Pakatan Rakyat – PAS dan PKR Jadi Alat DAP

Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu dan menanti entah bila yang dikatakan alternatif kepada Barisan Nasional ini iaitu Pakatan Rakyat hendak dirasmikan penubuhannya dan membolehkannya bertanding atas satu lambang pada pilihanraya akan datang.  Yang kita nampak sekarang Pakatan Rakyat hanya ada pada nama, tiada apa yang rasmi mengenainya walaupun konvensyen sudah, lambang sudah, Prinsip Asas pun sudah.  Tak tahu apa masalah lagi yang membelenggu sehinggakan Pakatan Rakyat masih tidak didaftarkan secara rasmi sehingga ke hari ini.

Dilapurkan pada awalnya Pakatan Rakyat mempunyai masalah dengan nama tapi masalah ini telah diselesaikan Februari lalu apabila mereka menerima cadangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar nama kepada Pakatan Rakyat Malaysia.  Itu adalah berita terakhir yang kita tahu mengenai perkembangan pendaftran Pakatan Rakyat kerana selepas itu tidak dimaklumkan apa jua perkembangan mengenainya sedangkan dicanangkan disana sini nama Pakatan Rakyat itu seolah-olahnya ia sudah menjadi pertubuhan yang sah.  Dua pilihanraya kecil terakhir dalam tahun 2010 ini melihatkan  ‘komponen’ parti pembangkang ini bertanding atas nama dan lambang parti masing-masing.

Kita yakin Pakatan Rakyat tidak akan dirasmikan seperti mana yang dilaung kepada semua pencacai pembangkang.  Tujuan Pakatan Rakyat ditubuhkan ialah untuk menunjukkan (sebut menipu) kepada rakyat bahawa (sebut kononnya) pembangkang bersatu dan berkongsi satu matlamat melalui apa yang dipanggil Prinsip Asas Pakatan Rakyat.  Melainkan pemansuhan Akta Keselamatan Negeri serta beberapa perkara lain, Prinsip Asas Pakatan Rakyat ini sebenarnya mengekalkan hampir kesemua perkara dan fasal yang ada di dalam perlembagaan sekarang.

Ringkasnya, ia bermaksud, PAS tidak akan melaksanakan hudud dan DAP tidak akan melaksanakan konsep Malaysian Malaysia (ciptaan Lee Kuan Yew), tapi persoalannya benarkah begitu?

PAS sudah membuktikan penerimaannya kepada Prinsip Asas Pakatan Rakyat itu apabila Dewata Rayanya iaitu Nik Aziz Nik Mat mengumumkan disini bahawa PAS ‘tidak semestinya’ (sebut tidak akan) melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Malaysia.  Ini bersesuaian dengan PAS sebagai sebuah parti yang tidak bermaruah dan mengutamakan kuasa lebih dari yang lain termasuk agama dan prinsip perjuangannya sendiri.

Walaupun dengan pengguguran perlaksanaan hudud boleh menjejaskan undi PAS dari kalangan orang Islam/Melayu, PAS yakin kekurangan ini akan ditampung oleh sokongan daripada pengundi bukan Melayu.  Bagi PKR pula, ia tidak pernah menjadi masalah kerana PKR adalah satu-satunya parti yang kita tidak pasti dengan hala tujuannya melainkan untuk membela manusia bernama anwar ibrahim. 

Bertentangan pula dengan DAP yang masih  belum menggugurkan apa-apa  cadangan dalam konsep Malaysian Malaysianya seperti menghapuskan hak istimewa melayu, agama rasmi dan perkara-perkara ‘melayu’ lain dalam perlembagaan.  Walaupun kononnya menerima secara prinsip Perkara Asas Pakatan Rakyat yang antaranya menerima hak keistimewaan melayu/bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi, pemimpin DAP masih lagi berterusan mencabar hak keistimewaan ini seperti ditunjukkan Tony Phua dalam hal penghapusan diskaun rumah bumiputera, Karpal Singh mempersoalkan ‘tempoh laku’ hak keistimewaan melayu dan sebagainya.

Adalah menjadi satu masalah kepada DAP jika Pakatan Rakyat dirasmikan penubuhannya sebab ia menunjukkan penerimaan ‘rasmi’ DAP ke atas perkara di atas yang boleh menjejaskan peluangnya dalam pilihanraya akan datang.  Orang cina telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada DAP bagi menguasai kerajaan seterusnya menukarkan negara ini menjadi Singapore ke dua, kalau perlu jadi republik, jadi republiklah.  Orang cina DAP tidak akan mempersoalkan Prinsip Asas Pakatan Rakyat yang diterima DAP ini kerana mereka tahu ia hanya ‘lakunan’ DAP bagi mengukuhkan kedudukannya di kalangan orang melayu, bagaimana pula coma atas pagar dan bangsa lain yang turut menyokong DAP?  Adakah mereka sedar dengan agenda penipu DAP ini?   

Dengan DAP mempunyai kuasa dominan bagi mengekalkan kerajaan pembangkang di Selangor (negeri terkaya di Malaysia) disebalik kecelaruan dalam politik dan kepimpinan PKR, rasmi atau tidak Pakatan Rakyat ini hanya akan ditentukan oleh DAP dan komponen lain dalam pembangkang hanya akan mengikut saja seperti orang bodoh. 

Oleh kerana mereka tiada intergriti dan hanya menjadi boneka kepada satu puak sahaja, kita menyeru kepada semua rakyat Malaysia menolak Pakatan Hantu demi kesinambungan dan kestabilan politik di tanah air tercinta ini.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

10 thoughts on “Pakatan Rakyat – PAS dan PKR Jadi Alat DAP

  • September 6, 2010 at 3:56 PM
    Permalink

    Pakatan Rakyat @ Pakatan Haram … umpama bersekedudukan tanpa nikah, baik ikut hukum Islam atau pun hukum sivil …. PAS biasalah, memang terbukti la tak de maruah …. PKR dan DAP juga biasa dengan hal-hal maksiat sebegini …

    Reply
  • September 6, 2010 at 9:01 PM
    Permalink

    Orang yang suka digunakan DAPig ialah orang yang bodoh, tamak serta sanggup mengkhianati bangsa sendiri serta menjual agama.

    Reply
  • September 6, 2010 at 9:43 PM
    Permalink

    ini memang sah pakatan hantu….masih tak ade nama tetapi suara berdegar-degar seluruh pelusuk negara.

    jika pakatan hantu menang,,,pas konfirm tak laksana hudud dan buat undang2 islam yg.tak ‘sekular’ kerana nak jaga hati dap…
    dap akan terus meratakan hak melayu sesuai dgn.konsep malaysian malaysia kerana yakin pas terus menjilat mereka…
    pkR akan terus kusut dengan perebutan kuasa dan salah laku ahli disamping anuar mungkin menjadi penghuni tetap sungai buloh.

    Reply
  • September 7, 2010 at 12:42 AM
    Permalink

    dap kalau boleh tidak mahu kepada pakatan rakyat , memang benar mereka hanya tunggang pas dan pkr utk mendapat kerusi majority di parlimen.sekali mereka berjaya, maka negara ini akan jadi republik malaysia.AWAS.mungkin tidak ada lagi nama malaysia.

    Reply
  • September 7, 2010 at 3:00 AM
    Permalink

    umum mengetahui penyokong pas bangsat sekaligus menjadi keldai bodoh dap. Mentaliti melayu pas-pkr amat menjijikan bila menghambakan diri kpd dap dgn tiada maruah mengaminkan doa kesejahteraan buat kapir harbi. Sedekah dap laknat pula dianggap penyelamat umat.

    ya allah….bukalah mata hati org melayu pas-pkr ini agar kenal antara intan dan kaca!

    Reply
  • September 7, 2010 at 11:01 AM
    Permalink

    ..sejarah Islam zaman lampu menunjukkan…umat Islam sendiri sanggup menjatuhkan saudara Islamnya yang lain demi kuasa..di Malaysia,bersekongkol pulak dengan bukan Islam yang tidak menyenangi bangsa kita Melayu…yang masih terkebelakang dari segala segi…demi nafsu politik…

    Reply
    • September 29, 2010 at 4:44 PM
      Permalink

      Nampaknye kesilapan umat islam terdahulu masih terjadi hingga sekarang….penganut islam tidak mau belajar dari sejarah. Ajaran islam dipinggirkan. Yang jahil hanyut dengan kejahilan…Yang berilmu tenggelam rakus memburu habuan dunia. Yang benar di sembunyikan. Yang batil tidak di betulkan. Fitnah dan prasangka bermaharajalela dimana mana… diakhbar…di tv…di media baru..hatta di blog ini.

      Reply
  • September 7, 2010 at 2:53 PM
    Permalink

    Selepas ni susah nak kata PAS lebih Islamik dari UMNO selepas PAS menggugurkan Hudud dalam perjuangan mereka. PAS menjadi pengikut PKR dan DAP dalam PR manakala UMNO menjadi ketua dalam BN. UMNO juga konsisten membela Melayu dan Islam serta kaum2 lain. UMNO berani menegur pemimpin mereka jika buat salah manakala PAS sentiasa mencari dalil menghalalkan kesilapan pemimpin mereka (wala’ tidak bertempat?) So, mana satu pilihan yang lebih baik buat masa ni? Pilihan di tangan anda..

    Reply
  • September 7, 2010 at 6:03 PM
    Permalink

    Cerita banyak2 pun tak guna..Kita minta cina2 kafir yang racist ni belajar cakap melayu dulu..Itu saja.Lepas dh pandai cakap melayu,baru kita cerita bab lain..Ni cakap melayu pun mcm cakap cina,nak mintak mcm2 pulak.KANINABUEI!!

    Reply
  • September 13, 2010 at 2:56 AM
    Permalink

    cube teliti tgk..perasan x..org2 PAS totok pnjilat DAP ni klu berhujah mne sebut DAP pun.diorng sndiri jijik dgn DAP..tp krn dh Nik Ajis Al Najisi ckp suh taat.so diorg ni ‘gagah’ jgk le masuk blog..diorg menipu diri sndiri dan mendustakan Agama…ni ciri-ciri Munafik yg jelas..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.