PM Elak Konflik Dengan PERKASA, Apa Lagi KJ?

Akhirnya YAB Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO hari ini memberikan pendiriannya berhubung beberapa isu berkaitan dengan NGO terutamanya PERKASA disini.  Pendirian yang boleh dikatakan rasmi dan mewakili UMNO ini memang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak, bukan sebab mereka nak sangat menyertai PERKASA pun tapi untuk melihat respon seterusnya daripada mereka-mereka yang terlalu paranioa dengan PERKASA seperti Khairy Jamaludin, Nazri Aziz dan Ku Nan.

Datuk Seri Najib bagaimanapun memberikan penegasan bahawa pendirian yang diambil oleh PERKASA tidak semestinya dipersetujui oleh UMNO, vice versa, sesuai dengan sifat dan tujuan penubuhan masing-masing, UMNO sebagai parti politik yang mewakili orang melayu dalam BN manakala PERKASA sebuah NGO yang memainkan peranan membela hak melayu dan bumiputera dalam perlembagaan.

Dalam keadaan UMNO memerlukan sokongan sebanyak mana yang boleh sekarang, konfrontasi dengan mana-mana pihak bukanlah jalan penyelesaian.  Tidak pernah kita mendengar MCA berkerat rotan dengan Dong Jiao Zong mahupun Suqui atau MIC berhenti membela pemimpin HINDRAF yang ditahan dibawah ISA pada satu ketika (bukan pada maksud perjuangannya) tapi kenapa UMNO pula perlu berkonflik dengan PERKASA?  Walhal perjuangan Suqui, Dong Jiao Zong dan HINDRAF bersifat perkauman tegar masing-masing cina dan india yang mana diluar konteks perlembagaan berbanding perjuangan PERKASA.

Sama ada kita sedar atau tidak, perlembagaan yang diusahakan oleh Suruhanjaya Reid dahulu dan telah melalui proses pindaan sebanyak 45 kali sejak merdeka, bakal ditulis semula dalam bentuk lain oleh pihak-pihak ‘arif’ undang-undang yang condong kepada pembangkang.  Kempen sedang dijalankan diserata negara bagi memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang ada dalam perlembagaan sekarang (tersurat) dan apa yang boleh ditawarkan mereka untuk ditukar jika pembangkang menjadi pemerintah (tersirat), termasuk penghapusan hak keistimewaan melayu.  Maka itu suka atau tidak, kita memerlukan NGO-NGO seperti PERKASA untuk memperjuangkan hak itu bagi pihak orang melayu. 

Bahkan hakikatnya, dengan saiz orang melayu dan bumiputera di negara ini yang melebihi 50% populasi berbanding kaum-kaum lain, kita sebenarnya memerlukan lebih banyak NGO seperti PERKASA bagi menepis segala cubaan oleh pihak-pihak berkepentingan atas hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan.

Jika pemimpin-pemimpin UMNO seperti Khairy Jamaludin, Nazri Aziz dan beberapa lain yang senada dengannya berjaya memainkan peranan masing-masing selaras dengan perjuangan UMNO, kita memang tidak memerlukan pertubuhan seperti PERKASA.  Masalahnya bila rakyat amnya dan melayu khasnya melihat kegagalan pemimpin-pemimpin ini berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang dilontar ke atas hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan oleh pihak tidak bertanggungjawab, maka PERKASA ditubuhkan untuk memikul peranan itu.  Apa pun masalah moral politik dan sejarah katak Ibrahim Ali, itu tak sepatutnya menjadi penghalang kepada UMNO menyokong perjuangan PERKASA kerana ia selari dengan perlembagaan persekutuan.

Nazri Aziz dan Khairy Jamaludin memang menjadi antara duri dalam daging kepada kelicinan dan pembaharuan yang dibawa oleh pentadbiran Datuk Seri Najib selama ini.  Sebagai orang yang tiada merit lagi untuk meneruskan perjuangan dalam UMNO selepas kejatuhan Tun Dol, peranan talam dua muka yang dimainkan mereka bagi memastikan tempat jika BN kekal memerintah atau pembangkang bakal mengambil alih teraju pemerintahan negara (mintak jauhla) dalam pilihanraya akan datang, melukakan hati banyak pihak dalam UMNO.  Ada beberapa faktor lagi sebenarnya yang mencakar keberkesanan pembaruan pasca Tun Dol yang dibawa Datuk Seri Najib tetapi dua ekor ini adalah yang paling menonjol.

Dengan pengumuman ini, bermakna ahli UMNO dengan sendirinya bebas untuk menyertai PERKASA tanpa ada ragu-ragu lagi.  Kita harap dengan pencerahan berhubung isu ini dapat membantu kita memulakan proses seterusnya, iaitu mendapatkan jumlah sebenar keahlian ahli UMNO dalam PERKASA untuk dihantar kepada Khairy Jamaludin bagi membantunya keluar dari UMNO dan menyertai pembangkang seperti mana yang dihajatkannya selama ini.  Kalau Nazri Aziz nak ikut sekali pun, rasanya tidak ada masalah, kudis dan tungau dalam UMNO ini memang perlu dibuang.

Lanjutan daripada pengumuman Datuk Seri Najib, sudah ada pimpinan peringkat Negeri UMNO yang secara terbuka mengumumkan tidak akan menghalang mana-mana ahli UMNO dinegerinya untuk menyertai PERKASA seperti Datuk Seri Awang Adek di Kelantan, kenyataan itu boleh dirujuk disini.  Kita yakin selepas ini akan ada lagi pengumuman demi pengumuman serupa menyusul yang bakal menambah tekanan kepada KJ untuk keluar dari UMNO.  Sebenarnya tidak ada tekanan pun kerana pendirian pro pembangkang KJ memang sudah diketahui oleh semua pihak cuma menanti saat yang betul sampai saja bagi menetapkan pendirian.

Memetik sari bahasa oleh rakan-rakan penulis di Forum laman ini, “UMNO mungkin tidak menjadi terlalu kuat dengan menyokong perjuangan PERKASA tetapi UMNO akan bertambah lemah jika mengambil pendirian menentang PERKASA”.

Fikir-fikirkanlah.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

15 thoughts on “PM Elak Konflik Dengan PERKASA, Apa Lagi KJ?

  • September 18, 2010 at 10:01 AM
    Permalink

    apasal tulis Dong Jiong? ini nama pemain badminton china 90an,
    Dong Jiao Zhong la

    Reply
  • September 18, 2010 at 2:49 PM
    Permalink

    Jika KJ,Ku Nan dll pemimpin UMNO yang begitu tabu dengan PERKASA eloklah keluar UMNO. Sebahagian besar orang melayu tidakpun terkilan pemergian mereka ke parti lain bukan UMNO/BN. Mereka ini sanggup memusuhi PERKASA kerana ada agenda kepentingan diri sahaja. Perjuangan mereka bukan lagi berpaksikan hak-hak melayu,cuma kepentingan politis sempit mereka sahaja. Kenapa mereka tidak begitu nasioanalis seperti kaum cina & india yang sentiasa menyokong secara senyap terhadap NGO etnik mereka seperti HINDRAF dll ? Ini menampakkan sifat bebal dalam permainan politis di negara ini. Mereka mendakwa diri masing-masing cerdik secara intelektual tetapi sebenarnya mereka ” inteRejectual ” di kalangan para pejuang melayu tulen. Sikap golongan bebal lagi pandir ini akan memanfaatkan kepada perjuangan cauvanisme cina ultra kiasu !!!

    Reply
  • September 18, 2010 at 2:50 PM
    Permalink

    Pemuda pun dah jadi macam pondan di Lorong Haji Taib dikerjakan dek Ketua Pemudi. Ada hati perasan bagus lagi. Pirah mabuk!

    Reply
  • September 18, 2010 at 2:58 PM
    Permalink

    puak yg berjawatan besaq2 dlm umno terutama s/u dan sekapai ‘all yes’ kalau nak tau realiti sebenar turunlah ke beribu cawangan seluruh negara….tahulah keadaan sebenaq umno kini.

    Reply
  • September 18, 2010 at 3:15 PM
    Permalink

    Pesanan yang perlu diambil perhatian:-

    1.)Gerakan besar-besaran akar umbi kaum cina(kebanyakan bukan ahli politik pun) merantau ke pelusuk negara untuk mendaftar pengundi baru.

    2)Rata-rata rakyat menjangkakan BN akan hilang lebih banyak kerusi.Jangan mimpi untuk menang semula di negeri2 dikuasai pembangkang.Jaga negeri-negeri yang dikuasai oleh BN dahulu,baru boleh mimpi rampas semula negeri pembangkang.

    3)Orang cina dengan terbuka dan bangga menyatakan sokongan kepada PAS walaupun MCA bertanding melawan PAS.(MCA dah tak de value).

    4)Orang melayu dah fed up dengan UMNO.Rasuah yang menganiaya orang melayu bawahan dan dasar DEB yang mengenyangkan perut pemimpin UMNO dan kroni.Melayu yang miskin terus miskin.Mana pergi dana berbilion2 untuk melayu?

    5)Pemberian biasiswa kepada anak cina untuk yg dapat straight A’s secara automatik sudah terlambat.Orang cina mengeluh.Mereka terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk hantar anak ke luar negara kerana mereka dakwa,orang cina tak de tempat di IPTA.

    6)Orang melayu yang sibuk berpolitik tidak ke mana.PAS lebih menarik kerana imej Islam.UMNO SUDAH DAN MASIH DILIHAT SEBAGAI PARTI RASUAH!!

    7)So,ape yang UMNO nak buat??Nak terus duduk pegang telur dan makan duit rakyat??LU PIKIR LA SENDIRI….

    Reply
  • September 18, 2010 at 6:10 PM
    Permalink

    syabas…nazkas, nukilan mu menyusuk hati ramai terutama no.4.berharap sangat pembesaq2 umno terutama MT-MT yg tak kurang dari 30 org.tu ambil iktibar…..janganlah asyik syok sendiri dan orang lain dipesalahkkan.

    Reply
  • September 18, 2010 at 11:07 PM
    Permalink

    Setiap Melayu harus jadi Ahli Perkasa.parti politik sendiri Pilih.buat masa ini Umno masih relevan. Jika kj dan Nazri keluar lagi berkesan

    Reply
  • September 19, 2010 at 12:23 AM
    Permalink

    Nampaknya komen dari Mantan PM kita Tun Mathatir adalah komen keramat, jadi kalau maseh lagi tak faham dan disokong pula oleh Datuk Najib walau pun menurut Najid tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, jadi mereka mereka yang yang telah buat komen awal untuk menjauhi diri dari PERSAKA tu patutlah sedar diri, jangan berlagak sombong dan BODOH. Kalau rasa jauh hati dengan UMNO baiklah undur diri, UMNO tak akan rugi tanpa saudara-saudara.

    Reply
  • September 19, 2010 at 12:38 AM
    Permalink

    Sokong dgn peringatan nazkas..
    satu peringatan penting yang mesti dimulakan tindakannya dr skrg
    platform terbaik mungkin PERKASA..
    UMNO semakin lemah dan hilang taring..dek dwarisi oleh pemimpin2 yang telah bacul dan hnya jadikan UMNO sbg tempat cari makan..bukan wadah perjuangan sepeti zaman tokwan sy dulu..
    Kalau kita generasi muda yang diberikan kesedaran hidayah ini masih hanya berpeluk tubuh..
    nantikanlah anak dan cucu cicit kita akan mewarisi negara seperti Singapura dan akan menyalahkan kita seperti mana kita menyalahkan
    – Tun Mutahir kerana menjatuhkan Kesultanan Melaka..dijajah dan akhirnya dipenuhi kaum pendatang hingga ke hari ini..
    -Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light (kini kekal dibawah penguasaan Cina ultra kiasu tkira dr MCA/GERAKAN/DAP)
    -Singapura berpisah dari Kesultanan Johor dan Tanah Melayu
    – Pemimpin Melayu terdahulu terlalu mudah menerima kerakyatan bangsa PENDATANG CINA HINDU melalui konsep Jus Soli yang telah menyebabkan generasi pembelot Jus Soli itu merosakkan sistem asal Tanah Melayu sekarang!!

    lain2..sila rujuk sejarah yang muktabar..

    Marilah kita buat persediaan untuk hadapi PRU13 nanti dgn alternatif segera..
    UMNO dikuasai oleh orang2 tua yg berkepentingan perut mungkin..
    penilikan dan perancangan jauh masa untuk anak bangsa Melayu dan Islam semakin kabur..sedan mungkin terhapus..dek dihimpit sikap kurang ajar biadab bangsa Pendatang CINA HINDU!!

    Sudahlah bangsa kita sedang dilanda krisis akhlak ZINA, LIWATH, ancaman berat DADAH dan jenayah..apalagi model masa depan buat negara tercinta ini yang kita harapkan dengan model tindakan dan pemerintahan sekarang..???
    marilah kita fikir-fikirkan untuk kedaultan Agama dan Bangsa..

    Allahuakhbar!!

    Reply
  • September 19, 2010 at 4:51 PM
    Permalink

    PERKASA tetap menjadi hak & kebanggaan MELAYU!

    Reply
  • September 24, 2010 at 10:47 AM
    Permalink

    Jom jadi ahli PERKASA….

    Reply
  • October 2, 2010 at 6:52 PM
    Permalink

    Belum terlambat lagi.Gerakan Melayu kepelusuk negara.Arah dan war- warkan perjuangan melayu , Undi Melayu untuk Melayu.*Janganlah Kamu Mengangkat Golongan Kafir Sebagai Peminpin . Nanti Akan Dilaknat Olih Allah***Peringatan Dari Kitab Suci Aj Quraan***. Ingatlah Wahai Orang Melayu yang berugama Islam.Perjuangan Melayu di negara ini untuk Agama , Bangsa dan Negara.—–BERJUANGLAHA—-SERIGALA ALLAH/

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.