MULUT BUSUK ANWAR MENIPU TANPA HAD DAN BATASAN

Share


Tidak dapat tidak, antara orang penting di dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru sahaja berlalu adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim begitu giat berkempen, berceramah dan menghasut tetapi amat takut apabila ditanya tentang jam tangan Omega dan DNA.

Mungkin terpesona dengan kehadiran ribuan manusia untuk mendengar ceramah dan temberangnya, Anwar Ibrahim menaruh sepenuh keyakinan bahawa PKR akan menggantikan PBB di Sarawak, sekaligus mengetuai Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sarawak, salah sebuah negeri yang terkaya sumber alamnya di Malaysia dengan saiz yang jauh lebih besar berbanding Selangor, apatah lagi Pulau Pinang.

Selama lebih dua tahun, PKR merayap dan merayau di seluruh pelosok Sarawak. Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang yang beberapa bulan sebelum DUN Sarawak dibubarkan, begitu yakin PKR akan menawan 40 buah kerusi, turut tidak ketinggalan untuk cuba meraih perhatian. Malangnya, sesuatu berlaku di Sibu dan nama Zuraidah Kamaruddin di Sarawak terus lenyap selepas itu.

Namun ia tidak menjadi perkara penting buat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Dalam pelbagai kemelut yang berlaku di sekitar PKR – sama ada kemelut itu sekadar ciptaan untuk mendapat perhatian murahan mahupun ianya memang disebabkan PKR sendiri adalah parti bermasalah – Anwar Ibrahim dan PKR tetap bercakap besar, Baru Bian akan mewakili PKR ke jawatan Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Dan akhirnya kemuncak daripada segala macam kempen dan hasutan, para pengundi di Sarawak membuang undi. Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta angan-angan dan mimpi-mimpi indah untuk para petugas serta pemimpin PKR, keluar senyap-senyap meninggalkan Bumi Kenyalang dan menurut laporan, ‘pulang’ ke kampung halamannya di Amerika Syarikat atas tujuan yang dia sendiri sahaja tahu.

Namun puncanya segera dikenalpasti. Anwar sudah dapat mengesan kekalahan besar dan memalukan PKR. Sekalipun dapat menambah dua kerusi berbanding jumlah yang diperolehi pada tahun 2006, yang pastinya adalah PKR memang malu besar!

Selepas cakap berdegar-degar, selepas menghabiskan puluhan juta ringgit untuk berkempen, merasuah dan menarik sokongan di seluruh Sarawak selama dua tahun, terutama sekali di kawasan-kawasan yang dijangka dapat dipengaruhi dengan isu-isu NCR dan penguasaan Melanau, PKR hanya mampu menguasai tiga kerusi sahaja iaitu di Tebedu, Batu Lintang dan Ba’kelalan.

Menyedari apa yang berlaku di Sarawak tidak berpihak langsung kepada PKR, juak-juak Anwar Ibrahim cuba membuat lawak dengan mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat telah menang besar dan menguasai lebih 2/3 kerusi DUN Sarawak. Atau lebih tepat lagi, telah mengalahkan Taib Mahmud.

Twitter, blog dan Facebook yang berpihak kepada Pakatan Rakyat berusaha sedaya mungkin untuk membuktikan kebenaran tersebut.

Dan yang paling menarik apabila Anwar dikatakan telah ‘mengepung’ calon-calon PKR yang bertanding agar tidak melompat dan ‘dibeli’ oleh Barisan Nasional.

Namun akhirnya kebenaran terserlah. Anwar Ibrahim yang berpenat lelah selama dua bulan hanya mampu menguasai tiga DUN sahaja. Manakala tuan besar Anwar iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pula, mampu menambah koleksi kerusi DUN dengan jumlahnya sekarang adalah 12.

Sekali lagi terbukti, para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari PKR dan PAS begitu mudah digula-gulakan dengan air liur Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim kata, mereka pasti akan menang sebab ‘dua puluh kerusi dalam tangan’, juak-juak yang bangang tak sudah ini pun pakat percaya.

Akhirnya, apabila di ambang kekalahan, Anwar Ibrahim lari ke Amerika Syarikat, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat terutama geng-geng PAS masih lagi di Kuching untuk buat bedah siasat kekalahan LIMA TELUR OMEGA mereka.

Anwar masih lagi berbohong dan akan terus berbohong kerana terdapat terlalu ramai pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama dari kalangan PKR dan PAS yang hidup dalam angan-angan dan impian yang bukan-bukan!

IMG_0106.JPG (259 KB)



12 thoughts on “MULUT BUSUK ANWAR MENIPU TANPA HAD DAN BATASAN

  • April 18, 2011 at 5:12 pm
    Permalink

    Sky is the limit.

    Itu lah magnitude kesanggupan Nuar dan juak juaknya berbohong. Tanpa had. Baru separuh hari dihari mengundi seluruh negara telah dapat membaca diblog blog mereka yang mereka kononnya telah memenangi 10 kerusi dihadapan BN hanya 2 kerusi. Bagi kita yang waras kita tahu bahawa ini satu pembohongan besar yang biasa mereka lakukankan sebagaimana Nuar umumkan 16 Sept dulu, penafiannya tentang salahlakunya , sama taraf magnitudenya. Keputusan PR hanya dumumkan olih SPR, kita tahu, bukan dari PKR

    Kita keheranan tentang kesanggupan mereka. Kerana kita sebagai manusia jika kita berjanji dgn anak berumur 5 tahun sekali pun apabila kita ditempelak olih anak itu ‘ayah bohong, semalam cakap nak ajak Man pergi jalan’ – kita sebagai ayah sudah terkial kial memikirkan alasan yang baik untuk diberi bagi memujuk anak yang menuntut janji. Selepas itu kita akan lebih berhatihati takut/malu/bimbang dituntut lagi olih sekecil mendakwa ayah berbohong. Maka sebolih bolih selepas itu kita akan sedaya upaya cuba untuk dilihat sebagai ayah yang jujur dan tidak berbohong olih anak kerana sifat itu buruk dan takut diwarisi olih anak sendiri.

    Tapi mereka melakukan dengan cara trigger happy dan sewenang wenang nya saperti minum air sejuk dari dalam gelas. Dimana kah consience sebegini dalam diri mereka ? Yee lek. Tak ada , Kosong dan mereka dari hari kesehari teruuuuuuuuuus menerus begitu.

    Dulu kita selalu perli kawan cina kita terutama yang berkedai/berniaga. ” Cina mesti tipu, kalau tak tipu bukan cina lo.” (Dalam urusan berniaga). Tapi sekarang kita elakkan dari mengucap phrase itu kerana jika kita ditipu menunjukkan kita kurang pandai. Kita tak hendak dilihat sebagai orang yang kurang pandai dan senang ditipu. Jadi kita pun elakkan dari cakap yang cina kuat tipu.

    Sekarang, Bohong itu PKR, PKR itu Pembohong.

    Reply
    • April 18, 2011 at 8:40 pm
      Permalink

      cina sokong anuar pasal nak pecah undi melayu..
      pas sokong nuar pasal nak tumpang sikit kuasa yg.kini macam tak pasti.
      dulu india sokong nuar pasal nuar janji nak bagi geran pada semua kuil..

      kini yg.sokong nuar hanya jijah,azmin,safudin……mungkin ada sikit dari amerika dan singapork

      Reply
  • April 18, 2011 at 6:17 pm
    Permalink

    Mereka ni banyak duit. Berapa PKR habis dalam PRN Serawak. Letak 49 calon. Support DAP
    lagi. Support PAS . Yang paling kesian sekali PAS le yang mengemis dilutut PKR. Tapi herannya
    orang-orang cam ini tak sedar-sedar. Jadi kerbau dicuck hidung. DARI MANA DAPAT BANYAK- BANYAK DUIT TU ? Jawab sendiri lah. SEDARLAH WAHAI BANGSAKU.

