Azmin Akan Berbuat Apa Sahaja Demi Anwar

Apabila Azmin menyeranah Tun Dr. Mahathir yang sakit di Australia sebagai tersungkur ia bukan sesuatu yang pelik atau ajaib. Azmin sanggup melakukan apa sahaja demi Anwar Ibrahim. Justeru tika PKR sedang bergolak dan bergelegak dengan krisis moral, gangsterisme kronisme, nepotisme dan rasuah ala filem tamil, Azmin terpaksa mencari jalan menukar haluan media dari menumpukan kepada parti dan pemimpin de factonya, Anwar Ibrahim.

Dengan mengutuk dan menghina Tun Mahathir, Azmin tahu beliau akan mengubah haluan liputan media kepada diri beliau seorang diri. Biarlah apa pun tanggapan media dan orang ramai terhadap beliau kerana dalam masa enam bulan lagi isu ini akan dilupakan dan beliau akan membawa isu baru yang akan membantu beliau menjuarai hati nurani rakyat.

Kata seorang teman bekas ahli PKR, “jika maruah keluarga pun sanggup beliau gadai demi Anwar, apalah sangat menghina dan mengutuk seteru politik Anwar Ibrahim.”

Mungkin ramai yang dapat memahami maksud beliau ini berdasarkan dakwaan-dakwaan terhadap Anwar dan keluarga Azmin terutamanya apa yang dibangkitkan oleh adik beliau, Umi Halfida Ali suatu ketika dahulu. Walaupun tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak secara jelas namun ramai yang percaya isu ini ada asasnya.

Jadi tiada sesiapa mahu mengukur Azmin, bakal Menteri Besar Selangor, dari segi indeks moral dan budi bahasa Melayu sebenarnya hanya membuang masa sahaja. Azmin telah menggadaikan semuanya itu lama dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *