PKR akan berputih mata di Dun Belaga.

Calon PKR bagi Dun N57 Belaga, Ali Basah yang juga merupakan seorang peguam dikatakan mempunyai rekod buruk kerana banyak menipu penduduk kampung. Tapi calon inilah yang dipilih oleh PKR bagi mewakili mereka di Pilihanraya Negeri kali ini.

Bagi Dun Belaga yang mempunyai lebih kurang 8000 pengundi ini, mereka tak mahu seorang pembohong menjadi wakil mereka. Dun Belaga yang selama ini dibangunkan oleh kerajan negeri Barisan Nasional, tak perlukan seorang yang hanya tahu merendahkan pemikiran rakyat.

Kempen yang dilakukan oleh PKR disini penuh dengan penipuan. Isu-isu lapuk seperti keburukan Perlaksanaan Projek Empangan Hidro Bakun dijadikan modal utama mereka membohongi rakyat. Sebenarnya masyarakat Belaga sudah sedar akan kebaikan dan keuntungan bersama jika Pelaksanaan Projek Empangan Hidro Bakun berjaya siap sepenuhnya.

Yang kedua, PKR juga telah menuduh kerajaan Barisan Nasional Sarawak memonopoli semua hak asasi rakyat di kawasan Penempatan Baru Kampung Asap. Kalau benar seperti yang didakwa oleh PKR ini, kenapa mereka tak laporkan saja kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)?

Kenapa hanya tahu bising saja tanpa ada sebarang tindakan yang diambil oleh PKR dan ketuanya Baru Bian? Apakah mereka ini pengecut ataupun itu semua hanya helah untuk mereka memburukkan pihak kerajaan? Yang penting sekali, calon PKR Dun Belaga sendiri tinggal dirumah yang didirikan oleh kerajaan Barisan Nasional disini.

Ini saja sudah dapat kita lihat yang PKR itu sememangnya suka menipu rakyat. Mereka berusaha mencari salah kerajaan dan mencipta pelbagai alasan yang bukan-bukan. Semua ini mungkin sudah jadi amalan dalam PKR kerana ketuanya pun memang suka menipu dan membohong orang.

Yang terbaru sekali, PKR menjadikan isu pembinaan jalanraya yang menghubungkan Belaga dan Bintulu sebagai permainan politik mereka. Semua ini mereka lakukan supaya rakyat tak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional negeri.

Tak nampakkah bahawa jalanraya yang dikatakan itu sedang giat dilaksanakan pembinaannya? Butakah PKR yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional mahu menipu masyarakat di Belaga dengan projek jalanraya tersebut? Ini satu lagi pembohongan yang memang memalukan.

Kempen PKR disini memang amat menyedihkan. Mereka sudah hampir nyawa-nyawa ikan untuk mencari modal. Lawatan PM Dato’ Seri Najib ke kawasan Asap, Belaga pada baru-baru ini juga nak dijadikan modal kempen. Dikatakan ia hanya sebagai helah politik saja bila PM turun melawat kawasan.

PKR tak tahu yang masyarakat Belaga memang bersyukur dan berbesar hati kerana lawatan Dato Seri PM adalah menjadi sejarah besar di Belaga. Ini adalah kali pertama Pemimpin nombor satu negara mengadakan lawatan kesini. Adakah Anwar Ibrahim mahu datang kesini? Jawapannya langsung tidak.

Jadi, sebagai pengundi yang bijak, rakyat Dun N57 Belaga akan memilih calon Barisan Nasional yang cakap serupa bikin, bukannya calon PKR dan pihak pembangkang yang hanya tahu cakap tak serupa bikin. PKR akan berputih mata lagi disini nanti.

6 thoughts on “PKR akan berputih mata di Dun Belaga.

  • April 9, 2011 at 3:52 pm
    Permalink

    Kalau dia ada tipu sapa2 buat je laporan polis. Polis akan lebih pantas bertindak kalau laporan dbuat against org PR.

    Eh Taib Mahmud sendiri bukan byk rekod buruk mgambil hak rakyat kah?

    Reply
  • April 9, 2011 at 4:19 pm
    Permalink

    ha.ha…yer lah..klu sbb pemimpin ko buat..dah ada bukti tue..sampai mampius pun tak mengaku..

    Reply
  • April 9, 2011 at 9:49 pm
    Permalink

    dulu lagi di katakan ts taib mahmud byk rekod buruk2 tapi sampai hari ni pun cuma cakap2 aje tanpa bukti kukuh,memang sedap kerja mengata ni tapi kalau tak ada bukti makna nya fitnah la,dan kenapa pula bila org mengata bab pemimpin idola kita terus je kite melenting nak bukti,haiiii entah lah dunia bukan untuk kita dan sekutu kita sahaja jadi kalau kita boleh mengata org kenapa org tak boleh mengata kita????? adil la sebagaimana yg selalu di jeritkan Adil Untuk semua.jgn adil untuk kita dan kelompok kita sahaja.

    Reply
  • April 10, 2011 at 12:10 am
    Permalink

    Taib yang telah memimpin Sarawak selama lebih 30 tahun
    berikrar untuk menjadikan negeri itu sebagai yang PALING KAYA
    setelah ia menduduji TEMPAT KEEMPAT negeri PALING MISKIN di Malaysia.

    Manifesto BN yang berjanji menukar Sarawak kepada negeri
    berpendapatan tinggi walhal hakikat adalah sebilangan besar
    penduduk itu berpendapatkan kurang RM2,000 sebulan.

    “Orang Iban kata, tanah kami mereka rampas dan hak kami diambil,
    jadi kami mesti sokong Pakatan Rakyat untuk ‘ubah perintah’ (tukar kerajaan).
    Ini jelas menunjukkan rakyat benar-benar ingin bangkit dari terus ditindas oleh Taib

    Reply
    • April 10, 2011 at 10:21 pm
      Permalink

      ayat sedapkan hati sendiri… kita tengok sapa yang kena

      Reply
  • April 10, 2011 at 10:18 pm
    Permalink

    kata ko tempoh hari POLIS bodo, napa nak mintak yang ko kata bodo tu siasat,..
    yang bodo sebenarnya ialah PENYOKONG PKR, kenapa? sebab semua orang tau ( hanya yang dalam B.N aje) orang paling kanan, orang kanan, mereka yang selalu berdamping ngan AL- JUBURI semuanya da meninggalkan PKR ( kecuali jijah n anak)… yang jauh malah tak pernah nampak batang hidung si jubur tu la yang paling kuat menyokong… sebenarnya yg bodo tahap tak boleh repair ialah PENYOKONG PKR…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *