakat Tiong Hua ini? Mereka masih lagi “lena” bersama Pak Lah?

Pada saya, MCA dan Gerakan harus memikul tanggungjawab mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Namun, sudah 3 tahun Najib mengambil alih mengetuai Kerajaan, namun pengundi Cina masih tidak beralih kembali kepada BN.

Dulu, MCA dan Gerakan menuding jari kepada UMNO yang dikatakan lemah, lena, lembik, “I dont’t know” dan “I’m not involved”. Tapi sekarang UMNO semakin garang bagai singa yang terluka! Sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO semakin hebat dan parti tunjang BN ini semakin gagah dipersada politik negara.

Begitu juga dengan MIC setelah Sammy Vellu mengumumkan persaraannya. MIC semakin kuat dan bersatu. Meskipun masih ada sedikit masalah dalaman, namun mereka dilihat semakin komited dalam meraih sokongan kaum India di Malaysia.

Jika mahu dibandingkan UMNO dengan MCA dan Gerakan, bagai langit dengan bumi! MCA kini dilihat bagai ‘hidup segan mati tak mahu’. Lebih teruk dari UMNO ketika parti keramat itu lemah. MCA tidak bermaya dan hilang sokongan dari bangsa mereka sendiri!

MCA kini diketuai oleh Chua Soi Lek yang di’famous’kan oleh skandal video seksnya sebelum ini. Namun agak menghairankan, dia masih diterima oleh ahli MCA, malah dinobatkan sebagai Presiden! Menakjubkan apabila seorang pemimpin yang kurang bermoral dari segi adab ketimuran masih diangkat sebagai Presiden oleh ahli MCA.

Musykil saya juga saya dibuatnya. Apakah kemenangan Soi Lek dulu dibantu oleh Jui Meng yang kini bersama PKR? Apakah kemenangan Soi Lek turut dibantu oleh DAP dan PKR? Bagaikan ada muslihat di sebalik tabir pada kemenangan Soi Lek sebagai Presiden MCA. Pada saya, agak mustahil untuk masyarakat Cina meminta anak-anak mereka mencontohi Soi Lek sebagai pemimpin masa depan, apatah lagi menjadikannya sebagai ‘idola’!

Mana Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA? Mana peranannya sebagai Ketua Pemuda Cina Malaysia? Ketua Pemuda Cina apa begini? Setahu penulis Wee Ka Siong hanya berani meminta itu dan ini dari Kerajaan, tak kira ketika bermesyuarat kabinet mahupun mesyuarat BN. Yang pelik-pelik dan yang tak boleh diberi, itulah yang Wee Ka Siong suka minta dalam meeting.

Tapi cuba tanya Wee Ka Siong, mengapa Pemuda Cina kini beralih arah memilih DAP? Mengapa anak muda berbangsa Cina, sebangsa dengan Wee Ka Siong tidak memilih untuk mengundi BN??? Mana dia taring kungfu naga, ular, monyet, harimau dan mentadak pada Pemuda Cina Malaysia yang diwakili Pemuda MCA! Rasanya Wee Ka Siong patut jawab semua soalan ini atau letak jawatan segera, dan berikan jawatan itu kepada yang lebih layak!

Gerakan? Masa mula-mula kalah dulu pun dah tunjuk yang mereka tak kisah Pulau Pinang di tadbir oleh DAP. Siap berjabat tangan berpeluk erat dengan Guan Eng! Koh Tsu Koon pula diangkat menjadi senator dan dilantik menteri penuh oleh PM sebagai menghormati perkongsian kuasa. Namun, apa balasan Koh Tsu Koon terhadap BN?

Nama saja “Menteri KPI”, namun KPInya sendiri hancur! Jika beginilah cara dan komitmen yang ditunjukkan oleh Koh Tsu Koon, maka Lim Kheng Yaik telah tersilap pilih penggantinya, sebagaimana tersilapnya Tun M memilih Pak Lah yang macam-macam “L” dulu. Mujurlah Najib hadir menyelamatkan keadaan.

Saya cabar MCA dan Gerakan jika benarlah mereka komited, menjaga KPI, wakil sebenar yang mewakili majoriti masyarakat Cina di Malaysia, dan “reliable componen”, SAYA CABAR MEREKA UNTUK MEMBUKTIKAN SOKONGAN KAUM CINA PADA BN DALAM MASA 2 HINGGA 4 BULAN DARI SEKARANG!

Jika tidak, akuilah bahawa MCA dan Gerakan tidak serius dalam perkongsian kuasa, tidak komited, lemah, lembik, bersalah dan tidak layak menganggotai kabinet Malaysia sekiranya BN berjaya mentadbir Kerajaan Malaysia pada PRU-13 kelak.

Sahut cabaran saya jika betul-betul MCA dan Gerakan membawa semangat dan gagasan 1Malaysia!



18 thoughts on “SAYA CABAR MCA DAN GERAKAN..!!!

  • April 19, 2011 at 1:01 am
    Permalink

    kecewa…mereka cerdik…kita bodoh….ajaran siapa? 🙂

    Reply
  • April 19, 2011 at 2:47 am
    Permalink

    Syabas !!!!!!! memang tepat dan padat… MCA, Gerakan SUPP …. dipasak macam mane pun…. tetap menyokong DAP… sebangsa… percaya lah…. memang tak boleh dipercayai… KSK pun serupa. Cakap pandai…. bikin tak pandai…

    Reply
  • April 19, 2011 at 3:18 am
    Permalink

    Ya sokong kita bagi mereka masa, kalau dalam masa 4 bulan mca & gerakan masih di takuk lama juga adalah wajar DS Najib sebagai Pengerusi Barisan Nasional mengambil langkah meletakkan calon2 UMNO di kesemua kawasan yang majoritinya adalah melayu semasa PRU 13 kelak, ahli serta penyokong UMNO sudah muak kerana terpaksa berhempas pulas bekerja keras untuk memenangkan wakil mca/gerakan yang di letakkan sebagai calon di kawasan majoriti kaum melayu sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan kesungguham untuk memenangkan calon2 mereka yang bertanding di kawasan majoriti kaum cina.

    Reply
  • April 19, 2011 at 3:19 am
    Permalink

    MCA n Gerakan !!!!mana ada cina nak sokong mereka lagi,menteri mereka semua tak ada class.Mereka paling pandai adalah merebut kerusi dlm parti mereka.Umno jgn harap lagi kat dua parti ni,tanpa 2 parti ini kaum cina masih boleh sokong Umno.Kerana dua parti sial ini memalukan kaum cina maka kaum cina tak akan sokong mereka lagi.Kaum cina sekarang mahu Umno punya 1 Malaysia.

    Reply
  • April 19, 2011 at 7:48 am
    Permalink

    mca dan gerakan kalau menang pun dikawasan majoriti melayu….lepas nih letak calon mereka berentap daP dimana saja….

    biar undi Melayu,india,bumiputra sabah sarawak,siam hanya untuk politik perpaduan dalam BN..
    politik perkauman daP bior cina terus jilat…mereka dah senang…mereka dah kaya….tak perlu perpaduan lagi..yg.penting sekarang mereka nak kuasa politik !!!

    p/s: aku heran kalau pasamdol masih buta bab nih..

    Reply
  • April 19, 2011 at 8:10 am
    Permalink

    org melayu kebanyakannya adalah pengguna,pembeli di kedai cina..jadi…gunakan kuasa beli anda

    Reply
    • April 20, 2011 at 3:34 am
      Permalink

      Tak practical la bro. Kalau demand terlalu melebihi supply macamana nak guna kuasa pembeli.

      Reply
  • April 19, 2011 at 8:28 am
    Permalink

    Satu statement yang bernas. MCA dan Gerakan sudah macam tak relevan lagi dengan masyarakat cina. Kalau tak ada dalam BN pun tak mengapa. Bagi KPI kat mereka.

    Reply
  • April 19, 2011 at 8:33 am
    Permalink

    mmg benar, melayu mempunyai kuasa membeli tp tahap kesedaran utk membantu bangsa sendiri masih lemah gara2 kepala otak dah penuh dengan ceramah saban malam oleh parti ajaran sesat yg selalu mengkafirkan org yg seagama sebangsa. kat tempat aku sendiri sebagai buktinya, kedai runcit melayu hanya selang 3 pintu dgn bangsa cina tetapi cina dpt berniaga dgn senyumnya. kawasan aku org melayu adalah 80%. pelanggan kedai runcit cina ini 90% adalah melayu. tahniah paspispus kerana doktrin anda sgt berjaya dlm bab ini. bila nk mampusss daa itu wali selipar….

    Reply
  • April 19, 2011 at 9:31 am
    Permalink

    betoi lar… bila lagi melayu nak tolong melayu? nak harap cina melanggan dan tolong perniagaan melayu… jangan lar mimpi… ianya bermula dari kita juga… aku dah mula cari kedai2 melayu dan beri support aku… MCA/Gerakan diayun dengan mimpi keselesaan mereka… project dari kerajaan banyak diaorang dapat… lesen telekommunikasi lar dan macam2 lagi… tu pun tak mau bantu BN… piiirah… kerajaan perlu ubah strategi ini sebelum lagi lambat…

    Reply
  • April 19, 2011 at 5:26 pm
    Permalink

    DALAM PRU / 13 NANTI MANA KAWASAN MAJORITI MELAYU BERI PADA UMNO ( Tapi
    mestilah “Winible Candidate” jangan UMNO yang haprak” Kawasan Majoriti Cina beri pada
    MCA dan Gerakan. Kan Fair & Squere. Memang risiko tinggi….. PKR & PAS akan kacau
    kawasan Majoriti Melayu silap-silap yang dikendung berciciran yang dikejar tak dapat. Tapi
    takkan UMNO tak de strategi. Disamping saya muak dengan telatah MCA , Gerakan, PAS,
    PKR ……kekadang saya muak juga dengan telatah sesetengan pemimpin UMNO diperingkat
    Bahagian ni. Sedarlah…air dah kat paras leher skarang ; jangan sampai naik hingga kaparas
    hidung.

    Reply
    • April 19, 2011 at 6:59 pm
      Permalink

      Setuju dengan pendapat RINDU DAMAI.

      PRU13 mana mana calon BN yang tak perform harus digugurkan dpd menjadi calon kerana ini akan menyebabkan kekalahan nanti, MYKMU ini adalah platform utk akar umbi menyampaikan maklum balas kepada TOP MANAGEMENT. memandang bintang dilangit, rumput dibumi jangan dilupakan.

      Reply
  • April 19, 2011 at 10:31 pm
    Permalink

    Saya cabar MCA dan Gerakan menolak cadangan BN utk wakil mereka bertanding di kerusi majoriti org melayu utk PRU13 kelak. Buktikan sokongan kaum cina kpd mereka masih relevan!!

    Reply
  • April 19, 2011 at 10:39 pm
    Permalink

    sokong tenno!!…MCA / Gerakan kena lawan di kawasan majoriti Cina..dan bukan tumpang sekaki di kawasan Melayu dlm PRU/DUN..walk the talk!!! buktikan MCA/Gerakan masih relevan..nampak sekarang seperti MCA/Gerakan musuh dalam selimut UMNO…

    Reply
    • April 19, 2011 at 11:07 pm
      Permalink

      Ya, sudah sepatutnya kita tgk sejauh mana dikatakan gentlemannya Chua Soi Lek dan integritinya Koh Tsu Kun . Kita mesti memberikan tekanan kpd org yg betul pada tempat yg betul.

      Reply
  • April 20, 2011 at 12:45 am
    Permalink

    Yang pelik nya kaum cina MCA & Gerakan cukup hebat mwembuart desakan politik pada pemimpin BN demi kepentingan kaum cina. Tapi tentang hendak menarik kembali sokongan cina depa tak reti nak buat apa pun. Depa jadi bengong atau mungkin depa kata biaq pi DAP kuat pengaruh terhadap kaum cina kerana DAP,MCA & Gerakan pun parti orang cina sama punya 1Matlamat tapi kaedah saja berbeza melalui ideologi. Matlamat depa untuk mempertahankan bahasa,budaya dan hak kebebasan dalam ekonomi,politik dan sebagai nya.

    Reply
  • April 20, 2011 at 3:57 am
    Permalink

    Salah satu penyumbang masalah ini MUNGKIN sekolah2 Cina dan private school yg majoriti bukan bumi. Golongan muda cina x suka BN. Mereka membesar tanpa exposure kepada org Melayu sebaik zaman2 dahulu. Yg support BN adalah golongan org2 lama yg bercampur dgn Melayu dari zaman sekolah atau kejiranan. Cina generasi baru tak boleh terima konsep hak2 keistimewaan bumi lalu mereka membenci BN kerana itu. Berbanding India yang menghargai usaha2 menaiktaraf socio ekonomi mereka menerusi pembangunan, kaum Cina kurang menghargainya kerana mereka mempunyai penguasaan ekonomi yg kukuh (dah kaya).

    Cuba letak diri anda sebagai seorang Cina – apa faedahnya sokong BN?

    Pada masa ini mungkin lebih mudah nak tarik penyokong pas mengundi Umno dp Cina mengundi BN.

    Langkah yg lebih pragmagmatik ialah pemimpin2 Umno dlm kerajaan bulldoze aje program dan usaha pembangunan bumiputra dlm semua aspek. Bantuan modal, sokongan terhadap syarikat2 berkaitan, biasiswa pelajaran, projek2 keagamaan, sekolah2 dll. Guna aje GLC2 dan pelbagai saluran lain seboleh mungkin. Sementara stok masih ada.

    Reply
  • April 21, 2011 at 9:03 pm
    Permalink

    Koh Tsu Koon,Wee ka Siong, chua Soi Lek hanya sama taraf dengan DAPig…berada dalam kumpulan yang mempertikaikan ‘Perlembagaan’ . Oleh itu orang melayu mesti sedar kaum cinapek mempunyai agenda yang lebih jauh tersirat.Pemimpin2 tidak harus bersikap apologetik dan harus berani bertegas kpd MCA dan Gerakan…mana2 kerusi MCA dn gerakan yang kalah semasa PRU12 ,harus diberikan kepada calon UMNO pada PRU13.Kawasan majoriti melayu mesti letak calon melayu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *