13 Mei 1969: Tidak dijamin oleh Kerajaan?

Peristiwa 13 Mei adalah satu tragedi yang pernah berlaku di Malaysia. Mengapa peristiwa ini berlaku? Ianya berlaku kerana provokasi melampau yang sengaja ditunjukkan oleh pihak pembangkang dan kaum Cina terhadap orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur, terutamanya di Kg. Baru. Peristiwa yang berpunca dari pembangkang  itu, maka telah memaksa ketegangan kaum di negara kita dan berlaku pertumpahan darah yang tidak diingini. Peristiwa ini berlaku secara spontan tanpa perancangan berikutan “amuk” Melayu sebagai tindak balas mengejut terhadap sikap “kurang ajar” pembangkang terhadap mereka. Penulis kesal dengan keseluruhan peristiwa berdarah tersebut.

Hasil dari peristiwa 13 Mei itu, maka lahirlah DEB yang mempamerkan penyusunan sosio-ekonomi mengikut komposisi kaum di Malaysia. Dan selepas peristiwa itu juga masyarakat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lebih menghargai keharmonian kaum di negara ini. Namun begitu, pada penulis, tiada sebarang jaminan dari mana-mana pihak bahawa peristiwa seperti “13 Mei” akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Peristiwa 13 Mei menyaksikan Dato’ Harun Idris merengkok di dalam penjara kerana mempertahankan maruah Melayu yang dipijak-pijak oleh pelampau perkauman ketika itu. Kebiasaannya, seorang yang dipenjarakan akan dipandang “serong” oleh masyarakat. Namun agak berlawanan dengan kes Dato’ Harun, beliau dilihat sebagai seorang pejuang bangsa dan seorang “Pemuda” Melayu yang “membujur lalu, melintang patah”. “Pantang anak Melayu berundur setapak”, kualiti ini mungkin tidak ada langsung pada “Ketua Pemuda” seperti KJ di zaman ini.

Peristiwa 13 Mei ini juga melihat silat “Nasrul Haq” yang diharamkan oleh pihak Kerajaan. Silat seperti ini boleh menggugat keamanan negara. Adalah sangat merbahaya untuk melihat “parang terbang” dan “keris melayang” di udara mencari mangsa. Nyawa boleh melayang bila-bila masa saja. “Kecut perut” juga penulis apabila diceritakan oleh “orang-orang lama” di Kg. Baru bahawa aksi “senjata Melayu terbang” ini memang berlaku. Itu belum lagi diceritakan pembunuhan beramai-ramai di panggung Odeon di Jalan TAR…ngeri! 

Penulis ingin bertanya kepada semua, apakah jaminan peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi di negara kita ini? Penulis percaya, tidak ada seorang pun dari rakyat mahupun pemimpin pada sebelum 13 Mei 1969 tersebut yang mahukan peristiwa ini berlaku. Dan di zaman millenium ini, apakah kita semua pasti bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi?

Disorotkan kembali bahawa bapa segala PUNCA tragedi 13 Mei ini adalah apabila calon-calon pilihanraya dan ahli politik PEMBANGKANG yang telah mempertikaikan soal-soal Bangsa Melayu, Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), dan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu. Penulis ingin bertanya kepada semua, apakah soal-soal Bangsa Melayu, Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak pembangkang pada zaman ini? Malah kini, timbul pula tindakan-tindakan kurang ajar dari pihak pembangkang yang mempertikaikan kedudukan Institusi Di Raja DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu. Apakah pihak pembangkang cuba “mengumpan” agar persitiwa 13 Mei berulang kembali?

Penulis ingin menegaskan disini bahawa artikel ini tidaklah membawa maksud untuk menghasut agar peristiwa berdarah ini berulang kembali. Penulis menentang sebarang keganasan atau tindakan melampau dari mana-mana pihak yang mampu mengundang peristiwa ini berulang kembali. Penulis hanya ingin memperingatkan kepada pihak pembangkang supaya jangan sekali-kali mempersoalkan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu kerana tindakan ini adalah PUNCA sebenar berlakunya peristiwa 13 Mei.

Mengapa DAP “menyerang” Datuk Zaini Hasan yang memberikan cadangan bernas untuk melihat 13 Mei dari sudut yang lebih positif di Utusan Malaysia? Sepatutnya, DAP berterima kasih kepada Zaini kerana cuba mengubah tanggapan umum yang selama ini begitu negatif terhadap peristiwa 13 Mei. Kaum Cina pula usahkan termakan dengan dakyah DAP itu kerana merekalah di antara penyebab berlakunya peristiwa yang tidak diingini tersebut. Susah sangatkah untuk berfikiran positif? Usah dipeduli dengan DAP, mereka sememangnya negatif dari seawal kemerdekaan…

DAP dan pihak pembangkang kini bukannya semakin insaf dengan PUNCA 13 Mei 1969, malah secara “halus” cuba menyemarakkan dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan Melayu. DYMM Sultan dan Raja-Raja Melayu ada menegur mereka, tapi pembangkang bagaikan endah tak endah sahaja. Malah Anwar cuba mem”beli jiwa” dan undi DAP ini dengan menyatakan bahawa dia akan menghapuskan DEB dan memberikan hak sama rata yang dinikmati oleh bumiputera, sekaligus menafikan sebarang keistimewaan kaum Melayu dan bumiputera yang lain.

Penulis khuatir, jika tindakan pembangkang ini akan mengundang “peristiwa 13 Mei” pada tarikh yang baru. Penulis percaya tidak ada sesiapa pun dari rakyat Malaysia ini mahu perkara ini berlaku lagi. Namun, jika pemimpin pembangkang berterusan sebegini mempertikaikan kontrak sosial dan jus soli, maka penulis bimbang sekiranya tragedi ini berlaku sekali lagi. Tindakan yang bakal diambil oleh pembangkang jika dapat memerintah Malaysia kelak adalah “penyebab utama” peristiwa 13 Mei, dapatkah sesiapa menjamin bahawa peristiwa berdarah ini tidak akan berlaku apabila hak-hak keistimewaan Melayu dihapuskan oleh pengkhianat bangsa seperti Anwar ini? Fikir-fikirkanlah…

6 thoughts on “13 Mei 1969: Tidak dijamin oleh Kerajaan?

  • November 14, 2010 at 11:12 pm
    Permalink

    Kebarangkaliannya tetap ada jika kerajaan gagal mengawal tingkahlaku biadab kaum pendatang ini. Pemimpin kerajaan mesti bijak bermain layang-layang ketika mana tali perlu disentak atau dilepaskan.

    Reply
  • November 14, 2010 at 11:46 pm
    Permalink

    SARANG TABUAN JGN DIJOLOK.
    JIKA DIJOLOK BURUK PADAHNYA.

    JGN MAIN2 DGN MELAYU.
    SEKALI AKU HENTAK KAU BARU TAHU.

    AKU DIAM SUNGGUH TOLERANSI,
    AKU BANGKIT JGN SAMPAI TAK PIJAK BUMI.

    INGAT,SEMAT DAN TERUS INGAT,
    JANGAN SAMPAI KITA LUPA.
    ADALAH BAIK KITA DOK PERINGAT,
    MELAYU BANGKIT KITA TAK PERNAH LUPA.

    Reply
  • November 15, 2010 at 9:16 am
    Permalink

    Melayu akan bangkit untuk hapuskan petualang bangsa.

    Reply
  • November 15, 2010 at 10:43 am
    Permalink

    takde hal punya kalau betul pun nak dijadikan hari kelepasan umum!! untuk perpaduankan apa pulak salahmya.

    Reply
  • November 15, 2010 at 11:56 am
    Permalink

    Kali ni kasi tebas sama semua komunis dan petualang negara sampai licin.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *