Stress: Anwar sudah gila?!!!

Share

Apakah perasaan anda sekiranya anda ditempat Anwar Ibrahim sekarang? Sejak akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim dilihat begitu tertekan sekali emosinya. Pelbagai peristiwa malang dan mungkin lebih sesuai untuk ditakrifkan sebagai “bala” dari Allah menghantui dirinya. Pelbagai peristiwa buruk melanda De Facto PKR yang kononnya “bijak” dalam percaturan politiknya. Pastinya tekanan yang melanda itu akan membuat Anwar tidak tentu hala dan membuat keputusan yang semakin memburukkan keadaan. Bak kata pepatah “bagaikan tikus membaiki labu”…

Baru-baru ini Anwar Ibrahim dikejutkan oleh pendedahan Wikileaks berkaitan aktiviti liwatnya. Penulis percaya semua pembaca sedia maklum bahawa Wikileaks mendedahkan bahawa Anwar telah diperangkap oleh pihak tertentu dan Anwar sememangnya sedar akan perangkap itu, dan Anwar seterusnya masuk ke dalam perangkap itu yang menyebabkan “malaun” ini meliwat mangsanya. Itu dakwaan Wikileaks.

Penulis kurang pasti apakah Wikileaks faham tentang apa yang ditulis di laman web tersebut tentang perkara ini. Apakah logik akal untuk seseorang yang tahu bahawa ada perangkap di depannya dan kemudian secara sukarela masuk ke dalam perangkap tersebut? Bodoh ke apa? Pada fikiran penulis, Wikileaks patut membuang perkataan “traps” yang terkandung di dalam artikelnya tentang Anwar tersebut.

Maka terpaksalah Anwar menjelajah keliling negara di dalam masa yang singkat (sehingga 19hb Disember 2010 sahaja) untuk menjelaskan dakwaan Wikileaks ini. Entah apa yang bakal di “auta” Anwar, itu penulis enggan campur. pada penulis, perkara yang keluar dari mulut dan lidah bercabang Anwar ini adalah dusta semata-mata dan di ibaratkan bagai fitnah dajjal di akhir zaman.

Dalam pada masa yang sama, Ayah kepada Saiful Bukhari telah menyerahkan sepucuk surat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, memohon campur tangan Baginda untuk mempercepatkan perbicaraan kes anaknya yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Mungkin Saiful dan ayahnya sudah hilang sabar dan bosan menunggu pengakhiran perbicaraan kes ini dan mahu supaya keadilan disegerakan.

Pening lagi kepala Anwar! Belum habis dengan Wikileaks punya cerita, Saiful dan ayahnya menghambat dari belakang pula. Bukan calang-calang bantuan yang diusahakan oleh pihak Saiful, dari DYMM Yang DiPertuan Agong! Berani ke Anwar lawan titah DYMM Yang DiPertuan Agong? Sudah banyak kali Anwar “lari” dari perbicaraan liwatnya ini. Mula-mula lari masuk Kedutaan Turki. Kemudian lari ke Eropah untuk mengadu. Kemudian Anwar lari menangguhkan kes berpuluh-puluh kali. Kali ini berjayakah Anwar lari lagi?

Baru-baru ini juga Anwar kalah dalam kes rayuan samannya terhadap Tun Dr. Mahathir. Terbang RM70 ribu milik Anwar ke saku Ayahanda Tun M secara percuma! Mungkin tidak puas hati di atas kekalahannya di tangan Tun M (untuk kali yang ke berapa ratus Anwar kalah entah!), maka Anwar ber”titah” kepada balacinya Sangkara Nair untuk memfailkan saman terhadap Tun M di atas dakwaan yang berkaitan komen Tun M terhadap pendedahan Wikileaks dan maklumat yang ada pada Lee Kuan Yew.

Boleh menang ke kes saman ni? Tak serik-serikkah Anwar dikalahkan dan dimalukan oleh Tun M? Tidak malukah apabila satu persatu “kemaluan”nya didedahkan oleh kehebatan Tun M? Anwar adalah anak murid Tun M. Mana mungkin anak murid boleh menang bersilat dengan Tok Gurunya. Pasti Tun M ada menyimpan buah pukulan maut rahsia sebagai bekalan menghadapi anak muridnya yang belot dan khianat padanya. Itu kita tak perlu risau. Tun M berkemungkinan besar menang kes ini. Anwar Ibrahimlah yang sepatutnya risau…

Baru-baru ini juga sedia maklum telah berlaku kekecohan “mega” dalam pemilihan PKR yang menyaksikan ramai ahli PKR hilang kepercayaan pada Anwar, Azmin dan Azizah (perosak 3A). Baru-baru ini juga Anwar dan konco-konconya diberikan amaran lisan oleh 3 orang DYMM Sultan yang memperkatakan berkenaan salah faham tentang konsep “Ketuanan Melayu” yang sengaja disalah ertikan oleh propaganda pakatan PKR, DAP dan PAS. Itu belum lagi disebut perkara buruk lain yang berlaku terhadap Anwar seperti digelar “chameleon”, dibelot RPK dan sebagainya…

Macam-macam perkara buruk yang berlaku terhadap Anwar baru-baru ini. Penulis optimis bahawa keadaan Anwar boleh dikatakan sangat meruncing untuk menghadapi segala tekanan yang datang padanya. Tembelangnya semakin terbongkar. Maka tidak hairanlah jika dilaporkan semalam bahawa Anwar terpaksa berceramah di pasar malam untuk meraih simpati rakyat! Tapak pasar malam pun pasar malamlah! “Desperate” punya pasal, semua dibedalnya. Entah ada permit atau tidak? Apa? Anwar sewa tapak pasar malam tu???

Penulis positif bahawa jika Anwar terus menerus menerima tekanan demi tekanan seperti ini, tidak mustahil Anwar boleh sakit jiwa. Dalam erti kata lain, jadi “gila”. Gila memikirkan segala masalah yang hadir tanpa henti. Gila emosi. Gila nak ke Putrajaya. Gila nak menjubor. Gila nak berkuasa. Gila semuanya. Oleh itu, penulis membuat kesimpulan bahawa tidak mustahil Anwar akan menjadi seperti gambar yang di atas tu..!!!

19 thoughts on “Stress: Anwar sudah gila?!!!

  • December 15, 2010 at 5:26 pm
    Permalink

    Anwar nak gila sensorang..lantak pi la dia..ni yg balaci2nya nak ikut sama gila buat apa?.

    Dengaqnya besok ada pemimpin PKR Sabah nak kelauq PKR jugak, nak ikut Zaid yg merajuk tu kot.

    Reply
    • December 15, 2010 at 11:15 pm
      Permalink

      zaid pun macam nuar jugak…gila kuasa…

      Reply
      • December 16, 2010 at 12:29 pm
        Permalink

        Zaid ni mcm hantu raya..
        kalau tak dibela, dia makan tuan.. hohoho

        Reply
      • December 16, 2010 at 7:18 pm
        Permalink

        Zaid gila kuasa, tamak dan bodoh
        masuk rumah orang
        lagak bijak dan rampas hak tuan rumah
        ini semua otak2 mabuk kuasa mcm JUbory lah tu..

        Reply
  • December 15, 2010 at 7:53 pm
    Permalink

    Tuu Ari lagi aku ada menulis diBlog nei…Al’Juburi nie dah mula menunjukan Sifat seperti nak jadi Orang GILA……Tuk…Tuk…Tuk……bunyi diseling umah aku…kata org tua “Betul Kata Cicak”

    Reply
  • December 15, 2010 at 10:19 pm
    Permalink

    Suruh bersumpah mubahalah tak mau. Pegi ke Tanah Suci langsung tidak.

    Reply
    • December 15, 2010 at 10:49 pm
      Permalink

      Kalau betul bagai didakwa bahawa Anwar ni ada kecenderungan kearah fahaman Pluralisme, maka menasabah kalau hatinya tidak ghairah untuk ketanah suci. Tempat suci yang serba indah. Tempat untuk kita memuji Allah disamping menginsafi diri. Tempat dia bolih ‘lari’ dari hingar bingar kerunsingan dek berbagai hal yang ditimbulkan mengenai peribadinya. Dia seharusnya mengambil sekerap mungkin peluang untuk kesana. Kerana disana lah sebenarnya tempat untuk kita.

      Ternyata tanah sunci tidak menjadi pilihan nya. Wallahualam… kerana dia lebih kerap di Indon dan UK.

      Reply
      • December 16, 2010 at 11:29 am
        Permalink

        Suka sangat la tu ke Festival Gay di Indon baru-baru ni.

        Reply
      • December 16, 2010 at 12:34 pm
        Permalink

        Aku rase dia takan ke Tanah Suci selagi tak dapat jadi PM M’sia kot.. huhu

        Reply
  • December 16, 2010 at 12:46 pm
    Permalink

    Semua yang berlaku adalah PETUNJUK dari YANG MAHA ESA!

    Reply
  • December 16, 2010 at 11:28 pm
    Permalink

    Media cetak & media elektronik dbawah penguassan UMNO-BN ternyata bersikap double standard, mengapa pendedahan berita keatas pemimpin tertinggi negara oleh Wikilearks tidak didedahkan! hanya mendedahkan keburukan pemimpin pembangkang.Asyik nampak keburukan orang aje, bila terkena batang hidung sendiri baru tau! taubat saya nak sokong UMNO-BN hingga kiamat.

    Reply
    • December 17, 2010 at 3:52 pm
      Permalink

      Sama juga bila kita baca harakah yang lain lain portal pembangkang. Tak ada beza. Tak payahlah kamu pelik. Kamu ‘tak’ ke ‘nak’ ?

      Reply
  • December 18, 2010 at 9:10 am
    Permalink

    Zaab kau cakap macam puki dalam kain sedang kan keadila.harakah,malaysia kini dan macam macam lagi akhbar sampah puak PR hang tak baca ke apa yg yg mereka tulis kalau betui media cetak yg hang cakap tu kerajaan punya patut pun selama ni akhbar sampah PR tak sepatut nya di baca dan percaya kerana banyak membuat fitnah Wikileaks selalu menyerang kerajaan malaysia tapi dapat dipatahkan kali ini wikileaks menyerang puak puak pr terutama Anuar yg hang dok angkat angkat patahkan lah serang dia balik pasai nak melalut sedangkan wikileaks berkata Anuar terlibat kes liwat bukan dia saorg dia percaya Anuar meliwat tapi pemimpin dunia semua tahu Anuar meliwat sudah lah hang pun akan berdosa membela saorang yg kaki jubur nabi tak mengaku umat.

    Reply
  • December 18, 2010 at 10:19 pm
    Permalink

    kuasa Allah tiada siapa yang boleh halang..kepada zaaba..at lease pemimpin BN x meliwat,,,

    Reply
  • December 19, 2010 at 12:11 am
    Permalink

    UmNo terdesak!!!mcm2 diowg buat..sedarlah umno….bagilah orang lain perintah plak…

    Reply
  • December 19, 2010 at 8:50 am
    Permalink

    Demi Allah sesungguhnya anwar sedang menerima pembalasan Allah atas kemunafikannya…kepada zaaba UMNO-BN tak perlukan pengundi yg berfikiran mcm kamu

    Reply
  • December 19, 2010 at 11:45 pm
    Permalink

    Aku dari dulu lagi dah cakap dengan rakan2, Anuwar ni salah2 hari memang boleh jadi ‘gila’. apa taknya, dengan masalah perbadinya, masalah menuduh ‘bossnya’ Tun Mahathir dengan tuduhan yg tak sewajarnya terhadap org banyak berjasa kpd agama, bangsa dan tanahair. Tenguklah wajah Anuwar berbanding Tun M yg kelihatan masih sihat, bersih dan ‘inteligent’ walau pun umur beliau sudah menjangkau 85 tah. sedangkan umur Anuwar baru l/kurang 62 tah. Kena ingat balasan Tuhan tetap akan sampai walau pun mungkin lewat, tak percaya? Sekarang yg sedang menderita keuzuran penulis novel ‘shit’ yg mengutuk Tun M habis2an dulu,cuba baca Mastika keluaran bulan ni, dan yg terkini pengakuan seorang gay Azwan Ismail dlm Utube secara tak langsung mengistiharkan bonus saham dosa kerana dlm pengakuan tersebut ‘gay’ berkenaan menyebut nama penulis novel itu juga yg telah menanamkan semangat mengenal diri dlm versi yg mendorong Azwan Ismail untuk menjadi seorang ‘gay’ yg ok dlm hidupnya. Kalau nak kira di akhir2 zaman ni, balasan Tuhan lebih deras, mcm ‘COD’ saja. Beringatlah….jgn jadi jiwa kacau….jadilah org yg bertakwa…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *