Namewee patut dilucutkan kewarganegaraan!

Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai “Namewee” dilaporkan telah hadir memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana menimbulkan beberapa konstroversi melalui video clip ciptaannya. Namewee tanpa ragu-ragu menjelaskan bahawa “hasil seni”nya itu adalah bertujuan untuk mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa saja yang “racist”. Budak Cina ini begitu yakin menerangkan bahawa dia adalah “anti-racist” dan amat menyokong gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Selain itu, Namewee tidak teragak-agak untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak menghormati gagasan 1Malaysia dan Perdana Menteri kita itu.

“Baik hati” sungguh budak Cina yang bernama Namewee ini. Namewee “sangat baik hati” sehingga menzahirkan “kebaikan hati budi”nya itu dengan melagukan cacian nista, menunjukkan isyarat lucah dan yang paling “baik” sekali ialah menghina agama Islam! Begitulah “sayang”nya Namewee ini kepada Malaysia.

Apakah Namewee fikir bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini bodoh sepertinya? Apakah Namewee fikir bangsa Melayu di Malaysia ini boleh diperbodohkan dengan kenyataannya itu dengan sewenang-wenangnya. Mungkin Namewee fikir Melayu PAS dan Melayu PKR sebodoh itu, tapi tidak semua Melayu itu sebodoh yang difikirkan Namewee. Masih ramai lagi Melayu Muslim di Malaysia ini yang waras dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nampaknya Namewee tersalah jangkaan.

Namewee pernah meggubah sebuah lagu yang berjudul “Negarakuku” yang mengakibatkan budak Cina ini menerima kutukan dan amaran dari pelbagai pihak, terutamanya Melayu UMNO. Namun, setelah Namewee meminta maaf di atas kesilapan pertamanya itu, maka di atas sifat bangsa Melayu yang suka bertolak ansur, maka Namewee di”lepas”kan. Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati atas insiden ini dan mempersoalkan patriotisma di dalam diri budak Cina ini.

Namun, Namewee tidak belajar dari kesilapan pertamanya itu. Budak Cina ini sekali lagi mengulangi kebiadapannya dengan menghina pelbagai agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan bangsa Melayu melalui klip videonya yang jelas menghina Melayu. Dalam lirik lagunya itu, Namewee tanpa rasa bersalah menyuruh bangsa Melayu tinggal di dalam hutan dan hidup seperti kaum Sakai. Sudahlah dia menghina Melayu, kemudian dia mempersendakan kaum Sakai yang merupakan salah satu bumiputera di Malaysia. Apakah dengan menghina bangsa bumiputera dan mencipta isu perkauman seperti ini  menunjukkan bahawa Namewee adalah seorang “anti-racist”?

Kemudian, Namewee sekali lagi mencetus konstroversi perkauman apabila mencipta “karya seni agung”nya yang terbaru. Kali ini mangsa kutukannya ialah seorang pengetua di sebuah sekolah di Kulai Jaya. Sebetulnya, Namewee tidak kenal langsung dengan pengetua ini. Malah dia mengutuk pengetua ini dengan asas dari blog dan laman web Pakatan Rakyat  yang terkenal sebagai “medan fitnah” sebagai asas? Budak Cina ini patut selidik dahulu sebelum membuat sebarang ekspresi di khalayak umum. Namun, di atas sifatnya yang bodoh, Namewee tanpa siasat telah mengutuk pengetua tersebut sekeras-kerasnya di samping turut membabitkan isu perkauman di dalam klip videonya. Haruskah seorang “anti-racist” mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, menunjukkan isyarat lucah dan memainkan isu perkauman tentang isu yang dia sendiri tidak pasti?

Namewee harus lebih peka dengan sensitiviti kaum di Malaysia. Dia tidak sepatutnya mencurahkan minyak pada percikan api kerana ianya mampu memakan diri. Sekiranya dia betul-betul seorang anti-racist dan sayangkan keharmonian kaum di Malaysia, budak Cina ini boleh mencipta klip video ramai lagi pengetua yang meminta pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Lebih banyak lagi perkara positif yang boleh memadamkan sikap “racist”. Namun, dengan memilih cara mengutuk, mencaci dan menghina itu, apakah Namewee menunjukkan sikapnya yang “anti-racist”? Orang Melayu kini semakin pandai berbahasa Inggeris. Peribahasa Inggeris berkata “once bitten, twice shy”. Kali ini Namewee perlu berdepan dengan masalah!

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi sudah berkali-kali bilangannya. Tindakan Namewee memperbodohkan bangsa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Kali ini, Namewee tidak akan dibiarkan bebas mengutuk sesiapa sesuka hatinya lagi. Banyak laporan polis telah dibuat terhadap kebiadapannya menghina agama Islam, bangsa Melayu, Tanah Melayu dan  mencetuskan konflik sensitiviti perkauman di negara berbilang bangsa ini. Namewee harus dikenakan tindakan sewajarnya.

Jika perkara ini berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu, pastinya perkara ini tidak akan berlaku. Malah jika berlaku sekali pun, berkemungkinan Namewee sudah disambut pihak berkuasa setibanya di KLIA dari Taiwan dan terus masuk ke tahanan ISA. Jika perkara ini berlaku di zaman Tun Lah, rasanya tiada tindakan yang akan diambil terhadap Namewee kerana Tun Lah tidak tahu langsung tentang perkara ini seraya menjawab “I don’t know..I’m not involve..zzzz..”. Namun, bila perkara ini berlaku di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak, apakah yang akan berlaku?

Di zaman Dato’ Seri Najib, Menteri di Kementerian Dalam Negerinya ialah Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Menurut sumber, dasar Dato’ Seri Najib ialah mengurangkan penggunaan akta ISA di dalam pentadbirannya. Maka, Dato’ Seri Hisyamuddin “terpaksa”lah memberikan amaran demi amaran, termasuklah “amaran keras” atau “amaran paling keras”. Walaupun begitu, pihak kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab dengan memanggil Namewee untuk memberi keterangan dan sebarang pendakwaan mestilah mengikut lunas-lunas perundangan negara. Penulis sendiri sebenarnya kurang berpuas hati dengan tindakan sebegini, namun penulis harus faham bahawa undang-undang negara mestilah dipatuhi sepenuhnya. Kedaulatan undang-undang sebagai rukunegara haruslah dipatuhi. Terus terang dikatakan jika mengikut kemahuan penulis, mahu saja penulis memberikan “buah tangan dan kaki” sedas dua kepada Namewee. Namun, undang-undang membatasi. Harapnya Namewee dilucutkan saja kewarganegaraannya!

Namewee adalah contoh moden terbaik untuk menunjukkan mentaliti generasi bangsa Cina alaf baru ini. Penulis optimis mengatakan bahawa ramai generasi bangsa Cina sebaya Namewee tidak tahu langsung berterima kasih kepada bangsa Melayu dan pihak kerajaan. Mungkin mereka di didik begitu oleh kedua orang tua mereka. Walaupun tidak semua bangsa Cina ini sebegitu, namun majoritinya mereka sanggup bersatu demi kepentingan bangsa mereka. Sokongan Soi Lek terhadap laungan DAP baru-baru ini adalah contoh terbaik. Ini menunjukkan bahawa bangsa Cina mempunyai sikap “racisme” yang lebih tinggi berbanding bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini. Mereka cukup bersatu. Jika tidak bersatu dibawah satu parti politik, pastinya mereka bersekongkol di dalam Dewan Perniagaan dan sebagainya. Melayu pula bagaimana?

Namewee tidak harus dimaafkan kali ini. Budak Cina ini perlu diambil tindakan sebagai pengajaran kepada seluruh masyarakat Cina bahawa bangsa Melayu tidak lagi boleh bersabar dengan kebiadapan mereka. Melayu tidak lagi boleh bersabar apabila dihina agama dan bangsa mereka di bumi tanahair mereka sendiri. Jangan haraplah Namewee boleh terlepas dengan hanya meminta maaf seperti sebelum ini. Cukuplah sakit hati dan luka yang dilakukan oleh budak Cina yang tidak tahu diri ini, bangsa Melayu tidak ingin berkongsi hidup dengan mereka-mereka yang bersifat seperti Namewee ini. Biarpun suatu hari luka itu akan menjadi parut, biarlah ianya adalah parut terakhir ditubuh bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. Tanah Melayu lebih aman tanpa “haiwan” yang tidak tahu mengenang budi!

11 thoughts on “Namewee patut dilucutkan kewarganegaraan!

  • September 2, 2010 at 2:28 AM
    Permalink

    Nak kutuk. Tapi buat lagu negarakuku pun di Taiwan. Pengecut.

    Kalau berani, buat di Malaysia. Kalau pengecut macam tu, pi dok di Taiwan.

    Reply
  • September 2, 2010 at 2:36 AM
    Permalink

    alasan dangkal 1 malaysia.. orang melayu tak sebodoh yg ko sangka binawe.. orang melayu lebih bertamadun menghormati undang2, lebih patriotik memelihara keamanan, tapi binawe ni mungkin tak pernah diberitahu mengenai ledakan orang melayu

    Reply
  • September 2, 2010 at 8:07 AM
    Permalink

    Semasa kejadian 13 Mei 1969, Arwah datuk saya pernah memberi perlindungan kepada dua keluarga cina yang ketakutan. Arwah datuk lah yang menyara dan memberi mereka tempat berlindung di rumah pusaka. Hari ini datuk saya telah tiada dan kedua-dua kawan beliau berbangsa cina juga telah meninggal. Tinggallah anak-anak mereka yang masih lagi menetap di kampung saya hubungan antara kami masih rapat kerana mereka adalah genarasi yang melalui keperitan semasa kes rusuhan kaum.

    Hari ini genarasi ketiga yakni cucu2 mereka telah lupa dan buta sejarah pahit yang pernah dilalaui oleh datuk dan bapa mereka. Saya tak mahu mengungkit tetapi melihat kebiadapan mereka yang langsung tidak mengenal budi pekerti kaum melayu membuat saya terkilan dan tertanya kenapalah dahulu arwah datuk saya memberi perlindungan kepada jiran beliau. Kalaulah saya yang berada ditempat arwah datuk saya, apakah saya akan bertindak sebaliknya agar penghinaan hari ini tak terpalit kepada genarasi saya.

    Reply
  • September 2, 2010 at 8:26 AM
    Permalink

    Yang sebenarnya aku setuju kalau dia dibuang negeri..jujurnya aku tak nampak berapa keras sangat tndakan yang boleh diambil kerajaan, polis dan AG ke atas Namewee atas isu video klip terbarunya ini. Kalau ada pun tindakan, ia akan dibandingkan dengan budak melayu yang dipenjarakan selama 5 tahun atas kesalahan membakar berbeza. Walaupun dari segi merit, ia adalah 2 jenis kesalahan berbeza tapi persepsi yang mengatakan adanya tindakan berpilih oleh segelintir orang melayu. Sebabnya implikasi sosial 2 perbuatan ini adalah sama dan boleh mencetus ketegangan kaum di negara kita.

    Reply
  • September 2, 2010 at 2:11 PM
    Permalink

    kerajaan kena bijak bertindak menghalang trend namewee ni, kita tidak mahu nanti timbul lagi 100 namewee di malaysia ni. bendunglah sebelum terlambat dan jgn biar rakyat mengambil tindakan sendiri,………..BAHAYA.

    Reply
  • September 2, 2010 at 6:25 PM
    Permalink

    Hehe,,adakah menteri amaran keras akan tindakan babi namewee ini, pesroalannya, PM 1 Malaysia yg suka sgt ambil berat pasal cina kapir ini, akan mengambil tindakan ke atas bangsa pendatang ini, kerana takut hilang undi bangsa pendatang, walaupun sebenarnya bangsa pendatang ini, sudah berpihak kepada pakatan rakyat. Ini telah ditunjukkan dalam beberapa pilihanraya kecil yg lalu, hehe, sepatutnya PM 1 Malaysia menjagalah hati bangsa sendiri yg setia menjadi penyokong kerajaan dari dahulu lg, jgn jd mcm pepatah dahulu yg dikejar xdpt yg dikendong berciciran…

    Reply
  • September 2, 2010 at 6:43 PM
    Permalink

    mungkin pusat tahanan kemunting dah tutup tak? itu pasal tak ade orang kena ISA kebelakangan ini walau terang mereka penghasut dan penyemai kebencian antara kaum?

    Reply
  • September 3, 2010 at 12:50 AM
    Permalink

    budak ni elok suruh dia duduk dengan orang asli. bagi dia sedaq skit bukan dia sorang yang nak tinggal kat negara ni. kalau dia nak merungut sangat suruhla dia mengadu dengan tok batin.

    Reply
  • September 3, 2010 at 11:51 AM
    Permalink

    Perlu ada sedikit Ketegasan. JIka tidak tunggulah akan banyak lagi manusia seperti binawee ini. Dia ni pun kerana kita tidak tegas dulu maka sekarang jadi begitu.

    Aku sokong penuh satu undang-undang baru digubal segera bahawa mana-mana rakyat negara ini yang menampakkan ketidaktaatan dan bencikan negara sendiri di TARIK STATUS WARGA NEGARA.

    Jika ada masalah negara mana mereka hendak pergi kita boleh buat perjanjian dengan mana-mana negara dengan sedikit habuan kepada negara yang sanggup menerima mereka. Aku rasa sepuluh ribu untuk satu orang macam Binawee ni kerajaan Bangladesh atau Afghanistan sanggup kot. Merak boleh pula jual kepada Taliban untuk jaga kaldai.

    Reply
  • September 18, 2010 at 6:48 AM
    Permalink

    “Jangan cabar melayuuu” kata menteri2 UMNO. Dah dengar ungkapan ni berkurun yg lalu. Muak.

    Reply
  • June 21, 2011 at 12:39 AM
    Permalink

    mana menteri melayu yg tunjuk kerih itu hari …ada brani ka?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.