Pemilihan PKR, demokrasikah mereka?

November ini bakal menyaksikan berlangsungnya proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan semua deria tertumpu kepada pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden yang bakal dikosongkan penyandangnya Senator Syed Hussin Ali.  Tidak pernah rasanya berlaku dalam sejarah politik negara perebutan jawatan Timbalan Presiden menjadi perhatian kerana biasanya jawatan Presiden sahaja,

Buat pertama kali juga sejak penubuhannya 20 tahun dahulu (mengambil kira tahun penubuhan parti asal PKR iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia pada 1990), pemilihan PKR kali ini akan menyaksikan 400,000 ahli PKR di seluruh negara mempunyai hak memilih secara terus pimpinan tertingginya. 

Sekilas pandang macam demokrasi tulenlah politik PKR ini sebab ahli biasa pun mempunyai hak memilih terus ahli Kepimpinan Tertinggi, tetapi tanpa kita sedar, dalam banyak-banyak pemegang jawatan yang boleh dipilih secara terus oleh ahlinya yang ‘beratus ribu’ ini, jawatan terpenting sekali dan mempunyai kuasa menentu hala tuju PKR, tidak boleh dipilih oleh ahli-ahlinya.  Jawatan tersebut tidak lain tidak bukan ialah jawatan Ketua Umum yang kini disandang Anwar Ibrahim.

Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan semata-mata untuk membela nasib Anwar Ibrahim (dulu) dan menjayakan hasratnya menjadi Perdana Menteri di Malaysia (kini), sememangnya mudah difahami mengapa Anwar Ibrahim perlu menjadi pemegang jawatan yang tidak boleh dicabar di dalam PKR, umpama dewa hiduplah senang kata. Kita juga yakin, selepas kematiannya, jawatan ini akan terus dikuasai oleh ahli keluarganya sama ada isteri ataupun anak perempuannya yang sulong, itupun kalau parti ini tak berkubor atau diambil alih oleh generasi Azmin pula.

Senario politik di Malaysia bagaimanapun, tidak menerima konsep politik diktator yang sebegini.  PAS sudah mencubanya dengan mewujudkan jawatan serupa yang digelar Mursyidul Am sejak sejak 1982 dan tiada kejayaan yang benar-benar boleh dibanggakan dengan PAS sejak itu dengan kuasa pemerintah hanya berlegar disekitar Kelantan dan Terengganu.  Kelemahan pentadbiran Tun Dol bagaimanapun membolehkan PAS membentuk kerajaan negeri di Kedah pada Mac 2008.

DAP pula baru nak mencubanya dengan dinasti Lim sebagai permulaan.  Walaupun jawatan Setiausaha Agung DAP ini boleh dicabar di dalam pemilihan DAP, kedudukkan bapa Setiausaha Agung sebagai Penasihat Parti hanya mengukuhkan kedudukkan anak beranak, sekurang-kurangnya buat beberapa tahun mendatang.  Orang melayu yang menyokong DAP boleh berangan untuk menduduki mana-mana kerusi Naib Presiden yang dilantik (bukan dipilih).  Amalan ini ada persamaan dengan dinasti Lee dalam PAP di Singapura yang menyaksikan Lee Kuan Yew kekal memerintah Singapura walaupun telah melatak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1990 dengan memegang jawatan Menteri Kanan semasa era Goh Chok Tong dan Menteri Mentor di era anaknya kini, Lee Hsien Loong. 

Soalan kita, ini bentuk kerajaan memerintah yang kita mahukan dalam pilihanraya akan datang?  Berapa lama sangat konsep ala diktator ini dapat menjamin ketelusan dalam kepimpinan tanpa dicemari isu-isu berkaitan kronisme dan nepotisme?  Isu sama pernah menggegar UMNO pada 1998 apabila Anwar Ibrahim menggunakan Zahid Hamidi yang ketika itu sebagai Ketua Pemuda UMNO untuk menyerang kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal amalan nepotisme dan kronisme dalam pemberian kontrak kerajaan.  Pendedahan berikutnya oleh Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu bagaimanapun mendedahkan bahawa Anwarlah yang sebenarnya mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Dengan atau tanpa pemilihan terus pimpinan parti oleh ahli biasanya, kita semua tahu bahawa kuasa sebenar di sebalik kepimpinan PKR ialah Anwar Ibrahim.  Dialah yang mencatur siapa yang patut dan tidak patut untuk dicalonkan dalam pilihanraya, hala tuju parti dan sebagainya lagi.  Organisasi yang kononnya mengawal selia perjalanan PKR iaitu Majlis Pimpinan Tertinggi, hanyalah sandiwara politik bagi menunjukkan kepada rakyat seolahnya PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi sedangkan hakikatnya tidak.

Tanpa hala tuju yang jelas sebagaimana selayaknya penubuhan sesebuah parti politik, survival PKR banyak bergantung kepada Anwar Ibrahim sebagai teraju utama.  Jika Anwar dimakamkan apabila sampai ajalnya nanti, begitu jugalah dengan PKR dan pakatan pembangkang yang dibentuknya kerana Anwarlah kunci kepada perpaduan palsu pakatan pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat hari ini (masih tak didaftarkan sehingga sekarang).

Kita menyarankan kepada rakyat agar menolak konsep diktator yang diamalkan semua komponen pembangkang sekarang kerana jelas ia hanya bakal menguntungkan pihak-pihak yang berkaitan sahaja.  Sekarang pun beberapa syarikat  pasir di Selangor diberitakan mempunyai kaitan dengan ahli keluarga Ketua Umum, apa lagi agaknya jika mereka berjaya menguasai kerajaan pusat. 

Sebagai perbandingan, jika ada ketua kepada parti UMNO dan komponen BN lain yang didapati mengamalkan nepotisme dan kronisme ini dan berjaya dibuktikan, sekurang-kurangnya ahli-ahli parti mereka mempunya kuasa untuk mengekalkannya dikerusi tersebut atau menggantikan dengan pemimpin yang lebih berkelayakkan dalam pemilihan seterusnya, tetapi jika jawatan itu tidak boleh dicabar sesiapa dalam apa jua pemilihan seperti mana yang berlaku dalam parti-parti pembangkang, bagaimana ahli nak membuat perubahan?  Jika tiada perubahan yang boleh dibuat, demokrasikah itu namanya?

Tuan-tuan dan puan-puan fikir-fikirkanlah….

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

6 thoughts on “Pemilihan PKR, demokrasikah mereka?

  • September 15, 2010 at 11:30 PM
    Permalink

    kepada melayu pKr…moh lah kite keluar beramai-ramai dan tinggalkan parti 3A nih yg.berjuang untuk jadikan anuar PM bukan untuk agama dan bangsa….Dan elakkan pula masuk pas parti pelacor agama dan penghianat bangsa yg.menjual maruah pada dAp lahanat sialan tu.

    Hanya Umno saja konsisten demi agama,bangsa dan negara..Takbiirrrrr!!!!

    Reply
  • September 16, 2010 at 8:45 PM
    Permalink

    Demokrasi cara Anuwar, jawatan beliau sebagai ketua UMUM pun tak termaktub dalam perlembagaan PKR ( Penjenayah Kepada Rakyat ). Bahkan jawatan beliau jauh lebih berkuasa dari Presiden parti itu sendiri.

    Reply
  • September 17, 2010 at 1:00 AM
    Permalink

    DAP/PKR DA PASTI/CONFIRM PARTI ANAK BERANAK.. BUKAN NAK CAKAP KRONI.. ANAK BINI IPAR DUAI SEMUA DALAM PARTI……BANYAK YOU TUBE 16 SEPT 2008.. JUBUR JANJI AKAN UMUMKAN KERAJAAN BARU HINGGA KE HARI INI ABOK PUN TAK ADA YANG ADA.. KY /KARIPAP/ PASSWORD “MOKTHAR”……..TANGGUH2 KES LIWAT….KENA KENCIL DAN BERAK DGN MAT BUNTUT TU

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.