Isu Air Kedah: Bila Totok PAS maki PAS Kedah…

Rakyat Kedah dah mula “buka mata”. Rakyat Kedah sudah mula “mengamok”. Rakyat Kedah sudah mula “bangkit” dari tidur bermimpikan mimpi ngeri. Sana sini berbicara tentang ketidakpuasan hati akibat kenaikan harga tarif air oleh SADA, sebuah anak syarikat Kerajaan PAS Negeri Kedah dibawah naungan Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah. 

Baru-baru ini juga diadakan “demo” secara aman oleh sebuah NGO terkenal di depan Wisma Darulaman bagi tujuan yang sama. Maka PAS Kedah cuba memperlekehkan demo itu sebagai “mainan politik UMNO” walaupun UMNO tidak ada kena mengena di dalam demo itu. Menurut sumber, demo tersebut disertai oleh rakyat yang datang dari merata pelosok Kedah yang tidak puas hati dengan keputusan Kerajaan PAS Kedah tersebut.

Berikutan itu, kepimpinan PAS Kedah menjadi lebih tertekan. Apatah lagi setelah Azizan Razak di “pelawa” sendiri oleh Pengarah SPRM & YB Ir. Nawawi untuk membuat terhadap dakwaannya mengenai laporan kes penyelewengan pengurusan air ketika BN memegang tampuk pemerintahan di Kedah sebelum ini. Bagi memujuk hatinya yang tertekan, maka Dewan Pemuda PAS Kedah pun tampil untuk membuat laporan kepada SPRM. Biarlah SPRM saja yang menyiasat dan menghukum penyeleweng-penyeleweng itu. Itu pun jika ada penyelewengan. Jika tidak ada, pandai-pandailah puak-puak pemimpin PAS Kedah menjawab depan Allah S.W.T tentang fitnah yang zalim tersebut.

Paling memelikkan, penulis menjangkakan bahawa hanya rakyat yang menyokong dan mengenang jasa UMNO saja yang akan bertindak memprotes isu ini. Paling mengejutkan apabila PENYOKONG PAS SENDIRI YANG MEMBUAT DEMO MEMBANTAH KENAIKKAN TARIF AIR OLEH KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH!

Penulis teruja apabila seorang yang mendakwa bahawa dia adalah wakil dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), bekas Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, bekas Jawatankuasa Pemuda PAS Malaysia, bekas Pengarah Pilihanraya Azizan Razak bagi dua penggal sendiri hadir untuk memprotes kelemahan dan penipuan kepimpinan PAS di Negeri Kedah.

Menurut beliau, kenaikan tarif air oleh SADA ini sangat membebankan rakyat Kedah, terutamanya Sekolah Agama Rakyat yang tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak. Bil air yang diterima meningkat tinggi dari asalnya RM2,500 sehingga mencecah RM4,000. Peningkatan bil utiliti air ini sangat membebankan pihak pengurusan SAR di Kedah memandangkan sumber kewangan mereka yang terhad. Sedangkan tunggakan air sebelum ini pun masih lagi belum mampu diselesaikan, apatah lagi setelah bilnya melambung tinggi sedemikian rupa. Memandangkan keadaan tersebut, kebarangkaliaan bekalan air akan dipotong di kebanyakkan SAR oleh SADA adalah amat tinggi.

Selain itu, dia turut mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah mengenai bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh Kedah. Pakatan Rakyat Kedah melalui manifesto pilihanrayanya yang lalu (perkara 10), berjanji untuk memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat ini. Namun, janji dari kononnya parti “Islam” itu tidak ditepati sama sekali. Menurut manifesto tersebut, Kerajaan PAS Kedah berjanji akan mengkaji semula penstrukturan pengurusan air Kedah, menurunkan kadar tarifnya atau mengekalkan kadar tersebut. Namun, janji tersebut tidak langsung ditepati, malah kadar tarif itu dinaikkan pula oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah!

Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah yang memakai “lebai ala-ala PAS” itu juga, Kerajaan PAS Kedah berjanji akan memberikan lebih banyakj bantuan kepada sekolah agama rakyat. Namun apabila diajukan mengenai persoalan ini, Kerajaan PAS Kedah memberi alasan mengenai guru-guru yang diberikan sebagai bantuan yang dimaksudkan tersebut. Padahal, skim guru-guru bantuan ini wujud sejak di zaman Syed Nahar (Menteri Besar Kedah terdahulu) dari parti Barisan Nasional! Jadi, tidak ada apa-apa bantuan yang baru diberikan oleh Kerajaan PAS Kedah. Dari ertikata lain, mereka tertipu dengan janji manifesto “gula-gula beracun” dari Pakatan Rakyat! 

Menurutnya, kualiti air di Kedah kini berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Airnya keruh dan kuning. Malah ada beberapa pelajar di SAR yang mengadu gatal-gatal apabila mandi menggunakan air yang dibekalkan oleh SADA. Kualiti airnya sangat rendah dan memudaratkan, namun kini terpaksa dibayar dengan harga yang mahal! Adilkah begitu? Sejahterakah begitu???

Menurutnya yang juga pengasas PASTI-PASTI di seluruh Kedah, tadika kelolaan PAS ini juga turut merasai tempiasnya. Sudahlah tidak dibantu langsung oleh Kerajaan PAS Kedah, PASTI juga hanya mempunyai dana sebanyak RM60,000 setahun untuk membayar gaji guru-gurunya yang berjumlah 400 orang diseluruh Kedah. Cuba bahagi kira, berapakah pendapatan guru-guru PASTI ini setahun? Namun, Azizan dan Pakatan Rakyat Kedah masih boleh membiayai lawatan dan “pakej pelancongan” untuk Exco-Exconya ke luar negara! “Bagus” bukan?

Demo tersebut turut di”cover” oleh media massa, namun penulis yakin bahawa kenyataan-kenyataan yang diberikan di dalam demo PAS tersebut tidak akan sekali-kali diterbitkan oleh “Haramkah”! Di dalam demo tersebut, rata-ratanya menuntut agar Azizan Razak meletak jawatan. Boleh dikatakan bahawa semua yang memberi komen kepada media adalah “hardcore-hardcore” PAS yang aktif di kawasan Azizan Razak sendiri (Jerai), seperti bekas pengarah kempen pilihanraya Azizan, individu yang bertanggungjawab membawa Azizan pulang bertanding di Kedah, bekas Setiausaha PAS Jerai, ahli PAS seumur hidup, bekas tahanan ISA yang juga bekas wartawan “Haramkah”.

Penulis agak optimis apakah mereka-mereka yang memprotes kepimpinan Azizan dan konco-konconya akan terus bersama PAS. Ada dikalangan mereka yang sudah bersedia untuk dipecat dari PAS! Selain itu, kita mungkin akan mendapat tindakan balas dari PAS Kedah yang akan mengutuk demo dan sidang akhbar tersebut, dan menuduh mereka-mereka yang hadir itu sebagai golongan yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan, projek mahupun “sumbangan” wang ringgit dari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Namun apa pun alasan yang diberikan PAS Kedah, mereka-mereka yang datang berdemo tersebut mempunyai hujah yang kukuh dan munasabah mengenai isu air dan pelbagai lagi janji-janji Pakatan Rakyat Kedah.

Selain itu, penulis tidak hairan juga jika selepas ini Pakatan Rakyat Kedah akan menuduh bahawa mereka yang memprotes itu adalah “tajaan UMNO”. Mungkin juga mereka akan membuat teori bahawa mereka-mereka itu adalah orang UMNO yang dipakaikan “lebai ala-ala PAS”, berjaket mujahidin seperti puak-puak PAS dan diberikan sejumlah wang yang lumayan. Mungkin juga Pakatan Rakyat Kedah akan muncul menjawab demo ini sebagai “konspirasi pihak tertinggi” dari UMNO. Cuma mungkin “konspirasi peringkat tertinggi” ini tidak melibatkan kes liwat seperti kes Anwar”! Wallahu’alam.

13 thoughts on “Isu Air Kedah: Bila Totok PAS maki PAS Kedah…

  • October 11, 2010 at 10:07 pm
    Permalink

    harapkan mimpi yang indah rupanya neraka jahanam yang dapat..syabas Rakyat kedah, anda juga mengalami sindrom kekesalan spt yang dialami di Pulau Pinang dan Selangor

    Reply
  • October 11, 2010 at 11:32 pm
    Permalink

    hmm….ni nak panggil sahabat2 saya dari pas@mykmu sekali lagi…wahai veteran umno, pencen umno ntah sapa2 lagi…

    boleh tak habaq mai awat ustaz zizan kata sekoq dua org pas protes tak jadi apa…tak gambaq suara rakyat kedah…

    tapi bila sekoq dua ahli umno(contoh ku li) protes keputusan kepimpinan…hangpa paih habaq umno bergolak….najib diktator…

    la nie hang nak panggey ustaz zizan diktataor dak…mampuih hang takkan sbb depa hang punya kepala….

    baguih duk ada nooo….

    mai la hang mai habaq kat cek nie…cek rindu sama hangpa…hangpa mai duk nyanyi lagu sua sui good morning…dah lama aku tak dengar suara hangpa…

    Reply
  • October 11, 2010 at 11:45 pm
    Permalink

    si azizan dok ingat orang ni bodoh..kalau betul kenaikan ini disebabkan SPAN dan sebagainya, kenapa tunggu selepas 2 tahun baru nak naikkan? Lepas tu bagi alasan kenaikan bahan kimia untuk rawat air sebagai alasan nak menaikkan, walhal dah termaktub bahawa apabila urusan air diswastakan, kos pembelian bahan kimia akan ditanggung kerajaan pusat…

    memang si azizan pembohong..

    Reply
  • October 12, 2010 at 12:36 am
    Permalink

    persoalannya, satu jenama parti, camana selangor bleh dapat 20m3 free …kedah tak boleh…hehehehe

    Reply
    • October 12, 2010 at 12:45 am
      Permalink

      Mcmana x boleh bago 20m3 air, duit orang lain cari… la depa cuma belanja. Baru2 ni si gagap telah berucap dan seakan mengeluh kerajaan negeri terpaksa belanjakan hampir 12 juta sebulan untuk bayar bil air. Bayangkan selepas ini kantung kerajaan negeri yang semakin kosong apa pulak ayat utk beliau spin bagi menyalahkan pihak lain. Bodo punya MB

      Reply
  • October 12, 2010 at 12:54 am
    Permalink

    pakat kecut perut lah noo..totok2 PAS..
    jwb le pencacai PASesat weeii..

    Reply
  • October 12, 2010 at 2:00 am
    Permalink

    Apa lagi? Doakanlah agar pemimpin tu mampus atau pecah perut! Ikut doa Nik Aziz.

    Reply
  • October 12, 2010 at 8:59 am
    Permalink

    Kah..kah..kah.. padan muka masing-masing…masa BN perintah bukan main lagi caci-maki segala, semua serba tak kena…sekarang syok lah duduk bawah bodoh piang….he…he…he…

    Reply
    • October 12, 2010 at 5:57 pm
      Permalink

      Orang yang tak pernah dapat memerintah negeri. Sekali menang, terkejut lalu terpinga-pinga sebab tak tau macamana nak perintah negeri.

      Reply
  • October 12, 2010 at 9:39 am
    Permalink

    Kedah sejahtera kununnnnn…hahahahahahahaha..Kedah melingkup boleh lah.

    Reply
  • October 12, 2010 at 4:05 pm
    Permalink

    air kedah = air kelantan= air taik air kencing pak lebai kulup…janji dapat masuk syurga…PAS tetap menjadi pilihan hahahaha

    Reply
    • October 13, 2010 at 8:15 pm
      Permalink

      Barua Natang…mmg pilihan mu selamanye..xde bezanya…hehe

      Reply
  • October 12, 2010 at 9:36 pm
    Permalink

    Entah apasal negeri-negeri pas ni semua ada masaalah air….??….tak habih-habih dgn air…..hehe..tu pasal air…tak boleh nak settle…belum masuk bab api, angin, tanah….hehe…cikgu azizan…cikgu azizan…orang tua-tua ni kalau pandai menipu….buruk sangat, nampak !!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *