Beranikah AG Mendakwa Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Share


Oleh King Jenglot

Dr. Mohamad Khir Toyo didakwa mendapat diskaun sebanyak RM 3 juta ketika membeli banglo di Seksyen 7 daripada seorang ahli perniagaan yang bernama Datuk Shamsuddin. Hakikat Dr. Mohamad Khir membeli rumah tersebut dengan pinjaman bank merupakan satu fakta yang menarik untuk direnungi.

Namun bagi penulis, itu masalah Dr. mohamad Khir dan beliau perlu menjawab di Mahkamah. Ia juga masalah Rahim & Co sebagai agen penilai hartanah. ia juga masalah Hong Kong and Shanghai Bank (HSBC) sebagai pemberi pinjaman.

Masalah rakyat sekarang ialah ini satu jumlah yang kecil dan sangat naif berbanding kerugian negara akibat penjualan MV Augusta dan Penggabungan AVenue capital – ECM Libra.

Pada masa kekuasaan Khairy Jamaluddin dan Abdullah Badawi, MOF dan Proton telah menjual MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui iaitu Gevi S.p.A. untuk nilai nominal satu Euro (RM 4.50). Syarikat ini kemudiannya menjual pula sebahagian dari MV Augusta, iaitu Husqvarna kepada BMW untuk Euro 93 juta (RM 419 juta).

MV Augusta dijual dengan harga 1 Euro kepada sebuah syarikat tidak dikenali di Italy. Dalam beberapa bulan kemudian Syarikat ini dijual kepada syarikat permotoran lain dengan harga beberapa ratus juta ringgit. Siapakah yang mendapat keuntungan ini tidak pernah disiasat secara telus oleh Peguam Negara.

Keduanya, Penggabungan ECM Libra dengan syarikat milik MOF Incorporated, Avenue Capital menimbulkan pelbagai tanda tanya pelbagai pihak apabila ECM mendapat Avenue dengan harga yang murah hanya beberapa bulan selepas Khairy Jamaluddin membeli saham ECM Libra. Malahan pembelian ini menimbulkan pelbagai persoalan apabila Khairy mengakui ia membeli saham ECM Libra melalui pinjaman daripada lembaga pengarah yang lain.

Bukankah aneh dan luar biasa Khairy yang merupakan menantu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu diberi pinjaman oleh lembaga pengarah syarikat ECM Libra dan beberapa bulan selepasnya Menteri Kewangan meluluskan penggabungan ECM Libra yang hampir lingkup dengan sebuah syarikat kerajaan yang sedang berkembang pesat (Avenue capital)?

Malahan dalam penggabungan tersebut ECM yang kecil telah menelan Avenue Capital yang besar. Mengapa Pendakwaraya diam membisu urusniaga membabitkan berjuta ringgit ini? Lihat sini mengenai pembabitan Khariy Jamaluddin.

Ketiga Ezam telah beberapa kali mengakui bahawa Khairy Jamaluddin telah membawa Pak Lah bertemu dengan Wan Azizah di London, beberapa bulan sebelum Anwar Ibrahim menang dalam rayuan kesnya. Apakah pernah disiasat sama ada berlaku campur tangan dalam keputusan rayuan Anwar Ibrahim? Apakah Khairy pernah dipanggil memberi keterangan terhadap kemungkinan adanya usaha mempengaruhi Kehakiman dalam keputusan rayuan Anwar Ibrahim?

Tun Ling Liong Sik, Khir Toyo, Azalina Othman said, kasitah Gadam dan ramai lagi pemimpin UMNO boleh disiasat dan ada antaranya didakwa mengapa Khairy jamaluddin masih kebal?

Semua orang tahu Khairy Jamaluddin merupakan pengganggur paling kaya di Malaysia semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Apakah AG pernah menyiasat bagaimana beliau boleh mendapat harta bendanya dengan begitu banyak tanpa sebarang pekerjaan?

Mengapa Peguam Negara takut dengan Khairy Jamaluddin? Pernahkah SPRM menyiasat pelbagai dakwaan terhadap Khairy Jamaluddin? Apakah kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri maka beliau dilindungi dan pemimpin politik lain yang tiada naungan politik boleh disiasat?


36 thoughts on “Beranikah AG Mendakwa Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

  • December 10, 2010 at 12:33 pm
    Permalink

    Saman saja KJ tu. Dah dia pun banyak merugikan harta negara dan merompak harta negara.

    Reply
  • December 10, 2010 at 12:41 pm
    Permalink

    patail mana berani, dia takut paklah yang melantiknya jadi AG berkecil hati…kj ni satu hallah, banyak hal lain lagi yg terperap di pejabat AG, bila semua tu nak didakwa?

    Reply
  • December 10, 2010 at 1:05 pm
    Permalink

    AG hanya berani dengan org2 kerajaan atau bekas kerajaan shj, tengoklah kes menghina sultan perak, kes taja haji nik azazil, kes mat jubuq. ini semua menunjukkan org2 AG penakut.

    Reply
  • December 10, 2010 at 3:52 pm
    Permalink

    paku dgn tukul sekali ketuk sekali masuk tapi ni dh ketuk banyak kali tk masuk masuk pun.. ilmu apa yg kj guna.

    Reply
  • December 10, 2010 at 4:38 pm
    Permalink

    Gilerrr ke..KJ pejuang masa hadapan pemuda BN nk di dakwa….siapa yg mmbawa criter ni..memang pengkianat bangsa

    Reply
  • December 10, 2010 at 5:48 pm
    Permalink

    kenapa la orang mcm kj ni nak dilantik jadi menteri atau timbalan menteri ….. kalau dilantik gak mmg haramjadah lah pemimpin UMNO ni …

    Reply
  • December 10, 2010 at 7:00 pm
    Permalink

    AG …..BN akan bungkus jika beberapa menteri dan Penjawat awam bersebelah..pilih bulu…KJ n Paklah kenapa semua membisu…DSKT bising bukan main.. Aljuburi berceramah siang malam, gi luar negera lobi pasal kes yg sedang di siasat dan kini di bicarakan kenapa AG @ samdol tak komen apa2…Gua ingat Beri pada DAP jadi kerajaan .. Semua yg terlibat akan KOYAK termasuk AG tak terlepas.. apa pandangan yg lain…semua di KES2 akan buka semua…Masa tu tahu lah nasib pak menteri yg lembek, lemah, pondan..penjawat awam yg lain ingat al juburi tak akan lepas wpun pun sorang.. aku masa tu tumpang GEMBIRA…

    Reply
    • December 11, 2010 at 5:26 pm
      Permalink

      Setahu aku bukan tugas Peguam Negara menyiasat kes tetapi dibebankan di atas bahu PDRM setelah siap siasatan barlah diserahkan kepada Peguam Negara untuk diteliti kewajaran kes sama ada boleh didakwa atau sebaliknya. Faham sikit peranan dan tugas sebenar Peguam Negara dan PDRM tu.Jjangan main hentam keromo je.

      Reply
  • December 10, 2010 at 8:37 pm
    Permalink

    Mat Zain’s 2nd Open Letter on Anwar’s “black-eye” incident
    SPECIAL REPORTS
    .
    Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga (3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?

    SURAT TERBUKA KEDUA
    Kepada,
    YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
    Ketua Polis Negara,
    Polis Di-Raja Malaysia,
    Bukit Aman,
    50560 Kuala Lumpur. Melalui:Email dan PosEmail: iho@rmp.gov.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

    10hb.Disember 2010

    YDH Tan Sri,

    JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.

    Assalamualaikum wbt. Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

    2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

    3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998. Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998. Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

    4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah “dihilangkan” sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat “as and when the events unfolded”, sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, “you see…you recognize; you read…you will know; if you write…you will remember for ever”. Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

    6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, “Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini”, persoalan yang muncul secara spontan ialah; bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga (3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut? Malah dua (2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999, dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public. Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima (65) muka surat kesemuanya. Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

    i) YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.
    ii) YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009
    iii) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.
    iv) Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

    6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura. Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

    7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan. Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara “deliberate”. Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja. Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas. Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.

    8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias. Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian, apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1, PART TWO, Item 2 “OVERVIEW” perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-

    :Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 “Overview”)
    “Quite simply, this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim (DSA) had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved, to the satisfaction of the Honourable the Attorney General, that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA’s body” (penekanan saya kepada perkataan dalam “bold & italic”). Unquote.

    8.1. Perkara dalam 2nd limb, quotation diatas yang menyebabkan pertembungan “head-on” antara Tan Sri Abdul Gani Patail (TSGP) dengan saya. Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini, mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini. Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri, pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai “sikap tidak sopan” saya ini. Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

    9. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999,dua laporan pakar dalam persoalan ini, yang disediakan oleh Dr.Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA, yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1, PART FOUR, Item 4(B) The Medical Evidence, perenggan 4.11 dan 4.12.

    9.1. Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas. Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr. Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr. Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP. Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini,tidak mungkin beliau akan melantik Dr. Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

    9.2. Saya kemudiannya diberitahu, TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba “membetulkan” keadaan. Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr. Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk “neutralize” laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9, yang saya tolak.

    10. Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;

    10.1. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut, dua laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

    10.2. Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public, didapati laporan Dr. Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut. Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

    10.3. Untuk berlaku adil kepada TSGP, saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut. Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat, oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini. Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

    10.4. Apa yang patut dibimbangkan ialah; jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini, yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan,maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

    11. Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini. Perkara mantan IGP, TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi. Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini, dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya. Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas. Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

    11.1. Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu, sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan. Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu. Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

    12. Apa pun, saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak. Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.

    Salam sejahtera dan selamat maju jaya.Wassalam.

    Yang benar,

    (Mat Zain bin Ibrahim)
    10hb.Disember 2010

    Reply
    • December 10, 2010 at 10:48 pm
      Permalink

      Kalau saya lah ,tak nak buang masa hantar e-mail kat seperti yang En Mat Zain buta , Saya ada aduan tenatng salah laku PDRM ,apa yang saya dapat .notification yang aduan saya telah di terima ,tapi apa tindakan selanjut nya ?? NOTHING at all,buang masa ,Saya ada beberapa kes melibatkan polis di UK ,saya menbuat aduan di web site mereka melalui internet dari Malaysia,puhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dashyat ya mereka mereka ini di luar negara ,siap bagi jawapan bersiap dengan fakta tak sampai 24 jam ,Klasss ,kita ,kita kat sini ?? tepuk dada tanya selera ,pada buang masa masuk web site PDRM ni ,baik lah kita menjamu selera ,sebab buang masa . Dato Seri Najid ,dah banyak dah melawat negara luar ,pandang lah cara mereka dan impliment lah kat sini sebab kita ni masih berapa di bawah tahap BEKU. Ada sesiap tak setuju dengan saya ?Saya bercakap bersiap dengan bukti ,sebab saya ” Engage Brain before Open Mouth”

      Reply
      • December 11, 2010 at 10:37 pm
        Permalink

        kalau macam tu ko pindah je lah kat UK…jangan nak burukkan negara sendiri plak…bingai punya org..

        Reply
        • December 12, 2010 at 9:05 pm
          Permalink

          si mat zain ni pasai tak dapat projek kat PDRM tu yg naik angin satu badan.

          Reply
      • December 12, 2010 at 10:09 pm
        Permalink

        Saya tertarik dengan tulisan singkat tn. Saya nk berkongsi cerita yg lebih kurang sama dengan apayg tn tulis.
        1Saya berhubung dengan Jakim melalui emailnya, untuk bertanyakan satu masalah. Sudah 3 bulan tiada apa2 jawapan. Kalau tak mahu layan jangan letak emails untuk orang bertanyakan soalan.
        2Saya berurusan dengan MAIK untuk sedikit urusan wang zakat. Waad namanya, wang zakat untuk dibahagi sendiri mewakili MAIK. Pegawai kaunter berjanji cek akan sampai kpd saya dalam masa satu minggu. Maka saya tanpa membuang masa membahagikan duit saya dulu dengan jumlah yg sama, mengambil berkat Ramadan. Apa susah satu minggi lagi saya akan dapat ganti. Dua bulan menunggu tak ada apa2. Saya menelefon ke pej berkenaan. Di sini mula masalah, dari org pertama berpindah gagang kpd org kedua, kemudian orang ketiga, kemudian orang keempat. Sampai di sini saya putuskan panggilan kerana rasa dipermainkan. Esoknya saya ke pejabat berkenaan, setelah disoal panjang lebar melibatkan beberapa orang masalah selesai. Tapi tau tak apa terjadi? Cek tak buat lagi pun selepas dua bulan biarpun janji asal satu minggu. Cek dah sampai ketangan saya minggu lepas.
        3Sebatang pokok kelapa tumbang menimpa line telefon berdekatan dengan rumah saya jam 9 malam, tiga minggu lepas. Seorang jiran menelefon 999 minta bantuan, kerana pokok tumbang mengganggu jalan laluan. Mula2 datang org TNB balik saja, bukan urusan mereka katanya. Datang pula orang Bomba, balik saja tak ada alat. Datang pula orang JPA3, balik saja, tak ada alat(chain saw). Dekat jam 2 pagi datanglah orang Roadcare dengan chain sawnya dan selesai masalah dalam 20 minit sahaja.

        4Drpd apa yg saya ceritakan di atas maka apakah moralnya???????????????? Cubalah tuan2 renungkan!

        Reply
    • December 11, 2010 at 8:15 pm
      Permalink

      Buang masa buang duit rakyat je xhabis2 nak siasat mata lebam Anwar..
      bosan dan muaklah asyik nak jaga Anwar Jubory tu jer..
      bodoh sungguh rakyat Malaysia yang tkhenti2 kisahkan hal Anwar Jubory ni
      lebih baik tumpukan masa tenaga dan duit untuk bagunkan masyarakat..
      ramai anak-anak muda yang tdiak berpendidikan, yang menagih dadah, yang terlibat dengan zina.. balu-balu yang kemiskinan..
      bagaimana nak memerah otak untuk mencari model ekonomi, pendidikan buat mereka..

      Polis pulak banyak keje lain nak settle, jenayah pelbagai.. xpayah layanlah kerja bodoh mata lebam Anwar ini.. org jahat macam Anwar ini kena lebih dar mata lebam..baru die kenal Tuhan!!

      Reply
  • December 10, 2010 at 9:44 pm
    Permalink

    Amat malang bagi orang melayu. Kerana pilih kasih dalam proses pendakwaan yang dibawa oleh penjawat awam ini(ketidakbijaksanaan ini), imej BN dan UMNO yang baru nak pulih, kini pudar kembali.Orang melayu terus diambang kehancuran…

    Sedih…

    Reply
    • December 10, 2010 at 10:53 pm
      Permalink

      tak tau lah apa nak jadi gan melayu ,nasib baik aku campur Ceylonerse dan siam ,jadik tak lah ralat sangat ada 30 % darah melayu ,Bial kita cakap padsal orang melayu ,cepat sangat sensitif,tapi renong renong kan lah ,dalam banyak banyak bangsa kat malaysia ni ,bangsa dan puak mana yang ada sikap Busuk Hati,Tikam Belakang ,Dengki dan Iri Hati serta menfitnah dan menbomoh ,sapa dia ,cakap lah ????Nasin baik aku bukan UMNO ,DAP,PAS dan PKR ,jadi neutral lagi best .

      Reply
      • December 12, 2010 at 12:45 pm
        Permalink

        iye ke ko keturunan siam + ceylon…jangan2 campu babi ngan tenuk tak..sebab tu ko kutuk2 negara malaysia…sohh..sohhh.masuk utan sana..jumpa kaum2 ko..

        Reply
        • December 12, 2010 at 9:07 pm
          Permalink

          kang dia masok utan habih semua ‘babi hutan’ dia bedal. aiiiiik

          Reply
  • December 10, 2010 at 10:40 pm
    Permalink

    Betul spt apa yg dikatakan king Jenglot, bagi saya dari dulu lagi kes2 yg melibatkan kj ni banyak misteri. Banyak dikaitkan dengan perogolan wang rakyat, banyak salah guna kuasa, banyak kontroversi, banyak rasuah, banyak pembahagian projek kepada kaki2 bodeknya.

    Pun begitu, tidak ada satu pun dakwaan itu membawa kpd siasatan yg mendalam dan dapat diketahui rakyat marhain spt saya,(kecuali kes rasuah politik yg akhirnya dilepaskan dan dibebaskan). Bertuah sungguh manusia Oxford ni, kebal sungguh orangnya. 27 juta rakyat Malaysia tidak mampu bertindak dan memberi akal untuk tindakan terhadap kj ini.

    Drpd banyak sumber pernah saya terdengar yg kj ni kaya dan sangat kaya biarpun tak ada kerja, penganggur(masa yu belum yb lg lah). Dari mana sumbernya ya!

    Kepada rakyat Malaysia yg ada maklumat silalah bawa kes kj ni kepada muka pengadilan. Cukuplah dia membawa kerosakan kpd kita. Cukuplah dgn dsai saja untuk kita hadapi.

    Reply
  • December 11, 2010 at 12:13 am
    Permalink

    Wow! Ini kes berat. Mana dapat maklumat surat ini? Susahlah macam ni. Dalam satu kes lain Melayu mula berpecah. Melayu memang dah berpecah dua. Sekarang ini nak jadi tiga. Peliknya dalam satu team pulak tu. Buat bertenang dulu jangan hantar bola tanggung. Dia belum bersabit kesalahan. Orang punya diri pun tidak melatah dan mengungkit. Dia cool aje. Sebab dia tahu dia tidak bersalah. Tapi jangan kita pulak bertindak seperti dia dah macam bersalah.

    SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? Jika belum… DAFTARLAH SEKARANG DENGAN SPR.

    BELILAH BARANGAN BUATAN MELAYU DIKEDAI MELAYU.

    Reply
  • December 11, 2010 at 12:18 am
    Permalink

    hm…najib x seberani mahathir,,,,tp najib beratus kali lebih baik dari pak lah…najib bley jadi beribu kali lebih baik dari pak lah dengan memberi keadilan kepada yg benar,….

    kj perlu disiasat dan 200 billion duit royalti pertronas pada paklah perlu disiaat…beri perbicaraan padanya untuk membela diri….jika tidak selagi KJ selamat…..UMNO-BN dan rasuah tetap tidak dapat dipisahkan selamanya di mata rakyat marhein…

    Reply
  • December 11, 2010 at 10:23 am
    Permalink

    tu yg pelik bila si beruk google kairy jamaludin nie boleh kebal dari sebarang tindakan sedangkan sudah terang lagi bersuluh kesalahan yg dibuat semasa era pak mentua dia.. .

    Reply
  • December 11, 2010 at 3:06 pm
    Permalink

    Apabila kita sakit kita kena makan ubat untuk sembuh. Dan sememangnya ubat itu kadang-kala terlalu pahit untuk ditelan. Begitu juga dengan parti politik yang “sakit” mesti memakan ubat dan mendapatkan rawatan supaya ia boleh sembuh dan mampu terus bergerak untuk berjuang.

    Walaupun ubat atau rawatan ini tadi bermaksud seperti mengenakan tindakan undang-undang, penyiasatan, pendakwaan dan sebagainya ke atas pemimpin-pemimpin politik tertentu yang mungkin menjadi kesukaan kita maka ia harus diterima sebagai sebahagian ubat atau rawatan demi untuk menyembuhkan parti politik yang sakit ini. Pemimpin tidak penting yang penting adalah parti kerana pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti mesti tetap kekal wujud. Walau sebesar mana jasanya kalau ada asas yang kukuh untuk pendakwaan maka ia mesti dilaksanakan juga demi survival parti.

    Kita tidak mahu ada pemimpin begitu diagung-agungkan oleh para pengikutnya tidak kira sebesar mana kesalahan dan keburukan yang dia lakukan sampai begitu fanatik para pengikutnya mempertahankannya sampai sanggup berdemonstrasi, merusuh di jalanan dan lain-lain demi mempertahankan pemimpin agung mereka walaupun tindakan ini banyak mendatangkan kesusahan dan masalah kepada rakyat dan negara keseluruhannya.

    Kalau kita lihat di sesetengah negara-negara maju jika ada sahaja keraguan atau persepsi buruk pada sesetengah pemimpin ( belum pun disiasat dan didakwa ) mereka akan dengan sukarela mengundurkan diri daripada jawatan mereka atas dasar rasa bersalah atau mengambil sikap bertanggung jawab.Di dalam sesetangah keadaan sampai ada pemimpin yang sanggup membunuh diri kerana merasa malu dan kesal di atas kesilapan mereka. Bagi mereka jawatan dan kuasa bukan keutamaan tetapi kepercayaan rakyat terhadap parti mereka adalah yang lebih utama.

    Namun situasi ini tidak berlaku di negara ini. Jika ada tuduhan atau persepsi buruk tentang salah laku seseorang pemimpin maka bukan sahaja mereka tidak meletakkan jawatan atau mengundur diri malah mereka akan mempertahankan diri dan tindakan mereka habis-habisan malah sampai sanggup memfitnah, menipu dan menganaiya orang lain. Keadaan ini tidak hanya berlaku atau digunapakai kepada para pemimpin BN (khususnya UMNO ) malah berlaku juga kepada para pemimpin Pakatan Rakyat ( khususnya PKR ) terutama sekali di kalangan pemimpin Melayu dan Islam.

    Berkenaan Dr. Khir Toyo bagi saya secara umumnya persepsi rakyat di peringkat bawahan tidak kira dari belah BN atau Pakatan atau yang tidak berparti agak meragui beliau dari segi “kebersihan” beliau daripada salah laku dan penyelewengan begitu juga dengan KJ. Bezanya Dr Khir pernah menjadi MB sebuah negeri yang jatuh ke tangan pembangkang di dalam pilihan raya yang lalu dan sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor beliau begitu lantang menghentam PR. Oleh kerana Dr Khir ada sesuatu benda yang boleh dijadikan modal dan senjata oleh PR maka setiap kali Dr Khir membuka mulut maka PR akan membuat serangan balas. Lagipun ada laporan rasmi yang dibuat kepada SPRM yang dibuat terhadap Dr Khir.

    Manakala KJ selain menjadi ketua Pemuda UMNO(naib ketua sebelum ini ) belum pernah memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan samada sebagai setiausaha parlimen, timbalan menteri atau menteri. Malah beliau tidak pun dilihat agresif menyerang PR maka tiada atau kuranglah serangan balas dari pihak PR. Kalau adapun serangan dari PR ia berlaku semasa bapa mertuanya masih menjadi PM dengan niat dan tujuan untuk merendahkan imej parti yang diwakili oleh beliau dan bapa mertua.Saya kurang pasti sudah adakah laporan rasmi salah laku KJ dilaporkan kepada SPRM jika belum ada maka buatlah laporan rasmi supaya SPRM boleh buat siasatan dan pendakwaan boleh dilakukan.

    Namun persamaan yang ada antara Dr Khir dan KJ adalah ada sebahagian pihak di dalam UMNO yang menyukai mereka dan ada sebahagian lagi pihak yang membenci mereka. Namun yang penting di sini bukan survival politik Dr Khir atau KJ tetapi survival parti yang lebih utama. Apa yang diharapkan apabila tindakan diambil ke atas Dr Khir atau KJ atau mereka tersingkir dari arus politik negara maka sebagai jalan keluar mereka akan berpaling kepada parti lawan sebagaimana yang kerap berlaku sebelum ini asalkan rasa amarah dan dendam kesumat dapat dilepaskan. Daripada situasi inilah yang menghasilkan penubuhan parti Semangat 46 dan PKR. Dan apabila sudah masuk kem lawan maka dosa-dosa dan kesalahan mereka bagaikan telah terampun dan telah disucikan. Segala kutukan, tuduhan, makian dan segalanya selama ini bagaikan dilupakan atau telah dipadamkan kerana kini mereka adalah sebahagian daripada kem parti lawan.

    Reply
  • December 11, 2010 at 5:47 pm
    Permalink

    Kalau dah ada bukti penyelewengan,rasuah dan salah guna kuasa oleh individu-individu tertentu dalam parti memerentah,apa lagi tunggu buat laporan rasmi kepada pihak berkuasa biar siasatan dijalankan. Ini tidak asyik berforum melalak tak tentu hala nak tunjuk berani tak bertempat. Kalau aku ada fakta sudah pasti aku lapor kat SPRM atu PDRM biaq pi lahabau tu dihumban dalam penjara kalau betul bersalah.Buat apa melalak macam anjing salak bukit sampai kiamat pun bukit tak runtuh.

    Reply
  • December 11, 2010 at 8:19 pm
    Permalink

    Bilelah Polis dgn AG nak siasar KJ nihh…
    DSKT beli rumah dengan penilaian berbeza pun sudah jadi kes jenayah..
    belum tentu salah pun sudah disalahkan..

    KJ yang tanam anggur kering tu blh kaya raya..
    PM pun senyap jer..AG lagi lah.. ape kebalnye KJ ni haa???
    die ade bela jenglot ker..hahaha..

    Reply
  • December 11, 2010 at 9:07 pm
    Permalink

    Ghani Patail pernah kena santau. Sebab itu dia kecut perut dan pilih bulu. Sebenar nya kalau anda seorang yang wara’ tak payah takut pada santau menyantau ni kerana banyak benda yang bolih di amalkan untuk jadi kebal dari disantau. Yang paling teratas itu siapa. Bukan bomoh siam, bukan bomoh orang asli. Minta saja pada Dia.

    Patail tak tahu Khir Toyo juga bolih hantar santau pada dia. Tapi Khir tak akan buat kerja tu. Pada anda yang pro Khir, tangkap Patail ikat kaki & tangan dia hantar pada Khir. Rongak gigi Patail dicabut dek Khir yang memang doktor gigi.

    Reply
  • December 12, 2010 at 12:45 am
    Permalink

    Dah mula orang melayu dok melalut criter pasal tahyul. Kalau benar santau boleh berkesan pi santau kat kaum zionis biaq depa mengelupok minta maaf kat Arab Palestin. Tak payah beli senjata nuklear berharga berbilion dolar guna santau panggil bomoh bayaq RM 300/ ok jadi punya modal pun kecik hasil berbaloi.

    Reply
  • December 12, 2010 at 1:32 am
    Permalink

    Masalahnya buat tak reti
    KJ memang bawa liabiliti
    Jika UMNO nak dikasihi
    Ngapa KJ tidak dihakimi

    Reply
  • December 12, 2010 at 1:38 am
    Permalink

    KJ nak di hakimi…sorry pejuang masa hadapan Umno..harus di bela serta di patuhI..hidup KJ…TANPA KJ TIADA PEMUDA….kalo rasa x puas hati,hantarlah memo ke,buatlah undi x percaya ka,minta campurtsngan MT ke..ini tidak,,,pok pek..pok pek dlm web nie..bila jumpa KJ cium tgan lagi..bila nk berubahhhhhhhhhhhhhhhh..hidup KJ..Mereka sermua pgkianat pemuda umno…hidup KJ…Hidup KJ..MEREKA HYA BERANI DLM WEB INI sahaja..du luar mereka ketaq…….

    Reply
  • December 12, 2010 at 2:02 am
    Permalink

    Aku juga menyampah giler dengan kj, cuma yang aku nampak masalahnya camna ag nak amik tindakan kj tak pernah pegang apa2 jawatan dalam kerajaan melainkan jawatan dalam parti saja, hanya kepimpinan dalam parti saja yang boleh mengambil tindakan, tu yang aku nampak lah.

    Reply
  • December 12, 2010 at 9:28 am
    Permalink

    Sepatutnya org yang ada bukti dan tahu hal2 penyalahan gunaan kuasa tampil kehadapan utk membuat laporan kes berok KJ ni…tpi hamPAS tunggu punya tunggu seekor pun tak muncul utk buat laporan dan takut…bangsat..

    Reply
    • December 13, 2010 at 12:46 am
      Permalink

      Hampass nyoir….U berani pergilah buat laporan.

      Reply
  • December 13, 2010 at 12:17 pm
    Permalink

    Wei Chow Ravi keling anak haram! Kau tanya Kitol si beruk dalam google tengok, bila dia berdepan dengan aku dengan balaci2 dia, tak berani pun dia nak bertentang mata! Nak tau kenapa? Sebab dia tahu apa yang kami cakapkan ini adalah benar, lagi satu hang bagitau Kitol, cerita dia jual kata aku ni diupah oleh dia tak laku la wei, cari la cerita lain, jangan la kitol nak guna taktik murahan untuk jatuhkan kredibiliti aku ni, tak luak pun sebab Allah Maha Mengetahui pejuangan aku. Aku akan pastikan si Kitol dihukum dengan setimpalnya! Sayangnya pihak berkuasa penakut dan suka mendakwa orang terpilih saja. kalau la mereka berani dah lama si Kitol ni masuk ke dalam.

    Ingat satu wahai pencacai Kitol, sepandai-pandai tupai melompat, ke tanah juga akhirnya!

    House PK

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *