“PAS tidak penting di dalam Islam, sebaliknya dilebihkan taqwa kepada Allah…”

Satu Syawwal baru saja berlalu, namun “Pok Nik Ajis” kita sekali lagi mencetus konstroversi. Nik Aziz Nik Mat telah dilaporkan media bahawa “dia tidak bangga dilahirkan berbangsa Melayu”. Nik Aziz dengan bangganya memberi alasan bahawa “bangsa Melayu yang ada pada dirinya hanyalah kebetulan dan diterima secara automatik sejak lahir”. Dengan penuh rasa “Islamik”, Nik Aziz menerangkan bahawa “bangsa tidak penting di dalam Islam, sebaliknya yang dilebihkan ialah taqwa kepada Allah S.W.T”. Selain itu, Nik Aziz dengan bangga memberitahu bahawa Kerajaan pimpinannya baru saja menghabiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid di Rantau Panjang dengan reka bentuk “Chinese style” untuk menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat. Nik Aziz dilaporkan berkata begitu kepada wartawan yang bertanyakan tentang masalah perkauman yang semakin melanda masyarakat majmuk sehingga mencacatkan keharmonian kaum di negara kita.

Begitulah sifat seorang “Tok Guru” yang dijulang oleh penyokong-penyokong PAS. “Tok Guru” yang dikatakan “maksum” dan “tiada yang tidak betul, melainkan yang betul-betul belaka”! Tidak sedikit pun rasa syukur untuk dilahirkan sebagai bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini. Tidak sedikit pun dipanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai Melayu di dalam sebuah negara yang memberikan hak keistimewaan yang tidak ternilai ini. Alangkah baiknya jika Nik Aziz dilahirkan sebagai seorang “bangla” atau “nepal”, tahulah nasibnya!

Islam mengajar supaya umatnya bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Nik Aziz mendakwa bahawa bangsa Melayu yang ada padanya diperolehi secara automatik sejak lahir. Ya, benar. Namun, tidakkah ada sedikit pun rasa syukur dan bangga kerana dilahirkan berbangsa Melayu? Bagaimana dengan “title Islam” yang ada padanya? Apakah agama Islam yang dianutinya itu diperolehi sejak lahir? Atau apakah Islam itu hanya Nik Aziz perolehi setelah dia memeluknya ketika dia berusia 12 tahun? Kenapa begitu benci sekali Nik Aziz pada bangsanya sendiri sehingga enggan berbangga dengannya? Di mana sifat “kebangsaan” padanya? Di mana sifat cintakan bangsa dan tanahairnya? Bersyukurlah wahai Pok Nik…

Sememangnya penulis bersetuju dengan Nik Aziz bahawa “bangsa itu tidak penting berbanding taqwa kepada Allah S.W.T”. Penulis bersetuju 100%. Namun, penulis tidak menafikan bahawa bangsa itu juga penting selain iman dan taqwa kepada Allah. Iman dan taqwa itu adalah kepada Allah. Manakala bangsa dan tanahair ini penting juga dalam menentukan kerakyatan, hak dan kedaulatan negara. Ini adalah dua perkara yang berbeza. Bangsa Melayu adalah sangat penting untuk sosio-politik negara. Jika Melayu kuat dan bersatu, maka insyaAllah, lanskap politik negara akan menjadi sangat stabil dan pembangunan Islam dapat dilaksanakan dengan aman. Usahlah Nik Aziz cuba “memancing” rakyat dengan mempergunakan kalimah “iman dan taqwa” kerana Islam bukanlah lahir untuk dipergunakan oleh ahli politik seperti Nik Aziz.

Penulis ingin berkongsi persoalan dengan para pembaca, “apakah PAS itu dikira lebih penting berbanding iman dan taqwa kepada Allah S.W.T?”. Penulis sokong dengan kata-kata Nik Aziz bahawa “bangsa itu tidak penting dan sebaliknya yang dilebihkan itu ialah taqwa kepada Allah S.W.T”. Jadi, penulis juga boleh membuat kenyataan bahawa “PAS juga tidak penting, sebaliknya yang dilebihkan itu adalah iman dan taqwa kepada Allah S.W.T”. Ternyata Nik Aziz kurang bijak berbahasa politik. Hujahnya lemah dan sangat mudah untuk dipatahkan.

Untuk mengatasi masalah perkauman dikalangan masyarakat, maka Nik Aziz habiskan RM7 juta untuk membina sebuah masjid “ala Chinese style” di Rantau Panjang, Kelantan. Astaghfirullah al-Azim. “Innamal aq’malu binniyyat, wa innama likullimriin ma nawa…”, ingatkah Nik Aziz kepada sabda Rasulullah S.A.W tersebut? Hadith 40? Tak ingat? Astaghfirullah al-Azim. Nik Aziz secara tidak sedar telah melakukan pembaziran wang rakyat Kelantan sebanyak RM7 juta! Cuba fikirkan “niat sebenar” Nik Aziz membina masjid tersebut. Bukankah secara jelas bahawa Nik Aziz membina masjid tersebut untuk menangani masalah perkauman dikalangan masyarakat. Sebab itu dia bina masjid itu dengan rekaan “Chinese style”. Jadi, dia bina masjid itu bukan untuk umat Islam beribadahkah? Astagfirullah al-Azim.

Justeru itu, dengan semangat politik umat Islam se-Malaysia, ana menyeru semua anta-anta penyokong-penyokong PAS supaya melakukan sesuatu untuk memastikan Nik Aziz “bersara” terus dari parti politik “antum” semua. Bukan apa, kewujudan Nik Aziz akan menjadikan parti “antum” semua “caca merba” dan “huru hara”. Pada penulis, sudah sampai masanya untuk Pok Nik yang sangat uzur itu “dibersarakan” sahaja dari kancah politik Malaysia. Usah terus menjadikan Nik Aziz sebagai “liabiliti” kepada perjuangan PAS. Bukan apa, pada penulis, Nik Aziz kelihatan lebih berkiblatkan “politik” dari berkiblatkan “Islam” sebagai pegangannya. Sama-samalah kita mentasykilkan diri sendiri. Wallahua’alam.

23 thoughts on ““PAS tidak penting di dalam Islam, sebaliknya dilebihkan taqwa kepada Allah…”

  • September 20, 2010 at 2:28 AM
    Permalink

    N.ajis ni taklah cerdik sangat.Islam tak pernah mengajar umatnya membuang apatah lagi membenci bangsanya sendiri.Yang dilarang adalah menganggap cuma bangsanya yg mulia atau bangsanya bangsa terpilih atau memandang rendah pada bangsa2 lain.Ini perangai yahudi yang menganggap cuma bangsanya layak beragama sedang bangsa lain tak lebih seperti haiwan ternakan dan juga seperti sesetengah Arab yg menganggap bangsanya lebih mulia kerana syariat Islam dibawa oleh nabi yg berbangsa Arab.

    Ini tidak bermakna kita perlu meremeh2kan kepentingan jatidiri bangsa sendiri.Tidak bermaksud kita boleh memperlekehkan kepentingan berbangsa.Mendirikan masjid dengan senibina Cina tidaklah salah tapi tidaklah sampai membawa kepada ‘menghilangkan atau menyelesaikan’ masalah perkauman.Ini betul2 nonsense,mengarut dan melalut.Sejak bila masjid di Malaysia dipisah2kan mengikut bangsa?Adakah selama ini masjid kita terlalu ‘melayu’?Dimana yg dikatakan masjid Melayu?Sedangkan untuk melihat masjid dengan senibina melayu saja amat jarang melainkan kebanyakannya bercirikan senibina timur tengah atau arab atau parsi.Tidak ada satu masjid yg dinamakan dengan nama Masjid Melayu sebaliknya terdapat masjid dengan nama Masjid India,Masjid Pakistan atau surau malbari,surau kerala dll.Jadi Melayu tidaklah bersifat perkauman dalam beragama.

    Nik ajis hidup dalam kepompong Melayu sepenuhnya.Rumah,kampung,daerah,malah negerinya hampir 100% Melayu dan 100% Kelantan sebab itu dia hairan bagaimana orang Melayu lain yg hidupnya dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa yang sentiasa menghadapi persaingan malah mungkin ‘ancaman’ bangsa2 lain bercakap mengenai semangat cintakan jatidiri bangsanya.N.ajis berada dalam zon yg sangat2 selesa dan sangat2 selamat.Jadi dia tak tahu dan tak faham akan ertinya mencintai bangsan sendiri kerana kedudukannya di kampungnya yg tak pernah tergugat oleh bangsa2 lain.Di kampungnya tak pernah ada masalah tanah2 Melayu yg tergadai dan terjual kepada tauke2 Cina satu persatu sehingga kedudukan melayu terhimpit dan terdesak.Di kampungnya juga tak ada masalah pembolotan ekonomi oleh kaum Cina sehingga Melayu cuma mengutip sisa2 kekayaan saja.

    Jadi bagi n.ajis masalah Melayu2 lain di negeri2 lain bukanlah masalahnya.N.ajis cuma bercakap melalui tempurungnya saja dan dengan sebab itu hanya sesuai untuk permasalahan dalam dunia tempurungnya saja.

    Reply
  • September 20, 2010 at 3:47 AM
    Permalink

    Kenyataan Nik Aziz itu sendiri sebenarnya bersifat perkauman atau berpuak-puak. Bagi Nik Aziz hanya puak PAS yang memperjuangkan Islam. Sumbangan UMNO kepada Islam langsung tak nampak sebab itu dia beri kenyataan tidak berbangga dengan Melayu tetapi dalam masa yang sama meraih undi orang Melayu. Ketakwaan bagi Nik Aziz hanya pada puak PAS sedangkan rasullullah saw menyeru agar umat Islam bersatu-padu dalam memajukan umat Islam dalam apa cara sekalipun. Namun puak-puak PAS sanggup bersekongkol dengan puak-puak anti Islam semata-mata dendamkan UMNO. Sikap permusuhan sesama Islam begini langung tidak mencerminkan sikap takwa kepada Allah.taala.

    Reply
    • September 20, 2010 at 11:40 AM
      Permalink

      aku setuju..kenyataan wally nicky bahawa masjid tu bentuk ala cina menunjukkan hatinya yg.pro cina dan ini automatik dah jadi perkauman…JIKA WALLY NICKY MENAFIKAN STATEMENT NIH..AKU CABAR KO BUAT MASJID ALA ‘HINDU’ PULAK LEPAS NIH DI KELANTAN….

      Reply
  • September 20, 2010 at 4:19 AM
    Permalink

    sekali ko setuju sekali ko tak setuju.. Biol gamaknya penulis ni.. Dia bukan tak mengaku melayu cuma dia tak bangga dengan melayu.. Dia bukan tak bersyukur dilahirkan melayu tetapi dia tidak bangga dgn melayu.. Sebab takde pun islam ajar suruh berbangga dgn bangsa.. Ko ni däh pening wahai penulis..

    Reply
  • September 20, 2010 at 9:07 AM
    Permalink

    kata tak perkauman nik aziz ni, so, pedulikla melayu ke tak melayu ke, islam ke tak islam ke..PAS kan perjuangankan semua (PAS For All), jadi apa isu dengan Islam ke tak Islam?

    Reply
  • September 20, 2010 at 10:32 AM
    Permalink

    slogan PAS sama dengan Israel ” israel for all”… slogan ni mesti si khalid gereja yang tiru ni… teriak take beer 3x

    Reply
  • September 20, 2010 at 11:42 AM
    Permalink

    20 tahun tadbir kelantan…baru nih dengar cerita dia bina masjid…Ironinyer dalam masa dia malu mengaku melayu, dia pi bina masjid ala cina..

    aku rase makhluk dan penganot pas kena antar wally pi check doktor mungkin dia ada masalah buah pinggang kot?

    Reply
  • September 20, 2010 at 2:36 PM
    Permalink

    Semakin hari, semakin kronik penyakit nyanyuk tok guru penyebar ajaran sesat yang semakin hari semakin dibenci orang termasuk orang PAS sendiri.

    Reply
  • September 20, 2010 at 5:10 PM
    Permalink

    Tahniah kepada Dato’ Nik Aziz kerana terus istiqomah didalam memperjuangkan dan memartabatkan islam. Sebab sekiranya islam di martabatkan bukan saja orang melayu.. bangsa lain pun akan mendapat pembelaan seadilnya. Semoga semua kita mendapat taufik dan hidayah dari Allah…Amin

    Reply
    • September 20, 2010 at 8:04 PM
      Permalink

      nk termutoh aku mu kata Nik Ajis tu ‘istiqomah’ dlm ‘perjuange’? perjuange SESATT???
      hal bangso2 ni dio sengajo putar2 belit sebab nak tembak ko UMNO..wpun UMNO sebut ja Melayu2..kt msia ni dh Melayu tu Isle..sbg stage luar la.. abih tu kalo nk seru direct Islam..gapo parti sesat puak mung tak buat pun masa la ni..mu seru ataih kapasiti apa lo ni???..Melayu pun xdok..Islam lagi senyap sunyi lor..mu pahe dok???
      tp mu tau dok mualaf2 Cina India yang masuk Isle..yang dapat status bumiputra..yang dibela kerakyatan anak2 mereka yg kawen dgn bngso asing kemudian bercerai..kerana Melayu tu Islam..

      PAS pulok..jahak..guno mualaf untuk jadi kuda politik..buke nok jadi alat dkwah tarik non-Muslim dekat Islam..

      mu ni bdoh jahat supo dgne tok guru sesat mung!! bab nk memutar ni bijok..pakai semutar tp memutar2 agamo!!! bodoh!!

      Reply
      • September 21, 2010 at 4:42 PM
        Permalink

        Kalau perjuangan PAS sesat dah lama dah masuk ISA puak puak PAS nih atau pun mungkin Nik Aziz akan senasib ngan Abu Ya.

        Reply
    • September 20, 2010 at 9:43 PM
      Permalink

      istiqomah perjuangan islam? menolak dan memerangi umno yg.sebangsa dan seagama tu istiqomah? memeluk dap yg.terkenal vokal menentang hak melayu dan syariat islam tu sunnah?
      kitab apa penganot pas baca sebenarnya nih?

      ISLAM HANYA DAPAT DIPERKUATKAN DAN DIMARTABATKAN BILA KITA BERSATU !!! TOLONG KO AJAR ORANG TUA TU SUNNAH RASUL YG.MENGAJAK UMATNYA BERSATU DAN BERSAUDARA !!

      Reply
      • September 21, 2010 at 12:48 PM
        Permalink

        Amal Islam dulu…baru bangsa akan bersatu… Lihatlah contoh kita Rasulullah (s.a.w)… beliau berdakwah menyebarkan islam…secara tak langsung bangsa arab bersatu…alhamdulillah dengan rahmatNYA.

        Reply
  • September 20, 2010 at 7:54 PM
    Permalink

    Allah SWT duk tg kalih Nik Ajis menjadi manusia yang semakin tua semakin pelik dan merapu..
    Sebab apa..riak ujub takkaburnya ibarat api dalam sekam yang membakar amalan sedikitnya itu..
    masuk syurga dengan Rahmat Allah..bukan dengan daftar jadi ahli PAS..

    Nik Ajis cuba menipu ahli-ahlinya dengan hal ‘bangsa’..
    Rasulullah S.A.W sendiri mengasihi keturunannya Bani Hashim, yang di anggap mulai di kalangan kabilah Arab, tapi ada bahagian2nya..sempadan2nay supaya tidak menjadi Assobiah seperti puak kafir Arab Quraish..dendam kesumat dan menghina bangsa lain.

    Paling jahat ialah memalsukan konsep bangsa..kenapa dibenci sengat semangat kebangsaan. Allah menciptakan kita berbangsa-bangsa untuk mengenali anatar astau sama lain dan ada hikmahnya.. mengapa Nik Ajis hendak melawan Allah yang jadikan bangsa2 termasuk Melayu.

    Di zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat sendiri selalu dikisahkan dan diangkat panggilan2 kabilah2 suku-suku bangsa di Jazirah Arab, bani hashim, Quraish, bani Sa’idah, bani Quraizah, bani Ansar, Khazraj, bani Tamim (najd)..menggambarkan kepelbagian sikap dan sifat mereka..ada yang dimuliakan dan ada tidak..ada kepandaian, kelebihan masing2..itu hikmahnya..

    Ada suatu kisah dizaman Saidina Abu Bakr yang dikunjugi satu kabilah Arab..kerana gembira dengan kedatangan kabilah tu, Siadina Abu Bakr cuba meneka2 nama dan kebaikan kabilah tersebut berulang-ulang kali..yang terkenal dengan kebaikan tertentu..

    Yang nik ajis ni melampausanagt ni melebihi syariat Islam ini kenapa??? nak lawan Tuhan ka yang jadikan kita bangsa Melayu? kalau tak suka kat UMNO pun jangn dok melarat nak jadi manusia kufur dan mengajak orang lain juga jadi kufur..secara halus nak protes ketentuan Allah..wal’iyyazubillah..

    penat aku tgk sikap org tua nyayok ni..bukan nak ckp bnda elok bg satukan umat Islam, harmonikan persaudara..duk nak cari celaru jugakk..biaq Allah tunjuk bg sedaq..tua2 kalau tak sedaq jugak pakai bawak ke mati la sikap huduh tu..

    lagi tua lagi sesat..lagi menyesatkan manusia..
    mengapa Sirah Nabi sendiri tidak ‘melupuskan’ penceritaan suku-suku kaum?

    Reply
  • September 20, 2010 at 9:35 PM
    Permalink

    Kesian kat mak bapak Pok Nik…dia tak bangga pun..

    Reply
    • September 20, 2010 at 11:48 PM
      Permalink

      aku pun rasa mesti dia tension nama dia start dgn nik, nama bapak dia lak nik mat….nama melayu tu…berapa puluh tahun dia tension, pastu tension lak makan budu sbb itu ja mak bapak dia kenalkan, bukan makanan arab, dan lg cakap bhs melayu, dikelilingi org melayu, duduk rumah yg rekabentuk melayu….serba serbi melayu lah….tentu tension kan, tk sangka berpuluh tahun dia hidup dlm ketensionan. patutla, slps dia dpt wahyu ‘boleh berkawan’ dgn cina, maka dia kawan ‘bersungguh’…

      Reply
  • September 21, 2010 at 7:54 AM
    Permalink

    Nik Aziz = Badut Pas

    Reply
  • September 21, 2010 at 11:15 AM
    Permalink

    Penganut PAS jangan Taksub sngat dgn nik aziz ni dia pun manusia biasa….jngn dengar apa yg dia kata semuanya benar belaka….

    Reply
  • September 21, 2010 at 11:30 AM
    Permalink

    dalam menyatakan sesuatu fakta, kita memerlukan bukti yg kukuh dan sahih serta saksi2 yg boleh dipercayai..supaya ini semua tidak membawa kepada fitnah… Semoga Allah merahmati kepada orang yang sentiasa berhati hati dalam tutur katanya… amin

    Reply
  • September 21, 2010 at 11:30 AM
    Permalink

    Jika kita selidik balik sejarah Islam ketika Nabi Muhammad (SAW) sedang berdakwah- baginda menyatukan seluruh KAUM arab melalui Islam. Kemudian apabila bangsa Arab bersatu melalui Islam baru lah bangsa² lain dari pelusuk dunia memeluk Islam. Memang benar didalam Islam tidak ada pengisytiharaan bangsa melainkan menyembah dan bertakwa terhadap ALLAH(SWT) sahaja. Sebagai manusia kita kena bersyukur kerana diberi nyawa dibumi ini untuk merasa ciptaan ALLAH(SWT) dan bersyukur keatas segala-gala yang diberiNYA.

    Dibumi ini lah tempat ujian kita sebagai makhluk hidup yang diberi nyawa oleh ALLAH(SWT). Dan kita kena sentiasa bersyukur dan sentiasa berterima kasih dengan ALLAH(SWT) kerana diberi peluang untuk hidup, merasa segala pahit manis dibumi yang bertuah ini. Dan janganlah kita membenci bangsa kita walaupun dia menganut agama lain- kerana setiap umat Islam yang hidup adalah diwajibkan berdakwah dan berkongsi tentang kebenaran Islam yang sebenar. Bukannya untuk membenci sesama sendiri.

    Adalah dilarang sama sekali kita memusuhi manusia² yang seagama dgn kita. Ini akan hanya melemahkan umat Islam itu secara keseluruhan. Sudahlah umat Islam dibenci dan disyakwasangka oleh penganut agama lain diseluruh dunia. Ini kan pula di Malaysia yang tanahnya tak sebesar mana pun.

    Pada firasat saya secara peribadi, sudah tidak lama lagi sahaja orang melayu akan hilang kuasanya dibumi Malaysia ini dan serah kepada bangsa penganut agama lain untuk memerintah. Jadi memang benarlah kata seorang sahabat saya yang berbangsa dan penganut agama lain- bahawa orang Islam tidak boleh memerintah dan akan hanya membawa kehancuran kerana kerakusan duniawi. Saya hanya mampu diam- lihat sajalah keadaan orang melayu islam dinegara ini pun sudah cukup. Takpe lah, ini lah yang PAS dan Keadilan Anwar mahukan, dan ini lah juga ramai orang melayu islam mahukan- biarkan saja DAP memerintah. Mungkin MALAYSIA akan lebih maju dibawah pemerintahan DAP tetapi Melayu akan hanyut dengan ekonomi yang akan dibolot oleh bangsa lain yang lebih competitive. Ini adalah kerana bangsa lain sentiasa tolong sesama sendiri dan sikap kebangsaan mereka lebih tinggi nilainya daripada nilai kebangsaan orang melayu.

    Sedarlah wahai orang melayu- kita akan dijajah semula seperti dahulu kala. Mungkin memang telah ditakdirkan nasib orang melayu berpecah belah dari segi politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan. Mungkin memang benar sekali bahawa Islam yang diamalkan diMalaysia tidak sebaik mana disangkakan- dan tidak akan ada Islam yang kukuh dari segi politik dan ekonomi di Malaysia mahupun diseluruh pelusuk dunia.

    Negara Iran yang dianggap kuat hanya tunggu masa untuk hancur lebur seperti Iraq. Itulah nasib umat Islam di Asia Barat- manakala di South East Asia, Malaysia merupakan negara Islam yang kuat dari segi ekonominya, tapi hanya tunggu masa sahaja untuk hancur dan serahkan kepada pemilik sebenar untuk memerintah iaitu orang bukan melayu. Jika kita lihat bagaimana pihak pembangkang yang beragama Islam seperti PAS dan segelintir PKR bermain politik- memang ternyata sudah mereka tidak sabar untuk berkuasa dan memerintah!!

    Ini akan membawa kejatuhan mereka dan juga bangsa melayu yang beragama Islam. Jadi adalah nasib tidak baik bagi generasi bangsa Melayu yang beragama Islam sekarang untuk menyaksikan kejatuhan KERAJAAN EMPAYAR MELAYU YANG BERGAMA ISLAM dan ianya tidak akan dikembalikan selama-lamanya. Sekian terima kasih

    Reply
    • September 21, 2010 at 12:36 PM
      Permalink

      selidik ape nye yop… kalau dah selidik tak le mike cakap merapu meraban cam ni… mike bukan selidik tapi copy paste. Kita kena kembali kepada islam… tak kira bangsa apa pun…sebagai fakta…tak pernah terjadi dalam sejarah orang islam menganiayai orang bukan islam. Orang bukan islam mesti di beritahu tentang kebaikan islam yang lengkap. Dah lebih 50 tahun orang melayu merdeka secara fizikal… tetapi mental masih dijajah. Kalau orang melayu islam…orang cina islam…orang india islam…orang kadazan islam…bangsa lain islam…orang bukan islam tahu kebaikan islam… semua bangsa akan selamat…malaysia akan aman selamat…percayalah dengan janji ALLAH dan rasulnya bahawa sesiapa yang berpegang kepada islam akan selamat. Faktanye … selepas lebih 50 tahun merdeka… masih ramai lagi orang bukan islam tak faham tentang islam…malah orang islam pulak makin jauh dari islam. Lihat lah negara2 orang islam di seluruh dunia seperti dol dolah katakan kacau bilau dan huru hara…perhatikan adakah mereka mengamalkan islam yang sebenar. Justeru ajar dan didiklah diri kita dan anak2 kite untuk mengenal islam… insyaallah kita akan membuat pilihan yang betul apa bila PRU13 nanti. Orang yang paham tentang islam tak akan pilih pemimpin yang korup meski pun ia berbangsa melayu. Sebab pemimpin sedemikian hanya merugikan islam bahkan negara malaysia yang kita cintai ini. Hidayah hanya dari Allah, saya hanya menyampaikan.

      Reply
      • September 21, 2010 at 2:17 PM
        Permalink

        pembetulan

        tak pernah terjadi dalam sejarah kerajaan yang melaksanakan hukum islam menganiayai orang bukan islam.

        Reply
  • May 18, 2013 at 10:16 AM
    Permalink

    Sebagai seorang Ummat Islam…
    Sebelum sesaorang itu menegur nasiat yang lainnya…
    Pernah atau tidak sesaorang itu bertanya pada dirinya sendiri…
    Apakah Dalil2 kenyataan yang dirinya sebenar benarnya benar…
    Yang mengjadikan kenyataan pada dirinya sendiri, bukannya pada orang lain…
    Nyatakan pada diri…
    Bagaimana Rupa2 Sifat Kebenaran itu???
    Bagaimana Rupa2 Perilaku Fe’al Kebenaran itu????
    Bagaimana Rupa2 Wajah Peradaban Kebenaran itu???
    Sekiranya Tidak, Diri sendirilah yang sentiasa menghina mengcela Agama (Islam), Bangsa, Budaya & Peraturan Negara sendiri…
    Fikir fikirkanl

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.