    Reply
    • April 18, 2011 at 8:37 pm
      Permalink

      duit dah abisss…balik amerika mintak lagi..

      Reply
      • April 24, 2011 at 4:18 am
        Permalink

        amerika/ yahudi bg bg sja kot..mesti mau balas jugak kan..hahhaa.. NUAR gadailah kita semualah nnti.. (nauzubillahi minzalik)

        Reply
  • April 18, 2011 at 11:16 pm
    Permalink

    Dari 10 orang pencacai dan penyokong PR yang ditipu, berapa yang mahu berundur, dari 100 agak-agaknya berapa peratus yang sedar mereka dah kenyang dengan penipuan Nuar…. ????? Dipendekkan cerita…. dari keseluruhan penyokong dan ahli-ahli parti gabungan pakatan….. berapa ramai yang masih liat dan amat tegar dengan pendirian mereka menyokong pakatan tersebut walaupun sedar PENIPUAN NUAR TIDAK AKAN PERNAH REDA tu…????
    Janganlah ambil tindakan keluar parti apabila sudah dekat-dekat dengan PRU13…. kelak UMNO dituduh membayar sekian-sekian juta kepada mereka. (Itu alasan basi) Baiklah keluar sekarang…. kebetulan pulak impian PKR dan PAS dah hancur lebur di PRN Sarawak baru-baru ini.
    Jangan segan silu…. insafilah diri…. selagi masih ada kesempatan dan hentikanlah menjadi mangsa permainan Nuar dan juak-juaknya. Tidak cukupkah lagi segala pembohongan mereka selama ini….?????

    Reply
  • April 22, 2011 at 10:02 pm
    Permalink

    Puak2 Pakatan ni memang haprak lah. Zuraidah bangang tu satu hal. Next PRU13, itu Ampang mesti mau rampas semula.

    Reply
  • April 24, 2011 at 4:20 am
    Permalink

    dgr citer dr bloggers Selangor.. Pakatan Lembu oleh MB kerajaan Lembu sedang giat lakukan jelajah seluruh negeri untuk me’lembu’kan rakyat..dgr citer ramai gilerrrrr…kerusi ler yg ramai..
    tnda2 kejatuhan kerajaan PR Khalid LEMBU dan Khalid Khatolik tak lama lagi Insya Allah

    Reply
  • May 4, 2011 at 3:19 pm
    Permalink

    puak2 nih perangai mcm geng MLM dan geng tarik tarik duit .. dia tak akan dgr cakap org kecuali geng sendiri

    Reply
  • May 19, 2011 at 12:03 pm
    Permalink

    Puak puak UMNO sbenarnya gerun kat anuar pasal tu duk cari jalan nak kurung dia.menteri tau Musa hassan tau Ghani patail tau tapi buat buat tak tau la..nak jaga lehiaq masing masing…

    Reply
  • May 29, 2011 at 12:11 pm
    Permalink

    Sampai bila penyokong2nya sanggup kena tipu. Sudah terang dan nyata bahawa Anwar kaki penipu. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya 99 % adalah bohong. Jadi sedarlah bro, pemimpin kamu adalah penipu tegar. Jadi janganlah jadi bodoh untuk terus ditipunya. Tinggalkan dia seperti yang dilakukan oleh rakan2nya yang telah sedar dan kembali kepada kenyataan bahawa Anwar tidak boleh dipercayai langsung. Daripada moralnya yang rendah itu pun sudah cukup untuk mengenali siapa Anwar sebenarnya.

    Reply
  • June 11, 2011 at 10:32 pm
    Permalink

    ulam raja masih keluarkan alasan sama. apahal org umno takut ke nuar. hebat sangat ke dia tu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *