Pemimpin Islam Pakatan Haram Selangor di”tampar” Mufti Selangor..!!!

Share


Panaslah punggung para pemimpin Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang beragama Islam. Kali ini Mufti Besar Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes bin Abdul Wahid pula memberikan tamparan hebat kepada mereka. Beliau mengulas tentang soal perlaksanaan undang-undang Seksyen 18(2) yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis arak dan dikuatkuasakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Yang menariknya, Mufti Selangor ini begitu berani untuk berkata benar meskipun terpaksa berhadapan dengan kemungkinan perlakuan dan layanan yang sama seperti Dato’ Khusrin, SUK Selangor yang ditekan hebat Khalid dan konco-konconya.

Mufti Selangor dilaporkan menempelak mana-mana pemimpin Kerajaan Haram Negeri Selangor yang menentang, membekukan atau membatalkan undang-undang di bawah Seksyen 18(2) yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya baru-baru ini. Untuk rekod, Ronnie Liu dan Teresa Kok menentang keras perlaksanaan undang-undang berkaitan umat Islam ini dan berjaya membekukan sementara perlaksanaannya.

Manakala,  Hasan Ali pula mewakili PAS Selangor, walaupun ber”suara” menyokong penuh perlaksanaan undang-undang oleh MPSJ ini terpaksa akur dengan desakan kedua-dua kafir harbi DAP itu.

Selain itu, Dato’ MohamadTamyes Abdul Wahid juga menggesa agar perlaksanaan undang-undang melarang umat Islam bekerja di permis arak turut sama dilaksanakan oleh seluruh PBT negeri Selangor. Menurut Mufti Selangor tersebut, larangan dan arahan ini bukanlah datang dari dirinya dan menegaskan bahawa ianya merupakan arahan dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Mufti Selangor itu menambah,  “Saya yakin YB berkenaan tidak faham tentang soal agama Islam. Ini larangan dari Allah bukan dari manusia. YB tersebut bukan ‘orang agama’ dan bukan faham agama”.

Jelas sekali Mufti Selangor berada dipihak yang benar dan jelas sekali bahawa perlaksanaan seksyen 18(2) oleh MPSJ itu sangat sesuai dan bertepatan dengan ajaran Islam dan muamalah muslimin dan muslimat di negeri Selangor. Penulis menyokong penuh perlaksanaan undang-undang ini. Malah penulis berpendapat bahawa undang-undang ini sepatutnya menjadi ikutan kepada semua Jabatan Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri-negeri di Malaysia ini.

Apa kata Khalid Ibrahim tentang perkara ini. Selaku Menteri Besar Selangor yang juga beragama Islam, sepatutnya dia menyokong perlaksanaan undang-undang ini dikuatkuasakan oleh seluruh PBT di negeri Selangor. Mengapa dia membisu? Takut disergah Ronnie Liu dan Teresa Kok? Atau barangkali Khalid takut hilang sokongan dari “tauke-tauke” pusat hiburan di Selangor? Atau Khalid sendiri suka kalau “awek” Melayu beragama Islam melayannya di pusat-pusat hiburan sebegitu? Bagaimana jika “anak gadis” Khalid sendiri yang bekerja di premis-premis hiburan dan menghidangkan arak kepada pelanggan? Khalid suka? Takkanlah Khalid yang beragama Islam juga sama seperti Ronnie Liu dan Teresa Kok yang tak faham agama Islam?

Mana PAS? Sekadar ber”kokok” dan “menyalak bukit” saja, kah? Selepas ber”kokok” dan “menyalak”, disergah pula “anjing DAP”. Nampak pula “tag” nama di leher “anjing-anjing DAP” itu tertera nama “Ronnie The Don” dan “Teresa The Cock”, maka lebih menikus pula dari tikus? Kecut habis “telur-telur” Dewan Pemuda PAS? PAS jadi pondan bila berhadapan dengan DAP? Dayuslah PAS apabila berhadapan dengan DAP yang juga kafir harbi yang dipeluknya itu. Itukah bukti “Pejuang Islam” yang selalu didabik dadakan oleh PAS selama ini? Apakah PAS faham atau tidak apa yang Mufti Selangor katakan itu? Atau PAS juga tergolong dalam “bukan orang agama dan tidak faham agama”?

Ronnie Liu dan Teresa Kok pula tentu senang hati sekarang. “Back to business”, kata orang putih. Apa mereka peduli pada sensitiviti umat Islam di Selangor? Pada DAP, semua negeri-negeri jajahan Pakatan Haram akan ditukarkan menjadi Singapura! Itulah “vision dan mission” DAP sebenarnya. DAP mahu mengikut jejak langkah PAP di Singapura. Dan umat Islam PKR dan PAS mesti sokong tujuan DAP itu! Jika tidak, siaplah kena sergah!

Penulis terfikir, mengapakah Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS tidak campur tangan dalam hal ehwal isu agama Islam ini. Bukankah dia “pemegang fatwa” PAS? Bukankah isu ini lebih penting dari soal politik atau kempen PRK DUN Tenang yang sedang rancak dijalankan? Atau persoalan mengenai agama Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan Nik Aziz dalam perjuangannya? Politik lebih penting? Atau Nik Aziz lebih sayangkan Ronnie Liu dan Teresa Kok berbanding Hasan Ali?

Menurut Nik Aziz, DAP kini lebih faham tentang Islam berbanding UMNO. Kenapa pula kali ini Mufti Selangor jelas menyatakan bahawa pemimpin DAP ini tidak faham tentang Islam pula? Nik Aziz belum tazkirah mereka lagi, kah? Nik Aziz belum sempat tasykil Ronnie dan Teresa, kah? Atau DAP belum khatam mengaji agama di pondok Pulau Melaka? Pelik, PAS kelihatan lebih cenderung dan terpengaruh dengan fahaman DAP dan PKR, sedangkan sepatutnya DAP dan PKRlah yang kena lebih terpengaruh dengan pendirian PAS. Apakah Nik Aziz menjadikan PAS berstatus “liberal” berbanding dahulu yang lebih “fanatik” dan “extreme”?

Akhirnya, penulis harap agar Khalid dan exco-exco “bukan ahli agama dan tak faham agama”nya itu tidak akan memecat Mufti Selangor, Dato’ Mohamad Tamyes Abdul Wahid. Janganlah pecat Mufti Selangor itu semata-mata kerana beliau memperkatakan yang “haq” (benar) dan menunjuk ajarkan kamu semua tentang perkara yang “batil” (tidak benar). Jangan pula Khalid dan konco-konconya memperlakukan Mufti Selangor itu sebagaimana yang terjadi pada SUK Selangor, Dato’ Khusrin. Itu tidak adil dan zalim namanya.

Jangan pula Khalid dan penyokong pembangkang mengutuk, memaki hamun, mencarut dan memfitnah Mufti Selangor ini sebagaimana yang kamu semua lakukan pada Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Besar Perak. Mufti-mufti ini adalah sememangnya ahli agama dan faham tentang agama yang dilantik oleh DYMM Sultan di negeri masing-masing. Ilmu agamanya lebih muktabar dan khusus berbanding kamu semua yang lebih mengutamakan politik berbanding agama. Akurlah pada ulama muktabar dan arahan Allah S.W.T yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

Demikianlah adanya…



19 thoughts on “Pemimpin Islam Pakatan Haram Selangor di”tampar” Mufti Selangor..!!!

  • January 20, 2011 at 7:42 pm
    Permalink

    JARANG KITA DGR MUFTI ‘TAMPOR’ MUFTI. TP KLU BLEH TAMPOR SEKALI WALLY SLIPOR TU PUN OKEH GAK SBB DIA NI LE BIANG KELADINYE KEHKEHKEH

    Reply
  • January 20, 2011 at 8:52 pm
    Permalink

    Hang Pa jangan tak tau…Ronnie dengan Teresa dah dapat Lesen Islam dari Nik Aziz Haram Jadah.

    Reply
  • January 20, 2011 at 9:04 pm
    Permalink

    nik ajis dah buat solat istikharah untuk dua ekor setan DAPigs tu…jadi tak heran la…lesen arak tetap kekal dalam PAS!!!

    Reply
  • January 20, 2011 at 9:29 pm
    Permalink

    jangan terperanjat lak lepas ni si gagap tu akan pecat YDP SUBANG JAYA lak, akan dengar lak cerita pasal salah laku YDP tu, atau pun lapuran rasuah ataupun yang paling ngeri kita akan dengar ialah perlantikan tak sah dari segi undang2 gagap! kita tunggu je la si zalim ni akan buat!

    Reply
  • January 20, 2011 at 9:50 pm
    Permalink

    Kelantan akan tambah lesen penjual arak kata Takiyudin, takkan Selangor tak boleh kot…..

    Reply
  • January 20, 2011 at 10:16 pm
    Permalink

    DAH TERANG LAGI BERSULUH. MEMANG BEUL-BETUL JADI KUDA
    TUNGGANGAN KAFIR HARBI. KERANA KUASA SANGGUP BELAKANG
    KAN AGAMA DAN PERINTAH TUHAN. MUKA-MUKA INIKAH YANG
    DIKATAKAN NAK MENEGAK ISLAM DAN MENUDUH UMNO KAFIR?.

    Reply
  • January 20, 2011 at 10:21 pm
    Permalink

    Juak2 PAS senyap aje. Selalu macam bagus bertakbir.
    Nampak sangat clueless tak tau apa nak buat tinggalkan si hassan ali tu terkontang kanting.

    Isu mcm ni pun takleh handle takpayah ‘guna’ nama islam lah.. Lebai2 kulup PAS duduk rumah main jauh2 lagi bagus dari jadi pengacau politik org Islam kat m’sia ni.

    Hahaha. Makin lama makin banyak Allah tunjukkan pekung pakatan rakyat, kalau penyokong PAS tak sedar diri tak tau la apa lagi yg boleh..

    Reply
  • January 20, 2011 at 10:34 pm
    Permalink

    Apa nak tunggu lagi hai org2 PAS!!!!!! Dah berbuih2 kita cakap kau org tak caya kan???
    La ni dua (2) org Mufti dah bercakap dan menegur dgn JELASNYA, satu yg berkait dgn pengamal aljuburi dan plurism Islam, DAN yg satu lagi pasal larangan org Islam bekerja dipremis jualan ARAK!!!
    Masih nak pertahankan juga kepincangan2 pimpinan kau org……takkan sampai nak tunggu Allah turunkan bala secara ‘COD’ kot…..
    Teringat zaman2 nabi dahulu, bilamana satu2 kaum, umat nabi, diturunkan pelbagai jenis bala oleh Allah sw..namun patuh sekejab dah tu bila dah reda bala yg menimpa berbalik lagi mereka dgn sikap2 terkutuk yg asal ….tak serik2….
    Kalau nak kira sekarang ni dah ‘package’ nampaknya…apa nak semua ada; yg jadi dajal; yg iblis bertopeng manusia; yg manusia bersifat syaitan; pengamal budaya umat nabi Lut; yg membunuh anak mcm zaman nabi Ibrahim; menakala anak2 durhaka tak patuh cakap ibu-bapa macam anak nabi Noh; bak kata TS Harussani, yg jadi anak Ubai pun semuanya dah ada belaka……….itu belum lagi cerita kisah ‘ulama’ sesat lagi menyesatkan………..tunggulah palnet ‘nibiru’ hentam bumi tahun depan (20.12.2012)……..untung2 semua dapat tenguk dan rasa sendiri hari ‘kiamat’ yg sdg ditunggu2 oleh kaum Maya…….

    Reply
  • January 20, 2011 at 11:06 pm
    Permalink

    Khalid gagap ni akan tetap sanggup mengorbankan agama demi untuk mendapat undi drp orang Cina dan untuk kelangsungan politiknya. Di mana saja dia bercakap, teresa kuak dan xavier mesti ada. Dua ekor kafir ni menjadi tok dalang dan nek dalang di belakang si Lid ni.

    Reply
    • January 21, 2011 at 2:04 am
      Permalink

      si kalid gagap ni menuntut dengan si nizar lembu. tu yang sama cara dan tingkah laku. “LEMBU”.

      Reply
  • January 21, 2011 at 1:06 am
    Permalink

    nak minta izin print artikel ni untuk tatapan mangkok-mangkok pas kat pejabat aku boleh?. Satu je sifat juak-juak pas ni yang aku selalu nampak ialah, bila baca artikel macam ni, akan ada beberapa respon. Yang cerdik sikit akan pura-pura setuju tapi keluarkan hujah-hujah yang bertujuan meringankan dosa khalid dan dua exco kapirnya tu dan cuba yakinkan bahawa artikel ini berbaur politik. yang kurang cerdik akan mengatakan bahawa UMNO lagi banyak buat tak kena sejak 50 tahun lalu. Yang lagi bodoh akan kata ini adalah fitnah dan politik kotor dan cara umno nak prepare untuk PRU13. Ada beberapa lagi alasan mangkok-mangkok hayun ni akan bagi, guna untuk memujuk hati mereka yang busuk macam bangkai bewak tuh. Kesimpulannya ialah, puak-puak ni sebenarnya bukan saja bodoh, tapi bebal dan lebih sakai dari orang sakai tu sendiri, hahahahah

    Reply
  • January 21, 2011 at 1:00 pm
    Permalink

    puak2 pas hanya berani tunjukkan telor sesama islam je..demi kuasa dan kedudukan..maruah agama digadainya..itulah hamPAS tuan-tuan

    Reply
    • January 21, 2011 at 9:26 pm
      Permalink

      Poraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah! Puak2 UMNO berkarat , sejak bila sedar dan bijak bercakap soal maruah, agama dan bangsa Melayu kat M’sia ni, lucu sungguh saya mendengarnya! sudahlah jangan nak merepeklah!

      Reply
  • January 21, 2011 at 2:49 pm
    Permalink

    lembu2 yg bodoh dlm kemut ni bercakap membabi buta… si ronnie tu suruh tarik supaya di bincangkan terlebih dahulu dlm soal teknikal shj.. bukan dia tentang.. cuba dgr org cakap betul2 baru bagi komen.. patut la korang tak pandai2.. sebab masa sekolah dulu tak dgr betul2 cikgu ckp

    Reply
  • January 21, 2011 at 2:50 pm
    Permalink

    aku penyokong pas ada kat sini…depan gerbang tempur korang

    Reply
    • January 22, 2011 at 11:54 pm
      Permalink

      ada bran masuk je la bro tp kena bg salam dulu nanti jadi bahan baru kita org.. tak BABI dan tak BUTA yang babi n buta ialah ko yang tak nak ingat sejarah pemimpin ko yang cakapnya dan fatwanya dulu lain n sekarang lain, berbelit2 ,macam tero sangat, kalau tero sangat kenapa KELANTAN cam tu jek… maju la konon, hijrah kat tempat orang BN lepas tu kata mengata yang bukan bukan.. KALAU NAK TUNJUK PANDAI TUNJUK KAT KELANTAN TU DULU, NI KAT SELANGOR BARU PEGANG 3 TAUN DAH KATA DIA YANG MAJUKAN.. WAT MALU JE… PARTI ATUK SEMALAYSIA ( parti nyanyuk)

      Reply
  • January 21, 2011 at 9:36 pm
    Permalink

    ini lah melayu2 haprak yang sanggup melacur kesucian agama dan sanggup ditunggani cauvinis DAPig kerana hanya mereka mahu kekal berkuasa dan mentadbir negeri.PRU 13 lenyapkan PR serta muka2 pengkhianat ni…

    Reply
  • January 22, 2011 at 9:19 am
    Permalink

    Nak tunggu kelih tengok,pandang dengq..apa pok nik ajis nak kata bab di selangor . Sahihh tak sahih tunggulaaaaa..mestia ada fatwa dari ketua kabilah LiPAS, ” tak pooo…boleh kejoo di tempat menjual arak, sebab darurat tuhhh”. Pastinya undang-undang darurat akat diguna pakai oleh pihak pembangkang untuk membolehkan kenyataan kafirr DAP itu diguna pakai. Aku tak heran kalau DAP bersilat dengan islam dan melayu, tapi aku l;etih tengok puak yang selama ini kononnya berjuang keran islam sanggup bersekongkol dan terketaq-ketaq takut kepada rakan mereka yang sesungguhnya bukan sahabat kepada umat islam. Macam nih nak berjihat???? Ini semua tindakan jahat bukan jihat. “ini lah gaya hdup poliyik pembangkang melayau dan islam di alam PR. Karut marut semuanya…

    Reply
  • January 11, 2012 at 2:18 pm
    Permalink

    Sme je due2.pntig kn diri sndri,baik pkr or umno..sdg kn melayu d halau dri tanah y d usha kn dgn titik peluh sndri pon d halau,mohon bntuan zakat pon xdpt..mcm2 lg lh.pndg due2,jgn pndg hnye pda sblh pihak..renung2 kn lh.psal nk buat hkum hudud mmg lh x boleh sbb mlaysia dh trikat dgn undg2 sekual british dlu.melayu tak kn habis,tak kn hilg sbb kita msih ada sultan dan agong..1 ari nti seandai nye DAP naik,PAS lh yg akn jd penyelmat thdp kaum melayu dan umno.politik sumenye kotor.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *