PKR Perak semakin goyah.

Di Perak, Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh dikatakan hampir reput berikutan berlakunya pergolakan dalaman di kalangan ahli dan kepimpinan cabang-cabang negeri berkenaan.

Baru-baru ini, empat pemimpin Angkatan Mudanya bertindak keluar dari parti sekaligus melumpuhkan aktiviti ahli muda di negeri tersebut.

Mereka yang keluar ialah, Ketua AMK Cabang Parit, Ketua AMK Cabang Kampar, Pemangku Ketua AMK Cabang Padang Rengas dan juga Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar.

Difahamkan bahawa, semua mereka keluar dari PKR kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti terutamanya terhadap Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai hanya mementingkan kroni sahaja.

Selain itu, isu pemilihan PKR yang bakal berlangsung November ini juga menjadi faktor penting tindakan beberapa pemimpin AMK ini meninggalkan PKR. Bagi mereka, tiada langsung demokrasi yang diamalkan didalam pemilihan PKR akan datang.

Wakil bekas AMK tersebut menyifatkan, didalam pemilihan pemimpin tertinggi PKR, semuanya telah diaturkan oleh Anwar Ibrahim. Tiada langsung kebebasan bersuara dan juga hak pemimpin bawahan untuk meluahkan pandangan mengenai sesuatu hal didalam pemilihan kali ini.

Atas sebab inilah mereka memilih untuk meninggalkan parti tersebut.

Dengan tindakan empat pemimpin AMK PKR ini, PKR Perak bolehlah dikatakan berada didalam keadaan yang amat goyah sekarang. Sebelum ini telah ada berita mengenai 72 Wanita dari cabang Ipoh Barat yang mengumumkan keluar parti.

Alasan mereka juga sama iaitu hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR. Malah wakil wanita PKR Ipoh Barat ini juga memberikan alasan, cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.

Ini turut disahkan oleh Ketua Wanita PKR Perak sendiri dengan mengakui bahawa terdapat beberapa masalah dalaman didalam PKR negeri berkenaan.

Semua perkara yang berlaku ini menunjukkan bahawa PKR mempunyai jangka hayat yang semakin pendek di Perak. Mungkin selepas PRU 13 nanti, PKR akan berkubur terus untuk selamanya di negeri tersebut.

Keberkesanan kepimpinan Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir nampaknya semakin kukuh dihati rakyat Perak. Ini membuatkan sokongan masyarakat di Perak kini mula kembali kepada Umno dan juga Barisan Nasional.

Nizar Jamaluddin bolehlah terus meroyan kerana jika keadaan semasa diambil kira, amat mustahil untuk Perak jatuh ke tangan pembangkang lagi. Dan mimpi Nizar untuk jadi MB semula bolehlah dikatakan amat mustahil!

16 thoughts on “PKR Perak semakin goyah.

  • September 20, 2010 at 9:26 AM
    Permalink

    macam mana sekalipun, peluang Nizar untuk jadi MB Perak ditakdirkan Pembangkang menang sekali lagi dalam pilihanraya umum akan datang, sudah tertutup terus..sebabnya ialah DAP akan letak calon melayu dikawasan dimana dia kuat supaya calon itu menang dan dilantik sebagai MB DAP.

    Reply
  • September 20, 2010 at 10:30 AM
    Permalink

    nick ajis kata syaitan akan tolong PR dlm PRU 13 akan datang dan mungkin kerajaan bunian PAS akan terbentuk di Perak nanti…

    Reply
    • September 20, 2010 at 1:37 PM
      Permalink

      kerajaan bunian bawah pokok

      Reply
  • September 20, 2010 at 11:31 AM
    Permalink

    setelah terbalik kuang bersama camry kesayangannya depan bangunan umno ipoh ari tu,,aku rasa nizar dah rasa peluang jadi MB boneka pada PRU13 tersangat tipis.

    Reply
  • September 20, 2010 at 12:59 PM
    Permalink

    Jalan ke Putrajaya semakin jauh dan goyah. Padan muka Anwar Ibrahim yang jadi kesayangan Yahudi.

    Reply
  • September 20, 2010 at 1:47 PM
    Permalink

    Seperti baiasa PR akan menafikan kelemahan mereka. Nizar bukan sahaja jadi kuda tunggangan bahkan sanggup menjadi barua DAPigs.

    Reply
  • September 20, 2010 at 8:16 PM
    Permalink

    jgn haraplah puak syaitan tu dpt ke Putrajaya..
    aku smyg hajat mnta jauhkan manusia2 syaitan tuh jejak Putrajaya or MB

    Reply
  • September 21, 2010 at 8:11 PM
    Permalink

    nama nizar sebenarnya dah lama terhakis di hati orang melayu perak. Dia keturunan cina memang tak perihatin dengan orang melayu

    Reply
  • September 21, 2010 at 8:14 PM
    Permalink

    dalam dewan rakyat pakai kain warna hitam di kepala, tanda berkabung kejatuhan PR di Perak. Dalam Islam ada ke budaya berkabung untuk kepentingan individu ni, PAS cakap apa, boleh berkawan dengan syaitan

    Reply
  • September 28, 2010 at 1:29 AM
    Permalink

    bila anuar jadi pm, nizar dia punya timbalan,hehe

    Reply
  • September 28, 2010 at 2:59 PM
    Permalink

    bujangbaru….Nizar keturunan cina!! Zamri keturunan mane lak?? Teman nengok di perak ni pengundi muda(yg pandai ngaji sikit) ramai yang dah swing ke PR, pengundi baru cina konpom PR, India pun PR pasei deme getik kat si Samy belu tu. BN yang tinggal saki baki saluran 1, org asal(asli), askar(pos) ngan bebudok tak tentu hala(tak cukup umor lg, takleh ngundi). Gamok2nye ler, buleh menang ke BN kali ni….

    Reply
      • September 28, 2010 at 11:38 PM
        Permalink

        keh.keh.keh… sukahati mike ler, teman ngingatkan ajer.

        Reply
  • September 30, 2010 at 3:13 AM
    Permalink

    DSAI@PKR adalah punca sebenar ‘kelemahan’ Melayu..
    Beliau penuh dengan dendam kesumat.
    Beliau akan melakukan apa saja untuk menjadi PM.
    Sedarlah Melayu semua.. mari kita BERSATU..
    BERSATU bersama UMNO!

    Reply
  • October 1, 2010 at 6:19 PM
    Permalink

    Semasa Anuar dalam penjara tiada pun benda ini berlaku tiada bangsa cina naik kepala sekarang dah berani besar kepala dan bertandok pula tu kerana siapa kalau bukan kerana Anuar dia baling batu sembunyi tangan kau tak dapat jadi PM kalau macam ni cara nya org akan memberontak kalau kau naik jadi PM percaya lah Allah itu maha kaya dan adil tak berjaya seorang itu mencapai kehendak nya dengan cara menghina bangsa nya sendiri allah akan tutup semua ruang untuk mu kepada org melayu/islam berdoa lah supaya malaysia dan org melayu hidup aman dan bahagia kalau dia bukan melayu hamba tak tahu lah bangsa apa dia ha.

    Reply
  • October 3, 2010 at 3:21 AM
    Permalink

    PKR BUKAN SAJA GOYAH DI PERAK MALAH PARTI TERSEBUT AKAN MULA HANCUR SELEPAS PEMILIHAN AGONGNYA NANTI.. NIZAR TU ADA ATAU TAK ADA SAMA SAJA. HANAYA CINA PERAK SAJA YANG MASIH MENGGUNAKAN DIA UNTUK MENCARI KEUNTUNGAN. HAKIKAT SEBENAR MEREKA PUN CAKAP NIZAR TU MEMANG SUI. CELAKO CELAKO CELAKO..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.