Azizan Razak kini “keseorangan”…

Share


Pada mulanya banjir besar melanda negeri Kedah. Bantuan dari Kerajaan Pusat dilihat media lebih menonjol membela nasib mangsa banjir di negeri “Jelapang Padi” itu. Lagipun Kerajaan PAS Kedah dilihat agak “pilih kasih” dengan memberikan bantuan secara “terpilih”. Maka wartawan arus perdana pun menyiarkan kekesalan mereka akibat sikap Kerajaan PAS Kedah itu. Berikutan itu, Azizan marahkan wartawan di dalam satu sidang akhbar mengenai banjir di Kedah. Kemudian, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah untuk membuat liputan. Dan paling muktahir, Azizan membentangkan “budget Kedah” untuk tahun 2011…

Macam-macam perkara berlaku terhadap Azizan semenjak kebelakangan ini. Tindakan yang diambil oleh Azizan Razak “serba tidak kena”. Dia buat macam ini, salah. Dia buat macam itu pun salah juga. Pening kepala Azizan dibuatnya. Akhirnya sikap sebenar Azizan Razak terserlah. “Panas baran”nya meletus bagaikan gunung merapi yang meletup di Indonesia baru-baru ini…

Apa yang tidak kenanya dengan Azizan? Penulis berpendapat, Azizan Razak jadi begini kerana dia “keseorangan”. Memang benar dia beristeri dua, rapat dengan DYMM Tuanku Sultan Kedah, berjawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah. Namun, dia memang “keseorangan”…

Kenapa bantuan banjir dari Kerajaan PAS Kedah dilihat “tidak sampai” dan kurang berkesan, sedangkan diakui memang Kerajaan PAS Kedah turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir? Pada tinjauan penulis, bantuan Kerajaan PAS Kedah “gagal” disempurnakan oleh mereka-mereka yang diamanahkan oleh Azizan Razak. Bantuan itu “tercicir di tengah jalan”, “diserahkan secara terpilih”, malah ada dakwaan bahawa “bantuan itu hilang”! Tidak hairanlah jika Azizan Razak dipersoalkan media. Mungkinkah ada usaha sabotaj dari “orang dalam” Kerajaan PAS Kedah? Exco manakah yang cuba “menikam” Azizan Razak dari “belakang”?

Mungkin ada pihak yang dari PAS yang menyahut “cabaran” Azizan Razak. Penulis masih ingat bila ada khabar bertiup kencang mendakwa ada usaha dalaman PAS yang cuba menyingkirkan Azizan Razak sebagai MB Kedah. Perkara ini Azizan Razak kena fikir dan siasat sendiri. Penulis hanya ingin mengingatkan…

Mungkin kusut dengan kritikan media dan “tension” yang diterima dari “dalam”, maka Azizan bertindak “tidak keruan” ketika sesi sidang akhbar yang jelas mempamerkan kemarahannya. Api kemarahannya meluap-luap, bagai ingin di”telan”nya wartawan itu “hidup-hidup”. Melihat kemarahan itu dan mungkin berdasarkan pengalaman sebagai seorang wartawan, maka wartawan itu hanya bersahaja menerima sahaja herdikan itu. Namun, insiden itu benar-benar menunjukkan bahawa Azizan sudah “meletup” dan tidak dapat mengawal “amarah”nya. Setahu penulis, sifat “marah” itu sangat disukai syaitan. Apakah syaitan sudah berjaya menguasai Menteri Besar Kedah? Manalah tahu jika sifat “syaitan” itu semakin terserlah sejak PAS “bersahabat dengan syaitan”…

Akibat api kemarahan Azizan pada sidang akhbar tersebut, “bahang”nya berterusan sehingga pada hari pertama persidangan DUN Kedah baru-baru ini. Tanpa kompromi, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan Bernama di”haram”kan sama sekali untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membuat liputan berita. Wajar dan rasionalkah tindakan Kerajaan PAS Negeri Kedah ini? Tindakan itu dipertahankan dengan alasan “media ini hanya melaporkan fitnah” dan “buat kerja tidak seperti orang Islam”.

Yang peliknya, Harakah yang sering menabur fitnah dan buat dosa kering itu tidak pula di”haram”kan masuk ke Sidang DUN Kedah! Jangan kata Harakah itu “bersih” dari fitnah. Jika benar “bersih”, takkanlah Harakah pernah disaman atas dakwaan fitnah dan pengadu kes menang kes saman tersebut. Yang peliknya lagi, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Tamil yang terang-terang “bukan Islam” itu dibenarkan pula masuk ke DUN Kedah membuat liputan! Apakah Azizan dan konco-konconya fikir bahawa akhbar-akhbar seperti China Press, Makkal Osai dan Sin Chew Daily menyiarkan laporan yang Islamik di dalam akhbar mereka? Nampaknya, Azizan diberikan “nasihat yang salah” oleh “penasihat”nya. Mereka “sengaja” membiarkan “api kemarahan” Azizan membakar diri MB Kedah itu sendiri…

Setelah penat menepis bersilat ber”kun tau” dengan isu-isu yang tidak putus-putus menyerang Azizan itu, Azizan terpaksa pula membentangkan “budget Kedah 2011”. Padanlah Azizan hanya mengambil masa selama lebih kurang 30 minit sahaja untuk membentangkan “budget” yang akan memakan masa setahun lamanya itu. “Budget ringkas dan tak sempurna sifat”, mungkin itulah komen penulis terhadap “Budget Kedah 2011” yang Azizan sampaikan. Dan Azizan sudah “lelah” selepas membentangkan “budget” tersebut…

Dikhabarkan bahawa pada tahun-tahun sebelumnya, Azizan akan berjenaka dan bermesra dengan ADUN-ADUN Kedah yang lain, terutamanya ADUN BN. Namun kali ini, Azizan kelihatan “lesu” dan mengasingkan diri dari semua ADUN, termasuklah ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP. Mungkin Azizan sedang melayan lagu AKON yang berjudul “Lonely” ketika itu. Ternyata Azizan “keseorangan”…

Kasihan pula penulis pada Azizan Razak. “Lelah” dibuatnya. Dia dihentam kiri, kanan, depan dan belakang. Bukan hanya di”serang” oleh ADUN BN, UMNO dan para blogger pro-UMNO/BN, malah Azizan juga dipercayai turut diserang oleh PAS sendiri. Bukang hanya diserang oleh “orang dalam” PAS Kedah, malah Azizan juga turut di”serang” oleh PAS Pusat, PKR dan DAP sekaligus. Sudah tentu mereka-mereka yang menyerang dari “dalam” ini tidak berani menyerang secara berdepan. Bukankah Pakatan PKR, DAP dan PAS yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ini “suka main belakang”. Mereka tahu mereka tak boleh “makan” Azizan secara bersemuka, apa lagi? “Main belakang”lah jawabnya…

Kadangkala, penulis terfikir juga bahawa Azizan ini lebih sesuai menyertai UMNO. Azizan tidak pun mengubah sebarang corak pentadbiran UMNO/BN Kedah setelah mengambil alih Kedah. Azizan tidak pula memerintah Kedah sebagaimana Nik Aziz di Kelantan dan Hj. Hadi Awang di Terengganu dahulu. Azizan lebih banyak mengekalkan modus operandi pentadbiran BN dan meneruskan dasar-dasar Kerajaan BN/UMNO dahulu. Malah ramai pemimpin PAS dan penyokong PAS Kedah mempersoalkan “mengapa Azizan Razak tidak memerintah Kedah secara PAS?”. Memandangkan “corak pentadbiran Azizan yang ala-ala UMNO/BN” ini, tidak hairanlah jika ada usaha-usaha dari “dalam” PAS untuk menggulingkan Azizan Razak…

Apapun, terserahlah pada Azizan Razak secara peribadi mengenai tulisan penulis ini. Penulis pernah berbicara, berbual panjang dengan ramai “orang-orang dalam” PAS Kedah. Malah dengan “orang pejabat MB” pun penulis pernah “korek rahsia”. Menurut khabar, Azizan hanya akan kekal sebagai MB hanya untuk sepenggal sahaja. Selepas ini, berkemungkinan besar Phahrolrazi akan mengambil alih jawatan Azizan Razak itu. Itu pun jika PAS berjaya mengekalkan kemenangan di Kedah pada PRU 13 nanti…

Rehatlah Ustaz Azizan. Banyak-banyak beristighfar. Berfikirlah secara rasional. Akuilah kelemahan diri dan berhati-hatilah, mungkin ramai yang menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkan Ustaz Azizan. Penulis mencadangkan agar Ustaz Azizan ambil cuti dan tenangkanlah fikiran seminggu dua di “Ostolia”. Alah, bukan Ustaz Azizan tak biasa. Sedangkan “satu bas rombongan” tempohari boleh di”sponsor” Kerajaan Negeri Kedah, takkan tak boleh nak “sponsor” Menteri Besar Kedah sekeluarga kot? Hati-hati Ustaz Azizan, jangan jadi macam Khalid Ibrahim di Selangor sudahlah!



