Anwar tak serang Utusan pun, Hata Wahari yang lebih-lebih..

Share


Meskipun Hata Wahari sudah tidak ada kena mengena dengan Utusan Malaysia, dia nampaknya menyimpan dendam kesumat yang tidak terhingga terhadap bekas majikannya itu. Terbaru, Hata Wahari menyerang Utusan Malaysia kerana tindakan akhbar itu menyiarkan gambar video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Menurut bekas wartawan yang lama makan gaji dengan Utusan Malaysia ini, Utusan tidak berhak mengulas berkenaan skandal video seks yang dikaitkan dengan “boss baru”nya itu. Dia menyifatkan tindakan Utusan itu sebagai sebuah organisasi yang tidak bermoral dan menyalahi etika kewartawanan.

Siapa Hata Wahari untuk mengkritik Utusan Malaysia? Dia fikir, apabila dia merupakan bekas Presiden NUJ, maka dia layak mengkritik sama ada layak atau tidak sesebuah akhbar menyiarkan sesuatu laporan? Beribu-ribu lagi wartawan yang lebih senior, lebih berpengalaman, lebih beretika, dan lebih serba-serbinya berbanding Hata Wahari. Malah di Utusan pun, ramai lagi journalist yang lebih senior dan hebat berbanding Hata. Siapa Hata mahu mengkritik akhbar?

Hata fikir dia betul dalam kritikannya? Sebenarnya dia “buta”. Dia tidak fikir panjang dan tidak tahu apa yang dicakapkannya. Sebenarnya, Utusan hanya melaporkan apa yang terjadi mengenai skandal video seks tersebut. Utusan hanya melaporkan berita mengenai kes ini, dan bukan membuat andaian peribadi sendiri, apatah lagi menuduh idolanya itu sebagai “pelakon lelaki bertuala putih”!

Anwar sendiri pun tidak saman Utusan, Hata Wahari pula yang lebih. AMK pula membuat aduan kepada SKMM terhadap beberapa blogger yang meng”upload”kan video tersebut dari Youtube. Tiada pula laporan polis dibuat terhadap Utusan! Justeru itu, ternyata Utusan amat beretika di dalam penyiaran beritanya dan mengikut akta penyiaran. Jadi, apa hak Hata Wahari hendak menyerang Utusan tentang kes ini?

Sebenarnya, akhbar lain lebih teruk dari Utusan. Contohnya akhbar online Malaysiakini dan MalaysianInsider yang memaparkan gambar-gambar yang diambil dari video Youtube tersebut. Bukan satu gambar, malah bergambar-gambar disiarkan. Mengapa Hata Wahari tidak menyerang media pro-pembangkang itu? Mengapa perlu serang Utusan sahaja? Ternyata Hata Wahari bersikap “double standard” terhadap Utusan!

Saya melihat, Hata bagaikan berdendam dengan bekas majikannya itu. Dulu, masa Hata Wahari tidak ada kerja, dia minta kerja dengan Utusan. Bila diberi kerja sebagai wartawan Utusan, dia tidak berpuas hati pula dengan pihak pengurusan Utusan. Dia menimbulkan kekacauan pula dan menyerang Utusan secara keseluruhan, sehingga sekarang.

Pada saya, Hata Wahari kurang profesional dalam hal ini dan terlalu mengikut kata hawa nafsu amarahnya. Dia marah pada pengurusan Utusan seperti Datuk Nasir dan sebagainya. Namun, mengapa Utusan secara keseluruhan pula dihukum? Jika dia ada masalah dengan pihak pengurusan Utusan, bergasaklah dengan pengurusan Utusan sahaja. Mengapa harus diserang seluruh Utusan pula?

Sudahlah Hata. Dari memikirkan tentang dendam kesumat yang ada pada diri anda, saya fkir, lebih baik anda lihat dulu kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri anda. “Hasib nafsaka qabla an tuhaasib”, hitungkanlah diri anda sendiri sebelum orang lain menghitung diri anda. Itu lebih baik. Carilah kedamaian dihati dan lepaskanlah segala dendam kesumat itu sejauh-jauhnya. Bak kata Ustaz Azizan kepada wartawan, “buatlah kerja cara Islam!”.



2 thoughts on “Anwar tak serang Utusan pun, Hata Wahari yang lebih-lebih..

  • April 7, 2011 at 5:00 pm
    Permalink

    Aku tengok bekas senior editor Utusan yang lain tak berlagak macam dia pun.
    Rosli Ismail.. di Agendadaily dan Rozaid di Mstar (yang aku kenai lah) ok ja.
    Yang lain2 yang aku tak berapa kenai pun tak menyalak macam dia.

    Reply
  • April 10, 2011 at 7:29 pm
    Permalink

    kMU sepatunya mempertengahkan isu kematian adek saiful yg dipkul oleh ustaz pas sehingga mati…besarkan isu ini kerana ia jelas satu peluru besar utk menjatuhkan kredibility pas waktu ini….hairan kenapa kmu kurang berminat memainkan isu besar spt ini …sedangpas asyik sibuk menyang kjaan dan sprm berhubung kematiann sabrani…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *