Ucapan Dasar Kak Wan VS. Apa Kata Duke…

Akhirnya ucapan yang ditunggu-tunggu muncul jua hari ini. Ucapan Wan Azizah sememangnya dinantikan ramai bagi menjawab segala kemelut dan keributan yang berlaku pada pemilihan PKR baru-baru ini. Ramai yang mengharap agar Presiden ini akan menjelaskan segala aduan, bantahan dan ketidakpuasan hati ramai ahli akar umbi PKR, terutama yang berdemo setiap hari diluar kawasan dewan kongres parti tersebut. Mereka majoritinya menuntut penjelasan Presiden PKR walaupun terpaksa menerima risiko dihalau dari majlis kongres tersebut.

Namun sayang sekali apabila Wan Azizah lebih memilih untuk memuja muji suaminya dan mendakwa suaminya itu sebagai “anugerah dari Tuhan” untuk memimpin rakyat. Wan Azizah hari ini membuktikan bahawa dia adalah seorang Presiden parti No.1 yang paling lemah di kalangan semua parti politik di negara ini dengan membuat ucapan dasar Presiden yang “kosong”! Tiada satu pun isi ucapannya yang menggariskan hala tuju PKR yang diketuainya itu melainkan menyerahkan segala perjalanan parti itu kepada Ketua Umum, satu jawatan yang sememangnya tidak wujud di dalam parti.

Jawatan itu “Ketua Umum” yang disandang oleh Anwar itu menjadi isu perbahasan apabila makcik Zuraida yang terkenal dengan “mulut celupar”nya mencadangkan agar jawatan itu diwujudkan secara rasmi dan digubal dalam perlembagaan parti. Malah Zuraida juga bersungguh-bersungguh membodek Anwar dengan menyatakan bahawa jawatan Ketua Umum itu hanya milik Anwar seorang dan tidak untuk orang lain. “Makcik” Zuraida, bagaikan nenek kebayan juga bercadang agar jawatan itu tidak boleh dipertandingkan dan hendaklah dijawat oleh Anwar sehingga ke akhir hayat? Gila ke apa? Demokrasikah begitu? Bagaimana jika Anwar “hilang kewarasan” dan menjadi gila, apakah PKR sanggup ber”ketua umum”kan seorang yang tidak siuman???

Mujurlah selepas itu Wan Azizah menyatakan bahawa jawatan Ketua Umum itu tidak perlu diwujudkan secara rasmi untuk Anwar sahaja. Mungkin Kak Wan “meluat” dan “menyampah” dengan bodek terlampau dari Zuraida tak sedar diri itu. Lebih-lebih pulak si Zuraida ni! Poyo..!!!

Penulis menyangkal sama sekali segala cara Wan Azizah menyifatkan suaminya. Kak Wan menyifatkan bahawa suaminya itu sebagai “insan hebat”, “amanah”, “tegas”, “berani” dan “berwibawa”. Malah Kak Wan menggariskan bahawa “ditahan di bawah ISA dan dipenjara”  menjadikan Anwar sebagai seorang yang dilahirkan sebagai pemimpin rakyat. Pelik benar cara Wan Azizah membuat “judgement”!

“Insan hebat”? Hebatkah Anwar? Hebatkah Anwar apabila dipecat oleh Tun Dr. Mahathir di atas kesalahan salahguna kuasa dan seks luar tabi’i? Hebatkah seorang individu yang menyalahgunakan kuasa demi menyelamatkan diri dari dibongkarkan kegiatan salah laku moralnya dibongkarkan? Hebatkah Anwar apabila mengelilingi dunia semata-mata untuk memburuk-buruk dan memfitnah negaranya sendiri? Hebatkah Anwar apabila cuba men”jual” negara kepada IMF dahulu? Hebatkah Anwar apabila menyara hidup dengan wang bantuan Yahudi? Hebatkah Anwar yang men”dua” dan men”tiga”kan dirinya dengan individu lain? Sama jantina pulak tu! Hebat benarkah Anwar apabila dinobatkan sebagai “si Kitul no.1 negara”?

“Amanah”??? Astaghfirullahil’azim. Amanahkah seorang yang dibuktikan menyalahgunakan kuasa tanpa sebarang keraguan oleh mahkamah? Amanahkah Anwar apabila mengedarkan “pink form” secara besar-besaran ketika proses pemilihan UMNO untuk mengalahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba? Amanahkah Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan memberikan banyak kontrak dan projek kepada kroni-kroninya? Itukah erti “amanah” di mata Kak Wan?

“Tegas”? Tegaskah Anwar ketika mana membelot pada kawan-kawannya di ABIM suatu masa dahulu? Anwar yang dahulu begitu mengutuk UMNO, terutamanya Tun Dr. Mahathir, tiba-tiba menyertai UMNO dengan alasan yang tidak konkrit? Apakah “tegas” seorang yang sanggup bermati-matian menganjurkan demo raksasa menyelar kerajaan Malaysia dan kemudian berkeputusan menyertai Kerajaan Barisan Nasional? “Tegas”kah suami Kak Wan bila berhadapan dengan “kuasa” dan “jawatan” yang ditawarkan? Kak Wan, perjuangan Anwar terbukti boleh di”beli” oleh Tun Dr. Mahathir, apakah itu sifat “tegas” yang Kak Wan maksudkan?

Berani??? Ini satu sifat yang sangat berlawanan dengan Anwar. Kenyataan Kak Wan ini benar-benar menjijikkan! “Berani”kah Anwar apabila “sesumpah” ini lari masuk ke dalam Kedutaan Turki???!!! Bolehkah tindakan Anwar ini diterjemahkan sebagai “berani”? Kak Wan, ini ialah bacul namanya! Penakut! Bersifat “pondan” dan “darai”! “Coward” dalam bahasa orang putihnya! “Berani”kah Anwar bermubahalah menafikan segala dakwaan Saiful Bukhari? Bermubahalah adalah salah satu cara Islam untuk menegakkan keadilan, apakah Anwar terlalu “berani” bagi Kak Wan untuk menyahut cabaran budak hingusan seperti Saiful??? Sudah beratus-ratus cabaran yang sudah diberikan pada Anwar, mengapa Anwar tidak berani menyahut cabaran-cabaran yang dikemukakan? Dayus betullah suami Kak Wan tu…!!!

Wibawa? Sifat wibawa apakah yang ada pada Anwar apabila dia sendiri dipandang rendah oleh ahli-ahli partinya? Wibawa bagaimanakah yang Kak Wan maksudkan yang ada pada suami Kak Wan itu? Apakah seseorang itu berwibawa apabila digelar “chameleon” atau “sesumpah” oleh kuasa besar yang pernah memelihara Anwar bagai anak emas mereka? Kak Wan tahu apa ini “chameleon”? Dalam bahasa Melayunya ialah “sesumpah”, dan dalam bahasa utaranya kami panggil “pokka”! Sifat ini adalah sifat “talam dua muka”, tidak boleh dipercayai, tidak ikhlas dan menipu saja kerjanya! Berwibawakah “insan anugerah Tuhan” yang Kak Wan maksudkan ini?

Penulis hairan cara Kak Wan meng”KPI”kan suaminya ini. Apakah dengan sejarah “pernah ditahan di bawah ISA dan dipenjara” maka individu tersebut boleh dianggap “kental”? Apakah mereka-mereka yang pernah ditahan ISA dan dipenjara juga boleh dikatakan “kental” dan layak untuk menjadi pemimpin rakyat? Kak Wan, tolonglah berfikiran logik sikit! Apakah Kak Wan fikir seorang yang mempunyai “track record” sebagai penjenayah boleh dianggap “kental” dan layak memimpin negara? Bagaimana dengan salah laku moralnya? Kak Wan, saya takut bekas banduan yang juga suami Kak Wan ini akan melakukan jenayah yang lebih besar apabila dia menjadi Perdana Menteri. Saya tidak rela meletakkan masa depan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini ditangan seorang bekas banduan dan penjenayah seperti Anwar!!!

Kak Wan menyatakan bahawa “Buat masa ini perjalanan parti berjalan baik (dengan kedudukan Anwar sebagai ‘de facto’), beliau melaksanakan tugasnya dan kita tidak perlu menukarnya (sistem PKR),”! Kenyataan kategori jenis apakah ini Kak Wan, melainkan ini hanyalah kenyataan “bini takutkan laki”!  Kak Wan “buta”kah??? Gilakah??? Tak nampakkah Kak Wan pada demontrasi yang dilakukan oleh ratusan orang diluar dewan kongres PKR ini? Kak Wan “tuli”kah dengan segala kemelut pemilihan yang dihiasi dengan maki hamun, wang “terbang”, tumbuk terajang, kerusi melayang dan repot polis berkajang-kajang? Apakah semua yang berlaku ini menunjukkan “parti berjalan baik” di bawah Anwar? Apa yang Anwar buat untuk menjelaskan ketidak puasan hati dan aduan akar umbinya? Sempurnakah “sistem PKR” sehingga ramai yang keluar parti kerana penyelewengan sistem PKR ini? Tak logiklah kenyataan Kak Wan…

Seperkara lagi, Kak Wan menyalahkan konsep “ketuanan Melayu”. Kak Wan silap sama sekali. Untuk pengetahuan Kak Wan, konsep “Ketuanan Melayu” ini sangat relevan berikutan sejarah Malaysia yang asalnya bernama “Tanah Melayu” dan diketuai oleh institusi DiRaja dan DYMM Sultan-Sultan yang berdaulat. Tahukah Kak Wan mengapa asalnya negara ini bernama “Tanah Melayu”, dan bukan “Tanah Cina” atau “Tanah India” atau “Tanah Malaysia”??? Jangan hanya dengan kesalahan segelintir Melayu yang bersifat “khianat” seperti suami Kak Wan itu maka Kak Wan ingin menyalahkah konsep yang sejajar dengan semangat perlembagaan negara itu. Kerana individu Melayu tak sedar diri seperti suami Kak Wanlah maka konsep “Ketuanan Melayu” disalah ertikan oleh rakan-rakan bangsa kita yang lain. Sesungguhnya Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa Melayu! Itu hakikat yang perlu Kak Wan sedar!!!

Penulis menyarankan agar Kak Wan dengan kuasa yang ada agar membubarkan saja PKR dari terus merosakkan Islam, Bangsa dan Negara. Perjuangan PKR tidak lain tidak bukan hanyalah untuk Anwar dan bukan untuk rakyat! Itu fakta sebenar politik Anwar. Lenggok bahasa penglipur lara Anwar diguna sepenuhnya untuk memanipulasi rakyat dengan temberang dan fitnah jahat. Walaupun penulis tahu Kak Wan tidak akan berani menyahut saranan penulis ini kerana “taatkan suami”, setidak-tidaknya penulis cuba menyedarkan tanggungjawab Kak Wan terhadap Allah dan Islam yang disampaikan melalui Rasul-Nya. Penulis berdoa agar Kak Wan sedar dan kembalilah kepada kebenaran mutlak dan tidak lagi berselindung disebalik kepalsuan seorang insan “dajjal” yang bernama Anwar Ibrahim!

Wallahu’alam…

15 thoughts on “Ucapan Dasar Kak Wan VS. Apa Kata Duke…

  • November 28, 2010 at 10:16 pm
    Permalink

    Apa yang jelas bolih kita lihat ialah Anwar berjaya menyesatkan manusia dengan dakyah songsangnya, dengan putar belitnya.

    Text yang dikarang Anwar disuruh bini nya baca. Itu saja. Terlalu mejijikkan, jengkel dan dangkal.

    Sama sama kita berdoa dan terus meminta agar manusia sesat sebegini mula sedar dan balik kepangkal jalan.

    Reply
    • November 30, 2010 at 4:28 pm
      Permalink

      Bro….kalau berjubur dengan orang lain pon dia butakan mata dan pekakkan telinga…Ucapan…..memuji abg dia…..apa ada benda………

      Reply
  • November 28, 2010 at 10:21 pm
    Permalink

    tak payah doakan dia lah…biarkan je nanti lama2 kan dia mati jugak

    Reply
  • November 28, 2010 at 10:57 pm
    Permalink

    DIA HEBATT BROO..SAMA TARAF DGN FIRAUN KEHKEHKEH

    Reply
  • November 29, 2010 at 12:11 am
    Permalink

    Wan Azizzah telah lama menjadi patung yang maseh bernyawa tetapi dibekukan otaknya oleh si AlJuburi. Jadi adalah tidak memeranjatkan sekiranya text ucapan yang disediakan oleh AlJuburi hanya dibaca oleh siBurung Nuri, yang sememnagnya tidak mempunyai otak lagi kerana telah beku. Wan Azizah hanya akan menyedari apa yang diucapkan sebaik sahaja otaknya dicairkan semula. Proses ini memakan masa yang lama, kerana proses pembekuan otak Wan Azizah telah bermula sejak Wan Azizzah menjadi isterinya. Jadi bangkul sampah jer apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah. Tujuan mereka pada masa ini adalah hendak menyakiti hati Orang-Orang UMNO terutamanya PM yang mungkin akan merasa serba salah kerana hendak mengimbangi sokongan dari Orang-Orang Melayu, Cina dan India. Jadi jangan dilayan orang gila ini dan orang-orang gila dalam PKR. Kepada Orang-Orang Melayu yang beku otaknya ikutlah buntut ALjuburi, dan jangan menyesal bila body dan maruah kamu tergadai akan datang.

    Reply
  • November 29, 2010 at 8:00 am
    Permalink

    Bukan sahaja Wan Azizah, seluruh penyokong PKR. dan Pakatan juga berpendapat bahawa dia adalah anugerah Tuhan!

    Reply
  • November 29, 2010 at 8:55 am
    Permalink

    Otak kak jijah telah diliwat terlalu lama oleh al-juburi…itulah jadinyerr..

    Reply
    • November 30, 2010 at 3:28 pm
      Permalink

      sebnarnya nuar tu anugrah kontol kat jijah..sebab tu dia sayang sangat…ntah berapa jenis kontol dah dianugrah kan agaknya….hehehehe

      Reply
  • November 29, 2010 at 5:04 pm
    Permalink

    wan azizah pun baca skrip yang disediakan orang lain..silap-silap anwar sendiri yang veted skrip itu untuk azizah membacanya..

    Reply
  • November 29, 2010 at 10:39 pm
    Permalink

    Manusia hebat sebenar nya ialah Azizah. Tapi tidaklah ketahap dianugerahkan. Hebat kerana hingga kehari ini dia kekal menjadi isteri suaminya. Walau pun dia tahu dia pernah berkongsi suami dengan bekas drebarnya. Dan dia berkongsi dengan banyak yang lain lagi hingga kesaat hujung dengan kopi boy-nya yang dibawak sena kemari.

    Kehebatan nya juga terserlah dengan sanggop berkongsi pendustaan , pembohongan dan putar belit suiaminya.

    Memang dia manusia hebat dan kita akui hakikat ini.

    Reply
  • November 29, 2010 at 11:51 pm
    Permalink

    Makcik Jijah menag wanita yang mulia lagi setia pada suaminya..
    tapi ..laki dia tu tk kesian padanya.. di perkudakan bini nya utk political milage yg akan mengkuburkan PKR..
    udah2 le Anwar wei.. xlarat nak muak dh le tgk wayang cina ko tu..
    ingt2lah same mati bila2 masa.. ubah le pilih jalan yg benar..

    Reply
  • November 30, 2010 at 12:01 am
    Permalink

    Laporan media hari ini..

    BETAPA CELAKA nya parti PKR ini membiarkan seoarang perwakilan Kasevan mempermainakn ayat suci Al-Quran dengan menterjemahkan surah tersebut dan dicantum-ubah maksud Kalam Allah tersebut dengan sesuka hati perut hindu kafir tersebut..

    Inilah doktrin yg berjaya diperjuangankan oleh musuh-musuh Islam yang diketuai oleh PKR dan digerakkan oleh DAP dan PAS Laknat untuk MELIBERALKAN hati-hati umat Islam Melayu khususnya supaya TIDAK SENSITIF lagi attact terhadap Islam..

    Sesungguhnya inilah ujian yang paling berat melanda umat Islam Malaysia.. yang akan disusuli bala besar (minta dijauhkan Allah) jika kita berasa ‘perkara biasa’ kerana ini melibatkan perkara pokok kesucian Kalam Allah SWT diperjualkan kan dalam politik kotor..yg telah dipelopori oleh PAS(ustd2 babbi..) semasa PRU12 dahulu

    Reply
    • November 30, 2010 at 4:25 pm
      Permalink

      Zaman PAS untuk orang ISLAM dah lama berkubur sejak Tok Guru Selipar MENGHALALKAN apa jua jika menguntungkan nya….Lepas ini kita tunggu pula lah apa pula Title Tok Guru ini nak anugerah pada KELING PRIA Kaseven selepas dia dah bagi pada Khalifah Lim Guan Eng……ada sudgestion ker dari kawan2 semua????????

      Reply
  • November 30, 2010 at 9:11 pm
    Permalink

    Ni mesti Jijah dah termakan nasi bontot Al Jub ni. Sebab tu jadi bodoh memanjang macam laki termakan nasi kangkang bini.

    Reply
  • December 1, 2010 at 2:44 pm
    Permalink

    Ini penjelasan hamba..

    HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *