Guan Eng gagal bela nasib rakyat Pulau Pinang..!!!

Share


Rumah di Pulau Pinang yang paling mahal! Itu fakta terkini yang didedahkan kajian yang diketuai oleh Dr. Micheal Lim Mah Hui, Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi & Alam Sekitar (SERI). Menurut kajian, purata harga rumah di Pulau Pinang adalah RM  540,000.00, jauh lebih tinggi dari purata harga rumah di sekitar Lembah Klang, RM 390,000.00. Sudahlah tanah milik Melayu hanya tinggal 1.16 % sahaja! Selepas ini, mungkin rakyat Pulau Pinang terpaksa hidup di dalam bot, perahu dan merancang menubuhkan perkampungan terapung di laut…

Siapakah yang mampu membeli rumah yang puratanya berharga RM 1/2 juta ini? Persoalan ini harus dijawab sepenuhnya oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang gagal memantau kenaikan harga pasaran rumah di “Pulau Mutiara” tersebut. Kenaikan harga rumah yang ternyata melampau ini secara jelas adalah dibawah kelulusan pihak Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang berikutan kuasanya meluluskan projek-projek perumahan tempatan. Selain itu, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang juga berkuasa penuh terhadap pentadbiran tanah di Pulau Pinang.

Hanya kerana beralasan memperolehi pulangan cukai yang lumayan dari pihak pemaju perumahan, Kerajaan DAP Pulau Pinang melupakan keperluan asas rakyat negeri tersebut bagi memiliki rumah sendiri. Jelas sekali, Guan Eng melupakan rakyat Pulau Pinang yang majoritinya tidak mampu memiliki rumah-rumah yang sangat tinggi harganya. Dengan melonjaknya harga rumah di Pulau Pinang dengan sewenang-wenangnya ini, maka rakyat negeri itu hanya mampu menyewa rumah kampung dan flat-flat kos rendah sehingga ke akhir hayat…

Mengapakah Kerajaan DAP Pulau Pinang ini “terlepas pandang” dengan nasib majoriti rakyat Pulau Pinang yang tidak memiliki rumah sendiri? Bukankah selama ini Guan Eng, PKR dan PAS Pulau Pinang begitu mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”? Mengapa nasib rakyat Pulau Pinang tidak diperjuangkan untuk memiliki rumah sendiri? Apakah dengan “habuan” dari pihak pemaju perumahan menyebabkan Guan Eng dan exco-exconya “kelam mata”? Nampaknya nasib rakyat Pulau Pinang berubah teruk selepas pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang…

Mari kita imbas kembali rentetan kronologi isu “rakyat Pulau Pinang kehilangan rumah atau tempat tinggal”. Pertamanya, isu Kampung Buah Pala. Kampung ini turun temurun menjadi tempat tinggal “pusaka” bagi bangsa keturunan India di Pulau Pinang. Dengan kuasa dan kerakusan keuntungan, Kerajaan DAP Pulau Pinang “merampas” keperluan asas kehidupan manusia ini dengan kejamnya. Kemudian satu demi satu kawasan perkampungan Melayu di”rampas” kejam oleh Guan Eng dan konco-konconya, termasuklah yang paling terkini di Kampung Genting, Balik Pulau.

Kampung-kampung yang menjadi tempat tinggal dan kawasan perumahan turun temurun dirobohkan begitu saja oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sudahlah begitu, kawasan-kawasan perniagaan gerai kecil-kecilan orang Melayu dan India juga turut menjadi mangsa “hujung jari” Guan Eng. Nak cari makan pun susah…

Sudah rumah dirobohkan, gerai mencari makan dirampas Kerajaan Guan Eng, kini rakyat Pulau Pinang di”jemput” membeli rumah yang berharga lebih dari RM 1/2 juta??? Rasionalkah perencanaan sosioekonomi mengikut acuan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang ini? Ini bukan “membela” namanya, ini “nak kasi mampos”…!!!

Sepatutnya, jika DAP, PKR dan PAS ingin mendabik dada sebagai “pembela nasib rakyat”, seharusnya mereka menjaga kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang. Binalah rumah “mampu milik” yang sederhana harganya dan tidak melampau. Sepatutnya Guan Eng hanya meluluskan projek perumahan yang menawarkan harga berpatutan kepada rakyat negeri Pulau Pinang. Guan Eng mesti menggalakkan pemaju perumahan membina kos sederhana yang lebih mampu dibeli rakyat, berpadanan dengan pendapatan mereka yang kebanyakkannya berpendapatan sederhana. Kerajaan Guan Eng harus mendahulukan pemilikan rumah kepada rakyat Pulau Pinang terlebih dahulu…

Menurut kajian, rumah-rumah mahal di Pulau Pinang ini kebanyakkannya dibeli oleh pelabur asing dan spekulator yang kaya-raya, dan ingin terus memeras hartanah milik rakyat Pulau Pinang ini. Mengapa “kera di hutan disusukan dan anak di rumah dibiar kelaparan”? Mengapa diberikan khazanah hartanah di Pulau Pinang kepada pihak asing, sedangkan anak Pulau Pinang sendiri terpaksa berkerja kuat untuk membayar sewa rumah yang semakin tinggi oleh tuan-tuan rumah “kedaung” itu? Jelas, Guan Eng dan Kerajaan DAP, PKR dan PAS Pulau Pinang gagal membela nasib rakyat…

Hakikat ini sudah terjadi. Kini, para pembaca boleh mengunjungi Pulau Pinang dan melihat sendiri rumah-rumah mewah tahap melampau sedang dibina di sekitar Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Teluk Bahang dan banyak lagi kawasan-kawasan strategik. Dan harga rumah-rumah tersebut tentunya tidak mampu dibayar oleh majoriti rakyat Pulau Pinang. Penulis sendiri baru-baru ini ada ke Pulau Mutiara tersebut. Teringin juga membeli rumah di tepi pantai Batu Feringghi. Namun bila melihat harganya, sampai mati pun rasanya penulis tak mampu membeli rasanya. Sekadar “menelan air liur” sajalah…



19 thoughts on “Guan Eng gagal bela nasib rakyat Pulau Pinang..!!!

  • December 3, 2010 at 10:06 pm
    Permalink

    Guan Eng sekarang dalam proses untuk menghalau orang -orang Melayu daan India dari daeraah pulau supaya dengan itu orang2 cna akan menguasi keseluruhannya bahagian pulau. Yang ada di pulau hanya pegawai kerajaan.. Sekarang dia sedang merancang untuk menguasi kawasan2 melayu untuk dikuasi oleh orang cina Balik pulau hendak ditawan. Tapi Weld Quey di sebelah Jetti feri yang didiami orang cina tidak berani diusik sedikit pun. Adaseekor Melayu yang jadi TKM bungkem sepenuhnya. Tak berani nak kata apa takut dipecat oleh g.e. cina melaka yang tunjuk kuasa di p.pinang Balai raya yang di buat oleh BN dulu hendak diambik alih. tapi dewaan yang ada di Chai Leng Park tidak pula di kacau, kerana majoriti penduduk di ssitu orang sebangsa dengan nya. Grerai Melayu diroboh dengan alasan di buat tanpa kebenaran—-haram. Tapi orang cina chai leng park mendiri gferai sehingga menyempitkan jalan tidak diganggu sedikit pun. Orang2 Melayu dalam pas dan pkr masih tidak mahu buka mata. masih menganggap g.e. sebagai khalifah Umar ibni khotob

    Reply
    • March 25, 2012 at 11:40 pm
      Permalink

      saya mmg sokong penuh, kedai mkn tepi jln, menganggu lalu lintas, dahlah tak bersih, lebih afdal kedai melayu, tolonglah wahai parti yg gabung dgn mereka, sedarlah, skit. sedarlah negara asal sape. jgnlah sebab parti perintah buat kelsahan skit, nak caci hina mereka, lihatlah kebaikan yg mereka buat pd org kita. jgnlah sbb benda2 kecik3, kita sanggup nak ng ini jatub seperti singapore. lihat balik sejarah , study balik.Cuba lihat zaman tun dr. mahathir bagaimana, beliau menjaga kita…..lu fikirlah sendiri.

      Reply
  • December 3, 2010 at 10:35 pm
    Permalink

    Si G.E anak babi tu, mari kita kojolkan dia di PRU13 nanti, siaplah puak puak Pakatan Rasuah.

    Reply
  • December 3, 2010 at 11:00 pm
    Permalink

    jangan mimpi…PR akan kosong kan kerusi pembangkang…
    2013…tanpa pembangkang…amacam??

    Reply
  • December 4, 2010 at 12:33 am
    Permalink

    Nak cakap bangang, nnti u all marah..buat apa tgok kt penang je, cuba tgok rumah di AMPANG JAYA,WANGSA MAJU,BANGSAR,MELAWATI hatta di Shah ALAM…lebih MAHAL DARI PENANG..Masalah tanah mahal sebab polisi kerajaan bagi kpd Chukong..Cuba tanah kerajaan pegang..Ini tidak tanah pertanian bagi kt kerajaan..Tanah komersial bagi kt Chukong.Nk buat rumah murah pun suruh kompeni chukong buat..hERAN BINTI AJAIB….ketuanan melayu hanya utk tanh sawah,tanah getah,tanah tanam ubi,tanah biak lembu,kambing..tanah buat rumah bagi kt chukong..sampai kiamat chukong dpt tanah,melayu dpt ketuanan………

    Reply
    • December 4, 2010 at 2:09 am
      Permalink

      Apahal lu cakap pasal ketuanan melayu pulak!!! Bukan ke kau punya pemimpin nak hapuskan ketuanan melayu. Ishh, tak paham la aku.

      Reply
    • December 4, 2010 at 2:41 am
      Permalink

      ko ni pn same jg yer..
      mcm Sayung dgn Geduk berok tu
      ko xbace ke kajian CAP harini..
      rumah di Penang skrg paling tinggi dlm Malaysia..
      mengalahkan KL n JB..
      purata RM540K..
      sebb dikatakan LGE son of PIG itu plan to be like that..
      utk halau sbyk mungkin Melayu2…secepat mungkin!!
      kuasa..kuasa..mabuk kuasa politik..
      jemput banyak2 Speculator hartanah..
      bg increase nilai tanah luar biasa..
      itu kerja JAHAT dan KHIANAT..
      mmg Mr LGE son of Pig itu tidak buat rumah..
      ttp dia adalah behind ‘director’..

      LGE bull shit punya CM..

      Reply
    • December 4, 2010 at 6:01 am
      Permalink

      cakap cam ‘koling’ je…

      Reply
  • December 4, 2010 at 2:43 am
    Permalink

    Salleh Man penganut PAS tu xde wt ape2 ker?
    ke perut boroi dh kena suap dgn LGE son of Pig??
    alaah.. lupe plak..
    dasar PAS skrg mmg begitu kan..
    hapuskan Melayu Islam bersama2 DAP-PKR..
    org Penang Melayu..undilah lagi parti2 syaitan itu..
    syabasss

    Reply
  • December 4, 2010 at 6:40 am
    Permalink

    pembangkang dok sibuk gula naik 20 sen, minyak naik 15 sen tapi rumah di pulau pinang yang beratus ribu harganya takde siapa nak bising? aku tak rasa rumah tu untuk orang pulau pinang, silap-silap untuk orang Singapork (kiblat DAP)

    Reply
  • December 4, 2010 at 11:18 am
    Permalink

    cara nak halau melayu dari pulau ialah beli tanah mereka dengan harga murah dan bangunkan tanah tu dengan hartanah bernilai tinggi…pas kat pulau terus ceramah kata BN zalim…tapi apa pas buat sekarang?

    Reply
  • December 5, 2010 at 7:35 pm
    Permalink

    Pak Lah bukan ada di Kepala Batas.. Tak kan di Buta / Bisu aja, Dia tentu bvanyak Idea.. Masa jadi PM dia tahu semua, pada hal tak tau apa-apa…. Dia yang beri hadiah percuma 5 negeri pada pembangkang atas tema KETERBUKAAN / KETELUSAN / HAK ASASI PENJENAYAH / SURUHANJAYA BANTAI POLIS / Meng Aibkan POlis malaysia….kINI ORANG pENANG tolong minta TOLONG PADA pAK dol PUJAAN ATI KAMU SEMUA…

    Reply
  • December 6, 2010 at 2:22 am
    Permalink

    LGE KM kayu pulau pinang akan tolak org melayu jauh jauh keseberang apabila semua nya melayu sudah kurang baru LGE kayu ni akan halau pula org melayu yg ada di dalam pentabiran dia baru senang dia buat kerja selagi ada melayu dalam pentabiran nya pergerakan nya terbatas LGE ni tak percaya pada org melayu kerana satu hari org akan menikam nya dari belakang bersiap sedia lah kau melayu dalam pentabiran LGE KM kayu kamu semua akan dihalau keluar dari pentabiran dia kemana kamu semua akan pergi dalam lau lah jawab nya atau terjun jambatan p.pinang.

    Reply
  • December 6, 2010 at 1:40 pm
    Permalink

    Spekulator hartanah patut dibawa ke muka pengadilan kerana akibat perbuatan merekalah mengakibatkan harga hartanah melambung tinggi.

    Reply
  • December 6, 2010 at 11:04 pm
    Permalink

    Sorry…its too late….slowly but surely,,,,,Pulau Pinang akan jadi singapore kedua hadiah kepada penyokong PR..

    Reply
  • September 5, 2011 at 2:08 pm
    Permalink

    tetibe je rumah di penang jadi mahal..dulu sebelum 2008 rumah di penang murah2..suma org melayu banyak kat penang semasa khoo so kon KM..?..masa kho soo koon org melayu penang semua kaya2..khoo soo kon tu org melayu…dia menjaga kepentengina melayu..sebab tu masa dia jadi KM timb KM UMNO org melayu penang suma ada banyak rumah..kaya2…bleh beli rumah mahal..tapi lepas DAP perintah baru 4 tahun tiba2 org melayu jadi miskin papa kedana..bahlol punya org..senang2 saja kena tipu..
    org melayu penang di halau dari pulau lama dah..sejak merdeka..dari zaman dr lim chong eu lagi..masa tu timb KM penang dari UMNO..depa dok wat pa 50 tahun dulu..dasar2 Gerakanlah yg menyebabkan rumah2 di pulau pinang menjadi sangat mahal..Gerakan dibantu oleh UMNO..la ni nak salahkan org pulak..

    Reply
    • January 8, 2012 at 3:21 pm
      Permalink

      tulah …
      ikut kata hati, nanti mati
      ikut rasa, binasa,

      hati2 pilih parti,
      kalau tak kita mati….

      Reply
  • January 8, 2012 at 3:18 pm
    Permalink

    lagu dulu-dulu:

    anak kecil main api,
    terbakar hatinya yang sepi,
    air mata darah,
    bercampur keringat,
    bumi dipijak,
    MILIK ORANG…..

    Reply
  • March 25, 2012 at 11:35 pm
    Permalink

    Salam, cuba lihat di buletin mutiara bulan mac, konon mewar2kan membina rumah mampu milik di batu kawan, ini taktik nak menghalau org melayu sepenuhnya dari tinggal di kawasa pulau. Cuba lihat, kata ada peruntukan lebihan, utk bagi bantuan kpd rakyat, semuanya dari kelulusan projek rumah mewalah. Ssejak 2008, trend membina rumah 3 tingkat, walau di kawasan balik pulau, kenapalah org kita masih lg tdk sedar,cuba rgk rumah kos sederhana, mana ada, klu diikuti nisbah rumah mwah dgn kos rendah, mmg 10:2. lama2 penduduk melayu asal pulau, terpaksa berpindah ke seberang. Akhirnya nasib jd mcm singapore. Lebih baik org kita yg perintah, banding dgn org mereka.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *