Penderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan hukumannya…

Share


Mengelupur Shuhaimi Shafiei menerima kutukan dan laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap keceluparannya yang melampau! Lebih memeritkan lagi apabila Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani yang membuat kenyataan akhbar mewakili DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Kenyataan akhbar dari pihak Istana Negeri Selangor itu jelas sekali mendedahkan kebodohan  Shuhaimi dan Khalid Ibrahim mengenai Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor! Selain itu, kenyataan akhbar Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor jelas menjadi “serampang 3 mata” di mana tepat terkena batang hidung Shuhaimi, Khalid Ibrahim dan Lau Weng San, ADUN Kg. Tunku.

Shuhaimi dalam blognya telah dilaporkan dengan selambanya mengugut dan memberi amaran kepada pihak DYMM Sultan Selangor supaya tidak berterusan membelakangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Baginda haruslah bertindak berdasarkan kemahuan dan nasihat majlis tersebut. Shuhaimi memberikan “kata dua” kepada pihak Istana sama ada menerima nasihat MMKN atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi “menentang pihak Istana”.

Shuhami menggunakan nama “rakyat” untuk menentang DYMM Sultan? Memang kurang ajar punya manusia!!! Rakyat Selangor sayangkan DYMM Sultan dan tidak akan sekali-kali menderhaka kepada baginda. Rakyat bukanlah seperti pemimpin PR yang sememangnya sering mencabar Institusi di-Raja di negara kita ini. Jadi mengapa Shuhaimi memanda-mandai menggunakan nama “rakyat” untuk mengugut DYMM Tuanku Sultan Selangor???

Sudahlah berasal dari negeri lain, merempat menumpang mencari rezeki di Selangor, berkurang ajar pula dengan DYMM Sultan Selangor? Memang dasar tidak menghormati kedaulatan Institusi di-Raja! Shuhaimi begitu mirip dengan sikap DAP! Dilantik DYMM Sultan Selangor menjadi ADUN setelah menang pilihanraya, namun Undang-Undang Tubuh Negeri yang diwakili pun tak faham! Bodoh punya wakil rakyat.

Untuk pengetahuan Shuhaimi, menurut undang-undang, perlantikan penjawat awam berjawatan Setiauusaha Kerajaan Negeri dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan perkenan DYMM Sultan negeri terbabit. Untuk negeri-negeri tidak bersekutu, lantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPAN) itu sendiri dan akan diperkenankan perlantikannya oleh DYMM Sultan. Bagi negeri-negeri bersekutu pula, perlantikan Setiausaha Kerajaan negeri terbabit diletakkan di bawah tanggung jawab SPA di peringkat Kerajaan Pusat atau lebih tepat lagi sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN). Memandangkan bahawa Selangor merupakan salah sebuah negeri-negeri bersekutu, maka perlantikan SUKnya dilakukan oleh KSN dan terpulanglah pada budi bicara DYMM Sultan Selangor untuk memperkenankannya atau tidak. Faham ke tidak ni Shuhaimi? Apa ke bebal sangat kamu ni???!!!

ADUN Kg. Tunku pun nak cuba nasib menjuarai bantahan perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor. Katanya “tidak semestinya SPA yang melantik SUK sesebuah negeri. Memanglah benar, sebab sesetengah negeri SUKnya dilantik oleh SPAN masing-masing! Lau Weng San hendak cuba memanipulasi ayatnya dengan harapan rakyat yang tidak tahu tentang prosedur perlantikan SUK Selangor akan termakan dengan kata-katanya. Nah! Pihak Istana sudah membidas putar belit Lau Weng San! Berani lawan lagi ke?

Khalid “gagap” pula cuba “bermain api” selepas mengadap DYMM Sultan Selangor. Lain yang dititahkan DYMM Sultan, lain pula yang disampaikan si “gagap” anak Ibrahim ini. Penulis tahulah si Khalid ini selalu “gagap”, tapi janganlah nak putar belit titah DYMM Sultan Selangor. Derhaka namanya tu! Sudah tak sayang jawatan, kah?

Khalid kata pada wartawan dalam sidang akhbarnya bahawa DYMM Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA untuk menjadi SUK Selangor. Kepala hotak dia! Bodoh nak mampus Si Khalid “gagap” ni! MB jenis apakah yang memutar belit fakta dari DYMM Sultan? Orang lain jadi MB, kamu pun nak jadi MB jugak. Tapi bila sudah jadi MB, tak reti jadi MB pulak!

Wahai Khalid Ibrahim “ku sayang”, apa yang kamu putar alamkan pada rakyat dan wartawan itu tidak benar! Untuk pengetahuan MB yang “tak faham undang-undang tubuh negeri Selangor” ini, senarai nama calon-calon SUK telah pun diberikan kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor untuk dipilih menjawat jawatan SUK. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewakili SPA Persekutuan yang serahkan nama-nama calon itu. DYMM Sultan sudah memperkenankan seorang calon (Dato’ Khusrin yang kamu tak suka itu lah…). Nama calon yang diperkenankan oleh DYMM Sultan itu dikembalikan kepada SPA untuk dilantik sebagai SUK Selangor. SPA dan pihak DYMM Sultan Selangor sudah lama mempraktikkan perkara ini dan sejajar dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, Fasal 1 dan 2(a). Penulis minta tolong sesiapa yang ada buku Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, sila hantar senaskhah pada MB “bebal” ni. Kemudian, “sekolah”kan dia sekali lagi!

Si Khalid ni memang “bengap” tahap dewa! Dia mencadangkan pada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang dengan JPA  atau SPA mengenai pemilihan calon SUK Selangor. DYMM Sultan Selangor pun menitahkan padanya supaya MB “gagap” itu berbincang SEBELUM Baginda Tuanku Sultan memperkenankan calon SUK. Dalam erti kata lain, DYMM Sultan secara berkias menyatakan bahawa Khalid SUDAH TERLEWAT untuk berbincang mengenai perlantikan Dato’ Khusrin sebagai SUK Selangor! Yang Si Khalid bebal ni pergi beritahu rakyat yang DYMM Sultan suruh dia pergi bincang dengan JPA atau SPA lepas jumpa Baginda Sultan. Teruknya pemahaman kamu ni, Khalid! Titah DYMM Sultan sebegitu mudah pun kamu tak faham??? “Benak” sangatkah otak kamu tu?

Dengar tu Khalid, SUDAH TERLEWAT! DYMM Sultan sudah perkenan Khusrin sebagai SUK Kerajaan Negerinya. DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor BERHAK untuk memilih SUK Kerajaannya. Kamu bukan kakitangan Eksekutif Kerajaan. Kamu orang politik yang bodoh, apa yang kamu tahu??? Menipu rakyat, tahulah kamu…

Fakta ini membuktikan bahawa fakta Khalid yang mengatakan DYMM Sultan tidak berkuasa memilih atau menolak calon SUK Selangor adalah BOHONG dan TIDAK BENAR sama sekali! Fakta ini juga menunjukkan bahawa Khalid memang bodoh dan bebal tahap IQnya.

MB-MB Selangor termasuklah Dato’ Seri Khir sebelum ini tidak pernah mempertikai perlantikan SUK Selangor yang diperkenankan DYMM Sultan. Mereka tahu SUK bukanlah orang politik, hanyalah penjawat awam eksekutif dan tidak mempunyai bidang kuasa terhadap perlantikannya. Tidak ada kena mengena dengan politik. Apa yang nak ditakutkan dengan Khusrin jika dia jadi SUK Selangor? Dato’ Khusrin jauh lebih berintergriti berbanding Khalid yang cuba merompak duit zakat Negeri Selangor! Atau…Kamu nak letak Eli Wong atau Zuraidah jadi SUK, kah?

Ketika penulis menulis artikel ini, sudah 18 laporan polis sudah dibuat terhadap Shuhaimi. Lam Weng San sudah bisu di”tempeleng” Dato’ Mohamad Munir. Khalid Ibrahim masih lagi ter”gagap-gagap” mencari idea putar alamnya. Pada penulis, tindakan keras harus diambil terhadap Shuhaimi dengan segera. Shuhaimi wajar dibuang negeri dan dilucutkan status ADUNnya. Jawatannya sebagai ADUN harus diberikan kepada pemangku dari Parti Kencing Rakyat (PKR). Lam Weng San pula wajar diberi amaran keras supaya tidak cuba bermain kata berkenaan fakta membabitkan Institusi di-Raja. Manakala Khalid Ibrahim wajar dihukum menerima “penampar jepun” dari Dato’ Khusrin. Biar kurang sedikit “gagap” dan busuk hatinya..!!!



15 thoughts on “Penderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan hukumannya…

  • January 5, 2011 at 9:32 pm
    Permalink

    Khalid tu dah nyanyok. Elok dok diam-diam kat rumah layan cucu cicit lagi baik!. Hilang gagap dia!!!!.
    Orang nak jadi MB, dia pun nak jadi MB tapi habuk pun tarak!!!. Habis duit rakyat dibedalnya sampaikan wang zakat pun dia nak sapu!!!. Baik sapu bini dia sekali, baru padan muka dia!!!!

    Reply
  • January 5, 2011 at 10:02 pm
    Permalink

    dia dah ada cucu ke?? kekeke

    buat RAJA PASir…awat takut sangat sampai tak berani tunjuk muka ko masa press conference?? kata berani…ko tunggu la dengan PASir PASir ko kene tanam…

    Reply
  • January 5, 2011 at 10:10 pm
    Permalink

    aku tengok si gagap ni apa2 pun takut.tak senonoh betul… kalu aku takut hanya pada tuhan je… sejarah da menyatakan si gagap ni suka spin jadi apa yang dia katakan pastiorang dah cop ngan kata2 ” betul ke ni” sebab sendiri yg buat acuan and sendiri yang buat sejarah!

    Reply
  • January 5, 2011 at 10:38 pm
    Permalink

    Sebenarnya Khalid sama macam si Nizar diPerak dulu juga. Nizar wakili PAS sementara Khalid PKR. Mereka berdua sama dan serupa, mereka wayang kulit yang pergerakkan, perakuan dan lakunan digerakkan olih orang dibelakang sebagai dalang. SiNizar digerakkan olih DAP setiap langkah, setiap butir perkataanya diatur rapi sehinggalah dia pegang lilin depan bangkai kafir pun digerakkan dan didalangkan.

    Khalid juga dikudakan DAP. Jadi yang nampak bebal ialah mereka berdua bukan dalangnya kerana semua tindak tanduk di monitor dengan remote control.

    Bilakah terakhir kita dengar melayu menderhaka pada raja ? . Kita dengar si Jebat antara melayu yang digazetkan derhaka, tetapi itu berapa ratus tahun dahulu ? Walaupun begitu Jebat menderhaka atas gerak hatinya sendiri tanpa didalangi sesiapa.

    Malangnya dalam abad ke 21 tiba2 muncul lagi melayu derhaka. Melayu proxi yang diremote controlkan. Kenapa ? Kerana buta dan mabuk kuasa. Percayalah mereka akan terus begini, terus dengan penderhakaan mereka kerana mereka diberi ruang yang terlalu luas dan bebas untuk berbuat apa saja. Kerajaan nampaknya tak ada kuasa berbuat apa2 walau undang2 mengenai salah laku sedemikian terlalu jelas dan terang untuk difahami. Scenerio ini terlalu mendukacutakan kita semua dan amat menggoris hati.

    Reply
    • January 5, 2011 at 10:56 pm
      Permalink

      betul tu remote contol aka puppet

      Reply
  • January 6, 2011 at 12:25 am
    Permalink

    Nak tanya apakah tindakan menteri amaran didalam soal ini…dok tersengeh je kee..seharusnya rakyat yang tak sedar diuntung 3 ekor ni bersama ketuanya nuar brahi tak layak diberi muka dan tinggal didalam malaysia ni..sebagai manusia kita tak boleh lari daripada menkaji asal usul Tanah Melayu dan tau beradap..jangan disebabkan tamakkan kuasa dan mahu meraih undi semua perkara dihalalkan..ini lah contoh manusia yang tak sedar diuntung dan sama seperti sikitul yang terlalu tamakkan kuasa dan kekayaan sanggup menjual negara sendiri..SO WAHAI BANGSA MELAYU BERHATI-HATI LAH DENGAN PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN OLEH SEBAHAGIAN DARIPADA PEMIMPIN MELAYU PKR DAN PAS..MEREKA INI CUMA MANUSIA BERTOPENGKAN BINATANG..DEMI KUASA DAN RASA DENGSI SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA MEREKA SANGGUP MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA BANGSA LAIN DAN MENJUAL AGAMA..

    Reply
  • January 6, 2011 at 10:00 am
    Permalink

    teman lagi pelik….awat raja pasir ni tak buat pc sendiri mengatakan yg dia akan minta maaf kebawah duli…awat guna orang lain?.

    Reply
  • January 6, 2011 at 10:40 am
    Permalink

    Jangan tarik balik semua laporan polis tu. Dah dilaporkan pada polis tentang penderhakaan si Shuhaimi tu barulah tau rasa TAKUT?

    Sewaktu berani menghasut rakyat supaya benci Institusi Beraja, tak tau takut pulak? Padan muka dia biar dia ditahan di bawah I.S.A. kerana menghasut rakyat membenci Sultan.

    Reply
  • January 6, 2011 at 10:48 am
    Permalink

    khalid gagap ni patutnya lontar je kat bababawah jajajambatan je..buat nyusah orang selangor je..

    Reply
  • January 6, 2011 at 1:48 pm
    Permalink

    Pernah seorang YB menyarankan diparlimen untuk menghukum penyanyi Hattan dengan menghumbannya ke laut. Kesalahan yang didakwa dibuat olih Hattan ialah menyanyi lagu kebangsaan dengan versi yang salah dan telah mencemarkan lagu tersebut. Menghumban bolihlah kita bayangkan dengan membaringkannya, seorang pegang bahagian atas dan seorang lagi dikaki. Selalu ia dimulakan dengan kiraan 1,2,3 , dihanyun dan out you go ke dalam laut. Kalau di humban dari gigi air dipantai barangkali humbanan itu tidak mengakibatkan Hattan tercampak jauh, maka bolihlah dia berenang kepantai semula dan balik menyambung karieernya sebagai penyanyi . Tetapi kalau dia dibawak dengan bot ketengah lauh 3 KM dari pantai, maka kemungkinan Hattan tak ada kudrat untuk berenang ketepi lalu lemaslah dia atau pun dimakan jerong dalam laut. Tak ada lah lagi kedengaran lagu baru Hattan selepas itu.

    Hukuman sedemikian bolihlah kita samakan dengan hukuman bunuh. Tapi YB yang sama tidak pula memberi apa2 saranan terdahap Suhaimi kali ini. Mungkin saranan untuk humbankan Suhaimi dari jambatan P.Pinang ke, dari atas menara KL ke, atau pun dari atas gunung Kinabalu. Kerana yang jelas Suhaimi berlaku celupar dan menderhaka terhadap raja. Tentunya kesalahannya lebih besar dari yang duibuat olih Hattan yang sekadar menghibur tanpa niat serong untuk mencemarkan lagu.

    Kesalahan yang sama jika dilakukan di Thailand Suhaimi sudah dukutip polis dan masok penjara tanpa bicara. Dengan hukuman kita yang lembut, cara yang bertolak ansor pun kita dituduh berlaku tidak adil, kejam dan berat sebelah.

    YB itu juga tidak kedengaran beri sebarang komen kepada Namabii yang mengelar melayu bodoh dan dungu. Saperti katanya jika cina tak ada diMalaysia melayu tak bolih makan, kerana ramai Melayu yang bergantung hidup dengan bekerja sama tokeh cina saperti pembantu kedai, derebar lori, drebar limosin semua melayu. Seharusnya orang2 ini yang patut di humban kelaut bukan Hattan yang bakatnya besar dalam seni nyanyian.

    Perlulah kita sarankan Suhaimi dan Namabii di masukkan kedalam sangkar besi yang diberatkan dibahagian bawahnya, dibawa dengan bot 25KM dari pantai dan lepaskan mereka untuk menjadi tukun tiruan.

    sut

    Reply
  • January 6, 2011 at 3:09 pm
    Permalink

    Buat kerja tak pakai hotak sekarang terima lah padah nya cakap cukup senang hanya mengunakan bibir saja tapi kesan nya muking sampai mati ingatkan rakyat selangor bolih terima apa yg dia katakan tapi dia tersalah tempat yg dia gertak sultan selangor ketua negeri selangor dan tongak org melayu rakyat selangor tak bolih terima kau tunggu akan ada desakan pihak polis untuk tangkap adun seri muda dibawah sek 121/121B dengan niat berperang dengan kebawah duli tuanku sulatan selangor hukuman nya hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati atau disula sampai mati kita akan tunggu apa kah tindakan penguam negara dalam kes ini sek berapa yg akan di kenakan keatas raja penyamun pasir ni rasa aku muking sek 121 penjara seumur hidup dan kering dalam penjara paling tidak pun akan dikenakan ISA selama 5 tahun.

    Reply
  • January 6, 2011 at 4:04 pm
    Permalink

    Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

    Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

    “Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.
    “Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih,” katanya dalam satu kenyataan media.

    Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

    Reply
    • January 6, 2011 at 6:05 pm
      Permalink

      betul la pendapat bekas mufti perlis tu…secara umum lah…tapi yg ni bukan mengkritik dan mempunyai pendapat berbeza dan raja2 melayu…ni dah tahap menghasut dan percubaan utk meminta rakyat membenci sultan.

      takkan bab tu ko tak tahu beza geduk.

      Reply
      • January 6, 2011 at 9:23 pm
        Permalink

        Para nabi dan rasul sememangnya berada di wasiilah mereka yang telah ditetapkan yang maha kuasa dan ini kita tidak akan pertikaikan. Sedangkan kedudukan raja raja bukan lah diwasiilah yang sama. Kerana wujudnya raja selari dengan kekalnya system beraja dalam perlembagaan negara yang dicipta manusia.

        Keistimewaan raja dan sultan juga sapertimana undang2 yang telah dirangka penggubal undang2 iaini orang politik dalam system demokrasi saperti yang diamalkan dinegara kita. Semua undang2 kita adalah warisan british law dan masih diguna pakai hingga sekarang hasil peninggalan penjajah sejak dari dulu.

        Dengan system tersebut maka ianya dijadikan akta iaini menderhaka dipanggil memerangi DYMM saperti termaktub didalam undang2. Hukuman bagi mana2 rakyat yang memerangi DYMM tidaklah sehinggakan dihukum mati. Saranan YB yang pernah disebut itu cuma retorik dari orang politik yang ‘bermulut besar’ tak lebih dari itu.

        Reply
  • January 7, 2011 at 9:44 pm
    Permalink

    yg.menyerang raja kita sekarang adalah melayu sendiri…

    bila tanpa raja, maka senanglah puak komunis yg.disokong pejuang islam palsu menjadikan negara ni ‘middle malaysia’ yg.berkonsepkan hong kong, Macau dan singapork…nasib melayu kat sana terbela ka?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *