Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak

1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

http://www.drkhir.com/2010/09/rayuan-kepada-pm-tolong-hapuskan-saman.html

46 thoughts on “Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak

  • September 28, 2010 at 8:51 PM
    Permalink

    kerajaan yang pro aktif adalah lebih disukai rakyat….tidak perlu menunggu sehingga rakyat menyuarakan kemarahan atau pembangkang mengambil kesempatan baru kerajaan nak bertindak kerana ketika itu sudah terlambat.

    pembangkang boleh janji segala bulan dan bintang, itu memang kemahiran mereka dan tidak mustahil isu ini akan menjadi sebab untuk menolak BN

    Reply
    • September 29, 2010 at 12:43 PM
      Permalink

      pembangkang cakap tak serupa bikin…

      Reply
      • September 29, 2010 at 4:54 PM
        Permalink

        PEMBANGKANG = PENIPU!
        Sekian Terima Kasehh.. huhu

        Reply
        • October 11, 2010 at 11:53 PM
          Permalink

          aku tak puas ati juga pasal saman ekor ni..macam hukuman ISA aje lah! tak dibuktikan bersalah oleh mahkamah, terus eje kena saman dan di black list. Nak renewal road tax kereta pun x leh.carilah jalan lain klu nak ambik duit rakyat susah macam saya ni.Saya sokong 100% untuk hapuskan saman ekor ni.

          Reply
  • September 28, 2010 at 9:18 PM
    Permalink

    Teman sokong…kalau boleh hapuskan terus saman ekor ni lagi baik. Lagi satu kalau buleh, ape kate kite semua buat rayuan kurangkan le bayor duit insuran motor ngan kete. Mahal bebeno, kete ngan moto udoh ler cabuk tapi insurannye kene 1st party ler pulok, mane tahan beratus tuh.. Dato2 semua, ingat2 ler sikit rakyat susoh tapi kate rakyat didahulukan… ni teman nengok tokey insuran yang diutamakan, kan tak selari dengan slogan. Jengok2 ler org kampong same, mase nok ngundi kome bukan main lagi sampei dudok besila di tangga.

    Orang kampung BN/PR semua skali kena jadi mangsa, jenuh ler kami nak ngumpul getah sekerap, jual ayam/itik buat tampong bayor insuran… ingat2 nak balun je tak payoh insuran (macam org asli), tapi kami org kampung walau tak berpelajaran ,tak langgor undang2 Negara…

    Reply
  • September 28, 2010 at 11:23 PM
    Permalink

    najib x mau hapuskan senarai hitam pasni kita senarai hitamkan najib nanti masa pru ke 13

    Reply
    • October 2, 2010 at 2:21 PM
      Permalink

      Kalau DSN disenaraihitamkan… nak senaraiputih sape pulak ?

      brader nuar ? hohohoho…

      Reply
      • October 4, 2010 at 4:29 PM
        Permalink

        nuar ? kekeke stor kunyit memang x lyak disenarai putihkan mari tunggu

        pembela sebenar ummat melayu ha ha

        Reply
        • October 9, 2010 at 11:53 AM
          Permalink

          NAK TUNGGU PEMBELA SEBENAR? AKU RASE MASE TU CINA DAH PERINTAH NEGARA NI MACAM REPUBLIK…MASE TU MELAYU MASIH MENUNGGU.

          Reply
          • October 9, 2010 at 5:11 PM
            Permalink

            ko ni cx percaya ngan janji tuhan jugak lantak kau la

            x kan nak harapkan najib moghul bela ummat melayu kot

            selama ni dia kongsi kuasa ngan rosmah peti ais haha

            aku x percaya dia mampu bela melayu

  • September 28, 2010 at 11:46 PM
    Permalink

    Ada baik dan ada keburukan dari pelaksanan Saman ekor ini, memang banyak kebaikan terutamanya untuk melatih rakyat mematuhi undang-undang jalan raya, tetapi dalam satu segi lagi ianya memberi bebanan yang amat menyakitkan kepada rakyat. Bebanan tanggungan bukan sahaja saman-saman ekor yang tidak berkesudahan, malahan saman-saman yang diterima dari pihak polis yang berbaju biru di kawasan-kawasan sibuk dan ditempat2 awam, yang sengaja berstation dikawasan tersebut, kerana mereka tahu, tempat2 berkenaan kekurangan tempat letak kereta sedangkan kawasan sesak tersebut menjadi tumpuan orang ramai membuat urusan, jadi jika tersilap sedikit sahaja MESTI KENA SAMAN, KERANA MEREKA SENTIASA BERADA DISITU kerjanya untuk menyaman orang ramai sahaja. Adakah ini suatu tindakan kebaikan untuk pihak kerajaan yang memerintah? Setangah daripada mereka terpaksa menghadapi saman setiap hari, malah pergi ke pasar malam pun kena saman. Tapi yang anehnya kalau di Pasar Malan Orang-Orang China, walau pun kenderaan mereka diletakkan ditepi-tepi Highway pun tak pernah kena saman. Kehidupan yang begitu perit dengan harga barangan yang melambung, setengah barangan kenaikan harga pada setiap bulan. Pihak berkuasa silalah semak di super-super market dan dipasaran. Rakyat yang sengsara. Kesemua keadaan ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan yang sepatutnya lebih prihatin kepada kesukaran hidup yang dihadapi oleh rakyat terbanyak. Jadi janganlah menambah-nambahkan bebanan rakyat dan ianya akan meningkatkan kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat dan akan digambarkan nanti di atas kertas-kertas undi mereka. Dah terlambat.

    Reply
  • September 29, 2010 at 12:32 AM
    Permalink

    Pada pandangan teman le, kot tak nak hapuskan saman ekor..elok saman duit ni digantikan dengan keroje2 kebajikan contohnye mesin rumput tepi jalan, cuci sungai, cat banggunan kerajaan, tanam pokok, sapu sampah…banyak lagi ler. Kenakan berape jam denda, masa tu semua same…yang koje kilang, peon,tokey2, ceo syarikat semua kene buat, tak ikut kepenjara (mcm budak PLKN ari tu). CEO kaye-kaye ni bawok kete beso belasoh ajer ,pada deme saman bayor tak de hal almaklumler beduit. Suroh deme mesin rumput tepi jalan baru berakal .

    Reply
  • September 29, 2010 at 10:40 AM
    Permalink

    Alamak kereta aku pun ader saman 300 yg belom berbayar.. So, How?
    ahahahhahahaha..

    Reply
    • September 29, 2010 at 12:16 PM
      Permalink

      ahh…kot macam tu, mike kena jaga budok sekolah melintas jalan selame 3 bulan berturut-turut…keh.keh.keh

      Reply
      • September 29, 2010 at 4:50 PM
        Permalink

        3 bulan?… Choiiii~
        Habis tuh mcm mane aku nak gi kerje! wahahahah

        Reply
  • September 29, 2010 at 11:01 AM
    Permalink

    Saya sokong pernyataan pencenUMNO..hehe..baru adil dan saksama..

    Reply
  • September 29, 2010 at 11:21 AM
    Permalink

    teman tak berape setuju jika saman ekor ni dhapuskan.kenapa?tgk jeler time hari raya lepas.sekor2 bawak kereta mcm esok nk kiamat.ikut line kecemasan.potong barisan.tukar lane tak bagi signal.memang patut ler harian metro kabo pemandu malaysia ni pemandu bebal.dah cakap ikut peraturan jalan raya.tak moh!ikut kepala sendiri je.bila dapat saman ekor mula mengadu harap dapat mansuhkan.salahkan diri sendiri tu.LU FIKIR LA SENDIRI BERO!

    Reply
    • September 29, 2010 at 2:54 PM
      Permalink

      bro, yang tu cuai bukan bawa lebih had laju

      Reply
  • September 29, 2010 at 12:27 PM
    Permalink

    saman ekor patut lama dihapuskan…. cukai kerajaan pun berlambak nak kena bayar…. agak2 le sikit

    Reply
  • September 29, 2010 at 12:43 PM
    Permalink

    Saya sokong saman ekor dihapuskan kerana tak ada faedah langsung kecuali menyusahkan rakyat nak bayar roadtax kereta sebab kena selesaikan saman dulu dan yang paling penting ianya tidak mengurangkan kemalangan jalanraya. Kalau PDRM ikhlas mahu jalanraya selamat digunakan dan kurangkan kemalangan, saman ‘on the spot’ pemandu yang langgar had laju patut dilaksanakan dan bukan sembunyi dalam semak atau belakang tiang untuk tembak pemandu yang langgar had laju. PDRM jangan jadikan wang saman sebagai pendapatan kepada Jabatan kerana tindakan menjadikan wang saman sebagai pendapatan kepada jabatanlah menyebabkan PDRM membuat berbagai kaedah saman tanpa pemandu tahu yang mereka telah pun disaman pada masa itu.

    Reply
  • September 29, 2010 at 2:20 PM
    Permalink

    satu je aku nak beritahu..jgn langgar undang2 d jalanraya..habis cerita.
    aku pun ada saman ekor masa thn baru cina dulu, baru je dpt tahu bila nak bayar saman terkini kesalahan menggunakan telefon ketika memandu.
    salah siapa sebenarnya? diri sendiri kan?..kenapa polis yg patut disalahkan sedangkan kita yg lakukan kesalahan? anggota polis menjalankan tugas je.
    memang rasa sakit hati dan rasa rugi besar nak bayar saman, tapi dah kita yg salah. kalau nak tahu kesalahan saman ekor bayar RM10.00 ringgit tahu lah kesalahan yg telah kita lakukan. ada bukti polis pun bukan semua BODOH mcm puak2 pas dan pkr..ok selamat membayar saman masing2..kekeke
    sure pasni ada yg kutuk aku sebab menyokong saman ekor hehehehe

    Reply
    • September 29, 2010 at 2:29 PM
      Permalink

      tak de sape yang nak kutok kau, tak salah punyai pandangan yang berbeza-beza…bak pepatah walaupun rambut same hitam tapi hati lain-lain…. tak de kene mengena dengan pas atau pr.

      Reply
  • September 29, 2010 at 9:27 PM
    Permalink

    Wahai En pencenUMNO…Sabor le bebanyok..yerk.

    Reply
  • September 30, 2010 at 4:55 AM
    Permalink

    buat apa la dok ugut kerajaan…..kalau takmo kena saman ekor…jgn bwk lelaju…bwk je ikut had laju…kalau nak gak bwk laju, siapkan duit siap2….sediakan tabung speed trap…rm 2 sehari….cukup thn bayor le….ini tidak…buat salah tak ingat, bila dah salah..salahkan org lain pulak….polis tak buat keja pun salah,buat keja pun salah…manja lebih sgt….

    Reply
  • September 30, 2010 at 12:55 PM
    Permalink

    Saman ekor memang menyusahkan. Mac check saman di intenet ( takdak saman). Jun check ikut sms (takdak saman). September, renew roadtax. JPJ kata bulih renew 6 bulan sahaja. sbb black list. Bila?? Kenapa aku dihukum begitu?? bila tanya pada polis, depa pun tak setuju saman ekor. Tapi nak buat mcmana, kamera mahal2 dah beli. kena tampung juga tu. katanya lagi. Mcm haram!! Korang tak kena, bulih la setuju. lagi pun korang kaya raya…

    Reply
  • September 30, 2010 at 2:07 PM
    Permalink

    tu la pasal..sendiri yg melakukan kesalahan pastu ugut2 kerajaan plak..polis menjalankan tugas yg di amanah kan je. bukan semua anggota polis tu BODOH dan jahat macam puak2 pas dan pkr.
    kalau kita tak buat kesalahan lalulintas polis pun tak boleh nak saman ikut suka hati emak bapak diaorg.
    betul juga tu sediakan tabung speed trap utk waktu bayar saman hehehehe.
    jgn jadi mcm puak2 pas dan puak2 pkr dah buat salah dan kena saman salahkan polis dan UMNO/BN. jom bayar saman!

    Reply
    • September 30, 2010 at 2:58 PM
      Permalink

      bro kambingberjanggut… kawan2 teman ramai yg pro Umno, kene saman ekor mengamok sakan… kalo dah bab duit ni sape2 pun mengamok yob….

      Reply
  • September 30, 2010 at 4:42 PM
    Permalink

    Alahai tuan tuan semua…kenapa langgar peraturan…kan dah kena denda….Budak sekolah masuk lewat pun kena denda (50 sen).Bila dah kena saman janganlah marah2.kan tak baik.Kita buat salah kita tanggung la…Lagi pun dah sering diingatkan PATUHI PERATURAN.Kalau kat lebuhraya had laju 110 ikut je….Insyallah tak kena saman.JANGANLAH KITA AMBIL KESEMPATAN dari Kebaikan pemimpin.
    Peraturan dibuat untuk kebaikan kita semua…..KITA TAK SEMBAHYANG PUN KENA DENDA CUMA TAK NAMPAK ….Fikir2 sahabat…

    Reply
    • October 1, 2010 at 5:30 AM
      Permalink

      Syabas “Hang Tuah”…taat setia tuan hamba kpd ketua pemimpin mmg tidak dipersoalkan… Rasenye ramai hang2 jebat tidak mempertikaikan saman tetapi kaedah dan perlaksanaan yg digunapakai.

      Reply
  • October 2, 2010 at 10:34 PM
    Permalink

    HAPUSkan saman ekor.
    Ianya menindas.
    Kalau nak kuat kuasakan saman ekor(black list), ambilkira saman ekor dari tarikh ia diluluskan utk penguatkuasaan saman ekor.
    Jangan pengumuman dihujung 2009 ke 2010, tapi saman2 ekor dari back dated tahun2 sebelumnya (zaman tak wajib bayar – kalau tak bayar tak kena blacklist kecuali saman ditandatangani) pun nak diambil kira ….mengakibatkan saman jadi tertunggak sehingga beribu2…. sedangkan tahun2 sebelum pengumuman, tidak ada masalah nak renewkan roadtax dan insurans.

    FIKIRLAH wahai kerajaan, Ansuran kereta, maintenance kereta, petrol…tol lagi….

    kami bukan rakyat senang… malah kalau ikutkan taraf gaji…. kami adalah miskin bandar!!!!!

    Reply
  • October 3, 2010 at 1:36 AM
    Permalink

    Kereta singapork bukan main laju tak saman ker?

    Reply
  • October 3, 2010 at 1:12 PM
    Permalink

    la baguih la najib jgn hapuskan senarai hitam tunggu kami hapuskan bn dari putrajaya haha masa tu baru hang terpikir nak haposkan senarai hitam jom pakat2 kempen kat orang pekan jgn undi najib

    pekan ni dah jadi nightmare najib ha ha…..pelanduk tahun 1999 so tahun 2011 ko akan jadi timun plak kami nak lenyek undi najib cukup2

    Reply
    • October 4, 2010 at 7:36 AM
      Permalink

      cara ko cakap sama la mcm org melayu yg dok undi DAP di Penang masa pilihan raya lepas.alih2 nyesal tak sudah.

      Reply
      • October 4, 2010 at 4:27 PM
        Permalink

        chuck sengal najib perlu disedarkan dari mimpi dia x abes lagi mimpi ni

        dapat jawatan pm pon free jer dari paklah ha ha biar dia sedar dulu kalo

        x kalah pru ke 13 pon biarla kasi majoriti dia below 500 x mustahil ni

        ha ha masukkan kem askar dalam parlimen pekan mana la ball najib?

        macam budak2

        Reply
    • October 4, 2010 at 9:16 AM
      Permalink

      Ya… teman setuju, humbankan pemimpin yg tak jaga rakyat marhaen…setuju..setuju

      Reply
  • October 5, 2010 at 12:26 AM
    Permalink

    aku sokong saman ekor dihapuskan , aku juga sokong dihumban pemimpin melayu yang berperwatakan komunis…..!!!!

    Reply
    • October 5, 2010 at 9:37 AM
      Permalink

      jgn hang tak tau.. skung ni ramai DAP Melayu..
      D.A.P – Duduk Atas Pagar!

      Golongan ini lah yg menjadi Third-Force power.. Sekarang ni, semua Parti politik sedang gigih untuk “menguasai” orang-orang Third-Force power.. dalam PRU12, yang BN duk byk kalah tu pun disebabkan golongan inilah.. bahaya nih~ kene lakukan sesuatu!

      Reply
  • October 7, 2010 at 12:36 PM
    Permalink

    sokong SAMAN EKOR diteruskan, utk mendidik pengguna jalan raya… nak harapkan pengguna jalan raya bersopan semasa menaiki kenderaan hampas….

    Reply
    • October 26, 2010 at 1:19 AM
      Permalink

      aku sokong, saman ekor tak dihapuskan, saman lama sila bayar…sb
      1. malaysia no 1 dlm dunia xc den maut paling ramai
      2. boleh tlg settle sikit utang negara

      Reply
  • October 9, 2010 at 3:54 PM
    Permalink

    nak rayu pada pm pasal apa, dia bukan boleh tolong pun, kalau boleh dia nak saman hangpa lagi ada la….. nanti setiap catu kilometer depa nak pasang cctv perangkap laju. tahukah anda lebuhraya dimalaysia adalah lebuhraya yang paling bahaya didunia, sebabnya hanya mempunyai dua lorong sehala sahaja di kebanyakan tempat. rezab tanahnya luas dan mampu menambah 2 lorong lagi. jika masa awal pembinaan dulu kerajaan barisan najis BN membina lebuhraya 4 lorong sehala tidaklah kosnya tinggi berbanding sekarang. sebab itulah kita harus singkirkan BN sebab semua pemimpin mereka dari dulu tidak perpandangan jauh dari tunku sampai najib pembangunan dimalaysia amat lembab berbanding singapura korea selatan dan lain2 lagi. kuala lumpur umpama tong sampah kitar semula yang kelihatan cantik dari jauh tetapi di bawahnya penuh dengan segala benda kotor. aku geli tengok bandar kuala lumpur yang kotor terutamanya kampung baru. patut dah tak ada dah kampung hodoh tu.

    Reply
    • October 15, 2010 at 7:06 PM
      Permalink

      Saman ekor memang bolih diistilahkan sebagai operasi sengaja mencari silap. Penguatkuasa yang dilengkapi dengan gadget tertentu bersembunyi disuatu sudut dan merakam perakuan pemandu yang melanggar had laju.

      Kita setuju pemandu harus patuhi had laju. Pemandu harus sentiasa berhati hati dan sedar bahawa memandu laju bolih membunuh. Tetapi tentunya ada kaedah lain yang lebih berkesan menghukum pemandu daripada mengintip dari satu sudut dan saman. Ini lebih kearah untuk memungut revenue polis atau JPJ dengan cara mudah. Bertahun tahun saman ekor dilaksanakan kematian tidak pernah kurang malah makin bertambah.

      Maka saya teramat setuju untuk saman ekor dihentikan. Pesalah diampunkan. Kekalkan senaraian hitam hanya untuk pesalah yang disaman secara hadir yang mana surat saman ditandatangani pemandu dan polis menyimpan salinan .

      Kami berharap PM dapat telitikan hal ini dan saya pasti pemansuhannya lebih bernilai dari bonus dua bulan yang dituntut.

      Reply
      • October 16, 2010 at 4:20 PM
        Permalink

        Bentara 27,

        Anda berbunyi pembangkang. Berbau pembangkang. Tapi kita kan demokrasi, maka semua orang bebas bersuara.

        Reply
  • November 2, 2010 at 9:05 AM
    Permalink

    tak de nya kerajaan dengar masalah korang bayor je, nak dengar dorang kata dengar masalah rakyat nunggu le time nak mengundi sok itu pon kot ye

    Reply
  • November 4, 2010 at 1:08 AM
    Permalink

    K’jaan tak akan hentikan saman ekor pesalah trafik

    Kongsi 0Kerajaan tidak bercadang menghentikan tindakan mengeluarkan saman ekor kepada pesalah trafik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

    Ini kerana katanya, saman ekor tersebut sebenarnya adalah notis saman yang dikeluarkan oleh mahkamah kepada pesalah jalan raya yang ingkar terhadap Notis POL 170A yang dikeluarkan ke atas mereka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Oleh kerana ia adalah berlandaskan undang-undang, kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan proses ini.

    “Justeru persepsi masyarakat dalam mentakrifkan notis saman in sebagai saman ekor perlu diperbetulkan,” katanya menjawab soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Notis POL 17A ini katanya, ditakrifkan sebagai borang yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berdaftar menurut Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan bagi mendapatkan maklumat dan identiti serta alamat pemandu yang dikesan melakukan kesalahan trafik berkaitan had laju yang dirakam menerusi kamera perakam elektronik.
    ————————————————————————————————————————————————-
    hadiah dari BN untuk pemandu2 laju

    Reply
  • November 4, 2010 at 1:10 AM
    Permalink

    Saman ekor: PAS anjur petisyen di internet pula

    Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.

    Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen “sejuta tandatangan” dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

    “Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota,” katanya.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya.

    “Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus,” katanya.

    Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.