25 thoughts on “Azizan Razak kini “keseorangan”…

    • November 16, 2010 at 6:18 pm
      Permalink

      inilah contoh contoh ulama ciptaan PAS ni, BEBAL. Tak boleh diajar. Sepatutnya diperjelaskan pada rakyat, ini tidak, melenting tak tentu pasal. macam monyet kena belacan.

      Reply
  • November 16, 2010 at 9:08 am
    Permalink

    kalau ya pun janganla halang pemberita masuk, kata kebebasan bersuara, ni apa cerita?

    Reply
    • November 16, 2010 at 10:18 am
      Permalink

      Tul tu Abg Sudin. Kalau MB selaku sumber yang sah daripada Kerajaan yang mentadbir mengapa tak maklumkan apa yang nak diketahui. Janganlah sampai media mencari sumber maklumat lain. Rakyat (berhak) dan nak taulah apa dia perancangan kerajaan dalam mentadbir negeri. Kepentingan survival dalam politik dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan hendaklah seiringan. Esok-esok payah kita nak jawab di Padang Masyhar ustaz oi,

      Reply
    • November 17, 2010 at 7:22 am
      Permalink

      yg.sakit hati tu dia bawa paper cina masuk sedangkan paper cina tak henti2 menyerang melayu dan menyindir perlembagaan….ni lah si kitol akhir zaman

      Reply
  • November 16, 2010 at 11:04 am
    Permalink

    baru perintah negeri dah tak boleh terima kritikan, kalau mcm tu jgn jadi MB la mangkok pas oiii!
    sebelum ni puak2 pas la asyik mengkritik dan menghentam pemimpin UMNO kunun semuanya salah semua tak kena.
    mcm ni ke yg lagak alim nak mentadbir negeri? mcm gampang panas baran mcm setan puak pas ni.

    Reply
    • November 16, 2010 at 6:21 pm
      Permalink

      biasa la bro, mereka ni kan dah berkiblatkan setan. perangai pun macam setan laaa. tu baru sorang je bro, ada beribu ribu lagi pengikut pas yg macam setan.

      Reply
  • November 16, 2010 at 11:12 am
    Permalink

    Ada segelintir sahaja pemimpin PAS yang menggunakan akal yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada mereka, yang lain semuanya meletakkan akal mereka samada di lutut dan paling banggangnya meletakkannya di buntut dan memudahkan Anwar Ibrahim meliwat mereka. Sebenarnya Ustaz Azizin merupakan segelintir pemimpin PAS yang menggunakan akal, tetapi sebagai manusia biasa kekadangnya beliau juga kecundang dengan banduk-banduk PAs yang lain, jadi terpaksalah masuk bakul sekali dengan bahlol-bahlol tu. Walaubagaimana pun saya yakin Ustaz Azizan akan kembali normal sebaik sahja bersendirian tanpa ganguan dari bahlol-bahlol PAS yang lain. Beliau akan dapat berfikir dengan lebih waras dan sempurna, InsyaALLAH

    Reply
  • November 16, 2010 at 11:18 am
    Permalink

    PEMBETULAN……PIHAK BERNAMA DIBENARKAN MASUK KE SIDANG DUN TERSEBUT…
    Untuk makluman juga, kerajaan Perak juga mengharamkan media alternatif untuk menghadiri sidang DUN negeri….
    sila baca ucapan DYMM Sultan Kedah psal banjir di kedah……Sultan siap menyatakan kedukaan sbab ada pihak menidakkan sumbangan kerajaan Kedah……..

    Reply
    • November 17, 2010 at 7:24 am
      Permalink

      majoriti rakyat kedah tahu cerita sebenarnya dan siapa yg.agresif membantu mereka…tunggulah PRU13..

      Reply
    • November 17, 2010 at 11:40 pm
      Permalink

      aikk, BERNAMA je ke yg dapat masuk, kata mengamalkan kebebasan akhbar, takkan BERNAMA je kot. Utusan, Berita Harian, Tv3, Tv1 nak campak mana?

      Reply
  • November 16, 2010 at 11:26 am
    Permalink

    Ulama PAS memang saperti yang kita tahu termashhur dengan keceluparan mereka. Maka kalau Azizan ni di lihat mengherdik orang dan meroyan serta meracau racau tak sepatutnya kita jadi pelik. Ini benda biasa, kalimah biasa yang dia dok ucapkan hari hari.

    Yang kita pelik nya orang Kedah yang dok pangkah puak puak ini dulu dan angkat Azizan jadi MB. Ini yang pelik. Sekarang tuhan baru beri sedikit ujian maka tahu lah dalam tak dalamnya air banjir. Sudah mula kelam kabut. Yang melatah, melatah, yang meroyan, meroyan.

    Seleweng tak habis habis. Sabotaj tak tahu bila penghujung. Mereka ini memang hati perut pun tak ada. Sedara sekampong bertarong nyawa dengan arus air banjir naik kemudian diancam lapar dan mungkin kebulur kalau tak dibantu. Peruntukkan untuk itu pun nak diselewengkan. Apa punya sedara seagama macam tu.

    Ini kerja orang PAS, dari dulu dan selama nya.

    Reply
  • November 16, 2010 at 4:01 pm
    Permalink

    ””’Peruntukkan untuk itu pun nak diselewengkan. Apa punya sedara seagama macam tu.
    Ini kerja orang PAS, dari dulu dan selama nya””-Mohar mentari said,,,,,,,,,,,

    xla,,,,,BN dulu, kini dan selamanya pemohong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
    • November 16, 2010 at 5:52 pm
      Permalink

      Pashit pun sama, kawan ngan setan pun sodap

      Reply
    • November 17, 2010 at 7:25 am
      Permalink

      marah nampak….tiru Jijan ke? tak dapat jawab terus balik..

      Reply
  • November 16, 2010 at 6:10 pm
    Permalink

    Aku heran dgn Bang Jijan Nih, kebanyakan paper yg buat liputan nih adalah dari paper berbahasa cina dgn harakah. Telus sangat ke paper paper tu. Dok hentam kerajaan dgn menipu rakyay lagi adalah. Agaknya bang Jijan ni kena bagi julap banyak banyak kot.

    Reply
  • November 16, 2010 at 7:11 pm
    Permalink

    abihs tu CEO KHTP tiap tiap bulan asyik pi oversea habiskan duit company je..melancong aku dengar…

    Reply
  • November 16, 2010 at 11:23 pm
    Permalink

    betoi ka Ustaz Azizan kesorangan ..?
    jangan lah buat cerita jahat
    jangan sampai Sultan plak korang fitnah/umpat

    Nafi Sumbangan Negeri, Sultan Kedah Dukacita

    Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kecewa dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

    “Namun, beta dukacita kerana ada suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan beta

    serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir,” titah baginda.

    Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga, dekat sini, pagi tadi.

    Gambar: Pemeriksaan perbarisan PDRM oleh Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ketika perasmian Sidang Dun Kedah.

    Sementara itu, baginda juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang dana, saling membantu dan bekerjasama memberi bantuan tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik semasa negeri menghadapi bencana banjir terburuk itu.

    “Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana, titah baginda lagi.

    Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

    “Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini,” titah baginda.

    Reply
    • November 18, 2010 at 4:37 am
      Permalink

      syabas kepada penjilat DAP.

      Reply
        • November 18, 2010 at 6:10 pm
          Permalink

          kalau setakat ‘cut & paste’ statement tu dah kira panjang akal ke?. kerja tau nak meniru je. posting lu pun main bedal je tak payah nak masok bakul, sendiri angkat. penjilat DApig….

          Reply
          • November 18, 2010 at 10:47 pm
            Permalink

            wei mangkok…
            nak statment aku buat ape lagi ?
            bende yang aku copy paste tu jwapan pada
            tajuk isu ni.

            ko tu, kalu nak menibai orang pun
            balas lah pada ape yang dibahas
            bukan main tabur je

  • November 17, 2010 at 6:26 pm
    Permalink

    hahahah….LiPas…LiPas…jangan bagi dia masuk bilik gelap. Menatang nih akan berak takntentu tempat. LiPas memang pembawa penyakit. Sebab tuh ada ubat yang dijuai untuk bunuh itu LiPas. Jadik pakat-pakat kasi hancur itu LiPas.LiPas yang tarak akai tarak otak!

    Reply
    • November 17, 2010 at 10:27 pm
      Permalink

      itu LIpas taruk jelly xy mesti mati

      Reply
  • November 17, 2010 at 10:48 pm
    Permalink

    BIASALAH …BUKAN JIJAN JE PANAS BARAN…SUME ORANG2 PAS MEMANG JENIS MACAM TU..KALAU DIPUJI JE SENYUM MELERET..BILA DITANYA MASAALAH MULALAH TUNJUM MUKA TAIK..MENTANG2 LA PAKAI SERBAN..SENANG NAK BELAKUN BAIK..PADAHAL BUKAN TAK TAU SERBAN DIA TU BUAT APA…..BUAT LAP PELUH BILA CERAMAH JE…..EHEHHEHEH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *