Bomoh Yahudi di PRN Sarawak?

 

Wanita asing yang dikatakan Bomoh Yahudi..

 

Keadaan jadi panas di Pusat penamaan calon N51 DUN Balingian apabila calon Bebas yang merupakan sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak menuduh Tan Sri Taib Mahmud membawa BOMOH Yahudi ke pusat penamaan tersebut.

Penulis difahamkan, Calon Bebas Salleh Bin Jaafar telah menyerang Taib apabila melihat kelibat seorang wanita asing datang bersama kumpulan penyokong beliau. Perbuatan Salleh ini diikuti pula oleh para penyokongnya.

Keadaan menjadi kecoh apabila mereka mula mengejar wanita yang dikatakan bomoh tersebut. Pihak Polis terpaksa mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Wanita itu yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal keadaan dan menghalang kemaraan penyokong Salleh.

Para penyokong BN dan Taib Mahmud mula bertindak balas dengan melindungi wanita berkenaan serta membawanya keluar dari kawasan penamaan calon. Wanita tersebut dilihat dibawa pergi oleh pengawal peribadi Ketua Menteri Sarawak sendiri.

Salleh Bin Jaafar telah menyatakan kepada pemberita yang hadir bahawa wanita asing yang dituduhnya sebagai Bomoh Yahudi itu adalah perosak negeri Sarawak. Salleh juga mendakwa Bomoh itu ditugaskan bagi memastikan kuasa Taib kekal di negeri ini.

Salleh juga meminta orang ramai yang hadir dikawasan penamaan calon ini bertanya sendiri kepada Ketua Menteri tentang hal wanita asing itu. Dia menyatakan, Taib Mahmud pasti akan melindungi hal yang sebenar.

Penulis tak dapat pastikan siapakah wanita asing yang dimaksudkan tersebut, tapi dari desas desus yang terdengar disini, wanita tersebut adalah kenalan Ketua Menteri dari luar negara. Mungkin wakil bebas itu sengaja buat kecoh kerana takut dengan bayang sendiri.

Selain Salleh Bin Jaafar sebagai calon Bebas, Taib Mahmud juga akan dicabar oleh PKR yang mencalonkan Suriati Abdullah. Namun kedudukan kerusi Dun Baligian ini dilihat akan memihak kepada Ketua Menteri Sarawak tersebut.

Penulis hairan kerana ini baru pertama kali mendengar tentang kewujudan Bomoh Yahudi. Mungkin calon bebas ini lebih tahu mengenai semua bomoh yang wujud didalam dunia ini.

7 thoughts on “Bomoh Yahudi di PRN Sarawak?

  • April 6, 2011 at 8:37 pm
    Permalink

    kalau kita mendapat sokongan rakyat,,,tak yah lah ingat sokongan tu boleh berubah hanya kerana bomoh kerana jika itu kepercayaan mereka, nampak sangat taraf IQ mereka rendah dan kita wajib tolak pemimpin cam nih…

    sokongan rakyat datang dari usaha pemimpin yg.berterusan membangunkan keperluan rakyat…bukan dari isu remeh taraf sialan cam nih..

    Reply
  • April 6, 2011 at 9:39 pm
    Permalink

    Taib Mahmud sebelum ini juga pernah berjanji melepaskan jawatan KM Sarawak
    adakah janji nya kali ini juga merupakan satu lakonan meraih simpati pengundi ???

    kita tgguuuu………..

    Reply
    • April 6, 2011 at 10:50 pm
      Permalink

      ko ingat taib mahmud macam wali selipar ke…nak jadi ketua sampai mati..bodolah ko abu…renti2kanlah cakap2 buduh ko..lagi ko cakap lagi menampakkan kebingaian ko..dah la ko memang bingai tahap babi…takkan nak tambah lagi tahap babi paling bingai…

      Reply
    • April 7, 2011 at 1:23 am
      Permalink

      NiK Aziz letaklah jawatan MB tu. Dah nyanyuk dan merapu je. Dulu suka kutuk Tun, tapi Tun tetap steady taklah macam Nik Aziz yg cakap Inggeris pun fail. “GOD also mencarut, you know”.

      Reply
      • April 7, 2011 at 2:42 am
        Permalink

        Taib Mahmud sebelum ini juga pernah berjanji

        Reply
  • April 7, 2011 at 1:50 am
    Permalink

    hahaha..ABU..ABU..
    ko ludah ke muka sendiri ke..
    Ajis Nikcy tu dh berakar jd MB,,xeffective lgsung.. bile nk step down? xsedar ke gila kuasa melampau sgt
    Mahathir sudah, Samy pn sudah..ajis bile lagi?????

    Reply
    • April 7, 2011 at 8:50 am
      Permalink

      (Nik Najis) Dia nak tunggu janggutnya panjang sampai kat anu bawah tu …………

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *