PAS yang gagal…

Oleh Che Wan

PAS P.Pinang dilihat tidak berupaya berbuat apa-apa walaupun berada di dalam parti PAKATAN. Semua perkara baik dari segi sosial hingga kepada soal agama, mereka terpaksa akur kepada kehendak DAP P.Pinang.

Amat sedih bila mendengar peruntukan kewangan kepada orang islam telah dikurangkan oleh kerajaan DAP P.Pinang berbanding kaum-kaum lain. Malahan wang zakat juga “diiktiraf” sebagai hasil milik kerajaan negeri yang boleh digunakan sewenang-wenangnya.

PAS nampaknya gagal memainkan peranan mereka bagi membela kebajikan umat-umat islam di P.Pinang.

Cuba lihat di Kedah, walaupun hanya seorang ADUN DAP di sana. Bila ada saja keputusan dari kerajaan negeri tentang satu-satu isu yang boleh menjejaskan hak mereka, misalnya isu penempatan khinzir, mereka berani menentang kerajaan PAS sehinggakan sampai sanggup mengugut untuk keluar dari parti Pakatan.

Akan tetapi senarionya amat berbeza sekali di P.Pinang. Bilamana heboh pasal isu premis-premis perniagaan orang-orang islam dirobohkan dan pengusiran oleh kerajaan negeri DAP, kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS negeri P.Pinang hanya sempat terkedu.

Isu kalimah Allah dan juga perarakan Maulud juga mereka menikus disebalik jubah dan serban besar mereka.

Bila berhadapan dengan pemimpin DAP, suara jantan mereka yang dahulunya bersemangat dan berdegar-degar seperti dalam ceramah-ceramah mereka secara tiba-tiba bertukar menjadi suara manja bak bicara di antara si uda dan dara.

Sama ada perasan atau tidak, Mat Sabu juga hilang suara apabila berdepan dengan Lim Guan Eng dan gerombolan DAP di P.Pinang. Lebih memalukan, Lim Guan Eng berjaya membisukan Mat Sabu hanya dengan jawatan dan elaun RM 500 sebagai pengarah di PBA P.Pinang!

Akhirnya tangisan dan penderitaan orang-orang Melayu islam yang ditindas tidak mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya dari pimpinan PAS P.Pinang.

Oleh yang demikian, saya teramatlah setuju dan tak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa “PAS di Pulau Pinang memang tak ada telor.”

Jadi, suara jantan mereka yang berdegar-degar seperti di dalam ceramah sebenarnya adalah suara-suara pondan yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan tempat mereka berada.

Sedih dan teramatlah sedih bila mengenangkan nasib orang Melayu islam di P.Pinang. Begitu juga dengan Melayu Islam di negeri-negeri lain seperti di Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Parti yang sepatutnya memperjuangkan hak dan kebajikan orang-orang islam telah bertukar menjadi parti penakut dan parti pak turut.

Nampak mereka lebih daif dari UMNO.. kerana hendakkan kuasa memerintah, perjuangan islam itu hanya tinggal nama sahaja pada parti tu.!!! ternyata PAS lebih munafik..

28 thoughts on “PAS yang gagal…

  • September 23, 2010 at 11:13 AM
    Permalink

    dalam BN= melayu Umno adalah dominan dan memimpin dalam gabungan
    dalam Fuck-katan= melayu pas adalah minoriti dan jadi pengikut dan penjilat Dap termasuk dalam hal hudud..

    Reply
  • September 23, 2010 at 11:22 AM
    Permalink

    PAS hanya menjadi pemerintah bukan untuk membantu rakyat tapi menyusahkan lagi rakyat dan mengkayakan diri pemimpin mereka sendiri.

    UMNO lebih banyak membantu rakyat jika nak dibandingkan dengan PAS macam langit dan bumi.

    Reply
    • September 26, 2010 at 10:29 PM
      Permalink

      hehe…dalam lawak ada btulnyer…..

      Reply
  • September 23, 2010 at 12:57 PM
    Permalink

    sekarang ni Pas dah jadi zombie…nampak menyeramkan tapi bangkai….

    Reply
  • September 23, 2010 at 1:46 PM
    Permalink

    perarakan maulidur rasul yang diadakan oleh kerajaan negeri iaitu dari padang kota ke dewan sri pinang
    tahukah sesiapa jarak dari padang kota ke dewan sri pinang kalu diukur tak sampai seratus meter pun,perarakan apa ini sedangkan perakan chingay dan banyak lagi perarakan yang di adakan oleh orang cina di pulau pinang tak pernah dibatalkan begitu juga dengan pentas nyayian merayakan perayaan hantu lapar yang mana pentasnya menyebabkan kesesakan lalu lintas mengapa tiada tindakan oleh kerajaan negeri di mana mppp yang membentangkan kain rentang yang tertulis ianya berlaku adil kepada semua kaum. mengapa tiada tindakan keatas perniaga disekitar jalan perak iaitu bertentangan dengan pasar jalan perak, peniaga peniaga ini mengubah suai kedai mereka dan kedai mereka dibina hingga keatas laluan pejalan kaki.mengapa tiada tindakan, inilah keadilan yang di katakan oleh mppp

    Reply
    • September 25, 2010 at 5:01 PM
      Permalink

      demi 100 meter tu penganot pas puji dan puja jasa lge begitu luar biasa…Kalau umno buat 100 batu depa tak hirau pulak

      Reply
  • September 23, 2010 at 2:28 PM
    Permalink

    PAS akan terima balasannya dr tuhan kelak krn mempersendakan alquran tuk kepentingan mrk sendiri….jika dulu berkokok seperti ayam jantan kononnya perjuangan islam tapi skrg seperti keldai yg menbawa kitab2….kita boleh nmpak ngan jelas bahawa pendirian ulama mrk boleh berubah2 semata2 kerana pangkat kedudukan dan wang ringgit….wahai penganut2 PAS jngnlah jadi sperti pak turut yg anda sendiri pun tidak tahu kemana arah tuju perjuangan PAS…jngn jadi menang sorok ‘take beerr’ kampung,maruah islam,alquran tergadai….ingatlah musuh islam DAP itu akan sentiasa cuba Menjahanamkan islam…

    Reply
  • September 23, 2010 at 4:09 PM
    Permalink

    Ketahuilah oleh anda bahawasanya Islam yang dilaung-laungkan oleh Pas hanya sekadar bibir mulut sahaja bagi mendapatkan undi. Tidak kira siapa mereka, tok guru, ustaz, ustazah, pak haji, pak lebai dan sebagainya, apabila mereka bersama Pas maka mereka semua adalah ‘binatang politik’ (political animal), bukannya ikhlas berjuang untuk agama.

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:45 PM
    Permalink

    PAS ni tak penting, yang jadi masalah ni ialah orang yang bawak PAS ni..kalau ke radikal, radikallah dia, syiah, syiahlah dia..

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:59 PM
    Permalink

    PAS dh jadi liabiliti kepada orang Melayu dan paling jahat ialah mengganggu perkembangan Islam
    Dulu tengok imej PAS nampakla juga mcm org Islam..
    la ni mcm orag kafir yang pakai baju orang Islam..

    mmg betui la mcm artikel di atas.. PAS ni kalau sekutu dia buat pila apabnda pun kot mana pun elok, baik..
    yang xelok pn pi usahakan juga cari yang baik..
    tapi klau dgn UMNO.. disiat2 cukup2 pantang jmpa sikit isu, benda baik pun, twist jadi buruk..

    PAS ni akan dibalas oleh Allah jua..bersekutu dengan pelingkup Islam.. tunggulah..!!!

    Reply
  • September 23, 2010 at 7:14 PM
    Permalink

    PAS or PAS..
    Sudah2 la tuh bersekongkol dgn Parti Gay tu noks!

    Reply
  • September 23, 2010 at 7:22 PM
    Permalink

    kalau bab hentam felda wah ! ! kan main lagi pendekor dia mazlan @ janggut kambing aliman Tapi bab DAP komunis aniaya umat islam kenapa diam ?

    Reply
  • September 23, 2010 at 9:59 PM
    Permalink

    elaun rm500 mat sabu tu utk cover line. projek LGE dah suap nak bising2 buat apa. sondol aje macam lembu. PasLembuDap

    Reply
  • September 24, 2010 at 12:22 AM
    Permalink

    PAS gagal-segagalnya.. akibat sifat riak dan lupa diri dngn sedikit kemenangan dan kuasa.

    Reply
    • September 24, 2010 at 9:07 AM
      Permalink

      antara ujian tuhan yg.berat adalah dengan kekayaan dan kejayaan dipuncak..tapi pas gagal mengurus kejayaan bila imej mereka dilihat sebagai penjilat lge dan parti komunisnyer….contoh yg.nyata bila pas berlembut soal hudud hanya kerana disanggah oleh kapal sink dan lim kit siang….tetapi dengan umno mereka cukup berkeras soal hudud sehingga sanggup menghukum umno dengan pelbagai gelaran dan hukuman.

      Reply
  • September 24, 2010 at 10:31 AM
    Permalink

    PAS sanggup mengadaikan agenda Islam semata mata ingin kuasa politik. Kalau Melau lemah Islam pun lemah. Apakah PAS tidak merasa bersdosa membiarkan Islam di hina dan di lelong. PAS ingin melihat Melayu P Pinang macam Melayu di Singapura di pinggirkan hingga menjadi kelas 3. Apakah PAS ingin Melayu di P Pinang hidup segan mati tak mau. PAS seperti ayam tidak ada bulu!

    Reply
  • September 24, 2010 at 11:22 AM
    Permalink

    Apa yang boleh diharap dengan Salleh Man..dia hanya merupakan tunggul kayu sahaja..tiada sebarang suara yang timbul semenjak dia menjadi adun…cukup lah dengan elaun yang dia perolehi…nak bersuara macammana ..baru dia jengah kepala dipintu masuk dewan undangan negeri je..dah kena sergah dik guan eng ..so dia jadi umpama saekor kura-kura..cuma berani mengeluarkan kepala tetapi menyembunyikan kembali pabila diganggu..so lebih baik dia dok berdiam diri daripada jawatan exco dan elaun nya terlucut.

    Nak harapkan mujidur…ehmmm..baik tak payah dia cuma boleh bersuara untuk mengiayakan serta menyokong apa juga perkara yang dilakukan oleh guan eng ..janji dia dapat teruskan kehidupanya serta berkemungkinan bakal ditawarkan kerusi didalam pilihanraya akan datang…guan eng hanya menggunakannya sekira untuk memburukkan kerajaan bn sahaja…begini lah nasib bangsa melayu yang diterima setelah menjadikan pemilihan calon sebagai satu percubaan…sekarang mereka merana sendiri.

    nak diharapkan nuar brahim…baik tak payah, sebab dia cuma sibuk untuk menaikkan namanya sahaja..peduli apa dia dengan rakyat penang sebab dia mempunyai penyokong taksub dipermatang pauh….penyokong dia bila-bila masa boleh diperbodohkan…

    Reply
  • September 24, 2010 at 4:34 PM
    Permalink

    Tu aku cukup heran dengan otak selut orang PAS ni..
    Rumah sindiri nak runtuh, bocoq sana sini,..duk kalut sebuk pi kacau rumah orang..menyibuk tunjuk pandai ajaq tuan rumah org lain..

    Otak bodoh orang PAS ni depa xblh pkiaq luar dr kotak pemikiran normal manusia..
    apa saja yang dipusing belitkan oleh tok guru atau pemimpin depa..wpun SRP tak lulus.. depa TELAN msuk dalam perut bulat2…angguk mcm KELDAI.. Guan Eng tu buat depa KELDAI bodoh pn depa sedia..demi ‘khalifah’ syaitan bertopeng sahabat umat Islam ini..

    musuh ketat depa UMNO.. pantang dengaq ja pekataan UMNO depa jadi hilang akai..pantang UMNO buat apa..baik pun akan dipusing belit jadi buruk..jahat.. modal PR hentam UMNO xhbis2 ‘rasuah’2.. kita tengok nanti tera mana rasuah depa..!!
    depa takut sbnrnya kat UMNO..

    Tapi..bila mai depa memerintah..memerintah bersama2 dengan kekasih KAPIAQ depa..DAP.. PAS jadi LEMAH LUTUT habih!!! Guan Eng Kapiaq tu xbuat apa pn depa puji.. tambah kalau buat skit ja meleleh puji baguih mana nak cari Ketua Menteri mcm ni.. taik hangpa!! awat lah bangang sgt sampai xleh baca langsung apa strategi politik depa kapiaq DAP ni mcm hangpa tilik dalam2 apa jua UMNO buat semua ja tk betuii..

    entah apa la pembangunan untuk bangsa terpencil Melayu, pembangunan Insan atau jauh sikit pembangunan Islam di Pulau Pinang yang diperjuangkan oleh PAS..
    sebelum sesuatu pilihanraya PAS berkempen macam depa tu ‘tuhan’!!
    semua depa boleh buat, semua depa betui..fitnah, maki mencarut sampai dalam kain..
    ahli2 pun gelak terbahak2..syok nk mampuih..tp tktau apapun untuk masa depan kaum dan tanah air..

    Reply
  • September 24, 2010 at 9:15 PM
    Permalink

    Orang HamPAS kata isi perut mereka dulu sebelum nak fikirkan tentang orang lain, apa lagi nak fikir tentang Melayu, lagipun Pemimpin Agong mereka pun tidak berbangga menjadi MELAYU. Itu lah yang hairannya Kalau tak mengaku menjadi Melayu di Malaysia, samalah juga tak berbangga menjadi seorang Islam, kerana menurut Perlembagaan Malaysia, Melayu itu mestilah beragama ISlam.

    Reply
  • September 24, 2010 at 10:54 PM
    Permalink

    opsss..
    *bukan Pemimpin Agong…
    tapi PADERI AGUNG PAS..Nikky Wally Ajissy Najisy..

    perosak terbesar Akidah umat Islam Malaysia!!!

    Kalau dulu..kisah Jemaah Al-Arqam menjadi sesat dibukukan sebagai Al-Arqam Tersungkur Di Pintu Syurga..

    Lepas nie..kite tunggu le.. PAS TERSUNGKUR DIPINTU NERAKA!!..

    Reply
    • September 25, 2010 at 5:04 PM
      Permalink

      ‘PAS TERSUNGKUR DIPINTU NERAKA!!..’ wahhh..bila kuar tuh? aku nak beli..nak beli…tak kiraaaa….nak beli gak..

      Reply
  • September 24, 2010 at 11:00 PM
    Permalink

    weihh kawan2..mane pegi abis PECACAI PENJILAT PAS DAP pegi haahh?
    semua jdi kecut bacul habiss ker? tgh perah otak nk spin isu fitnah baru ke??
    or tgh kira duit RASUAH RM 4 Billion bsama Nicky Wally Ajisy?

    rsenya pencacai2 PAS ni lari sembunyi dibelakang POKOK GHARQAD kott..hahaha..PARTI SESAT SEMALAYSIA.??
    (Pohon Gharqad = pokok lindungan YAHUDI bile kebangkitan Islam nanti..)

    semua jdi bacul habiss ker? or tgh kira RASUAH RM 4 Billion

    Reply
  • September 25, 2010 at 5:06 PM
    Permalink

    KEPADA KENGKAWAN SEMUA !!! SEBARKAN TTG. LINK MYKMU NIH DISEMUA MEDIUM TERMASUK FACEBOOK,TWITER,FREINDSTER DLL…….AYUHHH !!!!!

    Reply
  • September 25, 2010 at 7:49 PM
    Permalink

    PEMIMPIN PAS NEGERI BERSUBAHAT!..itulah yang boleh kita katakan. GUAN ENG seperti mana dilaporkan di dalam mstar.com.my telah mengaaku menggunakan dana hasil judi lumba kuda untuk kegunaan wang ehsan yang diberikan kepada warga eman di negeri itu. BIADAP,SIAL kerana sekali lagi bukan islam menipu orang islam. Lebih malang ada parti politik islam yang selama ini menjilat bontot Guan Eng tak boleh berbuat apa-apa. Apa mungkin PAStelah dinasi kangkangkan oleh Guan Eng,sehingga bersekongkol menipu umat islam di negeri itu. PAS rela melihat umat islam di Pulau Pinang memakan duit sumbangan HARAM oleh kerajaan DAP. Tapi akan kata “Tak apa…Guan Eng seperti Khalifah Umar Abd Aziz”…haaaaaa boleh makan walau pun duit haram. Haram jaddah!!

    Reply
  • September 26, 2010 at 1:01 AM
    Permalink

    heran la aku tengok kat sini…macam ganjil je laman ni..pasal apa ni… ooo pasal si langau PAS & PKR dah mati tak da apa nak tibai cerita.. mungkin jari da rosak tak… tak pa kita tunggu ya kawan2

    Reply
    • September 26, 2010 at 2:23 PM
      Permalink

      depa duk sibuk ber take beer sambil pulun wang judi…hahahahaha

      Reply
  • September 30, 2010 at 2:41 AM
    Permalink

    PAS skung ni dah jadi perosak aqidah jah

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.