SYURGA PAS MAKIN JAUH

Perjuangan PAS suatu ketika dahulu menjadikan Islam, al Quran dan al Hadis sebagai tajuk penting. Dan untuk memastikan mereka mendapat sokongan meluas daripada orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti dan umat Islam majoriti negara ini, PAS menggunakan isu-isu agama sebagai daya tarikan. Maka bermula dari situlah, kedengarannya cerita tentang hukum hudud dan qisas yang dijadikan sandaran bagi mengukuhkan pandangan mereka bahawa UMNO perlu ditolak dan digantikan oleh PAS yang seringkali ditampilkan sebagai faham agama dan pelaksana hukum Islam.

Namun keadaan itu sebenarnya sudah berubah sama sekali. PAS tidak lagi menjadikan Islam sebagai objektif perjuangannya. Sekalipun masih lagi mendabik dada mengatakan, dasar perjuangan PAS tidak berubah, yang berubah cuma cara, namun hakikatnya PAS sebenarnya sudah melepaskan ‘syurga’ mereka yang mereka sangat agung-agungkan sebelum ini.

Barangkali generasi baru pemimpin PAS menyedari, mereka tidak akan ke mana-mana dengan perjuangan yang bermula dari tahun 1951 itu. Istiqomah mereka terhadap Islam sudah luput apabila mereka sentiasa gagal untuk mengubah struktur politik negara. Tawakkal mereka kepada Allah Taala juga beransur-ansur berkurangan sebaliknya digantikan dengan tawakkal kepada parti-parti politik yang menjadi rakannya (DAP dan PKR).

Beberapa pilihanraya kecil dan yang terbaru adalah Merlimau dan Kerdau memperlihatkan sisi-sisi lemah PAS yang sebelum ini berjaya ditutup dan disembunyikan daripada pihak musuh.

Dalam kedua-dua pilihanraya berkenaan, begitu jelas bagaimana PAS bersendirian tanpa dibantu oleh PKR dan DAP. Sungguhpun PKR dan DAP ada menghantar pemimpin pada hari penamaan calon, ternyata begitu jelas, jentera kempen kedua-dua parti tersebut langsung tidak membantu.

PAS kehilangan syurga yang mereka idam-idamkan. PAS terpaksa bergelut sendirian meskipun pada masa yang sama, masih lagi mewar-warkan tentang kesungguhan mereka untuk berada di dalam Pakatan Rakyat.

Para pemimpin PAS sendiri pun seperti kehilangan sumber dan punca. Nik Abdul Aziz masih lagi bercakap tentang perkara-perkara kontroversi di dalam agama bagi menunjukkan betapa dia lebih pandai daripada segala manusia di Malaysia bahkan di dalam dunia tentang hukum-hakam Islam. Pada masa yang sama, Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Kerdau, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyatakan, Kerdau tidak memerlukan pandai agama, sebaliknya seorang profesional memandangkan calon UMNO adalah seorang pandai agama yang gagal ditandingi oleh calon bahkan tokoh-tokoh PAS sendiri. Di Merlimau pula, PAS awal-awal lagi sudah tenggelam punca dengan memilih seorang calon yang serba bermasalah, termasuklah masalah di tempat kerja lamanya selain penipuan Diploma Tasawwur yang dimilikinya.

Mungkin masih ramai penyokong PAS terutama anak-anak muda yang baru belajar nak bertaubat, kelihatan sangat teruja dan tidak menghiraukan segala macam faktor yang menunjukkan PAS telah ditolak oleh pengundi, namun para pemimpin PAS sudah mula mempamerkan keresahan. Sehinggakan pemimpin PAS yang paling tongong seperti Mahfuz Omar pun sudah dapat melihat, PAS sekadar menyertai pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau sebagai syarat kerana PAS adalah parti politik, namun kemenangan yang dicari-cari oleh PAS sebenarnya semakin jauh untuk digapai.

Itulah natijah daripada tindakan PAS bermain-main dengan ‘fatwa’ dan hukum agama, sehingga akhirnya mereka sendiri yang terpukul dek hukum agama yang cuba dilawak-lawakkan!

14 thoughts on “SYURGA PAS MAKIN JAUH

  • March 1, 2011 at 9:16 am
    Permalink

    isle pas kena ucap 3kalimahsahadah..no3 undi pas masuk syurga

    Reply
  • March 1, 2011 at 2:05 pm
    Permalink

    neraka umno makin dekat.

    Reply
    • March 7, 2011 at 1:01 pm
      Permalink

      neraka tidak mengenal UMNO atau PAS.. tp yg pasti PAS menempah jalan menuju ke neraka dgn permainan politik kotor memperdagangkan Islam..

      Reply
  • March 1, 2011 at 7:40 pm
    Permalink

    neraka untuk PAS yang bertuhankan DAP. ‘takebeer’ ‘takebeer’ ‘takebeer’ ‘takebeer’ ‘takebeer’ ‘takebeer’

    Reply
  • March 1, 2011 at 7:46 pm
    Permalink

    jgn la tudoh pas mcm2…….. kn taksiran Quran/Hadis berubah dari masa kesemasa…… mungkin yg terkini terjemahan undang2 isle pas xpyh negara isle lg…. hudud pn dh xpyh……. kena takut anwar/karpal……kena ikut ckp mereka…….. cuma blm jelas ikut arahan anwar/karpal nk dimskan dlm rukun iman atau rukun islam……..aku sdg tunggu fatwa baru pas……

    Reply
  • March 1, 2011 at 7:49 pm
    Permalink

    puak pas kalau jumpa anwar/karpal/kitsiang/guaneng mcm sembah tok pek kong…….

    Reply
  • March 1, 2011 at 7:57 pm
    Permalink

    merapu mcm pas pn ada org nk pecaya…….. org mcm mampus omar tu xpa la…… kalau msk UMNO tinggi2 pn ahli biasa sj….. dlm pas org mcm dia blh jd naib president…. silap2 akn dtg dia jd president pas……. aku xblh byg klu jd mcm tu……. nk trgelak pn ada…….

    Reply
  • March 2, 2011 at 3:52 pm
    Permalink

    Syurga tu bukan kepunyaan PAS . Ingatlah amaran peristiwa akhir zaman. Dajal tu menawarkan syurga, tapi syurganya sebenarnya adalah neraka.

    Reply
  • March 2, 2011 at 11:03 pm
    Permalink

    AWAS! TINDAKAN TERBURU DATO HISHAM BLACKLIST TAK BAYAR SAMAN AKAN MENGUNTUNGKAN PR KERANA MAJORITI YG TAK BAYAR ADALAH PEMUDA MELAYU & INDIA YG MANA INI MERUPAKAN WEAK FACTOR PR.SAYA PASTI BN AKAN DAPAT RESULT LUAR JANGKAAN KALAU BLACKLIST DITERUSKAN.PR AGRESIF GUNA ISU NI DAN KASE DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN DIKALANGAN PEMANDU MUDA.SURELY RESULT KERDAU & MERLIMAU ADA IMPACT ISU NI

    Reply
  • March 5, 2011 at 10:04 pm
    Permalink

    Buat sahabat semua…mari kita ujudkan suasana keluarga muslim,,,atur rumahtangga berpandukan Al quran dan hadis..jangan biarkan tanggungan anda melanggar arahan Ilahi..baik lelaki dan perempuan…

    Reply
    • March 6, 2011 at 4:41 pm
      Permalink

      salam for all..undi umno pun masuk syurga kalau pas dah tak tegakkan dasar Islam tp umno tukar la dasar tu..sblm ni pun umno tak sokong jg pas..jd xusahla gaduh2..msg2 dgn dasar msg2 yer..kan demokrasi..kalu xnk bg pas masuk pilihanraya haramkan jer parti pas..mcm Hosni mubarak buat kat ikhwan tu..betul tak..semua media elektronik bn yg punya kan..

      Reply
  • March 6, 2011 at 4:55 pm
    Permalink

    wahai org PAS bersatula dgn umno,banyak manfaatnya

    Reply
    • March 7, 2011 at 1:02 pm
      Permalink

      harapnya begitulah..sb UMNO kalau menang pun kekuatan Islam masih belum sempurna, yg sebelah lagi nu masih sesat..so yg sesat boleh rosakkan yg betul kalau mereka tu kuat..

      Reply
  • March 8, 2011 at 9:26 pm
    Permalink

    Kalau nak tegakkan Islam dengan menolonng DAP “membunuh” melayu, selagi itulah pasDAP tak akan mendapat sokongan melayu Islam.Apatah lagi adengan tok guru nyanyok yang buat fatwa ikut selera politik dia.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *